23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, January 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Bagaimana Sekiranya Dunia ini Tanpa Penyu

Dunia tanpa penyu

Editor by Editor
26/04/2022
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Puteri Arlis Tsharina Jazlan ‘Arif,
Pusat Kajian Pesisir Pantai dan Marin (CMER), Institut Maritim Malaysia (MIMA)

 

Di Malaysia, terdapat empat spesies penyu, iaitu penyu belimbing (leatherback), penyu agar (green), penyu karah (hawksbill), dan penyu lipas (olive ridley). Kesemua spesies tersebut mempunyai kepentingan tersendiri dalam memastikan keseimbangan ekosistem marin seperti di pesisir pantai, kepulauan dan lautan. Oleh yang demikian, spesies penyu telah diiktiraf sebagai haiwan warisan Malaysia kerana pengaruhnya yang amat besar bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem habitat semula jadi mereka.

Manusia banyak bergantung kepada hidupan laut demi kelangsungan hidup. Terutamanya mereka yang mendiami kawasan pantai yang rata-rata menjana ekonomi melalui hasil laut seperti para nelayan dan pengusaha pusat pelancongan. Justeru itu, kesedaran berkenaan betapa pentingnya pemuliharaan penyu perlu dipupuk sejak awal bagi menyelamatkan spesies ini daripada mengalami kepupusan, lebih-lebih lagi apabila melihat aliran bilangan populasi penyu semakin membimbangkan bukan sahaja di negara ini, malah di dunia. Pada masa kini, Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesis Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES) telah menyenaraikan kesemua tujuh spesis penyu di dunia sebagai spesis terancam.

Gambar 1: Anak penyu yang baru menetas dijumpai di dalam sarang ketika proses pemeriksaan sarang. Ihsan: Sea Turtle Research Unit (SEATRU), Universiti Malaysia Terengganu.

Dalam sesebuah komuniti, setiap spesis mempunyai peranannya tersendiri terhadap kelestarian alam sekitar. Antaranya adalah ‘keystone species’ atau spesis asas yang memaparkan apabila bilangan populasi spesies flora ataupun fauna dalam kategori berubah, ia akan memberikan impak yang jelas kepada keseimbangan ekosistem di sekitarnya.

Sehubungan dengan itu, bagaimana pula jika dunia pada masa hadapan tanpa kewujudan spesies marin penyu? Spesis yang amat berpengaruh dalam ekosistem lautan yang akan menyebabkan keruntuhan sesebuah komuniti walaupun hanya dengan kehilangan sebilangan individu. Apabila peranan spesis tersebut tidak lagi dapat disempurnakan bagi menjamin keseimbangan laut. Di mana kesan negatif penyusutan populasi penyu juga secara tidak langsung akan memberikan impak kepada kesihatan  dan hidupan laut lain yang bergantung kepada sumber marin. Nescaya, impaknya secara tidak langsung turut akan dirasai oleh para nelayan dan sektor ekonomi perikanan negara.

Kepupusan

Seperti yang kita tahu, setiap kehidupan mempunyai peranan tersendiri di dalam ekosistem tertentu, apatah lagi penyu yang juga merupakan spesis tunjang kepada kehidupan laut sekitarnya. Contoh yang pertama, penyu belimbing yang hanya menjadikan Pantai Rantau Abang, Terengganu sebagai habitat bersarang. Spesis tersebut menjadikan obor-obor sebagai diet utama pemakanan mereka sehingga memerlukan hampir 200 kg setiap hari. Jelas menunjukkan penyu belimbing secara tidak langsung berperanan dalam mengawal pembiakan obor-obor yang berupaya untuk membiak dengan cepat. Kesannya, ketiadaan penyu belimbing membawa kepada peningkatan jumlah obor-obor secara mendadak berpotensi untuk mempengaruhi usaha pemulihan stok ikan sebagai pemangsa kepada telur ikan dan larva. Disebabkan ini, peningkatan populasi obor-obor juga menyebabkan pengurangan jumlah stok ikan di laut, yang akan memberikan kesan kepada tangkapan para nelayan disamping menyukarkan aktiviti penangkapan ikan secara efisyen.

