23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Anak Bulan: Jambatan Penghubung Sains dan Islam

Info Ilmu Falak

Saiful Bahari by Saiful Bahari
01/05/2022
in Astronomi & Kosmologi, Berita & Peristiwa, Isu Semasa
0 0
0

Oleh : Amelia Adam

 

 

“Senang je nak tahu bila raya ni.. ambil teleskop, tengok anak Bulan.. lepas tu umumkan kat TV, esok raya!“

Barangkali itulah yang difikirkan oleh sesetengah orang, walhal kita sememangnya mempunyai ahli falak yang bertauliah; namun, harus diakui bahawa perbalahan pengguna media sosial baru-baru ini tentang tarikh Hari Raya Aidilfitri ialah suatu momen mendidik yang bernilai bagi ahli sains dan komunikator sains di negara ini. Inilah suatu kesempatan yang wajar dimanfaatkan untuk mendekati orang awam bagi meleraikan salah faham atau kekeliruan yang mungkin timbul.

Penentuan awal bulan-bulan dalam kalendar Hijrah menuntut penglibatan dan kebijaksanaan cendekiawan. Kalendar Hijrah ialah sebuah taqwim yang mengandungi 12 bulan dalam setahun (354 atau 355 hari dalam setahun). Pencerapan Bulan telah mendorong sains dan Islam bergabung jalin demi menentukan permulaan atau pengakhiran pelbagai urusan, misalnya penentuan tarikh bermula dan berakhirnya ibadah puasa dalam bulan Ramadan, serta tarikh-tarikh penting dalam pelaksanaan ibadah Haji. Penyusunan kalendar Hijrah yang mempunyai perkaitan rapat dengan anak Bulan juga penting dalam pelbagai urusan penting seperti penentuan tempoh bagi satu-satu tahun penuh (haul) bagi mengeluarkan zakat, penentuan tempoh iddah dan pengisyhtiharan orang yang hilang (mafqud, tempoh masa: 4 tahun).

 

Dongak Bulan di Langit yang Tinggi, Demi Urusanmu di Bumi

Umum mengetahui bahawa Bulan ialah satelit semula jadi tunggal Bumi yang dapat dilihat menunjukkan fasa-fasa berbeza melalui perspektif pemerhati di Bumi. Secara amnya, sebagai umat Islam, kita mengetahui bahawa apabila melihat bulan penuh, itulah petanda kita telah tiba di pertengahan bulan Hijrah, manakala jika tidak dilihat langsung (oleh mata kasar) pula, kita sedang berada di penghujung bulan dan mendekati bulan baharu.

Menerusi perspektif syariah, kenampakan anak Bulan (hilal) sebagai petanda (fizikal) yang menentukan permulaan bulan Hijrah yang baharu, ada dinyatakan dalam beberapa potongan ayat al-Quran, seperti dalam ayat ke-189, surah al-Baqarah:

 

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: “(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.”

 

Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam proses pencerapan anak Bulan termasuklah pencemaran cahaya yang mempengaruhi kecerahan langit senja (amnya, kenampakan objek samawi ditentukan oleh kecerahan objek cerapan terhadap kecerahan langit)  ketika kenampakan anak Bulan dan faktor meteorologi seperti cuaca.

Penentuan awal Ramadan selain berdasarkan pencerapan anak Bulan bagaimanapun turut disokong oleh kaedah lain seperti hisab (pengiraan), penyaksian (yang tidak meragukan) dan amalan petua-petua tradisional. Tanpa mengangkat mana-mana kaedah untuk mendominasi penentuan tarikh awal bulan Islam, kepelbagaian ini boleh difikirkan umpama “triangulasi” dalam penyelidikan kualitatif; masing-masing mempunyai kelebihan dan had tersendiri, saling mengimbangi.

 

“Asal Nampak Je, Dah Boleh Raya Ke?”

Kenampakan anak Bulan dalam penentuan tarikh-tarikh penting bagi umat Islam ada kriteria tersendiri, yang dipanggil “Imkan al-Rukyah”. Lebih menarik, penentuan kriteria itu mempunyai persejarahannya di negara ini; dipercayai bermula dengan penganjuran Resolusi Istanbul (1978). Suatu persidangan yang disertai negara-negara Islam sedunia pada November 1978 telah menyumbang terhadap resolusi yang dicapai tentang kriteria kenampakan anak Bulan berdasarkan parameter yang dipersetujui oleh ahli-ahli falak. Wakil Malaysia yang menghadiringi persidangan tersebut ialah ahli falak, Md. Khair  Md. Taib, Abdul Hamid Mohd Tahir (Profesor, UTM) dan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohsein Salleh.

