23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 21, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Aphelion: Hubungan Jarak Jauh yang “Tidak Dingin”

Fenomena Aphelion yang perlu difahami

Editor by Editor
04/07/2022
in Astronomi & Kosmologi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Amelia Adam

Barangkali anda pernah menerima kiriman mesej seumpama ini melalui Whatsapp ataupun membacanya di mana-mana platform digital:

Peringatan untuk menjaga kesihatan diri? Kebimbangan akan masalah-masalah yang boleh timbul apabila Bumi berada jauh dari Matahari? Apa-apa sahaja tujuan mesej ini dikirimkan oleh pemula yang kemudiannya disebarkan oleh penerima, adakah kita patut membenarkan suatu pemberitahuan secara sewenang-wenangnya?

“Aphelion” ialah titik paling jauh dalam orbit yang membujur (terima kasih, Johannes Kepler kerana membangunkan Hukum Gerakan Planet!), manakala titik yang terhampir pula digelar “perihelion”. Eccentricity, atau perbezaan dari bentuk bulat yang sempurna orbit Bumi adalah 0.01671 (atau 1.67%), bermaksud orbitnya adalah hampir bulat. Justeru, perbezaan antara jarak Bumi dengan Matahari semasa aphelion dan perihelion adalah kecil, iaitu sekadar 3% sahaja. Memetik kiriman mesej di atas yang menyebut “Ini akan berlangsung sampai bulan Ogos”, harus difahami bahawa aphelion yang bukanlah penentu perubahan musim di Bumi, hanya berlaku dalam tempoh masa yang singkat; bukannya sebulan!

Aphelion berlaku apabila Bumi berada paling jauh di orbitnya yang mengelilingi Matahari. Ia adalah berlawanan dengan perihelion, iaitu apabila Bumi berada paling hampir di orbitnya yang mengelilingi Matahari. Aphelion dan perihelion bukanlah fenomena ganjil, sebaliknya fenomena tahunan yang berlaku pada awal Januari dan awal Julai setiap tahun. Aphelion lazimnya berlaku dua minggu selepas Solstis Jun iaitu penanda permulaan musim panas di Hemisfera Utara dan permulaan musim sejuk di Hemisfera Selatan (berlawanan dengan perihelion yang berlaku dua minggu selepas Solstis Disember; menandakan permulaan musim sejuk di Hemisfera Utara dan musim panas di Hemisfera Selatan).

Ironi Yang Menyingkir Logik

“Jika Bumi berada jauh dari Matahari esok, mengapa pula Hemisfera Utara mengalami musim panas?” ialah suatu persoalan yang tentunya timbul apabila kita membuat andaian mudah bahawa “Semasa Bumi berada jauh dari Matahari, kita akan mengalami musim sejuk.”

Andaian itu juga dapat digugat dengan mempersoalkan “Jika Bumi berada paling hampir dengan Matahari semasa perihelion, mengapa pula Hemisfera Utara mengalami musim sejuk?”. Disangkal lagi dengan persoalan “Lalu, jika jarak Bumi-Matahari ialah penentu musim di Bumi, mengapakah keseluruhan kawasan di Bumi tidak mengalami musim panas pada hari yang sama iaitu semasa hari berlakunya perihelion, serta mengalami musim sejuk semasa hari berlakunya aphelion?” Umum mengetahui bahawa Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan mengalami empat musim berlainan dalam setahun.

Seperkara lagi, andaian bahawa jarak Bumi-Matahari mempengaruhi musim-musim di Bumi juga dapat ditolak dengan merekodkan kejadian empat musim sebagai suatu cara untuk menandakan tempoh masa satu tahun. Permulaan musim sejuk di Hemisfera Utara ditandakan oleh hari Solstis Disember (Solstis Jun di Hemisfera Selatan), manakala permulaan musim panas pula ditandakan oleh hari Solstis Jun (Solstis Disember di Hemisfera Selatan). Hal ini demikian kerana sekiranya andaian itu benar, maka, seluruh kawasan di Bumi akan mengalami musim yang sama pada waktu yang sama. Walhal, perkara itu tidak berlaku kerana Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan sentiasa mengalami musim yang berbeza pada waktu yang sama.

Jawapan terhadap persolan-persoalan ini memerlukan kita mempertimbangkan faktor-faktor sebenar yang mempengaruhi kejadian musim-musim berlainan di kawasan berbeza di Bumi iaitu paksi putaran Bumi dan peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Kecondongan paksi putaran Bumi sebanyak 23.5° (relatif kepada orbitnya di sekeliling Matahari) mempengaruhi perbezaan sinaran Matahari yang diterima di kawasan-kawasan di Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan pada bulan-bulan yang berbeza dalam setahun. Kecondongan ini juga bertanggungjawab dalam soal tempoh waktu siang yang lebih lama berbanding waktu malam semasa musim panas, serta tempoh waktu malam yang lebih lama berbanding waktu siang semasa musim sejuk. Namun, terdapat dua hari dalam setahun yang menyaksikan waktu siang dan waktu malam adalah hampir sama panjang di kedua-dua kawasan, iaitu pada hari ekuinoks; Ekuinoks Mac yang menandakan permulaan musim bunga di Hemisfera Utara dan musim luruh di Hemisfera Selatan, serta Ekuinoks September yang menandakan permulaan musim luruh di Hemisfera Utara dan musim bunga di Hemisfera Selatan.

