23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 21, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Batu Hempedu : Komplikasi & Rawatan

Info Perubatan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
09/07/2021
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Ms Dr Afizah Salleh
Pakar Perunding Pembedahan Am, Hospital Pakar An-Nur

 

PKP yang berlanjutan telah menyebabkan aktiviti sosial tergendala. Kebanyakkan orang hanya duduk dirumah kerana pergerakkan dihadkan yang jika dilanggar akan merisikokan diri dan keluarga dengan penularan jangkitan covid 19 dan kompaun dari pihak berwajib. Ramai yang menjadi stres dan natijahnya pesakit gastrik semakin meningkat. Namun ramai juga dalam kalangan pesakit-pesakit ini telah ada simptom yang ringan sejak bertahun-tahun dan hanya membeli ubat sendiri di kaunter-kaunter farmasi atau pergi ke klinik-klinik tanpa ulangan temujanji untuk pemeriksaan lanjut. Boleh jadi penyakit yang dideritai bukan gastrik tetapi batu hempedu.

Hempedu adalah organ kecil berbentuk buah pear yang terletak di bawah hati. Batu di dalam hempedu terjadi akibat cecair hempedu yang berubah menjadi kristal. Ini berlaku akibat ketidakseimbangan kandungan di dalam cecair hempedu yang terdiri daripada lechitin (phospholipid), bile acid dan kolesterol. Apabila kandungan kolesterol dan bile acid tinggi dan lecithin rendah, cecair hempedu menjadi pekat dan membentuk batuan keras.

Ada 3 jenis batu yang biasa dijumpai pada pundi hempedu iaitu batu kolesterol (berwarna kuning, lembut dan berbentuk bulat ), batu pigmen ( berwarna hitam, bersegi-segi dan lebih keras ) dan batu campuran (50% kolesterol ). Jika terdapat banyak kandungan kalsium pada batu hempedu, batu ini boleh dilihat melalui imbasan X-ray. Batu kolesterol banyak ditemui pada orang yang obes, seseorang yang mengambil hormone estrogen dan wanita hamil. Manakala batu pigmen pula dikesan pada seseorang yang ada masalah hemolytic anemia (sel darah mudah pecah),sirosis hati dan jangkitan kuman pada cecair hempedu.

Kebanyakkan batu hempedu tiada gejala. Hanya ditemui apabila ujian ultrasound dilakukan untuk gejala yang tiada kaitan. Kira-kira 30 % kes sahaja yang mempunyai gejala. Gejala yang biasa berlaku adalah kolik biliari (biliary colic) satu gejala yang mana pesakit mengadu sakit di bahagian atas kanan abdomen (right hypochondrium)  atau tengah (epigastrium) yang berlaku selama 2-3 jam secara berterusan tetapi intensiti berubah-rubah. Ini berlaku apabila batu tersebut cuba keluar melalui ductus sistik (cystic duct).Batu ini tersekat di bahagian leher pundi hempedu menyebabkan kekejangan otot dan sakit yang berterusan. Sakit akan terhenti apabila batu jatuh semula ke dalam pundi dan proses akan berulang apabila batu tersekat.

 

 

Jika batu ini tersekat secara berterusan, ia akan menyebabkan perubahan pada komposisi cecair hempedu seterusnya terjadinya radang yang dipanggil acute cholecystitis. Apabila dibiarkan, jangkitan kuman boleh berlaku.Kebanyakkan pesakit akan mengalami sakit berterusan selama 3-5 hari dan akan pulih walaupun tanpa bantuan antibiotik. Namun ada sebahagian pesakit akan mendapat demam dan sakit yang berterusan walaupun dengan antibiotik. Ketika ini kemungkinan besar pesakit sudah mengalami gallbladder empyema (pembentukan nanah) atau gangren (tisu mati) atau perforation (bocor) pada dinding pundi hempedu dan ini memerlukan pembedahan segera.

Ada juga keadaan yang mana pesakit hanya mengalami simptom yang ringan  dan menganggapnya sebagai ‘ sakit angin ‘ . Mereka mengabaikan rasa sakit ini  dan pemeriksaan ultrasound menjumpai batu hempedu. Apabila pembedahan dilakukan didapati pundi hempedu sudah kecut dan terdapat pembentukan sinus di dinding pundi hempedu ( Rokitansky – Aschoff sinus ). Satu keadaan lagi yang jarang berlaku adalah sumbatan batu pada leher pundi hempedu yang kosong. Mucus akan dirembeskan oleh dinding pundi hempedu menyebakan saiznya membesar dan boleh dirasa semasa pemeriksaan. Keadaan ini dinamakan mucocele.

