23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, April 16, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Apakah Itu Skala pH?

Info Kimia

Saiful Bahari by Saiful Bahari
14/01/2021
in Berita & Peristiwa, Kimia
0 0
0

Oleh :  ChM Dr Fatimah Binti Salim
Institut Atta-ur-Rahman UITM

 

Skala pH (0 – 14) adalah skala yang mengklasifikasikan sesuatu bahan kepada bersifat asid atau bes yang larut air (aka alkali). Nilai pH 0 – 6 menunjukkan sesuatu bahan itu bersifat asid. Nilai pH 8 – 14 menunjukkan sesuatu bahan bersifat alkali manakala pH ~ 7 pula menunjukkan sesuatu bahan bersifat neutral. ‘p’ pada pH membawa maksud ‘populasi’ atau ‘kuasa’ ion hidrogen ‘H’.
Bolehkah nilai pH sesuatu bahan diluar skala 0 – 14?. Boleh. Ini kerana pH dikira dengan menggunakan formula matematik yang berkaitan kepekatan jumlah ion hidrogen (H+) atau ion hidronium (H3O+), dan ion hidroksida (OH–) yang dihasilkan oleh sesuatu bahan apabila ianya larut dalam air.

pH = – log [H3O+]

pOH = – log [OH–]

Jika dilihat daripada persamaan matematik ini, semakin banyak jumlah ion H3O+ di dalam sesuatu larutan, semakin kecil nilai pH. Maka logik saja jika nilai pH yang diperolehi kurang daripada 0 atau lebih daripada 14.
Jadi kenapa skala pH yang biasanya diambil kira adalah 0 – 14 sahaja?. Disebabkan teori perkaitan sifat bahan itu apabila larut dalam air. Air yang terbentuk daripada molekul-molekul H2O adalah secara semulaj adi bersifat amphoteric. Iaitu mempunyai kebolehan berubah sifat asid atau alkali bergantung kepada pasangan tindakbalasnya.
Dalam keadaan seimbang (equilibrium) bersuhu 25o C, molekul-molekul air tulen bertindak balas sesama mereka seperti persamaan di bawah

2H2O (l) <-> H3O+ (aq) + OH– (aq)

 

Pada keadaan ini, kepekatan ion H3O+ dan OH– yang terbentuk adalah masing-masing 1x10-7 M. Maka pemalar keseimbangan (equilibrium constant, K) untuk tindak balas ini adalah

K = [H3O+] [OH–] = (1×10-7 M) x (1×10-7 M) = 1×10-14 M

Jika kepekatan kedua ion ini dimasukkan dalam formula pH = – log (1×10-14), kita akan mendapat angka 14. Apabila sesuatu bahan berasid kuat dilarutkan di dalam air, ianya boleh menghasilkan sendiri ion H+, contoh HCl

HCl -> H+ + Cl–

H+ + H2O -> H3O+

atau bahan beralkali kuat boleh menghasilkan ion OH– sendiri, contoh NaOH

NaOH -> Na+ + OH–

atau bahan beralkali (contoh NNH3) dan bahan berasid (contoh CH3COOH) lemah boleh juga bertindak balas dengan air membentuk konjugat asid dan bes. Contoh

NH3 + H2O <-> NH4+ + OH–

CH3OOH + H2O <-> CH3OO- + H3O+

Maka, bahan-bahan yang larut air ini akan mengubah kepekatan ion H3O+ dan ion OH– air bergantung kepada sifatnya. Jika bahan itu bersifat asid, jumlah ion H3O+ akan bertambah manakala jumlah ion OH– sistem akan berkurangan. Jika bahan itu bersifat alkali, jumlah ion OH– akan bertambah manakala ion H3O+ akan berkurangan. Jika bahan yang dilarutkan tidak bersifat asid atau alkali, ianya tidak akan mengganggu keseimbangan jumlah kedua ion tersebut dalam air, maka ianya dikira neutral pH = – log (1×10-7) berangka 7. Ini lah asal usul pH 7!
Perkaitan matematik pH dan pOH adalah

pH + pOH = 14

 

Nota: Asid paling kuat di dunia adalah asid fluoroantimonik dengan pH -31.3
Kredit Foto : google
Tags: ChM Dr Fatimah Binti SalimInfo KimiaInstitut Atta-ur-Rahman UITMSkala pH
ShareTweetShare
Previous Post

Ego Manusia Yang Sering Menyalahkan Biawak

Next Post

Sains Menghuraikan Peribahasa Memikul Biawak Hidup

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden
Berita & Peristiwa

Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden

11 hours ago
Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin
Alam Semulajadi

Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin

2 days ago
Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami
Alam Semulajadi

Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami

3 days ago
Pembungkusan Fleksibel: Teknologi di Sebalik Produk Harian
Berita & Peristiwa

Pembungkusan Fleksibel: Teknologi di Sebalik Produk Harian

3 days ago
Next Post
Sains Menghuraikan Peribahasa Memikul Biawak Hidup

Sains Menghuraikan Peribahasa Memikul Biawak Hidup

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In