23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, May 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Bagaimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mempengaruhi Corak Pemakanan Kita?

Info Pemakanan & Kesihatan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
07/07/2021
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Pramila Mani Maran & Prof. Madya. Dr. Zahara Manaf
Program Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Penularan kes COVID-19 telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia sejak awal tahun 2020. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) oleh Majlis Keselamatan Negara Malaysia dijalankan bagi mengekang penularan COVID-19 dengan lebih berkesan. Perintah tersebut sering dirujuk oleh pihak media massa sebagai ‘Lockdown Malaysia’ yang mana seluruh rakyat Malaysia harus berada di rumah masing-masing dan tidak dibenarkan untuk berhimpun ramai ataupun keluar rumah kecuali ada urusan penting. Arahan ini melibatkan penutupan semua institusi pendidikan seperti sekolah, institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta. Ada masanya sesetengah sektor dibenarkan beroperasi dengan syarat tertentu apabila bilangan kes menurun.

Susulan dengan pelaksanaan PKP ini, ramai yang dikehendaki untuk bekerja dari rumah atau belajar melalui dalam talian berikutan wabak penyakit COVID-19. Pelaksanaan PKP menyebabkan kekurangan aktiviti fizikal dan kebanyakkan masa hanya tertumpu di dalam rumah. Banyak masa luang, terdedah kepada makanan yang selalu di depan mata ditambah pula perkhidmatan pesanan makanan dalam talian bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sebut sahaja terasa ingin makan apa, semuanya boleh didapati di hujung jari. Dalam masa 15 hingga 20 minit selepas pesanan dibuat, makanan sedia dimakan sudah sedia di depan rumah. Kewujudan ‘Food delivery’ seperti Foodpanda dan Grabfood dengan servis sehingga lewat malam mempengaruhi tabiat pemakanan bukan sahaja golongan muda tetapi golongan tua yang kerap membeli makanan khususnya makanan segera. Peningkatan penggunaan gajet setiap hari telah menggalakkan kehidupan yang sedentari dalam kalangan semua golongan termasuk pelajar, pekerja atau para ibu bapa dan anak-anak. Kadang-kala, ibu bapa juga merasakan lebih mudah memesan makanan dalam talian atau ingin menukar selera menyebabkan mereka menempah makanan dalam talian. Selain itu, dalam musim kritikal ini, ramai yang berhadapan dengan pelbagai masalah seperti kesukaran untuk pergi ke kedai, kerisauan mendapat jangkitan ketika berada di luar sambil membeli barang dan bermacam-macam lagi. Akibatnya, mereka lebih cenderung untuk mendapatkan bahan-bahan makanan yang tahan lama terutamanya yang telah diproses dan bukannya buah-buahan ataupun sayuran. Bahan-bahan tersebut tinggi dengan kandungan gula, garam dan lemak serta mengandungi bahan pengawet, pewarna dan bahan tambah. Di samping itu, tekanan emosi dan stress bagi golongan yang bekerja atau golongan pelajar juga mengubah gaya pemakanan mereka. Contohnya, mereka makan lebih banyak daripada biasa sebagai mekanisma untuk mengatasi stress dan selalunya makanan tersebut adalah tidak sihat.

Tidak dapat dinafikan bahawa norma baru ini secara tidak langsung meningkatkan masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia. Banyak yang bimbang dan tertekan dengan peningkatan berat badan masing-masing. Malaysia adalah antara negara Asia yang mencatatkan kes obesiti tertinggi berbanding negara-negara Asia yang lain. Menurut laporan daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, didapati 50.1% daripada orang dewasa berlebihan berat badan atau obes di mana 30.4% merupakan berlebihan berat badan manakala 19.6% adalah obes. Data NHMS 2019 juga memperincikan tiga golongan tertinggi yang menghadapi masalah ini iaitu kaum wanita (54.7%), etnik India (63.9%) manakala lingkungan umur paling tinggi adalah golongan berumur 55 ke 59 tahun (60.9%). Hasil data NHMS turut menunjukkan negara kita telah mencatatkan peningkatan jumlah pesakit obesiti kanak-kanak daripada 11.9% pada tahun 2015 kepada 14.8% pada tahun 2019. Di negara kita, ada kemungkinan besar peratusan ini juga akan mencatatkan penambahan sekiranya orang ramai tidak ada langkah pencegahan dan terus mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak seimbang serta gaya hidup sedentari. Kita perlu sedar bahawa obesiti meningkatkan risiko pelbagai penyakit kronik seperti diabetes mellitus, tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan kita. Faktor utama yang menyumbang kepada isu ini adalah corak pemakanan kita yang tidak sihat. Bagi orang yang ada risiko tersebut, mereka lagi mudah terdedah kepada COVID-19 disebabkan oleh sistem imun yang lemah.

Corak pemakanan merupakan elemen penting bagi mempersiapkan diri untuk mencegah dan melawan serangan patogen seperti virus COVID-19 ini. Mengikut kata pepatah ‘kita adalah apa yang kita makan atau ‘we are what we eat’, amalan pemakanan kita menentukan tahap kesihatan kita. Makanan seimbang yang bernutrisi lengkap dengan kuantiti suku-suku separuh harus diamalkan oleh setiap orang. Makanan yang patut dielakkan ketika musim PKP ini adalah makanan yang manis, pengambilan garam, gula dan lemak, makanan yang tinggi dalam bahan pengawet dan juga makanan yang diproses serta makanan ringan secara berlebihan. Makanan sihat dan seimbang juga adalah salah satu keperluan untuk mengoptimakan tahap imuniti badan. Hal ini penting untuk melawan jangkitan COVID-19.

