23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Antartika Kembali Menjadi Hutan Tropika : Apa Kerisauan Kita?

Info Perubahan Iklim

Saiful Bahari by Saiful Bahari
06/09/2022
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Isu Semasa
0 0
0

Oleh : Fatin Izzati Minhat
Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu

 

Kiamat iklim yang dijangka berlaku pada tahun 2040 bukanlah peristiwa pertama di Bumi kita. Namun, kemampuan manusia untuk hidup dalam suasana suhu purata Bumi yang amat panas masih belum terbukti. Ia merupakan peristiwa pertama yang bakal dirasai sendiri oleh ketamadunan manusia.

Alam semula jadi terdiri daripada beberapa sistem unik yang sentiasa dapat mengimbangi perubahan iklim yang berlaku di Bumi. Namun begitu, apa yang membimbangkan adalah, perubahan iklim yang dilihat pada abad ini berlaku pada kadar yang jauh lebih pantas. Adakah ekosistem-ekosistem di Bumi dapat beradaptasi kepada perubahan pantas ini merupakan satu persoalan yang masih belum terjawab.

Berita Astro AWANI baru-baru ini mengejutkan rakyat Malaysia tentang kesan pemanasan global. Petikan berita berkenaan dengan ramalan kiamat iklim yang akan berlaku pada tahun 2040 sedikit sebanyak membuka mata masyarakat tentang keadaan Bumi yang semakin tenat.

 

 

Sejarah Iklim Bumi

Sejak pembentukan Bumi kira-kira 4.6 bilion tahun dahulu, pelbagai perubahan telah berlaku. Saintis berpendapat setiap perubahan yang telah terjadi amat penting kerana proses ini mencorakkan keadaan ekosistem yang kita lihat sekarang. Perubahan iklim pada masa lampau terjadi secara semula jadi dan kadar perubahan ini adalah jauh lebih perlahan berbanding pada ketika ini.

Bukti-bukti geologi seperti fosil, batuan dan sedimen yang berusia jutaan tahun dahulu, telah menunjukkan bahawa kali terakhir Bumi menjadi terlalu panas adalah kira-kira 50 juta tahun dahulu. Keadaan iklim pada zaman Eosen ini adalah terlalu panas sehingga benua Antartika berubah menjadi hutan hujan tropika.

Ahli geosains dari seluruh dunia telah menjumpai pelbagai bukti yang menyokong pemerhatian ini. Antara bukti penting yang dijumpai di Antartika adalah fosil spora tumbuhan yang hanya hidup di kawasan iklim tropika. Fosil spora ini bersama-sama fosil bahagian tumbuhan lain banyak dijumpai di dalam sedimen yang berusian 50 juta tahun dahulu di Antartika.

 

Rajah menunjukan fossil spora dari zaman Eosen yang dijumpai di Antartika. Kesemua fosil ini merupakan fosil tumbuhan yang selalunya hidup di kawasan tropika (Contreras et al., 2013).

 

Dianggarkan, suhu purata dunia ketika zaman Eosen ini adalah antara 5 hingga 8 °C lebih tinggi berbanding suhu Bumi sekarang. Manakala, suhu purata di kawasan kutub utara dan kutub selatan ketika itu dianggarkan mencecah 23 °C. Keadaan ini membenarkan tumbuhan hijau yang hidup di iklim tropika mendominasi benua Antartika. Ekosistem menghijau di kutub ini telah menjadi habitat kepada pelbagai haiwan termasuk mamalia seperti marsupial yang menyerupai kanggaru. Pelbagai jenis serangga juga turut mendiami benua Antartika pada zaman tersebut menjadikan antartika kaya dengan biodiversiti haiwan dan tumbuhan.

Namun begitu, keadaan iklim panas zaman Eosen ini tidak menyebelahi nasib hidupan marin terutama yang hidup berhampiran garisan khatulistiwa. Dianggarkan suhu air laut di garisan khatulistiwa ketika itu adalah sangat panas sehingga mencecah 36 °C. Keadaan ini menyebabkan banyak haiwan marin seperti plankton dan karang berkurangan sehingga menyebabkan kepupusan.

 

Gambaran perubahan suhu purata bumi adaptasi daripada Burke et al (2018)

 

Punca kenaikan suhu Bumi

Episod pemansan terlampau zaman Eosen ini berlarutan selama hampir 200 000 tahun. Bukti yang menunjukan terjadinya pemanasan ini telah dijumpai di dalam sedimen marin yang menunjukkan peningkatan mendadak kandungan karbon dioksida. Melalui data kandungan karbon oksida yang tinggi dari seluruh dunia pada zaman tersebut, saintis iklim mencadangkan peristiwa pemanasan ini berpunca daripada aktiviti gunung berapi, kebakaran hutan yang dahsyat dan pembebasan gas metana hidrat yang tersimpan di dalam lapisan ais di dalam kerak bumi (Permafrost).