Contoh yang kedua dalam peranan penyu kepada kehidupan laut adalah terhadap ekosistem terumbu karang yang bergantung kepada spesis penyu karah. Mulut penyu karah yang berbentuk seperti paruh. Fizikal paruh seperti kita ketahui mempunyai struktur yang keras dan runcing membolehkan haiwan ini mengawal pembiakan dengan meratah span laut di samping mengubah komposisi spesis dan pembiakan dalam ekosistem tersebut. Tanpa penyu karah, span laut akan mudah mengambil alih kawasan terumbu, sekali gus mengubah struktur ekosistem terumbu karang. Paruh penyu karah yang kuat digunakan untuk memakan dahulu lapisan span laut yang berduri, dan sisanya yang lebih lembut kemudiannya dimakan oleh ikan-ikan lain. Span laut merupakan pesaing yang agresif kepada karang yang mahu membina terumbu. Apabila penyu karah mengasingkan span laut, ia akan membolehkan karang untuk berkolonisasi dan membesar. Keunikan terumbu karang yang cantik merupakan tarikan utama pelancong, malah ekosistem ini juga menjadi kawasan yang penting sebagai kawasan asuhan kepada anak-anak ikan dan spesis krustasia contohnya udang dan ketam.

Gambar 2. Penulis semasa menjalankan projek ilmiah tahun akhir Program Sarjana Muda Biologi Marin di Universiti Malaysia Terengganu yang menyasarkan pencarian keberkesanan bahan semula jadi antikulat yang boleh mengurangkan kebarangkalian jangkitan kulat terhadap telur penyu.

Ancaman

Pada ketika ini, ancaman utama penyu adalah persekitaran marin yang tidak kondusif, terutamanya kesan daripada aktiviti manusia yang semakin tidak terkawal. Ia termasuk pencemaran alam sekitar, perdagangan dan pemburuan haram, pembangunan kawasan pantai, dan tangkapan sampingan aktiviti perikanan. Ditambah pula dengan faktor yang tidak dapat dikawal, perubahan iklim menjadikan isu tersebut semakin mencabar dan sukar ditangani. Antara cabaran lain yang dihadapi di peringkat nasional adalah eksploitasi telur penyu yang menjadikannya sebagai makanan kegemaran penduduk tempatan. Jualan telur penyu secara besar-besaran berulang kali didedahkan di media, tetapi hanya beberapa negeri yang mengambil tindakan mengharamkan penjualan telur penyu mengikut enakmen berkuat kuasa.

Ringkasnya, dunia tanpa penyu akan memudaratkan banyak elemen di dalam ekosistem yang akhirnya memberikan impak kepada manusia juga. Penyu sebagai spesies asas dalam melestarikan ekosistem marin perlu dilindungi. Tindakan segera daripada pelbagai pihak sewajarnya diberi keutamaan bagi mengelakkan spesis penyu daripada terus dipandang remeh. Malah sebagai institusi yang menjalankan kajian terhadap sektor berkaitan polisi marin, MIMA sentiasa cakna dan peka terhadap isu spesies lautan demi menyeimbangkan ekosistem alam untuk manfaat kita pada masa kini dan generasi akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN

Kepentingan Cacing Nipah Terhadap Ekosistem Marin dan Masyarakat Setempat
Lokan, Penunjuk Biologi Ekosistem Paya Bakau
Jangan Pindah Sarang Penyu Jika Tidak Perlu
Pembinaan Indeks Rujukan Darah Penyu Pertama Negara
Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik
Pemburuan Organisma Hanyut Yang ‘Bersaudara’ Dengan Manusia
Pemahaman Iklim Zaman Purba Melalui Fosil Lautan
Potensi Produk Kecantikan Daripada Ubur-Ubur
Peranan Angin Monsun Dalam Kelangsungan Populasi Penyu
Ketahui Cara Hipnosis Anak Penyu
Sains Menghuraikan Peribahasa Memikul Biawak Hidup
Pengeraman Telur Penyu Dicemari Plastik
Manusia & Ikan Yu : Siapa Yang Lebih Rakus ?

Nota: Penulis merupakan penyelidik di Pusat Kajian Pesisir Pantai dan Marin (CMER), Institut Maritim Malaysia (MIMA) berperanan dalam membuat penyelidikan bagi menyumbang kepada pengurusan lautan yang mampan melalui penyelidikan dasar, penyediaan input yang bersesuai dengan penggubalan dasar dan pengurusan zon pantai dan lautan serta pelbagai aktiviti berkaitan marin. Penulis boleh dihubungi melalui email: arlis@mima.gov.my

#LiterasiLautanUntukSemua

Kredit foto-WWF

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: hidupan lautLiterasi Lautan Untuk SemuaPenyu
ShareTweetShare
Previous Post

Burung Penghijrah: Penerbangan Berisiko Demi Kelangsungan Hidup

Next Post

10 Soalan Untuk Saintis: Prof. Madya. Dr. Mohd Arif Anuar Mohd Salleh

Editor

Editor

Related Posts

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

3 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

3 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

2 weeks ago
Next Post
10 Soalan Untuk Saintis: Prof. Madya. Dr. Mohd Arif Anuar Mohd Salleh

10 Soalan Untuk Saintis: Prof. Madya. Dr. Mohd Arif Anuar Mohd Salleh

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In