 

Berikut adalah saranan untuk mengamalkan amalan pemakanan sihat dalam keluarga anda:

 

 

  1. Masak makanan sihat dengan mengikut piramid makanan sebagai panduan pemakanan anda. Masukkan lebih bijiran, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilih makanan yang kurang kandungan lemak, kolesterol, garam dan gula dan minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari.
  2. Pemilihan cara masakan adalah penting. Lebihkan makanan berasaskan sup, stim atau rebus dan kurangkan pengambilan makanan yang diproses, berminyak atau bergoreng.
  3. Elakkan membeli stok makanan yang berlebihan. Rancangkan menu makanan untuk mempermudahkan pembelian bahan-bahan yang diperlukan. Bukan sahaja kaedah ini dapat mengelakkan daripada pembaziran tetapi juga boleh menjimatkan masa.
  4. Kurangkan tempah makanan dalam talian. Menempah makanan dalam talian bukanlah sesuatu perkara yang salah tetapi haruslah dilakukan sekali sekala dengan tanggungjawab bagi mengelakkan ketagihan.
  5. Libatkan anak-anak dalam penyediaan makanan sihat. Langkah ini boleh mengajar dan menanam tabiat pemakanan sihat dalam diri mereka sejak kecil lagi di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan.
  6. Makan mengikut jadual. Mulakan hari dengan sarapan pagi yang berkhasiat untuk memberi tenaga bagi berfungsi sepanjang hari. Elakkan waktu makan tengah hari dan makan malam yang terlalu lewat dari norma. Waktu makan tengah hari yang ideal adalah pada pukul 12 tengah hari manakala waktu makan malam yang ideal adalah antara pukul 7 hingga 8 malam.

 

 

Kesimpulannya, tabiat pemakanan yang tidak seimbang di samping kekurangan aktiviti fizikal dalam musim PKP ini mendedahkan diri kita kepada risiko obesiti serta risiko jangkitan. Jadi, seluruh rakyat digalakkan untuk mengawasi pemakanan masing-masing dan kekal aktif sepanjang tempoh PKP ini demi menjamin kehidupan yang sihat dan minda yang cerdas.

 

Rujukan

Andreyeva, T., Sturm, R., & Ringel, J. 2004. Moderate and Severe Obesity Have Large Differences in Health Care Costs. Obesity Research. 12(12): 1936-1943.

Abd Rahman, N. 2020. Dietary Patterns of Malaysians During the Movement Control Order (MCO) During The Covid-19 Pandemic. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences. 10(10): 97-109.

Laguna, L., Fiszman, S., Puerta, P., Chaya, C., & Tarrega, A. 2020. The impact of COVID-19 lockdown on food priorities. Results from a preliminary study using social media and an online survey with Spanish consumers. Food Quality and Preference. 86

Lippi, G., Henry, B. M., Bovo, C., & Sanchis-Gomar, F. 2020. Health risks and potential remedies during prolonged lockdowns for coronavirus disease 2019 (COVID-19). Diagnosis. 7(2): 85–90.

Mason, T. B., Barrington-Trimis, J., & Leventhal, A. M. 2021. Eating to Cope With the COVID-19 Pandemic and Body Weight Change in Young Adults. The Journal of adolescent health : official publication of the Society for Adolescent Medicine. 68(2): 277–283.

Mattioli, A., Sciomer, S., Cocchi, C., Maffei, S., & Gallina, S. 2020. Quarantine during COVID-19 outbreak: Changes in diet and physical activity increase the risk of cardiovascular disease. Nutrition, Metabolism And Cardiovascular Diseases. 30(9): 1409-1417.

The Star Online. 2021. MCO diets drive up Malaysia’s obesity rates. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/06/22/mco-diets-drive-up-malaysias-obesity-rates.

Nielsen, G. COVID-19: Tracking the impact 2020. Retrieved from: https://www.nielsen.com/us/en/

Sominsky, L., & Spencer, S. 2014. Eating behavior and stress: a pathway to obesity. Frontiers In Psychology. 5.

 

Kredit Foto : amitahealth.org

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Corak PemakananInfo Pemakanan & KesihatanPerintah Kawalan Pergerakan (PKP)Pramila Mani MaranProf. Madya. Dr. Zahara Manaf
ShareTweetShare
Previous Post

Minum Madu Tapi Penyakit Yang Dapat

Next Post

Geologi Di Dalam Aspek Kehidupan

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara
Berita & Peristiwa

Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara

6 days ago
Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi
Alam Semulajadi

Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi

1 week ago
Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang
Alam Semulajadi

Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang

1 month ago
Penggunaan Probiotik Bacillus velezensis sebagai Biokawalan Patogen Bakteria dalam Akuakultur
Berita & Peristiwa

Penggunaan Probiotik Bacillus velezensis sebagai Biokawalan Patogen Bakteria dalam Akuakultur

1 month ago
Next Post
Geologi Di Dalam Aspek Kehidupan

Geologi Di Dalam Aspek Kehidupan

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In