 

Kriteria kenampakan anak Bulan yang dipersetujui melalui Resolusi Istanbul:

  • Anak Bulan dikira boleh kelihatan, sekiranya ketinggian anak Bulan (altitud) ketika Matahari terbenam tidak kurang dari 5° di atas ufuk dan
  • sudut elongasi (jarak lengkung) bagi Matahari dan Bulan adalah tidak kurang dari 8°. (Lihat rajah berikut bagi mengenal altitud dan elongasi)

 

 

Resolusi Istanbul ialah titik penting untuk mencapai kesepakatan ahli falak dalam pencerapan anak Bulan. Walau bagaimanapun, ahli falak negara, Md. Khair Md. Taib mencadangkan suatu kriteria lain sepatutnya ditambah dalam resolusi tersebut iaitu kriteria umur 8 jam terhadap anak Bulan selepas ijtimak (conjunction).

 

 

Malaysia kemudiannya menampilkan Imkanur Rukyah 1983, iaitu suatu adaptasi Resolusi Istanbul dengan beberapa perubahan iaitu syarat 5.5° bagi ketinggian, 7.5° bagi elongasi serta kriteria umur 8 jam untuk anak Bulan dikira boleh kelihatan.

 

 

1983: Tarikh Puasa Tak Sama!

Berlaku sedikit percanggahan pada tahun 1983 apabila Perak dan Johor meraikan awal Ramadan 1403 pada 12 Jun, manakala negeri-negeri lainnya pada 13 Jun. Tarikh yang dipilih oleh kerajaan negeri Perak dan Johor adalah berdasarkan dua kiraan falak iaitu 1. kaedah anak Bulan ada di atas ufuk (wujud al-hilal), manakala negeri-negeri lain di Malaysia ataupun kaedah yang dipilih di peringkat kebangsaan pula ialah 2. kaedah kemungkinan boleh kelihatan (imkan al-ru’yah/expected visibility).

Jawatankuasa Kajian Semula kemudiannya telah ditubuhkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (di bawah Pejabat Perdana Menteri) pada 14 Disember 1989 setelah menyedari hakikat perbezaan yang timbul. Jawatankuasa tersebut diketuai oleh Abd. Majid Abd. Hamid. Jawatankuasa tersebut mendapati kriteria kenampakan anak Bulan dalam Resolusi Istanbul adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia, berikutan perbezaan latitud. Ketetapan dalam resolusi tersebut, mengikut kedudukan geografi, adalah sesuai diamalkan di beberapa negara di Eropah. Pemerhatian terhadap kenampakan anak Bulan di 15 lokasi pencerapan di Malaysia, semakan laporan-laporan pemerhatian serta kajian terhadap kriteria umur Bulan (8 jam) telah dilakukan secara giat.

Pemerhatian di 15 lokasi pencerapan bagaimanapun bukanlah satu-satunya alternatif untuk mencapai kesepakatan dalam penentuan kriteria kenampakan anak Bulan yang terbaik. Pencerapan di Pantai Rombang, Melaka, menyaksikan kenampakan anak Bulan dengan dapatan elongasi semasa Matahari terbenam adalah 4° 46’, manakala ketinggian anak Bulan yang direkodkan pula adalah 1° 43’, dengan umur Bulan semasa Matahari terbenam ialah 15 jam dan 39 minit. Dapatan ini membuktikan… anak Bulan boleh kelihatan di bawah ketetapan yang dipersetujui dalam Resolusi Istanbul.

 

Suara Negara-negara Jiran

Data pemerhatian dari negara jiran, Indonesia, juga dipertimbangkan untuk menetapkan kriteria Imkanurukyah. Sebanyak 29 data pencerapan telah direkodkan sejak tahun 1964 sehingga 1990-an di negara itu, namun, hanya 12 data yang diterima dan seterusnya diperakui oleh Jawatankuasa Semakan Semula. Kajian terhadap data pemerhatian di kedua-dua negara membuka pelbagai persoalan termasuklah ketinggian dan elongasi (minimum) yang boleh dicapai semasa umur anak Bulan 8 jam. Nilai 2° (ketinggian) dan 3° (elongasi) yang pernah dicapai telah dianggap sepadan dengan umur anak Bulan 8 jam, seterusnya membolehkan rumusan kriteria Imkan al-ru’yah (sejak tahun 1995) dilakukan iaitu:

Ketika Matahari terbenam,
• Ketinggian Bulan (altitud) tidak kurang dari 2˚
dan
• Jarak lengkung Bulan-Matahari (elongasi) tidak kurang dari 3˚.

atau
Ketika Bulan terbenam,
• Umur Bulan tidak kurang dari 8 jam.