Tinggi atau rendahnya Matahari di langit semasa musim yang berlainan juga dipengaruhi oleh kecondongan paksi putaran Bumi dan peredaran planet ini mengelilingi bintangnya. Matahari adalah lebih tinggi di langit semasa musim panas berbanding semasa musim sejuk, sekali gus mempengaruhi tinggi atau rendahnya suhu di satu-satu kawasan. Cuaca di Bumi tidak berubah secara mendadak apabila Bumi berada di titik aphelion, sebaliknya cuaca dan iklim dipengaruhi oleh faktor-faktor utama seperti sinaran Matahari, kedudukan, angin dan hujan. Malaysia yang terletak di doldrum khatulistiwa juga adalah sangat jarang menghadapi dua keadaan ekstrem ini iaitu keadaan langit tidak berawan langsung dan beberapa hari tanpa pancaran cahaya Matahari, melainkan semasa Monsun Timur Laut. Cuaca di Malaysia juga khasnya dicirikan oleh Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut; yang disebabkan oleh perbezaan antara suhu di lautan dengan suhu di daratan.

Kepler, Perihelion dan Aphelion

Ahli astronomi Jerman, Johannes Kepler dipercayai ialah individu terawal yang memperkenalkan istilah “perihelion” dan “aphelion”. Beliau yang dikenali sempena Hukum Gerakan Planet, mengusulkan bahawa planet-planet beredar dalam orbit berbentuk elips (bukannya bulatan yang sempurna), dengan  Matahari sebagai salah satu titik fokus.

Aphelion di Malaysia

Fenomena aphelion di Malaysia tahun ini dijangka berlaku pada 4 Julai 2022 (3.10 pm waktu tempatan), kira-kira dua minggu setelah Solstis Jun pada 21 Jun lalu. Pihak MetMalaysia dilaporkan sebagai berkata, hujan yang berlaku belakangan ini adalah kerana angin barat daya yang bertiup lemah serta tertumpu terhadap kawasan di barat Semenanjung Malaysia (Monsun Barat Daya berlaku dari hujung Mei hingga September).

Infografik dari Agensi Angkasa Malaysia

Jika anda berfikir “Jadi, kenapa saya kena tahu tentang aphelion walhal negara saya tak mengalami empat musim?”, mungkin memahami fenomena ini dapat meyakinkan anda bahawa Bumi, selain berputar di paksinya, juga beredar mengelilingi Matahari (menyingkirkan idea geosentrik) di orbitnya yang sedikit bujur! Namun, hubungan jarak jauh antara Bumi dengan Matahari semasa aphelion tidak menyejukkan planet ini sehingga penduduknya dilanda penyakit secara berpanjangan. Pastikan juga anda minum air secukupnya dan sentiasa menjaga kesihatan diri bukan hanya semasa hari perihelion dan hari aphelion, sebaliknya pada setiap masa!

 

Rujukan (dan sumber imej):

  1. https:///news/2015-07-earth-aphelion.amp
    2. https://nightsky.jpl.nasa.gov/news-display.cfm?News_ID=640
    3. https://spaceweather.com/glossary/aphelion.html
    4. https://www.met.gov.my/pendidikan/cuaca/fenomenacuaca
    5. https://www.met.gov.my/pendidikan/iklim/iklimmalaysia
    6. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/967224/maklumat-dakwa-fenomena-aphelion-mula-esok-palsu
    7. https://www.space.com/aphelion-july-2022
    8. Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: aeroangkasaAngkasaaphelionmitosperihelion
ShareTweetShare
Previous Post

Penapis Air Mudah Alih Ultra Daripada Tempurung Kelapa Sawit Bantu Rawat Air Tercemar

Next Post

Apakah Sumbangan Nilai Ekonomi Penyu?

Editor

Editor

Related Posts

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

1 week ago
Vaksin Tifoid diwajibkan kepada Semua Pengendali Gerai Bazar Ramadan
Berita & Peristiwa

Vaksin Tifoid diwajibkan kepada Semua Pengendali Gerai Bazar Ramadan

3 weeks ago
Potensi Propolis Lebah Kelulut Dalam Perawatan Alternatif Kesakitan
Alam Semulajadi

Potensi Propolis Lebah Kelulut Dalam Perawatan Alternatif Kesakitan

3 weeks ago
Plastik Oksodegradasi: Mitos Industri Plastik yang Mengaburi Realiti
Alam Semulajadi

Plastik Oksodegradasi: Mitos Industri Plastik yang Mengaburi Realiti

3 weeks ago
Next Post
Apakah Sumbangan Nilai Ekonomi Penyu?

Apakah Sumbangan Nilai Ekonomi Penyu?

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keindahan Nombor Fibonacci di Alam Semulajadi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In