Lapisan permafrost adalah lapisan ais yang terbentuk di kawasan sejuk, lapisan ini tidak cair walaupun pada musim panas. Namun, dengan peningkatan suhu dunia pada zaman itu, lapisan permafrost yang menyimpan gas metana hidrat ini cair dan menyebabkan gas ini terbebas ke atmosfera. Gas metana hidrat merupakan gas rumah hijau yang jauh lebih teruk berbanding karbon dioksida. Gas ini memerangkap haba dan memantulkan kembali haba ke permukaan Bumi lalu menyebabkan Bumi menjadi semakin panas. Proses tindak balas positif ini telah berlarutan selama 200 000 tahun sebelum Bumi memasuki fasa sejuk kembali.

Melalui kajian terperinci pada sedimen laut, saintis menganggarkan pada awal zaman Eosen, jumlah karbon dioksida yang dibebaskan ke atmosfera setiap tahun adalah pada kadar 1.7 bilion ton metrik. Peristiwa pemanasan iklim terlampau ini pula hanya berada pada kemuncak setelah jumlah karbon dioksida yang sama dibebaskan selama 4000 tahun.

Pada zaman sekarang iaitu abad ke-21, jumlah karbon dioksida yang terbebas ke udara setiap tahun adalah 9.8 bilion ton metrik. Kadar ini adalah jauh lebih tinggi berbanding peristiwa pada zaman Eosen. Kadar pembebasan kabon dioksida pada masa kini ternyata menyebabkan pemanasan global berlaku dengan lebih cepat berbanding zaman Eosen.

Peristiwa pemanasan terlampau yang berlaku pada zaman Eosen tamat selepas 200 000 tahun. Ais hanya mula terbentuk dan melitupi Antartika kira-kira 36 juta tahun dahulu. Sejak itu, Bumi tidak lagi mengalami pemanasan ekstrem yang sama dan Antartika telah menjadi benua ais yang sejuk dan terpencil.

Kesimpulannya, mungkin ada yang masih menafikan bahawa Bumi sekarang sudah dalam keadaan tenat dan menghampiri kemusnahan. Namun wajar difahami bahawa fenomena pemanasan Bumi ini berlaku dengan kadar yang cukup pantas berbanding masa lalu. Dan perlu diingat juga bahawa kemampuan manusia masih belum teruji kerana ketamadunan manusia tidak pernah hidup dalam cuaca yang ekstrim dahulu. Justeru, setiap antara kita bertanggung jawab untuk menyedarkan masyarakat sekeliling bahawa pemanasan Bumi ini semakin dekat dan akan mengancam kita semua.

 

Rujukan

Contreras, L., Pross, J., Bijl, P.K., Koutsodendris, A., Raine, J.I., van de Schootbrugge, B. and Brinkhuis, H., 2013. Early to middle Eocene vegetation dynamics at the Wilkes Land Margin (Antarctica). Review of Palaeobotany and Palynology, 197, pp.119-142.

Burke, K.D., Williams, J.W., Chandler, M.A., Haywood, A.M., Lunt, D.J. and Otto-Bliesner, B.L., 2018. Pliocene and Eocene provide best analogs for near-future climates. Proceedings of the National Academy of Sciences, 115(52), pp.13288-13293.

 

Nota: Penulis merupakan pensyarah Program Sarjana Muda Sains (Geologi Marin) di Universiti Malaysia Terengganu yang terlibat aktif dengan Institut Oseanografi dan Sekitaran dalam pelayaran di Laut China Selatan dan Selat Melaka bagi projek pembinaan semula peta permukaan lautan dan suhu persekitaran semasa Zaman Holosen (bermula 10 ribu tahun dahulu). Penulis boleh dihubungi melalui fatinminhat@umt.edu.my

 

Kredit Foto : discoveringantartica

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: antartikaFakulti Sains dan Sekitaran MarinFatin Izzati Minhathutan tropikaInfo Perubahan IklimUniversiti Malaysia Terengganu
ShareTweetShare
Previous Post

Kejadian Tanah Runtuh Di Kawasan Tanah Tinggi Malaysia

Next Post

Etak Salai : Kandungan Nutrisi Makanan

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Etak Salai : Kandungan Nutrisi Makanan

Etak Salai : Kandungan Nutrisi Makanan

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In