23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 8, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ada Apa Dengan Statistik

Info Matematik

Saiful Bahari by Saiful Bahari
15/01/2020
in Berita & Peristiwa, Matematik
0 0
0

Oleh : Dr. Syerrina Binti Zakaria
Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan
Universiti Malaysia Terengganu

 

Pengenalan

Apakah statistik? Statistik adalah satu cabang matematik yang melibatkan pengumpulan, penyusunan, paparan, penganalisian, pentafsiran dan pembentangan/kesimpulan terhadap sesuatu data. Beberapa konsep asas statistik adalah pembolehubah, data, sampel dan populasi. Pembolehubah adalah ciri-ciri sesuatu data yang boleh diukur. Populasi merupakan meliputi kesemua data yang ingin dikaji manakala sampel merupakan sebahagian daripada populasi. Hubungan antara populasi dan sampel adalah seperti di bawah :

 

Bermula dengan pengumpulan data, berakhir dengan kesimpulan. Data mengandungi maklumat yang ingin diketahui, namun memerlukan beberapa langkah untuk memproses data sehingga kesimpulan dapat dibuat. Data dikumpul sehingga bilangan yang optimum. Siap dikumpul, data perlu disusun mengikut susunan yang betul serta boleh dipaparkan dalam bentuk yang lebih ringkas seperti  menggunakan jadual, graf, carta ataupun gambarajah. Data yang sudah lengkap perlu dianalisis dengan menggunakan teknik-teknik statistik yang sesuai. Hasil daripada analisis, keputusan akan diperolehi sehinggalah sesuatu kesimpulan dapat dibuat berdasarkan data asal. Kesimpulan boleh dibuat berdasarkan nilai keputusan yang diperolehi dan dibentangkan dalam bentuk yang lebih ringkas dan padat seperti dalam bentuk jadual, gambarajah ataupun formula matematik atau statistik.

 

Kepentingan

Apakah kepentingan statistik? Statistik melibatkan ukuran yang diperolehi daripada sampel. Dalam melaksanakan sesuatu kajian, kita tidak mampu untuk mendapatkan kesemua ukuran daripada populasi disebabkan pelbagai kekangan. Jadi, hanya ukuran daripada sampel digunakan. Nilai-nilai ukuran daripada sampel ini yang akan digunakan untuk dianalisis dan akhirnya kesimpulan kepada keseluruhan populasi. Peramalan, formulasi, pemodelan dan penganggaran merupakan sebahagian daripada tujuan sesuatu kajian dibuat yang memerlukan kaedah-kaedah dalam statistik khususnya. Yang mana pelbagai sektor pekerjaan yang berkait dengan tujuan-tujuan itu. Meramalkan trend pasaran saham penting dalam sektor pelaburan. Pemodelan pula penting dalam menentukan anggaran sebenar berdasarkan data yang telah dikumpul seperti jumlah hujan dalam masa-masa tertentu.

 

Kegunaan

Kaedah statistik banyak digunakan untuk menganalisis data, membina model dan juga peramalan. Mari kita lihat contoh kegunaan statistik dalam kehidupan harian. Sempena tahun baru, kita ingin membuat belanjawan keluarga dengan lebih berhemah. Dari mana kita perlu mulakan? Tentulah daripada perbelanjaan kita sebelum ini. Jadi perlukan data perbelanjaan bulanan pada tahun 2019. Akan ada 12 data perbelanjaan bulanan pada 2019.  Berdasarkan data-data perbelanjaan tersebut, boleh diringkaskan menggunakan carta pai seperti berikut:

Carta pai adalah salah satu jenis gambaran yang boleh digunakan untuk melihat maklumat data yang dikumpul dengan lebih ringkas. Berdasarkan carta pai itu, didapati peratus perbelanjaan yang paling banyak adalah pada ansuran rumah iaitu sebanyak 36% daripada keseluruhan perbelanjaan. Diikuti dengan perbelanjaan ansuran kereta iaitu 17%. Lebih daripada separuh perbelanjaan adalah melibatkan untuk membayar hutang. Salah satu masalah yang telah dikenalpasti adalah hutang. Jadi, apakah langkah yang sesuai untuk kita ambil pada tahun baru untuk mengurangkan peratusan perbelanjaan terhadap hutang? Pada tahap ini, proses analisis data / masalah telah berlaku. Hasil / keputusan daripada analisis adalah perbelanjaan membayar hutang lebih daripada 50% dengan menggunakan kaedah peratusan dan carta pai. Apakah kesimpulan yang didapati? Mari kita fikirkan bersama. Mungkin kesimpulan yang dibuat oleh seseorang akan berbeza dengan yang lain. Kesimpulan ini bergantung kepada cara kita berfikir, pengalaman yang berbeza dan juga keperluan yang berbeza. Setiap kesimpulan yang berbeza tiada yang salah. Tepuk dada, tanya selera. Apa yang SAYA dan ANDA boleh simpulkan? Apakah yang boleh STATISTIK bantu dalam menyelesaikan masalah?

