23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, May 10, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ahli Astronomi Temui Galaksi Paling Jauh

Editor by Editor
15/05/2015
in Astronomi & Kosmologi
0 0
0

Ahli astronomi diketuai penyelidik Universiti Yale dan Universiti California Santa-Cruz menemui apa yang mereka percaya sebagai galaksi paling jauh dengan jarak dianggarkan lebih 13.1 bilion tahun cahaya dari bumi.

Galaksi berwarna biru terang dikenali sebagai EGS-zs8-1 dikesan penyelidik menggunakan peralatan berkuasa tinggi dikenali sebagai Multi-Object Spectrometer for Infra-Red Exploration (MOSFIRE) yang dipasang pada teleskop berukuran 10 meter di pusat pemerhatian cakerawala W.M Keck di Hawaii.

Galaksi ini pertama kali dikenal pasti menerusi warna khas pada gambar yang diambil oleh NASA, Hubble dan Spitzer dan dianggap sebagai antara objek paling bercahaya dan besar di awal alam semesta.

“Ia sudah pun membina lebih 15 peratus jisim sistem Bima Sakti kita pada hari ini”, kata ahli astronomi Yale dan penulis utama kajian, Pascal Oesch.

“Tetapi ia hanya mempunyai 670 juta tahun untuk berbuat demikian. Alam semesta masih terlalu muda ketika itu”, katanya.

Umur dan jarak berkait rapat antara satu sama lain dalam perbincangan mengenai alam semesta. Imej galaksi jauh yang diambil menggunakan teleskop canggih pada hari ini memberikan rupa sebenar galaksi berkenaan berbilion tahun lalu bergantung kepada jaraknya dari bumi.

“Hanya teleskop terbesar dan cukup berkuasa mampu sampai ke jarak paling jauh ini,” kata pakar astronomi, Pieter van Dokkum.

Menurut penyelidik, mengukur galaksi pada jarak melampau dan mencirikan sifat-sifatnya akan menjadi tumpuan utama astronomi pada masa akan datang.

“Pemerhatian semasa kami menunjukkan bahawa mengukur ketepatan jarak galaksi yang jauh ini akan jadi lebih mudah di masa akan datang dengan Teleskop James Webb Space (JWST),” kata penulis bersama Garth Illingworth dari Universiti California Santa-Cruz.

“Hasil ukuran JWST pada masa depan akan memberikan gambaran lebih lengkap mengenai pembentukan galaksi di ruang kosmik.

Nota – 1 tahun cahaya bersamaan dengan 9.5 trilion kilometer

Sumber – Quartz, Foto –NASA

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakta tentang cahayagalaksigalaksi paling jauhMulti-Object Spectrometer for Infra-Red ExplorationSistem bima saktiSistem galaksi
ShareTweetShare
Previous Post

Penyelidikan IMR-Malaysia: Daun Betik Pengubat Denggi ?

Next Post

Bagaimana Kaedah Bayi Tabung Uji (IVF) dihasilkan

Editor

Editor

Related Posts

Keindahan Penjajaran Planet-Planet di Langit Malam 2025
Alam Semulajadi

Keindahan Penjajaran Planet-Planet di Langit Malam 2025

1 year ago
Mengapa Galaksi masih Berlanggar dalam Alam Semesta yang Mengembang?
Astronomi & Kosmologi

Mengapa Galaksi masih Berlanggar dalam Alam Semesta yang Mengembang?

1 year ago
Islam dan Kalkulus: Sumbangan Ibnu al-Haytham
Astronomi & Kosmologi

Islam dan Kalkulus: Sumbangan Ibnu al-Haytham

2 years ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Amalan Kepercayaan Masyarakat Dunia Terhadap Lautan
Astronomi & Kosmologi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Amalan Kepercayaan Masyarakat Dunia Terhadap Lautan

3 years ago
Next Post
Bagaimana Kaedah Bayi Tabung Uji (IVF) dihasilkan

Bagaimana Kaedah Bayi Tabung Uji (IVF) dihasilkan

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In