23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Benteng Pemecah Ombak I: Melestari Komuniti Pesisir Pantai

Benteng Pemecah Ombak

Editor by Editor
18/04/2022
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Nur Fazne Ibrahim,
Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

 

“Mana hak kami? Mana suara kami? Macam mana kami nak cari makan? Kami nelayan yang hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bantulah kami.” Di satu sudut, kedengaran keluhan berat dari pihak nelayan yang majoritinya merupakan tulang belakang keluarga masing-masing.

“Mana kami nak pindah? Habis ranap rumah dan harta benda kami. Kalau tak sebab hakisan, mesti sebab banjir besar. Setiap tahun, mesti masalah sama yang kami hadapi. Kami penat. Tolonglah kami.” Kedengaran lagi satu luahan hati dari pihak isirumah yang tinggal berdekatan dengan pesisir pantai.

Luahan-luahan tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan, wujud hasil ketiadaan benteng pemecah ombak di kawasan yang sepatutnya. Bagi nelayan, benteng pemecah ombak itu berfungsi untuk mendalamkan lagi muara sungai supaya bot mereka bebas untuk keluar dan masuk ke laut tanpa mengira waktu dan pasang surut air. Di kawasan yang bermuara cetek seperti di Kuala Setiu, Terengganu, walaupun kerja-kerja pendalaman muara sungai sudah beberapa kali dilaksanakan,namun masalah sama (sungai cetek) tetap berlaku, seolah olah tiada penghujung dan tidak bertahan lama.

Lebih menimbulkan kesukaran apabila tibanya musim tengkujuh dan ombak besar saban tahun, muara sungai pasti akan tertutup secara semulajadi akibat proses hakisan dan pemendapan. Bagi nelayan, apabila muara sungai menjadi cetek,  mereka hanya mempunyai dua pilihan, iaitu menunggu air pasang atau terus membatalkan niat mereka untuk keluar ke laut mencari rezeki. Sekiranya nelayan tetap mengambil risiko untuk keluar ke laut meskipun air surut, masalah lain akan timbul yang akan menjejaskan lagi mata pencarian mereka, seperti kerosakan pada enjin bot akibat tersedut pasir dan lumpur dari dasar muara sungai.

Ketika musim tengkujuh, hasil pendapatan nelayan lazimnya merosot sehingga 50% berikutan keadaan angin kencang dan laut bergelora, yang mengehadkan aktiviti penangkapan ikan. Justeru itu, demi memastikan dapur sentiasa berasap dan makanan tersedia di atas meja, kebiasannya mereka akan melakukan kerja-kerja di daratan seperti membaiki pukat dan menolong para isteri di kedai makan. Begitulah usaha dan tawakkal hidup para nelayan demi mencari sesuap rezeki yang halal untuk keluarga tercinta. Bagi mereka, hidup mereka umpama ada batang mati, adalah cendawan tumbuh. Di mana mereka tinggal, di situ akan ada rezeki mereka. Sekiranya para nelayan tetap mengambil risiko untuk turun ke laut meskipun ketika ombak bergelora dan bot serta kapal kecil teroleng-oleng di lautan, itu hanya akan menambahkan lagi kerisauan di hati ahli keluarga.

Di satu sudut di mana ketika isirumah mengalami kerugian melibatkan kediaman, kedai dan rumah rehat akibat banjir dan hakisan, tiada apa yang mampu dilakukan oleh mereka selaku rakyat marhain. Niat mereka bukanlah untuk sengaja menempah susah dan payah, ibarat ada sampan, hendak berenang. Namun, itu lah realiti yang dihadapi oleh mereka. Untuk membina satu penempatan baru di kawasan bebas banjir adalah sangat mencabar, terutamanya dari segi kos pembinaan rumah baru dah perolehan tanah. Bantuan bencana dari pihak kerajaan pula ibarat air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya. Pertolongan tersebut yang kebiasannya sedikit apabila dibahagi sama rata antara penduduk lain yang turut terjejas, sudah tentu tidak mempu meringankan beban kesengsaraan yang besar. Pilihan yang mereka ada hanyalah menanggung kerugian setelah bencana berlaku dan mengambil pendekatan untuk lebih berwasapada di masa hadapan.

Memahami permasalahan yang timbul, kedua-dua pihak (nelayan dan isirumah yang terjejas akibat banjir dan hakisan di pesisir pantai), menginginkan jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah mereka. Suara demi suara di lontarkan kepada pihak berwajib dan syukur mereka panjat ke hadrat ilahi apabila suara mereka didengari. Akhirnya, setelah benteng pemecah ombak di bina di kawasan terjejas, hidup mereka perlahan-lahan kembali seperti sedia kala. Namun, mereka tetap bersiap siaga apabila memikirkan pemecah ombak itu yang masih mampu dikalahkan oleh ombak besar dan hakisan yang teruk.

Berdasarkan senario-senario di atas, tepat sekali telahan bahawa benteng pemecah ombak adalah sangat berjasa kepada masyarakat terutamanya bagi pihak nelayan dan golongan yang terkesan akibat banjir dan hakisan.

Gambar 1a. Penulis bersama rakan siswazah dan penyelia di kawasan benteng pemecah ombak Kuala Nerus, Terengganu. Dari kiri: Hannah, Fazne, Dr. Izwandy Idris, dan Fatin
Gambar 1b. Suasana lagun Tok Jembal yang dilengkapi dengan benteng pemecah ombak yang memberi manfaat kepada para nelayan

#LiterasiLautanUntukSemua

 *Nota: Penulis merupakan pelajar PhD program sains marin di Universiti Malaysia Terengganu. Bidang kajian penulis adalah kepelbagaian hidupan bentik di dasar laut. Penulis  boleh dihubungi melalui email: nurfazne93@yahoo.com

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: literasi lautanPemecah OmbakUMT
ShareTweetShare
Previous Post

Apa itu gas asli (natural gas): Sejauh Mana Kesan dan Penggunaannya Sebagai Bahan Api Alternatif?

Next Post

Dunia Sebenar Parasitoid Utama dan Parasitoid Hiper, Dua Spesies Saling Hubungan

Editor

Editor

Related Posts

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)
Alam Semulajadi

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

4 days ago
‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023
Berita & Peristiwa

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

5 days ago
Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air
Berita & Peristiwa

Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air

1 week ago
Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

2 weeks ago
Next Post
Dunia Sebenar Parasitoid Utama dan Parasitoid Hiper, Dua Spesies Saling Hubungan

Dunia Sebenar Parasitoid Utama dan Parasitoid Hiper, Dua Spesies Saling Hubungan

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In