 

Isu-isu semasa yang berkaitan statistik

Isu yang agak membimbangkan pada masa kini adalah kekurangan tenaga pakar dalam bidang sains termasuklah bidang matematik dan statistik. Ini dapat dilihat melalui pemilihan aliran sains di sekolah mahupun di peringkat universiti. Merujuk kepada laporan Berita Harian pada 27 September 2019 yang berkenaan dengan kerisauan kerajaan dalam isu penurunan pelajar memilih aliran pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Peratusan pelajar di universiti yang memilih bidang STEM didapati semakin menurun dari tahun ke tahun. Pada tahun 2017, pelajar aliran STEM ini telah menurun kepada 334,742 orang berbanding seramai 570,858 pada tahun 2012 iaitu penurunan sebanyak 41%. Tenaga mahir tidak mampu untuk menampung keperluan tenaga kerja di industri. Kerajaan mensasarkan pemilihan bidang sains berbanding sastera di sekolah adalah dalam nisbah 60:40 namun sasaran ini masih jauh untuk dicapai berdasarkan pemilihan bidang STEM hanya pada 44% pada tahun 2018.

Bidang Matematik salah satu bidang yang kritikal buat masa ini termasuklah bidang statistik yang mana faktor pelajar tidak memilih bidang berkenaan kerana menganggap subjek Matematik dan Matematik Tambahan sukar serta mereka tiada minat untuk menceburi bidang ini. Menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memberikan gambaran yang lebih jelas berkenaan bidang STEM supaya pelajar tidak fobia untuk menceburi bidang ini.

Trend penurunan pemilihan pelajar dalam bidang matematik dan juga statistik turut boleh dilihat di peringkat ijazah lanjutan seperti sarjana dan doktor falsafah. Ditakuti pada masa-masa akan datang kita akan kekurangan pakar-pakar dalam bidang berkenaan di universiti dan juga industri. Seterusnya Negara terpaksa mengimport pakar dari luar untuk mengajar di peringkat universiti dan juga di industri.

Peluang pekerjaan juga amat kurang difahami oleh para pelajar di peringkat sekolah dan universiti. Mereka menyangka peluang pekerjaan adalah terhad apabila memilih bidang matematik atau statistik iaitu hanya berpeluang menjadi tenaga pengajar di sekolah ataupun di universiti sahaja. Namun, sebenarnya pelbagai peluang pekerjaan yang boleh mereka ceburi dalam pelbagai sektor termasuklah pendidikan, kewangan, perbankan, pelaburan, pengurusan, insurans, ekonomi, kejuruteraan, penyelidikan dan indusri. Berikut adalah beberapa pekerjaan yang boleh diceburi apabila mempunyai kelulusan bidang statistik:

  1. Ahli statistik
  2. Penganalisis data / saintis data
  3. Pengurus risiko
  4. Pensyarah
  5. Guru
  6. Pegawai bank
  7. Penganalisa pelaburan
  8. Pegawai penyelidik
  9. Pegawai audit dalaman

 

Kesimpulan

Setiap bidang ada kesukaran dan kesenangan tersendiri bergantung kepada kita mentafsirnya. Jika betul-betul faham akan bidang yang kita ceburi, segala kesukaran mampu diatasi dengan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Begitu juga bidang statistik yang mana ilmu dalam bidang ini boleh diaplikasikan dalam dunia pekerjaan dan juga dalam menyelesaikan masalah kehidupan harian dalam pelbagai permasalahan dan situasi. Jika dilihat dan dianalisis, kebanyakan peluang pekerjaan berkait dengan bidang statistik sama ada bekerja makan gaji mahupun bekerja sendiri. Jadi, jangan sempitkan pemikiran atau mengabaikan bidang STEM termasuklah bidang Matematik Statistik kerana, ia merupakan antara bidang utama yang menjadi tonggak kemajuan Negara.

 

Kredit Foto : Hipwallpaper

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Syerrina Binti ZakariaInfo MatematikPusat Pengajian Informatik dan Matematik GunaanStatistikUniversiti Malaysia Terengganu
ShareTweetShare
Previous Post

Sisa Pertanian Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui di Malaysia

Next Post

Satu Uncang Teh Mengeluarkan Berbilion Zarah Plastik Mikro

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

12 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Satu Uncang Teh Mengeluarkan Berbilion Zarah Plastik Mikro

Satu Uncang Teh Mengeluarkan Berbilion Zarah Plastik Mikro

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In