23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Benteng Pemecah Ombak II: Melestari Komuniti Flora dan Fauna Dasar Laut

Benteng Pemecah Ombak II

Editor by Editor
24/04/2022
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Tempatan
0 0
0

Oleh: Nur Fazne Ibrahim
Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu (UMT

 

Sambungan Artikel Pertama -Benteng Pemecah Ombak 1: Melestari Komuniti Pesisir Pantai

Namun, harus diingat bahawa dunia ini tidak hanya berputar di sekeliling kita sahaja dan bukan manusia sahaja yang mendiami muka bumi ini, sama ada di daratan hatta di lautan. Hal ini demikian kerana, terdapat pelbagai lagi hidupan yang menghuni dan bertasbih kepada Yang Maha Pencipta seperti haiwan, tumbuhan, kulat, monera dan protista. Hidupan-hidupan ini tidak lain dan tidak bukan turut menjalankan fungsi-fungsi tersendiri sebagai benda hidup seperti memerlukan makanan, membiak, bergerak (kecuali tumbuhan), bernafas, berkumuh dan bergerak balas terhadap rangsangan.

Justeru itu, di kawasan benteng pemecah ombak itu sendiri, antara hidupan yang tidak terjangkau dek akal dapat ditemui adalah binatang dan tumbuhan hidupan marin, terutamanya yang tinggal di celahan pasir di dasar laut atau sungai, yang juga dikenali sebagai organisma bentik. Organisma- organisma yang berwarna-warni dan pelabagai saiz mikro dan makro ini terdiri daripada beberapa filum seperti Chordata (ikan), Molluska (Siput dan kerang-kerangan), Anelida (cacing bersegmen), Echinodermata (tapak sulaiman, gamat, landak laut dan lili laut), dan Artropoda (ketam, udang, dan teritip). Kesemua hidupan halus ini saling berinteraksi dan bergantungan antara satu sama lain serta berjaya membentuk satu populasi yang produktif dan sihat di dalam ekosistem lautan. Selain menjadi sumber makanan kepada ikan pengumpan bawah (bottom-feeder fish), ikan demersal dan ikan benthopelagik, hidupan marin yang tidak ternampak dek mata kasar ini juga memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kualiti air laut terjaga dan bersih. Sumbangan mereka secara menyeluruh ini terbukti mampu meningkatkan dan mengimbangkan lagi sistem rantaian dan siratan makanan dihabitat tersebut.

Jangka Hayat 100 tahun

Disangka panas hingga ke petang, rupanya mendung di tengah hari. Itulah pepatah yang cukup sinonim diperkatakan dengan keadaan pesisir pantai yang  banyak mendapat ancaman, sama ada dari segi pembangunan mapan dan bencana alam semula jadi saban tahun. Kepentingan ekonomi masyarakat setempat tidak dinafikan perlu dijaga dan dilestarikan demi memacu ekonomi yang lebih stabil, lebih-lebih lagi apabila melibatkan industri maritim seperti penangkapan ikan dan pangkalan marina. Namun, ancaman-ancaman tersebut haruslah ditangani dengan sebaiknya. Maka, akhirnya ia membawa kepada satu langkah penyelesaian yang difikirkan terbaik untuk semua, iaitu dengan membina tembok pemecah ombak yang berjangka hayat 100 tahun.

Tembok pemecah ombak seperti yang difahami adalah membawa maksud struktur buatan hidraulik yang konkrit, diperbuat daripada kayu, atau timbunan batu di lautan yang ditempatkan dalam longgokan kumpulan yang berfungsi untuk mengurangkan kelajuan ombak ketika menghampiri pantai. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan tindakan ombak di kawasan belakang struktur melalui penyerapan tenaga ombak dan pantulan. Benteng ini sekaligus dapat mewujudkan keadaan air yang tenang di dalam kawasan terlindung, lantas mengurangkan hakisan pantai dan mengelakkan muara tertutup akibat pemendapan. Di  lautan, struktur bersifat kekal ini lazimnya terbina sejajar dan serenjang dengan pesisir pantai. Manakala, di muara sungai, benteng pemecah ombak kebiasaannya dibina secara separa melengkung, dan turut berfungsi sebagai tempat berlabuh yang selamat untuk bot besar dan kecil. Manfaat yang diperoleh daripada pembinaan struktur itu terbukti amat jelas di mata masyarakat apabila ia berjaya memudahkan kelangsungan hidup mereka, terutama yang tinggal di pesisir pantai. Walaubagaimanapun, dari segi nilai estetika yang kebiasaanya memberi reaksi yang positif kepada para pengunjung dan pelawat pantai, ia tidak dinafikan akan menjejaskan alam semulajadi yang indah setelah diganti dengan sruktur benteng pemecah ombak yang setinggi 4 meter dan sepanjang berkilo meter di lautan dan sungai.