 

Sementara itu, negara jiran di selatan Semenanjung Malaysia, Singapura pada tahun lalu pula dilaporkan telah menyarankan kriteria baharu dalam penentuan awal bulan Islam. Usul yang dikemukakan itu menggariskan ketetapan 3˚ bagi ketinggian dari ufuk dan 6.4˚ bagi elongasi ketika Matahari terbenam. Mempertimbangkan kesukaran pencerap di republik itu untuk melihat anak Bulan, kebergantungan Singapura terhadap kaedah hisab bukanlah sesuatu yang dapat dielakkan. Menerusi Majlis Agama Islam Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura (MABIMS), kriteria baharu itu dipersetujui, berdasarkan data yang terkumpul dari 700 pencerapan anak Bulan di keempat-empat negara.

 

Malaysia dan Kriteria Baharu

Sokongan Jabatan Agama Islam negeri-negeri, serta usaha sama ahli falak, agamawan dan ahli matematik adalah penting untuk membangkitkan keperluan menetapkan kriteria baharu. Malaysia telah mempraktikkan ketetepan kenampakan anak Bulan yang baharu (oleh MABIMS) sejak Muharram 1443 lagi (meskipun isu pertikaian tarikh akhir Ramadan baru sahaja timbul akhir-akhir ini!).

Malaysia yang mengamalkan kaedah rukyah (cerapan hilal) dan hisab (kiraan falak) merujuk kepada syarat-syarat kenampakan anak Bulan (imkanur rukyah) untuk menyusun kalendar Hijrah- bermaksud, kita mengamalkan pengiraan, namun, kita tetap ingin mengetahui kedudukan anak Bulan; iaitu data yang diteliti pada tarikh 29 Ramadan (1 Mei 2022). Anak Bulan dianggap tidak kelihatan apabila tidak memenuhi syarat baharu semasa Matahari terbenam, maka, keesokan harinya digenapkan menjadi hari ke-30 Ramadan.

 

Menghormati Autoriti

Sebanyak 29 lokasi telah dikenal pasti untuk mencerap anak Bulan Syawal kali ini. Organisasi tertentu telah dipertanggungjawabkan untuk menentukan awal bulan-bulan dalam kalendar Hijrah, termasuklah awal Syawal iaitu tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam keghairahan meraikan suatu hari yang mulia (setelah dua tahun dinafikan keistimewaannya) kali ini, kita juga perlu akur terhadap tauliah yang dimiliki oleh ahli-ahli falak tempatan, agamawan dan organisasi keagamaan yang ditugaskan untuk mengumumkan tarikh penting itu nanti.

Kecenderungan untuk mengetahui (curiosity) perlulah diimbangi dengan menyedari tentang kelebihan yang dimiliki oleh individu atau organisasi tertentu yang kepakarannya khusus terhadap perkara yang kita ingin ketahui. Jika dilihat dari sudut pandang lain, teka-teki tentang tarikh Hari Raya Aidilfitri kali ini menyedarkan kita akan antara perkaitan yang boleh dibina antara sains (cerapan Bulan) dengan Islam (awal dan akhir ibadah puasa Ramadan). Akhir kata, hormatilah keputusan autoriti yang bertugas dan… selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidilfitri!

*Penafian: Tulisan ini tidak bermaksud mengiakan ataupun menidakkan tarikh Hari Raya Aidilfitri yang tular di media sosial. Tarikh sebenar hanya akan diketahui setelah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

 

Rujukan (serta sumber imej dan infografik):

  1. Mohd Nawawi, M. S. A., Man, S., Zainuddin, M. Z., Abdul Wahab, R., & Ahmad Zaki, N. (2015). SEJARAH KRITERIA KENAMPAKAN ANAK BULAN DI MALAYSIA (History of the Criteria for Lunar Crescent Visibility in Malaysia). Journal of Al-Tamaddun, 10(2), 61–75.
    2. History of Malaysia Lunar Crescent Visibility Criteria (oleh Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi, Nurul Syakirah Rahiman & Muhamad Syazwan Faid), Academy of Islamic Studies, University of Malaya.
    3. https://bctkpd.com/2019/12/11/kaedah-melihat-anak-bulan-bagi-menentukan-awal-bulan-islam/
    4. https://www.majlisraja-raja.gov.my/ms/cerapan-anak-bulan
    5. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/04/22/29-lokasi-dikenal-pasti-untuk-lihat-anak-bulan-syawal-pada-1-mei-ini/
    6. https://berita.mediacorp.sg/singapura/s-pura-yang-sarankan-kriteria-baru-tentukan-awal-bulan-islam-ini-601776
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Amelia AdamIlmu FalakIsu Semasa
ShareTweetShare
Previous Post

Ahli Terapi Cara Kerja (Occupational Therapist) Sebagai Kerjaya Pilihan

Next Post

Teknik Pomodoro: Sains Pengurusan Masa Untuk Penulis

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Teknik Pomodoro: Sains Pengurusan Masa Untuk Penulis

Teknik Pomodoro: Sains Pengurusan Masa Untuk Penulis

  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mitos Telur Berdiri Sewaktu Gerhana: Sains Menjelaskan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In