Pesakit dengan batu hempedu juga boleh datang dengan kuning di bahagian mata serta warna kencing yang pekat dan warna najis yang pucat .Jika ini diiringi dengan demam dan sakit di bahagian atas kanan abdomen, pesakit berkemungkinan besar mengalami ascending cholangitis ( jangkitan kuman dan radang pada duktus hempedu sesama ( common bile duct ) yang tersumbat oleh batu. Ini adalah satu keadaan kecemasan yang mana hempedu perlu dialirkan dengan segera sama ada secara prosedur endoskopi ( Endoscopy retrograde cholangiopancreatography –  meletakkan stent atau mengeluarkan batu yang tersumbat ) atau percutaneous transhepatic biliary drainage  – mengeluarkan cecair hempedu melalui tebukan yang dibuat melalui hati ke dalam salur hempedu yang bengkak. Biasanya ini dilakukan jika pesakit  tidak stabil seperti memerlukan bekalan oksigen yang tinggi atau tidak boleh meniarap. Jika sumbatan ini berlaku tanpa demam dan jangkitan kuman ( obstructive  jaundice ), semua prosedur ini boleh dilakukan secara janji temu.

Satu lagi keadaan kecemasan yang boleh berlaku kepada pesakit dengan batu hempedu adalah radang di bahagian pankreas ( acute pancreatitis ). Apabila batu tersekat di hujung duktus hempedu sesama ( Common bile duct ), sumbatan pada duktus pankreas menyebabkan radang pada pankreas yang mana pankreas akan mengeluarkan enzim pencernaan seperti amylase dan lipase. Keadaan yang teruk boleh menyebabkan perubahan fisiologi seluruh badan termasuklah radang paru-paru dan pesakit perlu dimasukkan ke dalam ICU.

Walaubagaimanapun , bagi seseorang yang mengalami batu hempedu tanpa komplikasi, risiko untuk mendapat komplikasi adalah sangat rendah, lebih kurang 2%. Tetapi bagi mereka yang sudah ada komplikasi, risiko untuk komplikasi berulang adalah sangat tinggi dan pembedahan perlu dilakukan dengan segera kerana komplikasi yang teruk boleh membawa kepada kematian. ‘Standard ‘pembedahan membuang batu hempedu adalah dengan cara pembedahan laparoskopi membuang pundi hempedu ( laparoscopic cholecystectomy ) kecuali jika keadaan anatomi sudah berubah akibat komplikasi seperti gallbladder empyema.

Kajian yang biasa dilakukan untuk melihat batu hempedu adalah ultrasound. X -ray tidak dapat membantu sepenuhnya kerana hanya 10 % daripada kes batu hempedu dapat dilihat. Ultrasound juga dapat memberitahu jika ada sumbatan pada salur hempedu dan pemeriksaan lanjut dapat dilakukan seperti CT scan atau MRI. Ujian darah yang biasa dilakukan adalah liver function test iaitu untuk melihat fungsi hati dan paras bilirubin ( pigmen kuning ) dalam darah. Ia akan tinggi jika terdapat sumbatan pada salur hempedu dan radang pada hati.

Rawatan tanpa pembedahan untuk batu hempedu hanya dilakukan jika pesakit tidak stabil untuk pembedahan seperti sakit jantung yang teruk dan boleh menyebabkan kematian jika pembedahan dilakukan. Ini kerana ubat untuk melarutkan batu walaupun berkesan tetapi batu akan terjadi semula sebanyak 40% dalam masa 4 tahun. Pundi hempedu adalah tempat simpanan cecair hempedu, yang mana penghasilannya berlaku di dalam hati. Cecair hempedu dikeluarkan oleh pundi hempedu apabila seseorang memerlukan penghadaman makanan berlemak atau berminyak. Selepas pembuangan pundi hempedu, pesakit akan dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan berlemak atau berminyak. Pesakit boleh mengalami sakit di bahagian atas abdomen,rasa kembung dan cirit-birit kerana pengambilan yang terlalu banyak ( post-cholecystectomy syndrome ).Organ hati akan beradaptasi dengan keadaan ini dengan penghasilan kantung-kantung kecil salur hempedu di dalam hati.

 

Kredit Foto :
medicoaid
myhealth

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Batu HempeduHospital Pakar An-NurInfo PerubatanMs Dr Afizah Salleh
ShareTweetShare
Previous Post

Geologi Di Dalam Aspek Kehidupan

Next Post

Peramalan Model Matematik COVID-19 Bantu Kerajaan Rangka Strategi Berkesan

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

1 week ago
Vaksin Tifoid diwajibkan kepada Semua Pengendali Gerai Bazar Ramadan
Berita & Peristiwa

Vaksin Tifoid diwajibkan kepada Semua Pengendali Gerai Bazar Ramadan

3 weeks ago
Potensi Propolis Lebah Kelulut Dalam Perawatan Alternatif Kesakitan
Alam Semulajadi

Potensi Propolis Lebah Kelulut Dalam Perawatan Alternatif Kesakitan

3 weeks ago
Plastik Oksodegradasi: Mitos Industri Plastik yang Mengaburi Realiti
Alam Semulajadi

Plastik Oksodegradasi: Mitos Industri Plastik yang Mengaburi Realiti

3 weeks ago
Next Post
Peramalan Model Matematik COVID-19 Bantu Kerajaan Rangka Strategi Berkesan

Peramalan Model Matematik COVID-19 Bantu Kerajaan Rangka Strategi Berkesan

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keindahan Nombor Fibonacci di Alam Semulajadi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In