23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Adakah Penutupan Sekolah akan Memberi Impak kepada Kenaikan Berat Badan?

Gaya Hidup Sihat

Saiful Bahari by Saiful Bahari
26/02/2021
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Attirah Husna Ibrahim & Dr. Nurul Huda Razalli
Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

 

Hingga kini bilangan kes aktif pesakit coronavirus 2019 (COVID-19) telah mencecah jutaan kes, dan gelombang ketiga telah melanda Malaysia sejak September 2020. Selari dengan peningkatan jumlah pesakit, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Susulan dengan pelaksanaan PKP, semua institusi pendidikan telah diarahkan tutup buat sementara waktu bagi membantu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam kalangan masyarakat konvensional. Evolusi ini telah menggesa kanak-kanak untuk sentiasa berada di rumah dan menyebabkan mereka berdepan dengan norma dan persekitaran yang berbeza. Dalam masa yang sama, penutupan institusi pendidikan ini bukan sahaja mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) tetapi juga telah mencetus pelbagai permasalahan dari aspek sosial dan ekonomi.

Sebelum dunia dilanda wabak COVID-19, masalah berlebihan berat badan dan obesiti telah berkembang seantero dunia termasuklah Malaysia. Menurut laporan yang dipetik daripada Nasional Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019, Malaysia mencatatkan peningkatan jumlah pesakit obesiti daripada 11.9% pada tahun 2015 kepada 14.8% pada tahun 2019 dalam kalangan kanak-kanak. Umum mengetahui bahawa pemakanan yang tidak seimbang dan pola hidup sedenteri adalah faktor utama bagi masalah ini. Lazimnya, obesiti akan memberi implikasi kepada kesihatan fizikal dan psikologi seperti tekanan darah tinggi, bertambahnya kandungan kolesterol dalam badan, kencing manis, kurang keyakinan diri, dan juga masalah kemurungan yang serius. Rentetan itu, usaha agresif oleh pihak berwajib dalam mengawal dan merawat obesiti dalam kalangan kanak-kanak telah menjadi keutamaan untuk kesihatan awam. Namun, pandemik COVID-19 telah menghalang implementasi rancangan pertempuran global melawan obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

Susulan dengan pengumuman penutupan sekolah dibuat, Kementerian Pendidikan telah memutuskan untuk beralih daripada pembelajaran secara fizikal kepada pembelajaran alam maya sebagai inisiatif bagi kesinambungan proses pendidikan. Walaupun platform secara atas talian memberi banyak manfaat bagi tujuan pendidikan dan komunikasi sosial secara jarak jauh, namun peningkatan penggunaan skrin secara tidak langsung telah menggalakkan lagi aktiviti sedenteri. Lebih memburukkan keadaan, mutakhir ini kanak-kanak cenderung kepada permainan digital daripada melibatkan diri dalam aktiviti lain yang memerlukan pergerakan dan interaksi sosial. Bahkan, penggunaan skrin yang kerap didapati lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang bekerja di luar. Keadaan ini membuatkan mereka sukar untuk mencapai sasaran yang diwartakan dalam Malaysia Dietary Guidelines (MDG) untuk melakukan sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal secara intensiti sederhana setiap hari. Akibatnya, mereka dijangkakan mengalami peningkatan berat badan secara tidak sihat.

Ironinya, penggunaan skrin tidak semestinya dikategorikan sebagai aktiviti sedenteri. Inovasi dalam teknologi telah membawa kita kepada satu anjakan paradigma yang mampu meningkatkan kualiti hidup. Ketika kuarantin kendiri di rumah, alat-alat yang menggunakan sistem digital dapat digunakan dalam mempromosikan aktiviti fizikal kepada kanak-kanak melalui platform seperti kelas aktiviti fizikal secara atas talian, aplikasi senaman yang terdapat pada peranti mudah alih, atau permainan video yang mempunyai komponen aktiviti fizikal. Malah telefon pintar kini telah dilengkapkan dengan ciri-ciri kesihatan. Natijahnya, pelaksanaan pelan strategik pendigitalan masyarakat bukan sahaja membantu pengguna mengesan status kesihatan mereka, bahkan mendorong mereka menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan aktif, terutama semasa kuarantin kendiri.

