23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Bajet 2014 dan Harapan IPT – Peruntukan Lebih untuk Penyelidikan

Editor by Editor
24/10/2013
in Bicara Saintis
0 0
0

”National University of Singapore contohnya yang berada pada kedudukan 100 terbaik dunia mempunyai peruntukan penyelidikan kira-kira RM1.04 bilion setahun, begitu juga universiti nombor satu di China, Tsinghua University, Beijing (RM1.6 bilion) setahun, namun UM menerima bajet terlalu kecil daripada ini,” Prof Tan Sri Dr Gauth Jasmon (UM)

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terutama universiti penyelidikan mengharapkan ada kenaikan peruntukan dalam Bajet 2014 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri najib Tun Razak, esok.

Kebanyakan tokoh akademik berpendapat, bidang pengajian tinggi perlu perlu diberi fokus dalam bajet 2014 terutama peruntukan lebih untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dapat meningkatkan pembangunan negara.

Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin, berkata peruntukan itu perlu untuk mewujudkan lebih banyak syarikat terbitan universiti bagi mengkomersialkan segala penyelidikan yang dihasilkan.

Beliau berkata, dengan memperbanyakkan syarikat yang bertindak seperti Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, semua penyelidikan mempunyai peluang untuk dikomersialkan termasuk di pasaran global.


”Penyelidikan memerlukan suntikan keusahawan, jika tidak segala kajian yang dijalankan tidak ke mana-mana dan hanya berada di dalam makmal sedangkan universiti penyelidikan ialah institusi yang diharapkan untuk melakukan transformasi.”Peruntukan yang banyak juga diperlukan untuk menjalin kerjasama dengan universiti ternama dari luar negara, penjenamaan universiti dan penghasilan penerbitan berimpak tinggi.

”Satu peruntukan yang praktikal diperlukan untuk membangunkan semua perancangan universiti dan diharap peruntukan yang diperoleh sama dengan apa yang dijanjikan,” katanya. (BH, Varsiti 24/10).

[Baca: UTM dan MIT Kerjasama Bangunkan Bandar Lestari]

Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Tan Sri Datuk Gauth Jasmon berkata UM memerlukan peruntukan yang lebih sekiranya ingin terus cemerlang dalam bidang penyelidikan berimpak tinggi terutama untuk membeli lebih banyak peralatan saintifik canggih.

”Ketika ini kebanyakan R&D yang dijalankan perlu membabitkan pembelian peralatan canggih seperti mesin yang mampu meninjau sel atau protein ke tahap molekular bagi perubatan dan biologi, manakala bidang fizik, kami memerlukan Mikroskop Elektron berkuasa tinggi untuk mengkaji ke tahap yang lebih mendalam dalam struktur molekul.

”UM juga perlu menghantar penyelidik ke makmal berkeupayaan tinggi di luar negara maju supaya pelajar ijazah tinggi dan ahli akademik dapat bekerjasama dengan saintis terkemuka terutama yang memenangi Hadiah Nobel,” katanya.

Penarafan/Ranking penting

Selain itu, bagi meningkatkan keunggulannya, UM juga perlu membawa profesor terkenal dari universiti ternama seperti Harvard dan Cambridge untuk mengadakan jalinan penyelidikan.

Beliau berkata, peruntukan yang tinggi juga diperlukan jika kerajaan komited untuk meletakkan universiti tempatan dalam mana-mana penarafan universiti dunia.

”National University of Singapore contohnya yang berada pada kedudukan 100 terbaik dunia mempunyai peruntukan penyelidikan kira-kira RM1.04 bilion setahun, begitu juga universiti nombor satu di China, Tsinghua University, Beijing (RM1.6 bilion) setahun, namun UM menerima bajet terlalu kecil daripada ini,” katanya.

Pelaburan

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Wahid Omar, berkata peruntukan tinggi dalam bidang pendidikan khususnya pengajian tinggi perlu dianggap sebagai pelaburan berbaloi yang dapat memperkasakan agenda pembangunan negara.

”Memang kita memerlukan peruntukan tinggi, namun tidak boleh tamak sangat meminta peruntukan terlalu banyak ia perlu diagih kepada universiti lain, namun jumlahnya perlulah sepadan dengan usaha atau perancangan yang digarap universiti.”Biarpun menelan belanja tinggi, kerajaan perlu melihatnya sebagai satu pelaburan yang baik kerana tidak ada cara lain untuk membangunkan negara selain bidang pendidikan dan penyelidikan,” katanya.

Sumber: Varsiti, Berita Harian            

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: IPTAPenyelidikan IPTAPeruntukan IPTA
ShareTweetShare
Previous Post

Punca-punca Penyakit Lupa

Next Post

Perbezaan Warna Bunga lebih Menarik Perhatian Lebah

Editor

Editor

Related Posts

Menghadapi Perubahan Iklim
Alam Semulajadi

Menghadapi Perubahan Iklim

6 months ago
Enam Saintis Muda Wakil Malaysia di Mesyuarat Nobel Laureate ke-71
Berita & Peristiwa

Enam Saintis Muda Wakil Malaysia di Mesyuarat Nobel Laureate ke-71

8 months ago
Merungkai Misteri Penyakit “Systemic Lupus Erythematosus” (SLE): Sempena Sambutan Hari Lupus Sedunia 10 Mei
Berita & Peristiwa

Merungkai Misteri Penyakit “Systemic Lupus Erythematosus” (SLE): Sempena Sambutan Hari Lupus Sedunia 10 Mei

9 months ago
Teknik Pomodoro: Sains Pengurusan Masa Untuk Penulis
Berita & Peristiwa

Teknik Pomodoro: Sains Pengurusan Masa Untuk Penulis

9 months ago
Next Post
Perbezaan Warna Bunga lebih Menarik Perhatian Lebah

Perbezaan Warna Bunga lebih Menarik Perhatian Lebah

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In