23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, January 21, 2021
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Bawa Pulang Segera Bijak Pandai Sains

Editor by Editor
28/11/2010
in Bicara Saintis
0 0
0

Oleh : Prof. Datuk Dr.Zaini Ujang

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia

 

TENTU ada sebab kukuh sehingga Datuk Seri Najib Razak mahu usaha dipertingkatkan lagi bagi membawa pulang golongan bijak pandai Malaysia yang berada di luar negara terutama dalam bidang sains dan teknologi (S&T) ketika berucap pada Majlis Anugerah Sains Mahathir pada 27 September 2009.Menurut Perdana Menteri, setakat ini kita masih gagal menepati sasaran bilangan penyelidik, saintis dan jurutera (RSE) secukupnya sepanjang pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Sasaran adalah 60 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja.Ketika ini, hanya 18 RSE mampu dihasilkan dalam RMK-9. Najib mahu supaya langkah lebih drastik dilakukan. Katanya, antara kaedah terbaik untuk meningkatkan RSE adalah membawa mereka menetap di luar, kembali ke tanah air dengan menyediakan insentif menarik. Bagi Najib, RSE ialah isu besar yang perlu ditangani segera dengan ‘apa saja yang perlu’ bagi membina pangkalan penyelidikan dan pembangunan serta kumpulan berbakat dalam pelbagai cabang sains.

35f7                                               Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang

Hal ini begitu kritikal dalam persekitaran baru kerana peranan S&T dan inovasi lebih menyerlah sebagai pemacu perkembangan ekonomi bagi bersaing dengan negara seperti Korea Selatan, Singapura, Jepun, India dan China. Menurut Prof Richard Vietor dari Universiti Harvard, ketika ini Malaysia tersepit antara dua model pertumbuhan ekonomi, iaitu ekonomi berteraskan buruh murah berkepakaran rendah; dengan ekonomi nilai tinggi menerusi kreativiti dan inovasi.

China, India dan Brazil menggunakan model buruh murah dan kepakaran rendah khususnya sektor pengeluaran. Daya saing mereka terletak kepada kos murah menggunakan teknologi serta pelaburan asing. Malaysia tidak lagi berada dalam kelompok ini. Selain kos buruh semakin meningkat, rakyat Malaysia juga sudah tidak lagi berminat dan produktif menjadi buruh dengan bayaran murah.Mahu tidak mahu, Malaysia terpaksa bersaing untuk memajukan model ekonomi nilai tinggi menerusi kreativiti dan inovasi seperti yang berjaya dilaksanakan di Amerika Syarikat (AS), Singapura, Taiwan dan Korea Selatan. Di sinilah perlunya pembabitan ramai saintis dan jurutera untuk memajukan inovasi dan teknologi baru.

 

Hakikatnya jumlah 18 RSE tidak mencukupi untuk membolehkan Malaysia berdaya saing dengan negara berkenaan. Itulah rasional gesaan Najib supaya usaha lebih giat dilakukan agar pelaksanaan model ekonomi baru itu dapat disegerakan.

Dalam hal ini, sekurang-kurang dua pendekatan utama boleh dilaksanakan.Pertama, pendekatan meningkatkan jumlah RSE di kalangan rakyat tempatan. Pada hemat saya, kaedah ini lebih mudah dan murah membangunkan kepakaran dan kemahiran sains dan teknologi menggunakan sistem dan sumber sedia ada, khususnya menerusi universiti tempatan atau agensi penyelidikan.

Faktor kejayaan utama (CSF) ialah dana penyelidikan dan skim perkhidmatan S&T yang menarik. Menerusi pendekatan ini universiti dan agensi penyelidikan tempatan perlu berganding bahu menyediakan skim latihan lebih terancang sehingga peringkat ijazah kedoktoran.

Perlu juga diberi perhatian bahawa peranan universiti tidak merangkumi seluruh rantai nilai dalam penjanaan kreativiti dan inovasi sehingga dapat menjana kekayaan. Selepas atau ketika mengikuti pengajian peringkat lanjutan, mahasiswa perlu didedahkan kepada pelbagai aspek berkaitan dengan inovasi dan peluang mengembangkan lagi aspek kebolehpasaran sesuatu idea, inovasi atau harta intelek. Kebolehpasaran itu tidak bermakna mereka perlu menjadi usahawan.

