23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Amalan Diet Dan Rawatan Kanser

Info Rawatan Kanser

Saiful Bahari by Saiful Bahari
25/01/2021
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Aishah Mahat
Uitm Pasir Gudang

 

Terdapat tiga jenis rawatan kanser iaitu pembedahan, kemoterapi dan radioterapi. Setiap rawatan ini mempunyai kesan sampingan. Tidak seperti pembedahan, rawatan kemoterapi akan mengambil masa yang lama iaitu selama beberapa minggu sehingga kepada bulan yang berikutnya. Pesakit yang berusia serta mempunyai sejarah penyakit lain berisiko mendapat kesan sampingan yang lebih tinggi berbanding pesakit pada usia lebih muda. Kesan sampingan kanser dan rawatan juga bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah jenis kanser, tahap kanser, rawatan ubat kemoterapi serta keadaan diri pesakit. Semasa menjalani rawatan kemoterapi, pesakit akan mengalami kesan sampingan dan ia berbeza bergantung kepada tahap kekuatan imuniti pesakit tersebut. Antaranya pesakit akan akan mengalami keadaan loya, muntah, cirit-birit, pening kepala, demam, kurang selera makan, dehidrasi dan sembelit. Keadaan ini akan menyukarkan fungsi badan untuk bekerja dengan lebih baik. Oleh yang demikian, pemilihan makanan yang seimbang adalah sangat penting sewaktu menjalani rawatan kemoterapi kerana ia memberikan hasil yang baik bagi kesihatan tubuh badan untuk pulih dengan lebih cepat.

 

Oleh itu, terdapat beberapa amalan diet yang disyorkan sewaktu menjalani rawatan kanser, antaranya adalah:

 

Pengambilan makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap

Makanan perlu diambil dalam kuantiti yang kecil atau sedikit demi sedikit secara lebih kerap. Selain itu, makanan juga perlu dikunyah sehingga wujud cebisan yang kecil. Ini perlu dilakukan bagi mengurangkan berlaku ketidakselesaan perut dan seterusnya menimbulkan keadaan seperti loya, muntah, serta cirit-birit yang berterusan.  Cirit -birit yang dialami menyebabkan pesakit kerap ke tandas dan perkara yang berterusan seperti ini menyebabkan pesakit tidak mahu mengambil makanan. Keadaan loya dan muntah juga kadangkala terjadi apabila melihat makanan dihidangkan dalam kuantiti yang banyak dan ini turut menyebabkan kehilangan selera makan. Justeru pengambilan makanan dalam kuantiti yang kecil secara kerap adalah perlu bagi tujuan memperoleh nutrien yang mencukupi sewaktu sesi rawatan dijalankan.

 

Mengambil air minuman secukupnya

Pesakit perlu mengambil air yang secukupnya iaitu sekurang-kurangnya 7 hingga 8 gelas sehari. Ini bagi mengelakkan kesan sampingan yang berlarutan sepanjang tempoh rawatan seperti mulut dan kulit kering, sakit tekak, dan demam. Tidak kira apa sahaja jenis minuman boleh diminum dan paling penting ia telah dimasak dan selamat diminum. Ini amat perlu bagi menghindarkan dari terkena jangkitan bakteria.

 

Pengambilan makanan atau minuman dengan kandungan gula dan protein yang tinggi

Makanan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi seperti ikan, daging, susu dan telur perlu diambil bagi membantu proses penyembuhan. Makanan tersebut boleh dipelbagaikan konsep penyediaan bagi meningkatkan selera pesakit yang sedang menerima rawatan. Selain itu, makanan yang mempunyai kandungan gula juga disyorkan kepada pesakit seperti roti, kek serta manisan dengan jumlah pengambilan secara sederhana.

 

Mengetahui punca makanan yang tidak sesuai

Sesetengah pesakit tidak sesuai dengan pengambilan makanan atau minuman sewaktu tempoh rawatan walaupun makanan tersebut disyorkan oleh doktor mahupun pakar pemakanan. Contohnya pesakit akan mengalami cirit-birit yang berpanjangan disebabkan pengambilan susu. Oleh itu sangat penting dalam mengetahui punca makanan tersebut agar dapat dielakkan supaya tidak mendatangkan mudarat terhadap kesihatan.  Selain itu, digalakkan untuk menghindari makanan yang diproses serta diawet di dalam tin.

 

Mengambil makanan dalam kuantiti yang sederhana dan lengkap

Pesakit perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan cara pengambilan makanan harian dalam kuantiti yang sederhana dan lengkap termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, sumber protein, karbohidrat, vitamin serta mengurangkan pengambilan daging merah. Pengambilan makanan tersebut bergantung kepada keadaan pesakit namun ia perlu kepada penambahbaikan tetapi tidak sehingga mengabaikan pengambilan makanan yang mempunyai nutrisi yang lengkap dan mencukupi.

 

Rujukan

https://nci.moh.gov.my/index.php/ms/info-sihat/223-diet-dan-penyakit-kanser

https://www.cancer.net/navigating-cancer-care/how-cancer-treated/chemotherapy/side-effects-chemotherapy

 

Kredit Foto : eatlove

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Aishah MahatDietInfo Rawatan Kanserrawatan kanserUiTM Pasir Gudang
ShareTweetShare
Previous Post

Potensi Bahan Buangan dalam Penghasilan Biodiesel sebagai Alternatif Bahan Bakar

Next Post

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan untuk Subjek Matematik

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

18 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

2 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan untuk Subjek Matematik

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan untuk Subjek Matematik

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In