23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, April 16, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ancaman Parasit Nematod Terhadap Kumbang Pendebunga Kelapa Sawit

Ancaman Parasit Nematod Terhadap Kumbang Pendebunga Kelapa Sawit

Editor by Editor
16/02/2023
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Nur Farah Ezzaty Binti Abd Aziz, Pelajar Pascasiswazah

Dr. Johari Jalinas, Pensyarah Kanan
Jabatan Sains Biologi & Bioteknologi,
Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Malaysia merupakan pengeluar minyak kelapa sawit yang kedua terbesar di dunia. Kejayaan penghasilan buah kelapa sawit yang bermutu dibantu oleh kumbang pendebunga, Elaeidobius kamerunicus Faust (Coleoptera: Curculionidae) (Rajah 1) yang telah diperkenalkan dari Afrika ke Malaysia pada tahun 1981. Kumbang ini merupakan serangga yang paling sesuai berbanding semua spesies pendebunga kelapa sawit yang lain kerana ia sesuai dengan Iklim Khatulistiwa dan mempunyai kapasiti tertinggi dalam penyebaran debunga. Pengenalan kumbang ini dalam ekosistem kelapa sawit telah menyumbangkan manfaat besar kepada ekonomi negara sehinggalah parasit nematod, Elaeolenchus parthenonema Poinar (Rajah 2) dijumpai dalam kumbang tersebut. Parasit nematod ini adalah bersifat perumah spesifik dan dipercayai telah dibawa masuk bersama kumbang ini dari Afrika pada awal kemasukannya ke negara ini.

Parasit nematod ini dijumpai di dalam larva, pupa dan hemosel kumbang dewasa. Hemosel adalah rongga utama badan haiwan invertebrata yang menempatkan organ-organ dan cecair badan. Pembiakan parasit adalah melalui ‘parthenogenesis’, iaitu penghasilan nematod juvenil tanpa kehadiran parasit nematod jantan dan berupaya menghasilkan ratusan telur. Parasit nematod betina yang matang dijumpai hidup bersendirian atau bersama parasit juvenil dalam satu perumah.

Jadi, apakah kesan kepada kumbang pendebunga kelapa sawit, Elaeidobious kamerunicus terhadap serangan parasit nematod ini? Pertama, parasit nematod ini akan menyerap nutrien dari hemosel yang mana menyebabkan simpanan lemak perumah berkurang dan memberi kesan kepada kesuburannya dalam penghasilan telur yang lebih rendah. Kedua, pengurangan simpanan lemak dapat mengurangkan kemampuan kumbang untuk terbang dan memberi kesan kepada pendebungaan bunga kelapa sawit. Seterusnya, jangkitan parasit nematod yang tinggi dapat mengurangkan jangka hayat kumbang. Kesan yang seterusnya dapat menyebabkan perkembangan kumbang terbantut, penghasilan kumbang yang kecil dan tidak matang.

Kesimpulannya, penyelidik haruslah minitikberatkan kajian meluas tentang ekologi, biologi dan taburan parasit nematod Elaeolenchus parthenonema khususnya di Malaysia pada masa akan datang kerana kurangnya kajian mengenai ini. Perkara ini amat signifikan kerana berpotensi memberikan impak kepada kumbang pendebunga utama kelapa sawit, Elaeidobious kamerunicus, sekaligus memberikan kesan ke atas hasil kelapa sawit.


ARTIKEL LAIN BERKAITAN:

Potensi Nematod sebagai Kawalan serangan Kumbang Palma Merah

 

RUJUKAN

Poinar, G. O., Jackson, T.A., Bell, N. L and Wahid, M (2002). Elaeolenchus parthenonema n. g., n. sp. (Nematoda: Sphaerularioidea: Anandranematidae n. fam.) parasitic in the palm-pollinating weevil Elaeidobius kamerunicus Faust, with a phylogenetic synopsis of the Sphaerularioidea Lubbock, 1861. Systematic Parasitology, 52(3), 219-225.

Kredit foto utama – wikipedia

Tags: bioteknologiFST UKMkelapa sawitKumbang palmanematodparasitpendebungaan
ShareTweetShare
Previous Post

Kedangkalan Pemikiran Segelintir Masyarakat Malaysia Menormalisasikan Aspek Penyediaan Makanan Selamat

Next Post

Memahami Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Menangani isu Silibus sukar

Editor

Editor

Related Posts

Kenapa Luka Diabetik Lambat Sembuh?
Berita & Peristiwa

Kenapa Luka Diabetik Lambat Sembuh?

13 hours ago
Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden
Berita & Peristiwa

Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden

1 day ago
Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin
Alam Semulajadi

Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin

3 days ago
Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami
Alam Semulajadi

Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami

4 days ago
Next Post
Memahami Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Menangani isu Silibus sukar

Memahami Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Menangani isu Silibus sukar

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In