Selain itu, penggunaan skrin secara berlebihan juga dikaitkan dengan masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak. Dua mekanisma yang dihipotesiskan dapat menggalakkan berlakunya masalah ini adalah pengambilan makanan yang tinggi tenaga dan makanan yang tidak berkhasiat yang diiklankan melalui televisyen atau media sosial. Semasa menonton televisyen, kebanyakan kanak-kanak cenderung untuk makan lebih banyak makanan yang mempunyai tinggi kandungan lemak seperti mana yang diiklankan. Contohnya, makanan segera dan minuman ringan. Tambahan pula, COVID-19 menjadikan keadaan lebih teruk kerana sekatan pergerakan (lockdown) adalah suatu tempoh yang memberi tekanan kepada semua pihak termasuklah kanak-kanak, yang mana tempoh ini merangsang perubahan tingkah laku mereka. Kesannya, tekanan yang mereka hadapi boleh mengakibatkan peningkatan pengambilan makanan yang padat kalori dan minuman yang tinggi kandungan gula.

 

 

Daripada perspektif lain, tidak semua keluarga mengalami perubahan dalam tingkah laku atau tabiat makanan kerana sebilangan keluarga menganggap tempoh sekatan pergerakan ini sebagai peluang terbaik untuk melakukan aktiviti bersama keluarga seperti memasak bersama dan menanam tanaman sendiri di halaman rumah. Aktiviti-aktiviti ini dapat mengubah corak pengambilan dan pilihan makanan anak-anak kita secara positif.

Intihanya, disebabkan penyebaran COVID-19 di seluruh dunia, kanak-kanak terjejas dengan pelaksanaan PDP secara maya. Mereka menghabiskan banyak masa di rumah sambil melayari internet dan makan makanan yang tidak berkhasiat. Akibatnya dalam tempoh PKP ini, kanak-kanak terdedah kepada risiko kegemukan. Oleh itu, adalah disarankan agar mereka melakukan perubahan pola hidup dengan mengambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang yang juga penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka. Selain itu, kanak-kanak juga dinasihatkan untuk kekal aktif semaksimum mungkin kerana ia dapat memberi manfaat kepada tubuh dan minda. Ibu bapa dan ahli keluarga yang lain juga digalakkan melakukan aktiviti fizikal bersama-sama untuk kekal sihat dan sebagai salah satu inisiatif untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

 

