23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 1, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Belasungkawa – Prof Madya Dr. Ahmad Puaad Othman

Editor by Editor
02/04/2014
in Tokoh
0 0
0

Oleh –

Mohd Faudzi Umar a.k.a Abu Dzulfiqar (Pensyarah Fizik UPSI)

Oleh : Mohd Faudzi Umar (Pensyarah Fizik UPSI)
Oleh : Mohd Faudzi Umar (Pensyarah Fizik UPSI)


Prof Madya Dr. Ahmad Puaad Othman atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Dr. Puaad merupakan seorang pendidik di Program Fizik, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, sekali gus menjawat Ketua Jabatan Fizik. Menjadi ahli penyelidik dalam bidang fizik teori dan komputasi selama lebih 20 tahun di Makmal Fizik Komputasi Jabatan Fizik UKM. Beliau memula kerjaya sebagai pensyarah di UKM pada tahun 1993 selepas menyelesaikan PhDnya di Universiti Manchester, UK. Sebelum beliau berangkat ke Manchester, beliau juga merupakan guru sekolah Mara pada era 1980an.

 

Dr. Puaad merupakan rakan sekuliah bersama Dr. A. Rahman Omar dan Prof Dr Roslan Abd. Shukor di NIU (Northern Illinois University, AS) dalam tempoh sarjanamuda (fizik) pada 1979 dan sarjana (fizik keadaan pepejal) 1981. Beliau berumahtangga dengan Dr. Rosadah Abd Majid pensyarah di Fakulti Pendidikan, UKM dan dikurniakan lima cahaya mata; seorang putera dan empat puteri. 

Dr. Puaad merupakan penyelia ijazah sarjana kepada penulis pada tahun 2007. Oleh itu, makalah ini ditulis berasaskan pengalaman penulis bersama Dr. Puaad dalam mengharungi kehidupan sebagai calon sarjana fizik gunaan pada tahun 2007. Secara peribadi, penulis mengagumi keilmiahan Dr. Puaad sepanjang bersama beliau, oleh itu makalah ini merupakan penghargaan buat beliau yang kembali ke rahmatullah pada 2 April 2014 (Rabu) bersamaan 2 Jamadil Akhir 1435(H) pada pukul 3 pagi lebih. Semoga roh beliau dicucuri rahmat ilahi dan ditempatkan bersama orang yang sholeh. Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa’afihi, wa’fua’anhu.  

Objektif makalah ini adalah membincangkan sumbangan penyelidikan Dr. Puaad daripada pelbagai bidang, kemudian makalah ini dilanjutkan dengan pengajaran dan pembelajaran beliau. 

Sumbangan Penyelidikan Dr Puaad 

Melihat kepada latar belakang pendidikan beliau, tahulah kita bahawa beliau menjalani kajian dalam bidang fizik keadaan pepejal secara umumnya. Oleh itu, bidang yang menjadi pengkhususan beliau ialah fizik komputasi atau pengiraan sifat fizik keadaan pepejal. Seperti yang kita maklum beliau juga pakar dalam bahasa pengaturcaraan komputer seperti pengaturcaraan C, C++, Matlab dan Fotran. Maka tidak hairanlah beliau juga mampu menyumbang kepakaran dalam fizik simulasi dan pendidikan fizik, kajian bersama dengan isteri beliau dari fakulti pendidikan (Rosadah et.al 2012). 

Dalam bidang pendidikan pula, beliau mengaplikasikan physlet bagi mengenalpasti keberkesanan pembelajaran fizik pada pelajar prasiswazah fizik. Physlets merupakan singkatan kepada physics applets merupakan perisian sumber terbuka percuma untuk kegunaan bukan komersil dan digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran fizik. Keberkesanan pembelajaran fizik berasakan penggunaan physlet telah dikaji oleh Dr. Puaad ke atas pelajar-pelajar fizik (Othman, 2004) 

