http://en.wikipedia.org/wiki/Tsien_Hsue-shen
Oleh Mohd Faizal Aziz
Beliau bukanlah penerima Anugerah Nobel bidang sains. Tidak ramai yang mengenali beliau semasa hidup melainkan rakyat China dan komuniti sains dari negara-negara yang pernah dikunjungi beliau semasa hayatnya. Namun begitu Qian Xuesen merupakan tokoh penting dalam bidang sains dan teknologi negara China sehingga digelar Bapa Program Angkasalepas China. Apatah lagi China yang kini merupakan kuasa besar dunia dan menjadi perhatian seluruh dunia atas kemajuan dan kepesatan pembangunan sains dan teknologinya. Untuk itu, MajalahSains.Com mencatat dengan ringkas siapa beliau dan sumbangan penting terhadap kemajuan sektor sains dan teknologi terutamannya Program Angkasa di China. BEIJING – Saintis roket Republik China Qian Xuesen yang terkenal dengan nama jolokan Bapa Teknologi Angkasa China dilaporkan meninggal pada sabtu yang lalu di Beijing diusia 98 tahun. Qian juga dikenali sebagai Tsien Hsue-shen, memulakan kariernya di AS dan dikenalpasti sebagai salah seorang genius dalam bidang aeronautik sebelum kembali China pada tahun 1955. Ketika meninggalkan Amerika , sentimen anti komunis memuncak di seluruh dunia tidak terkecuali di negara tersebut. Qian telah mewujudkan institut penyelidikan roket dan peluru berpandu pertama di China setelah pulang ke negara asalnya. Institut tersebut ditubuhkan bagi membantu program penyelidikan angkasalepas dan pertahanan Republik Rakyat China Beliau telah mengetuai penyelidikan dan pembangunan senjata nuclear pertama republic Rakyat China dan menghasilkan satelit pertama negara itu pada tahun 1970 Beliau telah bersara pada tahun 1991, setahun sebelum China melancarkan program angkasalepas mereka. Walaubagaimanapun, hasil penyelidikannya telah meletakkan asas yang penting bagi pembangunan roket pertama China Long March CZ-2F yang membawa angkasawan China pertama Yang Liwei ke orbit pada tahun 2003 Beliau diberi penghormatan oleh kerajaan China yang ditadbir oleh Wen Jiabao pada waktu itu atas sumbangannya dalam bidang teknologi pertahanan China. Ketika dikunjungi oleh bekas Presiden China tersebut, beliau menyatakan bahawa ‘ saya cuba untuk hidup sehingga berumur 100 tahun’. Dilahirkan pada tahun 1911 di Timur laut China, di sebuah bandar Hangzhou, Qian meninggalkan AS selepas memperolehi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1936. Beliau mendapat ijazah pertama dari Massachusetts Institute of Technology, (MIT) kemudian meneruskan pengajiannya di California Institute of Technology, CALTECH. Di CALTECH, beliau terlibat dalam membangunkan Jet Propulsion Laboratory di sana. Semasa Perang Dunia ke-II, Qian terlibat dalam projek pembangunan peluru berpandu balistik untuk ketenteraan Amerika. Pada tahun 1945, beliau dihantar ke Eropah untuk menjalankan misi menyiasat kecurian dokumen teknologi roket dan persenjataan AS yang dirampas oleh tentera Nazi Jerman. Di Eropah, beliau telah mempelajari teknologi roket V-2 pihak Jerman dan berkesempatan menemubual ketua projek V-2 Werner von Braun. Selepas era perang dunia, Qian telah mengahwini anak perempuan penasihat ketenteraan China pada waktu itu iaitu Jeneral Chiang Kai-Shek. Pada tahun 1949, beliau memohon taraf kerakyatan Amerika , tidak lama selepas pemimpin komunis Mao Zedong menguasai Republik Rakyat China. Sentiment antikomunis yang memuncak di di AS, Biro Penyiasat Persekutuan, FBI pada tahun 1950 mengesyaki Qian sebagai salah seorang ahli parti komunis di AS. Beliau menafikan tuduhan tersebut da ditahan buat sementara waktu. Selama dalam tahanan beliau telah gagal pemeriksaan keselamatan di sana. Washington mula merancang untuk menghantar Qian pulang ke China dan membebaskannya tanpa disabitkan dengan tuduhan terlibat dengan aktiviti jenayah. Selepas lima tahun di dalam tahanan rumah dan melalui rundingan rahsia antara Washington dan Beijing, Qian meninggalkan AS dan kembali ke tanah asal kelahirannya. Hari sabtu yang lalu, 31 november 2009, Qian Xuesen meninggal dunia di usia 98 tahun, 2 tahun lebih awal dari apa yang dijangkakannya. ~faizal~