23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, July 10, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Apa itu gas asli (natural gas): Sejauh Mana Kesan dan Penggunaannya Sebagai Bahan Api Alternatif?

Apa Itu Gas Asli Untuk Kenderaan

Editor by Editor
18/04/2022
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Azhari Shamsudeen,
Pegawai Penyelidik

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (JKMP),
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Pada masa sekarang, selain meningkatkan kecekapan kenderaan, pembangunan dan penggunaan bahan api alternatif kenderaan telah menjadi semakin penting untuk menyahkarbonisasi, terutamanya dalam sektor pengangkutan. Dengan nisbah tenaga/karbon yang tinggi, harga yang stabil dan rendah, dan ketersediaan gas asli (Natural Gas) yang banyak menjadi ia alternatif kepada bahan api pengangkutan konvensional. NG biasanya dalam bentuk gas asli termampat (Compressed Natural Gas; CNG) menjadi keutamaan sebagai salah satu bahan api alternatif kerana pembakaran bahan api konvensional seperti petrol dan diesel yang memberikan pelepasan gas emisi ekzos berbahaya yang boleh mengancam kehidupan di dunia dan juga menyebabkan pelepasan gas rumah hijau (Greenhouse Gas; GHG). Bahan api ini sering digunakan dalam pelbagai jenis kenderaan seperti kereta, teksi, van, kenderaan pelbagai guna, trak dan bas.

Gas asli menjadi pilihan yang menarik kerana ketersediaannya, sumber yang pelbagai, pelepasan bahan pencemar udara yang lebih rendah, terutamanya nitrogen oksida (NOx), karbon monoksida (CO) dan bahan zarah, serta sangat sesuai untuk kenderaan berat. Gas asli adalah campuran gas hidrokarbon semulajadi yang terdiri terutamanya daripada metana. Ia tidak berwarna, tidak berbau, tidak mudah terbakar dalam keadaan semulajadi dan merupakan bahan api fosil yang paling bersih. Selain itu, pembakarannya tidak menghasilkan sisa abu, oksida sulfur, nitrogen dan pelepasan karbon dioksida (CO2) terendah yang boleh memberi kesan kepada manusia dan alam sekitar. Berbanding dengan petrol atau diesel, kenderaan gas asli (NGV) dapat mengurangkan emisi NOx sehingga 40%, hidrokarbon sebanyak 90%, CO sebanyak 80% dan CO2 sebanyak 25%. NGVs adalah selamat, namun sangat bergantung kepada bahan, reka bentuk dan pemasangan tangki, pemasangan paip gas, keadaan operasi serta penyelenggaraan.

Oleh kerana gas asli termampat (CNG) mempunyai nisbah hidrokarbon/karbon yang tinggi dan nombor oktana penyelidikan yang tinggi, ia memberikan gas ekzos yang lebih bersih daripada yang dihasilkan oleh pembakaran bahan api konvensional. Ia juga lebih ringan daripada udara, maka lebih cenderung hilang dengan cepat. Kebimbangan terhadap letupan gas asli termampat yang digunakan dalam kenderaan juga hampir tidak wujud, kerana sifat gas yang melarikan diri, dan keperluan untuk mengekalkan kepekatan gas antara 5% dan 15% untuk mencetuskan letupan. Gas asli boleh mendatangkan bahaya, sekiranya ia hadir dalam kepekatan yang tinggi dan dengan itu mengurangkan jumlah oksigen yang terdapat di udara, sehingga jumlah oksigen yang tinggal dalam persekitaran tidak mencukupi untuk mengekalkan kehidupan. Selain itu, NGV juga adalah 30 – 50% lebih murah daripada kenderaan petrol untuk pengisian bahan api, dan dalam kebanyakkan kes kos penyelenggaraan juga lebih rendah daripada kenderaan petrol (http://naturalgas.org; https://www.mymesra.com.my). Selain itu, sebagai contoh di Malaysia, kos untuk pemasangan kit NGV adalah rendah bergantung pada sistem CNG dan jenis kenderaan iaitu dengan anggaran RM2,900 – RM3,200 (sistem karburetor),  RM3,000 – RM4,000 (sistem suntikan), RM5,000 – RM6,000 (sequential system, 4 cylinder), dan RM6000 – RM8000 (sequential system, 6 cylinder) (https://ngv4all.blogspot.com). Contoh pemasangan kit NGV pada kenderaan ditunjukkan dalam rajah berikut.