Sumber Makanan Hidupan Marin

Walaupun baik untuk manusia sejagat, namun ternyata belum cukup baik untuk hidupan marin yang bisu dan tidak berdaya di kawasan pesisir pantai dan muara sungai. Ingin ditekankan di sini bahawa, setelah fasa demi fasa projek pembangunan tembok pemecah ombak dijalankan serta setelah berbilion-bilion ringgit dilabur untuk projek masa hadapan itu, akhirnya hidupan marin di kawasan itu terjejas teruk. Kehadiran jentera dan traktor yang berat dan besar serta kebisingan dan gegaran melampau yang terhasil, secara terang-terangan telah memberi kesan terhadap burung laut yang selalunya bermigrasi dan menetap tetap di kawasan pesisir pantai. Selain mengakibatkan pengeruhan dan penurunan kualiti air di kawasan pembinaan, pemendapan pasir halus yang bercampur dengan bahan binaan konkrit lain juga telah meragut nyawa berjuta hidupan marin di kawasan benteng pemecah ombak. Hal ini berikutan kerana, organisma dasar laut adalah majoriti bersifat pemakan terampai di mana sumber makanan mereka adalah hasil hidupan mikro dari permukaan air, terutamanya plankton. Maka, apabila dasar dan permukaan air laut dihadang oleh batuan konkrit, maka sumber makanan mereka turut disekat. Bagi organisma yang boleh bergerak pantas seperti ikan dan ketam, mereka mampu berpindah ke kawasan lain untuk meneruskan hidup mereka. Akan tetapi bagi hidupan yang tidak banyak bergerak (sessile) serta bergerak sangat perlahan, ombak kuat yang menghentam batuan itu lazimnya akan membawa organisma itu bergerak mengikut arus dan akan menetap di kawasan yang lebih tenang, sekiranya terselamat.

Selain daripada menyekat sumber makanan hidupan laut, bukti yang jelas lagi nyata dapat dilihat apabila hidupan tersebut yang mendiami dasar laut dan sungai di celahan pasir halus, dihempap oleh batu-batu konkrit yang bertan-tan beratnya. Bagi hidupan yang berbadan lembut seperti cacing dan gamat, hempasan batu ini mampu mengoyakkan tisu mereka, dan memberi penekanan secara mekanikal kepada badan mereka. Manakala, bagi binatang bercangkerang seperti siput, kerang-kerangan, dan ketam, pastinya ‘kulit’ mereka itu akan pecah terburai dan akhirnya menyebabkan kematian kepada organisma-organisma tersebut. Kesan longgokan batu-batu ini secara am akan membawa kemusnahan yang total kepada hidupan tersebut dari segi kehilangan habitat, nyawa dan sumber makanan.

Habitat Tiruan

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh para saintis dari luar negara, adalah dianggarkan bahawa habitat tiruan ini memerlukan tempoh beratus tahun untuk kembali seperti habitat asal. Habitat asal sinonimnya merujuk kepada habitat di mana terdapat pelbagai jenis hidupan marin dan dalam kawanan yang banyak, yang berjaya mendiami dan mengkoloni kawasan itu. Habitat itu akan kemudiannya menyerupai kawasan karang berbatu yang menjadi tempat tumpuan anak anak ikan serta organisma invertebrat lain. Namun demikian, perkara ini dilihat agak mustahil apabila turut melibatkan proses naiktaraf dan pemindahan benteng pemecah ombak untuk tujuan yang lebih baik. Hal ini demikian kerana, kekacauan yang berlaku adalah sama seperti di fasa awal pembinaan dan masih akan memberi impak yang negatif terhadap hidupan marin. Ditambah lagi apabila struktur itu perlu di naiktaraf, maka akan melibatkan proses pengikisan bendasing di permukaan batuan konkrit dan seterusnya menyebabkan kemusnahan sekali lagi terhadap hidupan laut yang mungkin telah melekat dan membesar dengan jayanya di kawasan itu.

Kesimpulannya, walaupun sesuatu perkara itu baik untuk manusia sejagat, namun, ternyata belum tentu baik untuk hidupan lain, apatah lagi bagi hidupan marin yang agak tersembunyi di dasar lautan. Sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang waras dan cerdik, adalah disarankan untuk sentiasa mengimbangi dan cakna akan perkara-perkara yang berlaku di dalam sekitar. Semoga generasi masa hadapan masih mampu melihat dan merasai sendiri alam sekitar dan hidupan yang indah.

Gambar1. Hidupan marin (organisma bentik) yang dapat ditemui di kawasan benteng pemecah ombak Kuala Nerus, Terengganu
Gambar 2. Aktiviti penyampelan tanah (sediment) di kawasan benteng pemecah ombak Kuala Nerus, Terengganu
Gambar 3. Suasana pendaratan sampel di Pantai UMT berhampiran benteng pemecah ombak Kuala Nerus sekitar awal March 2022

ARTIKEL BERKAITAN

Kepentingan Cacing Nipah Terhadap Ekosistem Marin dan Masyarakat Setempat
Lokan, Penunjuk Biologi Ekosistem Paya Bakau
Jangan Pindah Sarang Penyu Jika Tidak Perlu
Pembinaan Indeks Rujukan Darah Penyu Pertama Negara
Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik
Pemburuan Organisma Hanyut Yang ‘Bersaudara’ Dengan Manusia
Pemahaman Iklim Zaman Purba Melalui Fosil Lautan
Potensi Produk Kecantikan Daripada Ubur-Ubur
Peranan Angin Monsun Dalam Kelangsungan Populasi Penyu
Ketahui Cara Hipnosis Anak Penyu
Sains Menghuraikan Peribahasa Memikul Biawak Hidup
Pengeraman Telur Penyu Dicemari Plastik
Manusia & Ikan Yu : Siapa Yang Lebih Rakus ?

#LiterasiLautanUntukSemua

*Nota: Penulis merupakan pelajar PhD program sains marin di Universiti Malaysia Terengganu. Bidang kajian penulis adalah kepelbagaian hidupan bentik di dasar laut. Penulis  boleh dihubungi melalui email: nurfazne93@yahoo.com

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: literasi lautanUMT
ShareTweetShare
Previous Post

Sains di Sebalik Air Paip Berkarat

Next Post

Burung Penghijrah: Penerbangan Berisiko Demi Kelangsungan Hidup

Editor

Editor

Related Posts

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam

19 hours ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

2 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara

3 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

4 days ago
Next Post
Burung Penghijrah: Penerbangan Berisiko Demi Kelangsungan Hidup

Burung Penghijrah: Penerbangan Berisiko Demi Kelangsungan Hidup

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In