23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ainul Mardhiah: Bayi Kuat yang Diuji Germ Cell Tumor

Buletin Kesihatan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
25/06/2019
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Muhammad Wa’iz
Artikel ini merupakan perkongsian dari portal HelloDoktor

Sedikit info mengenai Ainul Mardhiah

Kisah bayi lapan bulan yang menderita kanser ‘Germ Cell Tumour’ di bahagian mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, mendapat perhatian ramai rakyat tempatan, baru-baru ini. Ainul Mardhiah bersama keluarganya dibawa ke London pada 24 Mei lalu bagi mendapatkan rawatan untuk penyakitnya itu. Bayi ini dilaporkan telah stabil selepas menjalani lima jam pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di mulutnya. Pembedahan tersebut telah dilakukan oleh sepasukan doktor pakar yang diketuai oleh Profesor David Dunaway dan Dr. Julian Ong yang merupakan anak kelahiran Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang.

Penderitaan Ainul Mardhiah sebelum ini telah mendapat perhatian banyak pihak termasuklah Kerajaan Negeri Melaka, Malaysia Airlines, Jabatan Imigresen Malaysia dan doktor pakar pelatih surgikal kelahiran Malaysia yang bertugas di United Kingdom, Dr. Amalina Che Bakri. Dr Amalina Che Bakri merupakan antara individu pertama yang berusaha menerbangkan Ainul Mardhiah untuk mendapatkan rawatan melalui sepasukan doktor perubatan lain di sebuah hospital di London. Perjalanan Ainul Mardhiah juga telah dimudahkan melalui sokongan dan tajaan pelbagai pihak di Malaysia dan juga di Kota London.

Di sebalik kisah hidup dan perjalanan mendapatkan rawatan oleh bayi yang bernama Ainul Mardhiah ini, adakah kita mengetahui dengan lebih mendalam apakah sebenarnya penyakit germ cell tumor yang sedang dialami oleh Ainul Mardhiah?

Apakah germ cell tumor seperti yang dialami oleh adik Ainul Mardhiah?

Apakah germ cell tumor seperti yang dialami oleh adik Ainul Mardhiah?

Terdapat pelbagai jenis germ cell tumor dan hanya sebahagiannya sahaja merupakan kanser. Germ cell tumortiada kaitannya dengan germ atau kuman. Ia mendapat nama daripada perkataan “germinate” yang bermaksud bermula untuk membesar atau bercambah. Ini disebabkan oleh germ cells mengambil tempat sama ada menjadi telur di dalam ovari atau sperma di dalam testikel seiring dengan perkembangan bayi sebelum dilahirkan. Germ cell tumor paling kerap berkembang di bahagian ovari atau testis kerana ini adalah kawasan di mana kebanyakan germ cell berada.

Tetapi germ cell kadangkala boleh ditinggalkan di bahagian lain badan bermula daripada semasa janin membesar di dalam rahim. Oleh itu, tumor-tumor ini boleh berkembang di mana-mana di dalam badan anda di mana terdapatnya germ cell tersebut.

Kadangkala, sekumpulan germ cell membesar dengan cara yang tidak normal yang menyebabkan pembentukan tumor. Ini biasanya berlaku di dalam ovari atau testikel, tetapi ia boleh juga terjadi di dalam bahagian otak, dada dan perut, namun ianya jarang berlaku.

Apakah yang menyebabkan germ cell tumor?

Perubahan dalam gen germ cell boleh menyebabkannya membesar tanpa kawalan yang membawa kepada pembentukan tumor. Anda boleh mendapat germ cell tumor sekiranya anda mempunyai:

  • Undescended testicle (satu atau kedua-dua buah zakar tidak jatuh ke dalam skrotum).
  • Kecacatan kelahiran dalam sistem saraf pusat, alat kelamin, tulang belakang yang lebih rendah, dan saluran kencing.
  • Keadaan genetik seperti sindrom Klinefelter atau sindrom Turner, di mana anda mempunyai kromosom seks tambahan atau hilang.
  • Ahli keluarga lain yang mempunyai germ cell tumor.

Apakah jenis-jenis germ cell tumor?

Terdapat beberapa jenis germ cell tumor tetapi lima jenis seperti yang di bawah adalah yang paling kerap berlaku:

  • Tatamis – juga dikenali sebagai “dermoid cysts” – tidak selalunya menjadi kanser, tetapi ia berpotensi untuk menjadi kanser. Ia adalah germ cell tumor yang paling biasa dijumpai di ovari. Biasanya, ia dirawat melalui pembedahan.
  • Germinomas adalah kanser. Ia dipanggil “dysgerminomas” jika ia berada di dalam ovari dan dipanggil “seminomas” di dalam testis. Ia kadangkala turut dijumpai di dalam otak.
  • Tumor “Yolk sac”, (juga dikenali sebagai endodermal sinus tumor) pada kebiasaannya adalah kanser. Ia terbentuk di dalam testikel dan ovari. Ia selalunya kanser yang agresif yang merebak dengan cepat ke nod limfa dan bahagian-bahagian lain badan. Ia biasanya dirawat melalui pembedahan dan kemoterapi.
  • Embryonal carcinoma mempunyai sel-sel kanser yang biasanya bercampur dengan germ cell tumor yang lain. Sebagai contoh, sel embronal carcinoma boleh bercampur dengan teratoma dan menjadikannya kanser.
  • Choriocarcinoma adalah kanser yang jarang berlaku, yang terbentuk di plasenta. Ia boleh menjejaskan ibu dan bayi.