Sehubungan dengan itu juga, minyak mentah dari bahan api fosil dipercayai dapat menyelesai permasalahan pencemaran emisi, maka penggunaan gas asli menjadi pilihan sangat baik sebagai bahan api alternatif. Walau bagaimanapun, keadaan semasa menunjukkan bahawa gas asli masih tidak dapat menggantikan petrol atau diesel sebagai sumber bahan bakar utama. Namun, dengan perkembangan rangkaian pengedaran gas dan pertambahan bilangan stesen pengisian NG diharap dapat memberi kemudahan kepada para pengguna NGV. Berdasarkan kajian, berbanding dengan bahan api konvensional, sama ada kenderaan pengangkutan atau semua kelas kenderaan, penggunaan gas asli termampat memberikan pengurangan pelepasan gas rumah hijau antara 15 – 27% bagi setiap kilometer perjalanan. Kesannya akan menjadi besar, iaitu boleh mencapai pengurangan antara 81 – 211%, apabila gas asli yang diperbaharui digunakan. Maka secara umumnya, NGV boleh meningkatkan kepelbagaian bahan api dengan menambah gas asli termampat boleh diperbaharui dan gas asli termampat ke dalam sektor pengangkutan yang dikuasai petroleum sambil mengurangkan kekurangan julat pemanduan kenderaan elektrik dan sel bahan api hidrogen. Pendekatan ini berpotensi mengurangkan pelepasan bahan pencemar udara terutamanya di kawasan bandar.

Pada peringkat global, sehingga tahun 2019, terdapat lebih daripada 28 juta NGV berada di jalan raya, iaitu 71.7% di Asia Pasifik, 19% di Amerika Latin, 7.2% di Eropah, dan 1.8% di Afrika dan Amerika Utara (https://www.ngvglobal.org). Menjelang akhir tahun 2021, dijangkakan lebih daripada 30 juta NGV beroperasi di seluruh dunia (https://www.iangv.org). Berbanding dengan pembangunan pasaran di negara-negara Asia Pasifik dan Amerika Latin, di Eropah pembangunannya perlahan, kecuali beberapa negara seperti Itali, Jerman, dan Sweden (Engerer and Horn 2010; IANGV 2016). Jadual berikut menunjukkan beberapa negara yang telah menggunakan bahan api NG dalam sektor pengangkutan. Dapat dilihat bahawa negara Brazil, China, Itali, India dan Pakistan adalah antara negara tertinggi yang menggunakan NGV iaitu lebih dari 1 juta unit NGV.

Negara UK pula adalah paling rendah, dan berdasarkan laporan dari Cambridge Institute for Sustainability Leadership, UK ketinggalan dalam NGV kerana beberapa kesukaran yang dihadapi seperti kekurangan infrastruktur, sekatan terhadap penukaran kenderaan petrol kepada CNG/LPG, dan salah faham masyarakat mengenai keselamatan sumber bahan bakar tersebut (https://www.notsalmon.com). Manakala, di Malaysia sebanyak 77,000 unit NGV dengan 103 stesen CNG direkodkan pada tahun 2016, dan bilangan tersebut dijangkakan meningkat menjelang tahun 2022.

Oleh yang demikian, penggunaan bahan api CNG pada kenderaan adalah lebih jimat, dapat mengurangkan pencemaran udara serta lebih selamat berbanding bahan api komersial lain seperti petrol dan diesel.

Daftar istilah

Natural gas (NG) – Gas Asli
Compressed Natural Gas (CNG) – Gas Asli Termampat
Greenhouse Gas (GHG) – Gas Rumah Hijau
Natural Gas Vehicle (NGV) – Kenderaan Gas Asli

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: FKAB-UKMgas asli
ShareTweetShare
Previous Post

Membran Pertukaran Proton Bersuhu Tinggi

Next Post

Benteng Pemecah Ombak I: Melestari Komuniti Pesisir Pantai

Editor

Editor

Related Posts

Program University Social Responsibility (USR): Menyatukan Ilmu Tahfiz dan STEM dengan Pendekatan Saintifik
Berita & Peristiwa

Program University Social Responsibility (USR): Menyatukan Ilmu Tahfiz dan STEM dengan Pendekatan Saintifik

11 minutes ago
Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia
Alam Semulajadi

Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia

4 days ago
Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan
Alam Semulajadi

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan

6 days ago
Ancaman Patogen Selepas Bencana Banjir: Peranan Komuniti dan Kesihatan Planet
Berita & Peristiwa

Ancaman Patogen Selepas Bencana Banjir: Peranan Komuniti dan Kesihatan Planet

6 days ago
Next Post
Benteng Pemecah Ombak I: Melestari Komuniti Pesisir Pantai

Benteng Pemecah Ombak I: Melestari Komuniti Pesisir Pantai

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In