23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, March 15, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Apabila Pelajar Tadika Diminta Membezakan Antara Buah dan Sayur

Info Botani

Saiful Bahari by Saiful Bahari
22/03/2022
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh:  Dr Rohani Shahrudin
Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu

 

Baru-baru ini ketika saya sedang bersantai selepas makan malam, tiba-tiba saya menerima pesanan suara daripada anak rakan saya yang berumur 6 tahun, bertanyakan adakah jagung itu buah atau sayur. Guru tadikanya telah memberikan kerja rumah semasa pembelajaran dalam talian baru-baru ini bagi mata pelajaran sains. Pelajar diminta untuk mengelaskan tumbuhan yang diberikan kepada kumpulan buah atau kumpulan sayur.

Jelas kedengaran nada anak kecil ini yang seakan-akan buntu dan sangat mengharapkan jawapan daripada saya. Dengan menggunakan beberapa hantaran pesanan suara juga, saya cuba menghurai kekusutan anak kecil ini dengan menerangkan ciri-ciri buah.

Tetapi, mengapa saya tidak menerangkan kepada anak ini bagaimanakah cara untuk dia menentukan sesuatu itu sama ada buah dan sayur? Bagi menjawab soalan di atas, mari kita sama-sama lihat apa itu buah, dan apa itu sayur.

Apa itu buah? Buah merupakan satu struktur pada tumbuhan yang padanya terkandung biji. Fungsi biji pada buah adalah untuk bercambah menjadi individu pokok yang baharu. Buah berasal daripada bunga. Pada sekuntum bunga, selain daripada kelopak bunga yang berwarna-warni, terdapat organ penting, iaitu karpel yang terletak di bahagian paling dalam pada satu-satu bunga.

Karpel merupakan satu struktur yang memanjang dan mengandungi satu tiub pada bahagian dasarnya terdapat ovari. Di dalam ovari, terdapat ovul yang mengandungi gamet betina. Apabila proses persenyawaan antara gamet jantan dan gamet betina berlaku, embrio yang terhasil di dalam ovari akan berkembang menjadi biji. Ovari yang melindungi biji tadi akan berkembang, membesar membentuk isi buah dan juga kulit buah.

Pada masa yang sama, struktur bunga yang lain seperti sepal, kelopak bunga dan stamen akan merosot dan gugur dengan sendiri meninggalkan hanya karpel yang masih terlekat pada tangkai bunga. Tangkai bunga pula kini menjadi tangkai buah. Jadi jelaslah di sini bahawa buah adalah bahagian tumbuhan yang berasal daripada bunga.

Pengelasan buah sebagai sayur adalah agak subjektif, dan berbeza mengikut perspektif bidang. Dalam bidang kulinari, buah dan sayur dikelaskan mengikut rasa. Buah yang rasanya manis akan dijadikan hidangan pencuci mulut. Buah yang kurang manis atau pedas akan dikelaskan sebagai sayur, contohnya tomato dan cili.

Namun begitu, bagaimana pula jika diminta untuk mengelaskan jagung? Adakah jagung itu sayur atau buah? Jika mengikut perspektif kulinari, jagung sepatutnya berada dalam kategori buah kerana jagung lazimnya manis. Pasti ramai yang akan meletakkan jagung di bawah kategori sayur. Inilah contoh perkara yang boleh mengelirukan apabila diminta untuk membezakan antara sayur dan buah.

Daripada perspektif botani, buah adalah bahagian tumbuhan yang berasal daripada bunga. Manakala sayur pula merupakan mana-mana bahagian tumbuhan yang selalu dijadikan bahan dalam masakan, atau boleh juga dimakan mentah. Bahagian tumbuhan sama ada bunga, daun dan batang, semuanya boleh dikelaskan sebagai sayur. Jadi, saya mencadangkan agar soalan untuk mengelaskan sayur dan buah ditukar kepada pengenalpastian bahagian tumbuhan bagi contoh-contoh tumbuhan yang sering dimakan. Saya kira itu akan menjadi lebih bermakna, kerana pelajar akan mempelajari struktur tumbuhan.

Dan bagaimana dengan cerita anak rakan saya tadi? Selepas mendengar penerangan saya, dia mengoyak kembali gambar terung dan tomato yang dia telah lekatkan di bawah kumpulan sayur dan meletakkan dalam kumpulan buah. Kali ini, dia benar-benar yakin yang jawapannya tidak salah!

Beberapa pelajar di sebuah sekolah rendah di Terengganu sedang meneroka keunikan tumbuhan yang dibawa oleh kumpulan penyelidik daripada Program Sarjana Muda Sains Gunaan Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti, Fakulti Sains dan Marin Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu.

 

Nota: Penulis merupakan pensyarah kanan Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) di Universiti Malaysia Terengganu. Bidang kajian penulis adalah Kepelbagaian dan Pemuliharaan Tumbuhan. Penulis  boleh dihubungi melalui email: rohanishahrudin@umt.edu.my

 

Kredit Foto : freepik

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Beza Buah & SayurDr Rohani ShahrudinFakulti Sains dan Sekitaran MarinInfo BotaniUniversiti Malaysia Terengganu
ShareTweetShare
Previous Post

Penyelidik UPM Hasilkan Nanoselulosa Biomas Sawit Skala Komersial

Next Post

Pencemaran Mikroplastik telah dikesan Dalam Darah Manusia

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Kod Penstabil Kuantum dalam Ruang Fasa Hiperbolik
Berita & Peristiwa

Kod Penstabil Kuantum dalam Ruang Fasa Hiperbolik

2 days ago
Benarkah Masa Hubungan Intim Boleh Tentukan Jantina Bayi? Antara Hadith, Teori Sains dan Realiti Biologi
Berita & Peristiwa

Benarkah Masa Hubungan Intim Boleh Tentukan Jantina Bayi? Antara Hadith, Teori Sains dan Realiti Biologi

2 days ago
Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan
Berita & Peristiwa

Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan

4 days ago
Burung Pungguk Jelapang Membantu Mengawal Tikus Perosak
Alam Semulajadi

Burung Pungguk Jelapang Membantu Mengawal Tikus Perosak

4 days ago
Next Post
Pencemaran Mikroplastik telah dikesan Dalam Darah Manusia

Pencemaran Mikroplastik telah dikesan Dalam Darah Manusia

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In