23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, March 8, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Bagaimana Berkomunikasi Dengan Pesakit Kanser

Bagaimana Berkomunikasi Dengan Pesakit Kanser

Editor by Editor
04/03/2022
in Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Aishah Mahat

Fakulti Sains Komputer dan Matematik
UiTM Cawangan Johor Pasir Gudang

 

Kebiasaannya, pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan di hospital mahupun   dalam proses penyembuhan selepas rawatan sering mengalami gangguan psikologi. Pelbagai perasaan negatif akan mula wujud di dalam diri seperti gangguan pemikiran, perasaan, hati yang tidak menentu seperti cepat marah, sedih, runsing, takut dan bimbang. Tekanan psikologi ini dapat dikurangkan melalui kaedah komunikasi yang berkesan dan sokongan daripada doktor yang merawat, jururawat, ahli keluarga serta kenalan rapat. Oleh itu, antara perkara yang boleh dilakukan bagi mewujudkan hubungan komunikasi agar lebih efektif bersama pesakit kanser adalah seperti berikut:

  1. Mendapat keizinan terlebih dahulu daripada pesakit mengenai maklumat penyakit.

Perkara penting yang perlu diambilkira adalah mendapat persetujuan terlebih dahulu antara pendengar dan pesakit dari segi kesesuaian masa, keadaan dan tempat bagi menceritakan keadaan pengalaman penyakit yang dialami. Perkongsian daripada pengalaman ini dapat dijadikan panduan serta rujukan yang bermanfaat kepada pendengar agar dapat meningkatkan tahap kesihatan diri dengan lebih baik.

  1. Menunjukkan sokongan penuh tanpa perlu berkata-kata.

Perbuatan seperti pergerakan badan, ekspresi muka, pergerakan mata, mendengar dengan sepenuh perhatian serta cuba mengelak sebarang gangguan ketika sedang bercakap dapat membantu dalam penyampaian maklumat dengan lancar di antara pendengar dan pesakit.

  1. Berhati-hati sewaktu bercakap dengan pesakit.

Pendengar perlu mengetahui betapa sukar pengalaman yang dilalui oleh pesakit yang sedang berjuang melawan penyakit yang dihadapi. Namun demikian, pendengar perlu juga sentiasa berhati-hati dalam memilih dan mengeluarkan perkataan yang baik bagi menunjukkan tanda hormat dan sokongan.

  1. Pendengar perlu mempunyai kemahiran mendengar yang bagus.

Bagi seorang pendengar yang aktif, perlu sentiasa memberi sepenuh perhatian, tidak tergesa-gesa dalam memberi pandangan tentang apa yang perlu diperkatakan seterusnya serta tidak membuat kesimpulan dengan cepat bagi mengakhiri sesuatu perbualan.

  1. Berbual mengenai topik yang lain selain daripada topik kanser.

Bercakap tentang perkara biasa itu lebih baik kerana dapat mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni berbanding topik tentang penyakit. Dengan cara ini juga dapat membantu menaikkan semangat serta mengekalkan minat yang sedia ada dalam diri pesakit selain ia dapat merehatkan minda daripada terlalu fokus ke arah penyakit.

  1. Memberi galakan pesakit bercakap dengan doktor.

Pada setiap kali sesi temujanji bersama doktor, ahli keluarga perlu memberi galakan dan semangat kepada pesakit agar dapat menceritakan mengenai penyakit dan kesan sampingan atas penyakit yang sedang dihadapi. Dengan ini, boleh membantu pesakit menjaga kesihatan diri sendiri dengan lebih baik.

Sebagai rumusan, berkomunikasi mengenai perkara-perkara yang baik mahupun perkara yang diminati selepas menjalani rawatan kanser dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Oleh itu pesakit kanser perlu diberi galakan dan sokongan secara berterusan selepas menjalani rawatan kanser. Ini kerana pesakit kanser akan menjalani sebuah kehidupan yang baru selepas berakhirnya sesi rawatan di hospital. Komunikasi yang lebih efektif dan berkesan mampu membantu memulihkan semangat pesakit kanser agar meneruskan kehidupan di samping dapat menjaga kesihatan diri.

Rujukan:

https://www.cancer.net/coping-with-cancer/talking-with-family-and-friends/talking-about-cancer/talking-with-someone-who-has-cancer

http://www.myhealth.gov.my/pengurusan-pesakit-kanser-secara-holistik/

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: kanserkomunikasiPesakit Kanser
ShareTweetShare
Previous Post

Landaikan Lengkungan Cara Fikir Menghadapi Covid-19

Next Post

Merangsang Kemahiran Matematik Bayi

Editor

Editor

Related Posts

Bagaimana Kecerdasan Buatan Membantu Mengelakkan Pesawat Bertembung dengan Burung
Berita & Peristiwa

Bagaimana Kecerdasan Buatan Membantu Mengelakkan Pesawat Bertembung dengan Burung

2 days ago
Isu Padi Angin dan Kawalan Racun di Sawah Padi
Alam Semulajadi

Isu Padi Angin dan Kawalan Racun di Sawah Padi

2 days ago
Tiga Masalah Utama Tangan di Kalangan Pekerja Pejabat
Berita & Peristiwa

Tiga Masalah Utama Tangan di Kalangan Pekerja Pejabat

1 week ago
Biofluoresens: Mekanisme, Kepelbagaian dan Kepentingannya dalam Ekologi
Alam Semulajadi

Biofluoresens: Mekanisme, Kepelbagaian dan Kepentingannya dalam Ekologi

1 week ago
Next Post
Merangsang Kemahiran Matematik Bayi

Merangsang Kemahiran Matematik Bayi

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In