23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Anai-Anai Sebagai Jurutera Ekosistem

Saiful Bahari by Saiful Bahari
12/05/2020
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh : Dzulhelmi Nasir, Irham Razak & Farah Nadiah Rosli
Ahli Entomologi

 

Anai-anai merupakan serangga dominan dalam ekosistem manusia dan acap kali ia dilabelkan sebagai serangga pemusnah semata-mata oleh stigma masyarakat. Menariknya, tahukah anda anai-anai juga mempunyai peranan yang bertentangan dengan sifat pemusnah ini iaitu sebagai Jurutera Ekosistem?

Anai-anai tergolong dalam kumpulan Blattodea dan suborder Isoptera dengan lebih 2600 spesies yang terdapat di dunia dan lebih 175 spesies telah direkodkan di Malaysia. Anai-anai boleh dikenalpasti berdasarkan kehadiran antena lurus, empat sayap yang bersaiz sama, pinggang toraks dan abdomen yang lebar. Rangka luar anai-anai adalah sangat nipis dan memerlukan kelembapan yang tinggi. Oleh itu, busut yang dibinanya memerlukan suhu dan kelembapan yang tertentu untuk memastikan koloni mereka hidup dengan baik. Anai-anai terkenal sebagai organisma pengurai, pengitar nutrisi tanah, meningkatkan kualiti tanah dan pendamai dalam pembentukan rumah hijau. Tambahan juga, tanah dan struktur yang terdapat pada busut anai-anai boleh digunakan sebagai bahan detox, penggunaan sebagai baja organik, meningkatkan mutu pertanian, pemeliharaan landskap dan model untuk reka bentuk pembinaan.

Sebagai organisma pengurai, anai-anai berinteraksi secara simbiosis dengan bakteria dan protozoa yang hadir di dalam badannya dalam proses pendegradan kayu-kayan daripada tumbuhan hidup atau mati. Apabila anai-anai ini memakan kayu-kayan ini, sisa-sisanya akan terjatuh dan mereput. Hasil pereputan ini telah menyediakan bahan-bahan nutrisi yang meresap ke dalam tanah di sekitarnya. Maka, secara tidak langsung, kualiti dan kesuburan tanah akan meningkat berbanding dengan tanah yang tiada anai-anai. Tambahan pula, apabila tanah subur dan mempunyai nutrisi yang lebih baik, tumbuh-tumbuhan akan hidup di sekitarnya dan secara tidak langsung menyediakan tempat perlindungan untuk haiwan-haiwan lain. Oleh itu, kawasan yang mempunyai busut mampu menyuburkan tanah daripada kering dan tandus serta mengembalikan ekosistem yang lebih sihat. Kebolehan anai-anai untuk memodulasi kehadiran sumber alam bagi organisma lain secara langsung mahu pun tidak langsung ini telah meletakkannya sebagai jurutera ekosistem.

Sebagai serangga sosial yang hidup secara berorganisasi, setiap individu memainkan peranan yang besar bagi memastikan busut dalam keadaan baik dan penghuni di dalamnya selamat. Apabila pencerobohan yang mengakibatkan kerosakan pada busut seperti keretakan mahupun lubang pada busut berlaku, anai-anai akan mengetukkan kepalanya pada dinding busut sebagai penggera kecemasan kepada penghuni lain. Apabila kecemasan berlaku, larva anai-anai akan dipindahkan ke bahagian yang lebih selamat manakala jalan masuk di mana raja dan ratu tinggal akan disekat dengan membina benteng untuk menutupi laluan masuk tersebut. Kemudian, kawasan kerosakan akan dikepong oleh askar anai-anai, dan pekerja anai-anai akan mengangkut bahan-bahan untuk membaiki kerosakan busut. Apabila kerja pembaikan pulih selesai, anai-anai akan berkelakuan dan bertindak seperti kebiasaan. Struktur organisasi ini menunjukkan kepada kita betapa teraturnya sistem sosial anai-anai dan pekanya ia akan peranan masing-masing dalam memastikan struktur organisasinya kekal stabil dan dalam keadaan baik.

Dari pengamatan luar, busut anai-anai hanya kelihatan seperti tanah yang terkumpul tinggi. Namun, apabila dibelah kepada dua bahagian, struktur kompleks yang dibuat oleh anai-anai ini amat menakjubkan. Pada bahagian atas busut, terdapat lapisan luar dinding busut yang terdiri daripada lubang-lubang kecil menuju ke laluan terowong seperti siri serombong. Pada bahagian bawah busut pula, terdapat lubang besar berbentuk oval. Apabila waktu pagi, udara panas akan terangkat dan keluar melalui lubang-lubang kecil yang tersedia ada, manakala udara sejuk akan tenggelam ke bawah dan masuk ke dalam lubang besar tersebut. Namun, apabila waktu malam, kitaran berlawanan akan berlaku. Pada keadaan ini, pertukaran oksigen dan karbon dioksida akan berlaku dan secara langsung menghasilkan pengaliran udara yang efisen. Kita dapat melihat bahawa struktur dan model busut yang dibina oleh anai-anai mampu menyediakan ventilasi udara yang sangat efisen bagi mengekalkan suhu dan keadaan yang baik di dalam busut.

