23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, November 14, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Aplikasi Penderiaan Jauh dalam Pemantauan Habitat Rumpai Laut

Aplikasi Penderiaan Jauh dalam Pemantauan Habitat Rumpai Laut

Editor by Editor
12/09/2025
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Penulis: Wan Dhiya Ainin Sofiya bt Wan D’zlynne¹ & Dr. Nur Farah Ain Zainee²

¹Pelajar Doktor Falsafah
Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

²Pensyarah Kanan
Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Kepentingan Rumpai Laut

Rumpai laut merupakan penunjuk ekologi kepada kesihatan ekosistem zon pesisir. Tumbuhan ini memainkan peranan yang penting kepada habitat marin dari segi fungsi ekologi, ekonomi dan perkhidmatan ekosistem. Selain itu, rumpai laut sebagai organisma pengeluar mengekalkan jaringan makanan yang kompleks serta melindungi habitat sekelilingnya dengan mengurangkan impak hempasan ombak. Rumpai laut merupakan salah satu komponen utama dalam menyumbang kepada keseimbangan ekosistem dan pemeliharaan kepelbagaian dalam ekosistem lautan.

Apakah Penderiaan Jauh?

Sejak kebelakangan ini, kaedah penderiaan jauh telah digunakan secara meluas bagi pemantauan habitat marin kerana memberikan teknik alternatif bukan invasif yang membolehkan pemantauan dilakukan secara berterusan. Penderiaan jauh ialah proses mendapatkan maklumat tentang objek, kawasan atau fenomena dari jarak jauh, tanpa sentuhan fizikal objek. Proses ini menggunakan sensor teknologi canggih dengan mengesan dan merekod tenaga yang dipantul dan dipancarkan oleh permukaan bumi. Penderiaan jauh merupakan alat yang berguna bagi mengumpul data ruang, spektrum dan temporal yang berkaitan dengan alam sekitar. Penderiaan jauh membolehkan pengelasan dan pemetaan habitat cetek, pengesanan kawasan kelpa, membezakan antara jenis tumbuhan akuatik, dan klasifikasi rumpai laut. Terdapat pelbagai jenis aplikasi penderiaan jauh iaitu melalui peranti angkasa seperti satelit, peranti udara seperti fotoudara dan peranti bumi seperti kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), atau lebih dikenali sebagai dron (Rajah 1).

Rajah 1 menunjukkan pelbagai jenis aplikasi penderiaan jauh.

Pemantauan Habitat Rumpai Laut Menggunakan Penderiaan Jauh

Penderiaan jauh merupakan alat yang boleh digunakan untuk memantau rumpai laut dengan memberikan pandangan berskala besar tentang ekosistem. Penderiaan jauh digunakan secara meluas dalam kajian rumpai laut bagi tujuan pemetaan, pengenalpastian taburan, dan penilaian kesihatan populasi rumpai laut secara efisien. Kaedah ini memberikan pemantauan kepelbagaian rumpai laut yang kos efektif dan menjimatkan masa berbanding kaedah pemantauan tradisional yang bergantung hanya kepada kerja lapangan. Pemantauan ruang dan temporal rumpai laut amat kritikal bagi memahami dinamik, pengurusan sumber perikanan dan perlindungan kepelbagaian. Rumpai laut dapat diklasifikasikan kepada ciri-ciri spektrum berbeza berdasarkan komposisi pigmen fotosintetik masing-masing. Sebagai contoh, rumpai laut hijau (Chlorophyta) mengandungi pigmen klorofil a dan b, rumpai laut perang (Ochrophyta) mengandungi pigmen fukoxanthin dan rumpai laut merah (Rhodophyta) mengandungi pigmen fikoeritrin.