Mendalami fizik keadaan pepejal adalah tidak lengkap tanpa pengetahuan yang mendalam mengenai hukum yang mendominasi fizik pada skala mikroskopik, yang saya maksudkan ialah teori mekanik, tak hairanlah beliau menjadi pengajar bagi subjek Mekanik Kuantum II (pelajar wajib mengambil Mekanik I sebelum mengambil kursus Makanik Kuantum II). Oleh itu, Dr. Puaad menyumbang kepakaran beliau dalam memahami sistem kuantum dimensi rendah, sehingga kepada dimensi-0 atau dikenali sebagai kuantum dot (kuantum bintik, atau kuantum titik) antaranya mengira jalur tenaga dalam sistem nanostruktur piramid kuantum bintik InAs (Indium-arsenida) dalam substrat GaAs (Galium-arsenida), kajian ini dikenali sebagai kuantum bintik InAs-GaAs (Ripan et.al. 2012) dan menggunakan kaedah perbezaan terhingga (Yek, Gopir & Othman, 2012) 

Beliau mengkaji sifat fizik pepejal dan sistem kuantum bintik menggunakan teori ketumpatan keadaan (densitiy functional theory, DFT) yang berperantikan perisian WIEN2k. Kepakaran beliau dalam sifat fizik kuantum dan komputasi juga dilihat menjadi rakan penyelidik kepada kajian Prof. Dr. Muhammad Yahya, hal ini boleh dilihat dalam kajian sel solar organik heterosimpang (Chiew et.al 2013) 

Di Jabatan Fizik UKM, Dr. Geri Kibe adalah merupakan rakan penyelidik beliau dalam bidang teori ketumpatan keadaan dan ensembel selari. Mereka menggunakan WIEN2k sebagai perisian dalam teori ketumpatan keadaan untuk mengira sifat fizik dalam CdTe (Kadmium-telurida) dengan mengkaji plot kontur ketumpatan elektron dalam CdTe merupakan semikonduktor jenis-n (Othman & Gopir, 2012), manakala penulis bersama beliau mengkaji untuk bahan InAs (Indium-arsenida). Teori ketumpatan keadaan (DFT) adalah kaedah permodelan komputasi mekanik kuantum sama ada digunakan dalam fizik, kimia dan sains bahan untuk mengkaji struktur elektronik sistem jasad banyak, molekul contohnya dan teori ini agak popular dalam fizik keadaan pepejal. Bezanya kaedah DFT ialah menggunakan fungsian ketumpatan fungsi gelombang setiap elektron. 

Dr Puaad dan Dr Geri juga mengkaji dalam bidang peralatan elektronik tetapi melalui kaedah Monte Carlo sebagai algoritma pengiraan bagi persampelan rawak yang menggunakan paralel ensembel atau dikenali sebagai sistem pengiraan selari. Ensembel selari dibina untuk mengira pengiraan yang merumitkan dan memakan masa yang lama, tetapi dengan ensembel selari pengiraan tersebut boleh disingkatkan, peralatan yang dibangunkan boleh dilihat dalam Makmal Komputasi beliau. Mereka berdua mensimulasikan kedinamikan zarah bercas (fenomena angkutan dalam Othman & Wong (2002)) dalam peralatan keadaan pepejal seperti kelincahan arus, halaju hanyut arus fana pada kemudahan pengiraan prestasi tinggi,yang digunakan dalam perantian semikonduktor Othman & Low (2002). Kajian ini boleh dilihat dalam Othman, Umar & Gopir (2008) dan Othman & Gopir (2013). 

Pengajaran dan Pembelajaran 

Dr. Puaad merupakan seorang yang berpengetahuan dalam bidangnya iaitu mekanik kuantum dan fizik komputasi dan berkomitmen. Penulis belajar dengan beliau untuk kursus Mekanik Kuantum Lanjutan, Fizik Komputasi dan Kaedah Matematik Lanjutan, meskipun kaedah pengajaran chalk & talk (kapur tulis dan mengajar), terus-terang penulis terkesan dengan pengajaran beliau, ini mengingatkan penulis kepada kaedah pengajaran Prof Leonard Susskinds dalam Youtube (Internet 1) dan Dr. Puaad juga akui sendiri bahawa chalk & talk adalah kaedah pengajaran yang terbaik untuk fizik. 

Dr Puaad sememangnya komited dalam mengajar, malahan beliau memperuntukan masa kesibukan beliau untuk memandaikan pelajarnya. Penulis masih ingat lagi, beliau terkesan dengan teknik pengajaran dari Amerika Syarikat (US) yang mana beliau mahukan papan putih yang luas (boleh dilihat dalam pengajaran di US), maksud beliau selepas menulis atau mengajar atas papan putih tak perlu untuk dipadam untuk menulis yang lain semula kerana bagi beliau konsep fizik diajar akan ada perkaitan dengan konsep yang akan diajar, saling berkaitan.