 

 

Selain itu, busut yang terbina boleh berhubung dengan air bawah tanah. Antara keunikan struktur rumah anai-anai yang boleh dianggap sebagai kejuruteraan yang hebat adalah penggunaan kuasa solar bagi membantu meningkatkan ventilasi di dalam sarang anai-anai tersebut. Struktur binaan yang direka adalah khas untuk memanfaatkan apa yang disediakan oleh alam di sekitarnya. Penyelidik anai-anai juga mendapati struktur yang dibina oleh anai-anai mempunyai peranan yang sama seperti ‘paru-paru’.

Anai-anai membina jenis-jenis sarang yang berbeza, dari mendiami dalam tanah, sehinggalah membuat sarang di atas pokok. Bagi spesies anai-anai yang mendiami kawasan yang kering dan panas, ia lebih cenderung untuk membina sarang di dalam tanah, di mana sarangnya berupa busut dan mempunyai banyak terowong yang bertujuan untuk menyejukkan kawasan dalam tanah seperti anai-anai Formosa (Coptotermes formosanus).

Contoh struktur binaan yang menarik boleh dilihat adalah daripada spesies anai-anai Australia, iaitu Anai-anai kompas (Amitermes meridionalis). Struktur binaan adalah berbentuk kompas, mempunyai baji, dan mengikut arah utara dan selatan. Bentuk sarang daripada anai-anai spesies ini boleh dilihat dari jauh, dan struktur tersebut masih lagi dalam kajian sehingga sekarang.

Spesies anai-anai yang membuat sarang berbentuk busut mempunyai rekaan sarang yang jauh lebih kompleks berbanding spesies anai-anai yang membuat sarang bawah tanah. Sarang yang kompleks boleh dilihat daripada keluarga Macrotermes dimana terdapat banyak terowong yang mempunyai bilik-bilik spesifik seperti tempat untuk raja dan permaisuri anai-anai, tempat untuk kulat, galeri, tempat simpanan air, perudaraan dan juga tempat yang mempunyai plat-plat untuk memantulkan haba dari dalam ke luar. Kebanyakan spesies tersebut yang mempunyai rekaan seperti busut adalah dari Afrika dan Asia.

 

 

Manakala bagi spesis anai-anai yang mendiami kawasan hutan tebal, sarangnya seperti tiub menghala ke arah langit. Kebanyakan anai-anai hutan tropika membina sarang di dalam kayu mati dan menjadikan kayu mati itu sebagai makanan. Bagi spesies anai-anai yang membuat sarang di kawasan akar kayu, ia akan sedikit demi sedikit membunuh pokok yang menjadi tempat sarang. Ini kerana koloni anai-anai tersebut akan makan sedikit demi sedikit kayu, dari lapisan luar, sehinggalah ke dalam pokok itu sendiri.

 

Terdapat juga spesies anai-anai yang membuat sarang di atas pokok seperti dari keluarga Nasutitermes dan Microcerotermes. Sarang daripada spesies anai-anai ini dibina di atas pokok dan kelihatan seakan-akan seperti sarang tebuan. Bahan binaan bagi sarang anai-anai di atas pokok adalah kayu-kayan mati dan sisa najis anai-anai tersebut. Kelebihan membuat sarang di atas pokok adalah selamat daripada banjir, manakala kelemahannya adalah sarang diancam dengan risiko seperti dahan patah, hujan lebat, atau ribut.

 

 

Anai-anai sebagai jurutera ekosistem telah dicadangkan aplikasinya dalam pemulihan masalah tanah terdegredasi terutamanya di kawasan Kachchh, India. Anai-anai  dijangka berupaya memecahkan kerak-kerak permukaan tanah, mengurangkan kepadatan tanah, meningkatkan keporosan tanah, dan menambah baik muatan simpanan air dalam tanah yang seterusnya akan mengurangkan larian permukaan tanah. Oleh itu, beberapa kaedah telah dicadangkan oleh pakar entomologi bagi mengaplikasikan penggunaan anai-anai sebagai jurutera ekosistem ini. Salah satu daripadanya ialah menaburkan daun-daun gugur pada lantai tanah kawasan hutan atau kawasan tanaman bagi memberikan sumber makanan dan menggalakkan pembiakan anai-anai selain daripada mengelakkan serangan anai-anai tersebut terhadap tanaman penting. Ini seterusnya akan menyuburkan kawasan tanah dan menggalakkan pertumbuhan tanaman di sekitar kawasan tersebut.

Keunikan anai-anai ini juga boleh dimanipulasi dan digunakan dalam bidang agrikultur jika para petani diberikan kefahaman secukupnya mengenai jenis spesies anai-anai yang baik untuk tanaman, cara pengendalian anai-anai dan mekanisma yang membantu penyuburan tanah oleh anai-anai tersebut. Justeru, anai-anai tidak boleh dianggap sebagai serangga perosak semata-mata dan keupayaannya sebagai jurutera ekosistem perlu diambil kira serta dimanfaatkan dengan lebih meluas pada masa hadapan.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Anai-AnaiDzulhelmi NasirFarah Nadiah RosliIrham RazakIrham Razak & Farah Nadiah Rosli
ShareTweetShare
Previous Post

Kesan Terapi Membaca Buku

Next Post

Khasiat Pokok Kunyit

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Khasiat Pokok Kunyit

Khasiat Pokok Kunyit

  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mitos Telur Berdiri Sewaktu Gerhana: Sains Menjelaskan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In