Penderiaan jauh bagi pemantauan rumpai laut boleh digunakan melalui dua kaedah iaitu menggunakan satelit dari angkasa lepas dan dron yang diterbangkan di kawasan rendah. Satelit digunakan dalam penderiaan jauh untuk menangkap gambar permukaan bumi dari angkasa lepas. Imej satelit boleh digunakan untuk pemetaan taburan berdasarkan ciri-ciri spektrum. Bagi kawasan pasang surut, penderiaan jauh berasaskan dron dengan kamera warna RGB atau multispektrum boleh memberikan resolusi yang tinggi, yang mana ianya sesuai bagi mengenalpasti taburan dan jenis rumpai laut di kawasan yang terdedah sewaktu air surut. Pemantauan rumpai laut boleh dilakukan dengan sistematik pada skala yang lebih besar dengan menggunakan aplikasi penderiaan jauh.

Rajah 2 menunjukkan aplikasi penderiaan jauh dalam memantau habitat rumpai laut.

Penderiaan jauh merupakan kaedah yang sangat berguna dalam pemantauan habitat rumpai laut. Gabungan antara kaedah konvensional dan teknologi penderiaan jauh membantu saintis dalam proses pengesanan dan pemetaan habitat rumpai laut dengan lebih mudah dan menyeluruh. Teknologi ini bukan sahaja menjimatkan masa malahan membantu dalam pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem zon pesisir.

Rujukan

Cotas, J., Gomes, L.F., Pacheco, D., Pereira, L. 2023. Ecosystem Services Provided by Seaweeds. Hydrobiology (2):75-96.

Diersen, H.M.M., Chlus, A., Russell, B. 2015. Hyperspectral discrimination of floating mats of seagrass wrack and the macroalgae Sargassum in coastal waters of Greater Floria Bay using airborne remote sensing. Remote Sens. Environ 16: 247-258.

Kellaris, A., Gil, A., Faria, J., Amaral, R., Moreu-Badia, I., Neto, A. 2019. Using low-cost drones to monitor heterogenous submerged seaweed habitats: A case study in the Azores. Aquatic Conservation: Marine and Freshwater Ecosystems 29(1):1909-1922.

Kumlom, T., Phewpan, U., Ponganan, N., Rakasachat, C. 2025. Utilizing aerial photography to study the distribution of seaweed in Saphan Hin Park, Mueang District, Phuket Province, Thailand. International Journal of Agricultural Technology 21(1):73-84.

Mogstad, A.A., Johnsen, G., Ludvigsen, M. 2019. Shallow-Water Habitat Mapping using Underwater Hyperspectral Imaging from an Unmanned Surface Vehicle: A Pilot Study. Remote Sens. 11(6):685.

Mustapha, M., Lihan, T., Khalid, L.I. 2014. Coral Reef and Associated Habitat Mapping Using ALOS Satellite Imagery. Sains Malaysiana 43(9):1363-1371.

Rhodes, C.J., Henrys, P., Siriwardena, G.M., Whittingham, M.J., Norton, L.R. 2015. The relative value of field survey and remote sensing for biodiversity assessment. Methods Ecol. Evol. 6:772-781.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakulti Sains dan TeknologiJabatan Sains Biologi dan BioteknologiNur Farah Ain ZaineeUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Apa Kata Mikrobiota Usus Bila Kita Stres?

Next Post

BRIS: Tanah Pasir yang Unik

Editor

Editor

Related Posts

Teorem Pythagoras: Lebih Dari Sekadar a² + b² = c²
Berita & Peristiwa

Teorem Pythagoras: Lebih Dari Sekadar a² + b² = c²

1 day ago
Kanser Kolon: Realiti Tanpa Amaran
Berita & Peristiwa

Kanser Kolon: Realiti Tanpa Amaran

2 days ago
Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia
Alam Semulajadi

Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia

2 days ago
Kepentingan Pembersihan Data
Berita & Peristiwa

Kepentingan Pembersihan Data

2 days ago
Next Post
BRIS: Tanah Pasir yang Unik

BRIS: Tanah Pasir yang Unik

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In