Kanser yang terbentuk daripada germ cell di bahagian lain badan jarang berlaku. Nama perubatan untuk germ cell tumor yang berkembang di luar ovari atau testikel adalah extragonadal germ cell tumour (EGGCT). Germ cell tumor boleh bermula di bahagian:

  • Otak
  • Belakang abdomen (kanser retroperitoneal)
  • Sebahagian daripada dada yang dipanggil mediastinum (mediastinal germ cell tumours). Mediastinum adalah kawasan antara paru-paru, yang mengandungi jantung.

Apakah simptom-simptom germ cell tumor?

Ia bergantung kepada jenis tumor dan di mana ia berada. Tanda-tanda umum germ cell tumor termasuklah:

  • Ketulan pada ovari atau testikel anda
  • Kesakitan perut dan bengkak (disebabkan oleh tumor)
  • Masalah berkaitan perkumuhan (mempunyai masalah ketika membuang air besar atau menahan kencing anda jika tumor berhampiran pelvis anda)
  • Pertumbuhan payudara, rambut kemaluan, atau pendarahan vagina pada usia lebih awal daripada biasa
  • Kesakitan pada bahagian perut atau dada
  • Benjolan atau ketulan di dalam perut, belakang, atau testikel
  • Testikel yang tidak mempunyai bentuk atau saiz yang betul
  • Rasa lemah di bahagian kaki anda
  • Berdehit atau sesak nafas (jika tumor berhampiran dengan paru-paru)

Bagaimana doktor melakukan pemeriksaan bagi penentuan germ cell tumor?

ainul mardhiah

Pada kebiasaannya, doktor akan menanyakan soalan-soalan mengenai keadaan kesihatan dan simptom-simptom yang terjadi, selain melakukan pemeriksaan secara fizikal ke atas anda. Selepas daripada itu, anda mungkin dikehendaki untuk melakukan:

  • Biopsi. Doktor akan mengambil sampel tumor untuk mengujinya sekiranya terdapat kanser dan membantu membimbing bagi rawatan anda.
  • Ujian darah. Anda boleh mendapatkan ujian yang berbeza untuk memeriksa kesihatan keseluruhan darah, buah pinggang, dan hati anda. Doktor juga boleh menguji tanda-tanda tumor, seperti tahap hormon yang tinggi. Dan jika doktor berfikir anda mempunyai keadaan genetik, anda juga boleh mendapatkan ujian genetik.
  • Pengimejan. CT, MRI, X-ray, ultrasound, dan pengimejan tulang boleh menunjukkan di mana tumor dan sama ada ia telah merebak.

Bagaimana germ cell tumor dirawat seperti yang dialami oleh adik Ainul Mardhiah?

Ia bergantung pada jenis tumor yang anda ada, di mana ia berada, dan jika ia telah tersebar. Doktor juga akan mengambil kira usia dan kesihatan keseluruhan anda. Anda mungkin memerlukan lebih daripada satu jenis rawatan. Doktor akan membantu anda mengetahui pendekatan terbaik. Pilihan rawatan biasanya termasuklah:

  • Pembedahan untuk membuang tumor. Jika ia kanser, doktor perlu mengeluarkan kesemua sel-sel kanser. Ini boleh bermakna doktor mungkin akan mengeluarkan testikel atau ovari dan tiub fallopian di mana tumor tersebut terletak.
  • Kemoterapi (kemo), yang menggunakan ubat untuk membunuh kanser. Ia sering digunakan jika tumor adalah kanser dan telah merebak ke bahagian lain badan anda.
  • Radiasi, yang menggunakan tenaga tinggi dari X-ray atau sumber lain untuk membunuh sel kanser. Jenis radiasi yang lebih baharu digunakan sedekat mungkin pada tumor untuk membantu mengehadkan kesan sampingan.

Terdapat pelbagai faktor yang memungkinkan germ cell tumor ini terjadi kepada Ainul Mardhiah, antaranya faktor genetik seperti sindrom Turner, iaitu satu keadaan di mana bayi perempuan dilahirkan tanpa kromosom X selain faktor-faktor lain seperti cryptorchidism. Sehingga hari ini, kesihatan Ainul Mardhiah telah semakin pulih setelah menjalani pembedahan untuk membuang germ cell tumor tersebut yang telah berjalan selama lima jam. Ainul Mardhiah turut menunjukan respon kesihatannya yang semakin baik melalui hisapan jari setelah ketulan tumor tersebut dibuang daripada bahagian mulutnya. Kita berharap agar kesihatannya semakin baik dari masa ke masa dan beliau sembuh daripada sebarang kemungkinan untuk mengalami germ cell tumor itu kembali.

 

Rujukan :

https://www.webmd.com/cancer/germ-cell-tumors#2
https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/germ-cell-tumours
https://www.hopkinsmedicine.org/kimmel_cancer_center/centers/pediatric_oncology/becoming_our_patient/cancer_types/germ_cell_tumors.html
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ainul-mardhiah-selamat-dibedah-tumor-200-gram-berjaya-dibuang-209795

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Ainul MardiahGerm Cell TumorHelloDoktorMuhammad Wa'iz
ShareTweetShare
Previous Post

Lalat Mei, Lalat Batu & Lalat Kantung di Sungai Rekreasi Yang Tidak Dikenali Ramai

Next Post

Rasa Tembikai Lebih Manis Apabila Disejukkan

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)
Alam Semulajadi

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

4 days ago
‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023
Berita & Peristiwa

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

5 days ago
Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air
Berita & Peristiwa

Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air

1 week ago
Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

2 weeks ago
Next Post
Rasa Tembikai Lebih Manis Apabila Disejukkan

Rasa Tembikai Lebih Manis Apabila Disejukkan

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In