Rujukan

  • Connor, N. (2017, May 12). One in Four Chinese Children Expected to be Overweight by 2030 AMid Obesity Epidemic. Didapatkan February 12, 2021, daripada The Telegraph: https://www.telegraph.co.uk/news/2017/05/12/one-four-china-children-expected-overweight-2030-amid-obesity/
  • Cuschieri, S., & Grech, S. (2020). COVID-19: A One-way Ticket to a Global Childhood Obesity Crisis? Journal of Diabetes & Metabolic Disorders, 19, 2027-2030. doi:https://doi.org/10.1007/s40200-020-00682-2
  • Griffith, J. (2018, January 29). Create an Oasis of Tranquility in Your Garden. Didapatkan February 11, 2021, daripada Archzine.com: https://archziner.com/garden/nature-garden-tranquility/
  • Hammond, J. (2018, March 28). 8 Hobbies Perfect for Kids. Didapatkan February 11, 2021, daripada mydeal.com.au: https://www.mydeal.com.au/blog/post/8-hobbies-for-kids
  • Kang, H. M., Jeong, D. C., Suh, B.-K., & Ahn, M. B. (2021). The Impact of the Coronavirus Disease-2019 Pandemic on Childhood Obesity and Vitamin D Status. Journal or Korean Medical Science, 36(3), e21. doi:https://doi.org/10.3346/jkms.2021.36.e21
  • Matheson, D. M., Killen, J. D., Wang, Y., Varady, A., & Robinson, T. N. (2004). Children’s Food Consumption during Television Viewing. The American Journal of Clinical Nutrition, 79(6), 1088-1094. doi:https://doi.org/10.1093/ajcn/79.6.1088
  • Nagata, J. M., Magid, H. S., & Gabriel, K. P. (2020). Screen Time for Children and Adolescents During the Coronavirus Disease 2019 Pandemic. Obesity, 28(9), 1582-1583. doi:https://doi.org/10.1002/oby.22917
  • National Coordinating Committee on Food and Nutrition Ministry of Health Malaysia. (2013). Malaysian Dietary Guidelines (MDG) for Children and Adolescents. Malaysia: Technical Working Group on Nutritional Guidelines.
  • National Institutes of Health. (2019). National Health and Morbidity Survey 2019. Didapatkan January 24, 2021, daripada Institute for Public Health: http://www.iku.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/NHMS2019/Report_NHMS2019-NCD.pdf
  • Ribeiro, K. D., Garcia, L. R., Dametto, J. F., Assunção, D. G., & Maciel, B. L. (2020). COVID-19 and Nutrition: The Need for Initiatives to Promote Healthy Eating and Prevent Obesity in Childhood. Childhood Obesity, 16(4). doi:https://doi.org/10.1089/chi.2020.0121
  • Robinson, T. N. (2001). Television Viewing and Childhood Obesity. Pediatric CLinics of North America, 48(4), 1017-1025. doi:https://doi.org/10.1016/S0031-3955(05)70354-0
  • Sanyaolu, A., Okorie, C., Qi, X., Locke, J., & Rehman, S. (2019). Childhood and Adolescent Obesity in the United States: A Public Health Concern. Global Pediatric Health, 6. doi:https://doi.org/10.1177%2F2333794X19891305
  • Shqair, A. l., Pauli, L. A., Costa, V. P., Cenci, M., & Goettems, M. L. (2019). Screen Time, Dietary Patterns and Intake of Potentially Cariogenic Food in Children: A Systematic Review. Journal of Dentistry, 86, 17-26. doi:https://doi.org/10.1016/j.jdent.2019.06.004
  • Storz, M. A. (2020). The COVID-19 Pandemic: An Unprecedented Tragedy in the Battle against Childhood Obesity. Clinical and Experimental Pediatrics, 63(12), 477-482. doi:https://doi.org/10.3345/cep.2020.01081
  • World Health Organization. (2020). #HealthyAtHome – Physical Activity. Didapatkan February 12, 2021, daripada World Health Organization: https://www.who.int/news-room/campaigns/connecting-the-world-to-combat-coronavirus/healthyathome/healthyathome—physical-activity
  • World Health Organization. (2020). #HealthyAtHome: Healthy Diet. Didapatkan February 12, 2021, daripada World Health Organization: https://www.who.int/campaigns/connecting-the-world-to-combat-coronavirus/healthyathome/healthyathome—healthy-diet

 

 

Kredit Foto :
telegraph
gosipgiri
archziner

 

Penulis : Attirah Husna Ibrahim merupakan calon Sarjana Sains Kesihatan (Pemakanan Klinikal) di bawah selian Dr Nurul Huda Razali, Fakulti Sains Kesihatan UKM

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Attirah Husna IbrahimBerat BadanDr Nurul Huda RazalliFakulti Sains Kesihatangaya hidup sihatUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Ekstrak Awan-Perkataan & Sentimen Lirik Lagu Wayang P Ramlee

Next Post

Penukaran Warna Jarum Semasa Pemberian Vaksin

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

18 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Penukaran Warna Jarum Semasa Pemberian Vaksin

Penukaran Warna Jarum Semasa Pemberian Vaksin

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In