23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 2, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Aplikasi Grafin: Membran Penapis Sisa Buangan Nuklear

Editor by Editor
18/01/2016
in Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh Dr. Aniszawati Azis

Semenjak Andre Geim dan Konstantin Novoselov memenangi Hadiah Nobel Fizik pada tahun 2010 untuk kajian dan penghasilan grafin, Geim telah menumpukan sebahagian besar usahanya terhadap penggunaan grafin sebagai bahan penapis dalam pelbagai teknologi pengasingan seperti penyahgaraman air dan pengasingan gas.

[Baca-Grafin:Revolusi Teknologi Masa Depan]

Tumpuan ini berbaloi kerana grafin memiliki kualiti seperti luas permukaan yang besar, saiz pori yang pelbagai dan keupayaan lekatan – ciri-ciri yang menjadikannya bahan penapis paling baik sejak beberapa tahun yang lalu. Kini Geim dan rakan-rakan sepasukannya di University of Manchester mendapati penapis grafin juga berkesan dalam membersihkan bahan buangan nuklear yang terhasil di loji kuasa nuklear.

[Baca – Saintis hasilkan grafin 100 kali lebih murah]

Penggunaan penapis grafin bagi tujuan ini mampu merubah aspek paling mahal dan rumit dalam penghasilan kuasa nuklear menjadi jauh lebih murah kerana penggunaan tenaga adalah sepuluh kali lebih rendah. Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science, para penyelidik dari Manchester ini menggunakan grafin sebagai penyaring untuk mengasingkan protium daripada deuterium.

Protium ialah isotop hidrogen yang paling ringan dan stabil. Berbeza daripada protium, deuterium mengandungi neutron dalam nukleusnya. Deuterium wujud dengan banyak dalam air yang dipanggil air berat iaitu komponen asas dalam sesetengah jenis reaktor nuklear. Walaupun deuterium tidak bersifat radioaktif seperti tritium, dalam kepekatan yang cukup tinggi, isotop hidrogen paling berat ini boleh mengakibatkan kemerosotan fungsi sel serta kematian. Deuterium juga digunakan secara meluas dalam teknologi penyurihan sama ada secara analisis mahupun secara kimia.

[Baca – Graphene Hasilkan Elektrik dari Tumbuhan]

Para penyelidik Manchester tersebut telah menguji sama ada nukleus deuterium iaitu deuteron boleh menembusi struktur dua-dimensi (2-D) grafin dan boron nitrat. Teori mencadangkan bahawa deuteron berupaya melepasi struktur 2-D itu dengan mudah. Namun mereka terkejut apabila mendapati bahawa membran 2-D itu bukan sahaja mampu menyaring deuteron malah mampu melakukannya pada tahap keberkesanan yang sangat tinggi.

“Ini sememangnya membran pertama yang menunjukkan kebolehan membezakan zarah-zarah sub-atom dan semua ini dilakukan pada suhu bilik,” kata Marcelo Lozada-Hidalgo, seorang penyelidik doktor falsafah di University of Manchester yang juga merupakan penulis utama, dalam sidang media. “Sekarang kami telah menunjukkan bahawa pelaksanaan teknologi ini adalah tidak mustahil dan berharap ia akan diaplikasikan dalam masa yang singkat.”

Irina Grigorieva, yang juga ahli dalam pasukan penyelidikan itu menambah: “Binaannya sungguh ringkas. Kami harap dapat melihat aplikasi penapis ini bukan sahaja dalam teknologi penyaringan secara analisis dan kimia tetapi juga dalam membantu proses pembersihan bahan buangan nuklear daripada bahan radioaktif seperti tritium.”

SUMBER – IEEE Spectrum
FOTO – Shutter stock

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Sains di sebalik Kentut

Next Post

Muda, Jelita, dan Genius Fizik: Gadis ini Miliki Pakej Lengkap

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

4 days ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Cuka Buluh; Agen Kawalan Serangga Perosak Mangga Harumanis
Berita & Peristiwa

Cuka Buluh; Agen Kawalan Serangga Perosak Mangga Harumanis

4 months ago
Kabel Gentian Optik Sebagai Sensor Teragih Pelbagai Guna
Berita & Peristiwa

Kabel Gentian Optik Sebagai Sensor Teragih Pelbagai Guna

4 months ago
Next Post
Muda, Jelita, dan Genius Fizik: Gadis ini Miliki Pakej Lengkap

Muda, Jelita, dan Genius Fizik: Gadis ini Miliki Pakej Lengkap

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In