Kesimpulan 

Pemergian Dr. Puaad amat memberi kesan ke atas Jabatan Fizik, UKM dan juga kehilangan permata dalam bidang fizik teori dan fizik komputasi tanah air. Semoga makalah ini ditulis sebagai penghargaan buat beliau. Dalam hadist Shahih Mulis meriwayatkan, dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” Semoga ilmu yang Dr Puaad berikan kepada ramai pelajar akan menjadi amalan jariah buat beliau di akhirat. Amiin. 

Rujukan

(1) A.P. Othman (2004) Using Physlets in Undergraduate Physics: A Solving Tool?  Sains Malaysiana 33(1) 147-156 

(2) A.P. Othman; G.A. Gopir (2013) Topology of electron density of cadmium telluride determined from relief and contour plots. Sains Malaysiana. 42(7):955-959 

(3) A.P. Othman; R. Umar; G. Gopir (2008) Application of parallel ensemble Monte Carlo technique in charge dynamics simulation. Sains Malaysiana. 2008;37(1):89-93. 

(4) A.P Othman and G. Gopir (2003)  Parallel Ensemble Monte carlo For Device Simulation. J. Solid St. Sci and Techno. Letters Vol. 10. No. 2.  21-27(5) A. P. Othman and  C.A. Low (2002) Ensemble Monte carlo Simulation For Semiconductor Devices For GaAs and Si J. Solid St. Sci and Techno. Letters Vol. 9. No. 1  278-283

(6) A.P. Othman dan C.C.Wong (2002) Simulasi Fenomena Angkut Dalam Peranti Pepejal  Dengan Kaedah Monte Carlo  Solid St. Sci. Technol. Letters  Vol 9. No.1 284-291

(7) E.K. Chiew, Muhammad Yahaya & A.P. Othman (2013) Investigation of recombination process of P3HT: PCBM organic solar cell Advanced Materials Research. 622:1147-1151. 

(8) G. H. Ripan, G. Gopir & A. P. Othman (2012) Strain modification of band edge energies in a pyramidal InAs-GaAs quantum dot system Advanced Materials Research;501: 337-341. 

(9) Mohd Faudzi Umar & Ahmad Puaad Othman (2010) Density Of States Calculation For Inas Zincblende Based On Density Functional Theory (DFT). Journal Of King Mongkut’s Institute Of Technology Ladkrabang (JKMITL) 

(10) Rosadah Abd Majid; Siti Fatimah Mohd Yassin; Noriah Mohd Ishak; Ahmad Puaad Othman; Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat; Sity Daud; Hamizatun Akmal Md Yusof (2012) A study on graduate and undergraduate students’ aspects of leadership characteristics.International Journal of Knowledge, Culture and Change Management 11(6):153-161. 

(11) Woon Chin Yek; Geri Gopir; Ahmad Puaad Othman (2012) Calculation of electronic properties of InAs/GaAs cubic, spherical and pyramidal quantum dots with finite difference method. Advanced Materials Research. 501:347-351.
Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Teknologi Radioisotop guna Siklotron

Next Post

Tenaga Biomass - Tenaga boleh diperbaharui

Editor

Editor

Related Posts

Ulasan Buku: Einstein di Malaya
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Einstein di Malaya

1 year ago
Srinivasa Ramanujan- Ahli Matematik Terbilang India (1887-1920)
Berita & Peristiwa

Srinivasa Ramanujan- Ahli Matematik Terbilang India (1887-1920)

3 years ago
7 Fakta Menarik Mengenai Terence Tao
Berita & Peristiwa

7 Fakta Menarik Mengenai Terence Tao

3 years ago
Abdus Salam: Genius Fizik yang diabaikan di Negara Sendiri
Berita & Peristiwa

Abdus Salam: Genius Fizik yang diabaikan di Negara Sendiri

3 years ago
Next Post
Tenaga Biomass – Tenaga boleh diperbaharui

Tenaga Biomass - Tenaga boleh diperbaharui

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In