Realitinya termasuk di negara maju seperti AS, peranan ahli sains dan jurutera fokus kepada bidang S&T seperti dilakukan dalam projek penyelidikan peringkat kedoktoran yang relevan dengan perkembangan terkini dalam sesuatu disiplin.

Kemudian hasil penyelidikan itu disalurkan kepada kumpulan lain yang mengkhusus kepada penjanaan modal, pengeluaran skala besar, pemasaran dan pelan perniagaan. Pada hemat saya masih ramai beranggapan, termasuk di kalangan pembuat dasar, bahawa ahli sains dan jurutera juga perlu dipertanggungjawabkan mengenai seluruh komponen rantaian nilai termasuk aspek perniagaan dan pelaburan. Kalau mampu silakan. Tetapi realitinya hanya segelintir boleh berbuat demikian.

Pendekatan kedua ialah mendapatkan kepakaran luar seperti dilakukan Singapura, Australia dan AS. Ketika ini, hangat dibincangkan isu pengaliran keluar imigran warga AS (pemegang pasport kategori H-1B) ke negara asal masing-masing. Mereka banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi inovasi sejak lebih 20 tahun lalu.

Masalah birokrasi AS sehingga melewatkan proses kelulusan sebagai penduduk tetap membabitkan lebih sejuta jurutera, saintis, penyelidik dan doktor pada 2006 saja. Visa yang dikeluarkan setahun hanya 120,000 saja. Hal ini menyebabkan pakar dalam pelbagai bidang berkenaan pulang ke negara masing-masing khususnya India dan China.

Dari segi statistik, jumlah imigran baru khusus dari Asia adalah 12 penduduk AS. Mereka memulakan 52 peratus syarikat berteraskan teknologi di Lembah Silikon dan menghasilkan lebih 25 peratus daripada harta intelek (paten) dunia.

Mereka juga merangkumi 24 peratus tenaga kerja dalam bidang S&T dan 47 peratus pekerja berkelayakan PhD di AS. Mereka memulakan syarikat gergasi seperti Google, Intel, eBay, dan Yahoo!

Persoalannya apakah kita bersedia untuk ‘menangguk’ limpahan tenaga pakar itu untuk menjadikan Malaysia negara tempat mereka mencurah jasa kepada pertumbuhan ekonomi berteraskan inovasi dan kreativiti?


Catatan : // Rencana yang tersiar di Berita Harian pada 2 Oktober 2009

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: bijak pandai sainsbrain drainProf Zaini Ujangsaintis malaysiaSaintis Melayu
ShareTweetShare
Previous Post

Misteri Penyakit Parkinson

Next Post

Persekitaran Universiti Tidak Suburkan R&D

Editor

Editor

Related Posts

Pencapaian TIMSS 2019 Malaysia; Adakah Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 Berupaya Sambut Warga Intelek Negara?
Berita & Peristiwa

Pencapaian TIMSS 2019 Malaysia; Adakah Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 Berupaya Sambut Warga Intelek Negara?

1 month ago
Pengeraman Telur Penyu Dicemari Plastik
Alam Semulajadi

Pengeraman Telur Penyu Dicemari Plastik

3 months ago
Campylobacter: Bakteria Penyebab Keracunan Makanan dan Penyakit Autoimun
Berita & Peristiwa

Campylobacter: Bakteria Penyebab Keracunan Makanan dan Penyakit Autoimun

4 months ago
Kerjaya – Kepelbagaian Bidang Profesion Pegawai Sains
Berita & Peristiwa

Kerjaya – Kepelbagaian Bidang Profesion Pegawai Sains

6 months ago
Next Post
Persekitaran Universiti Tidak Suburkan R&D

Persekitaran Universiti Tidak Suburkan R&D

  • Jabir Ibnu Hayyan : Bapa Kimia dari Dunia Islam

    Jabir Ibnu Hayyan : Bapa Kimia dari Dunia Islam

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rumah Tradisional Melayu: Antara Seni, Sains & Realiti

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ada Apa Dengan Statistik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

Majalah Sains © 2020

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Majalah Sains © 2020

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In