23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, February 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Bentuk Penderaan Kanak-kanak dan Undang-undang Berkaitan

Amryl by Amryl
11/07/2018
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Farah Aziz (HelloDoktor)

 

Penderaan kanak-kanak bukan lagi fenomena baru. Malah ia berlaku di seluruh dunia. Peningktan mendadak kes penderaan kanak-kanak ini ternyata menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai, khususnya ibu bapa kerana terdapat kes penderaan kanak-kanak  menyebabkan kecederaan serius, kecacatan dan juga kematian.

Petikan daripada laporan Berita Harian menyatakan, menurut statistik yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sepanjang tempoh dua tahun bermula 2015 mencatatkan 4,652 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan membabitkan penderaan fizikal yang tertinggi iaitu 2,470 kes, seksual (2,012 kes) dan emosi (170 kes).

Definisi Penderaan Kanak-kanak

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan penderaan kanak-kanak sebagai semua bentuk penderaan sama ada fizikal, emosi, seksual, pengabaian, penyalahgunaan, penipuan atau eksploitasi yang boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada kesihatan, kehidupan, pembangunan atau kemuliaan kanak-kanak yang dilakukan oleh mereka yang bertanggungjawab, amanah atau kuasa ke atas kanak-kanak.

Kadang-kadang perlu membezakan antara penyalahgunaan dan hak ibu bapa kepada
disiplin anak. Ibu bapa mempunyai hak untuk mendisiplinkan anak mereka selagi dilakukan dengan cara yang munasabah dan sederhana dan tidak merupakan kekejaman.

Bentuk Penderaan Kanak-kanak

i. Fizikal

Penderaan fizikal berlaku apabila kanak-kanak dicederakan oleh ibu atau bapa atau penjaga secara sengaja atau berniat. Contoh-contoh penderaan fizikal menendang, menumbuk, mencekik dan memukul. Sementara itu, kecederaan yang selalu dikaitkan dengan penderaan fizikal adalah lebam, calar, kecederaan otak, pendarahan, patah tulang dan beberapa kes yang melibatkan kematian.

ii. Seksual

Penderaan seksual adalah penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti seksual yang tidak difahami sepenuhnya apa yang sedang dilakukan. Contoh penderaan seksual
termasuk perbuatan seks dengan kanak-kanak, rogol, mendedahkan alat kelamin, pelacuran kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak. Tindakan lain seperti
memegang, mencium, menggosok bahagian peribadi kanak-kanak dan tingkah laku seksual yang tidak normal juga penderaan seksual.

iii. Emosi

Penderaan emosi adalah trauma psikologi yang menyerang pemikiran dan lapisan perlindungan supaya minda terganggu untuk jangka masa pendek atau panjang mengikut tahap keadaan trauma yang berlaku. Ia mungkin kegagalan memenuhi keperluan kanak-kanak untuk berkasih sayang, perhatian dan rangsangan walaupun penjagaan fizikal yang baik boleh disediakan atau mungkin penderaan lisan, penolakan dan ugutan berterusan untuk membahayakan kanak-kanak. Ia mungkin juga merujuk kepada tingkah laku negatif ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

iv. Pengabaian

Pengabaian kanak-kanak adalah apabila ibu bapa atau penjaga tidak memberikan penjagaan, pengawasan, kasih sayang dan sokongan yang diperlukan untuk kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Pengabaian kanak-kanak termasuk:

  • Pengabaian fizikal dan pengawasan yang tidak mencukupi
  • Pengabaian emosi
  • Pengabaian perubatan
  • Pengabaian pendidikan

Undang-undang sebagai salah satu mekanisme untuk memastikan semua dasar dan perancangan kerajaan berjalan lancar. Sebagai contoh, dasar kerajaan Malaysia bahawa tiada kanak-kanak didera atau diabaikan. Oleh itu, kerajaan telah meluluskan perundangan untuk melindungi kanak-kanak daripada didera dan memastikan pelakunya dihukum.

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Akta Kanak-Kanak 2001 adalah undang-undang utama yang mengawal kes penderaan kanak-kanak. Manakala, undang-undang lain yang menangani kes penderaan kanak-kanak adalah Kanun Keseksaan dan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007.

 

Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh MajalahSains atas keizinan.

1d2f

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: penderaan emosipenderaan fizikalPenderaan kanak-kanakpenderaan seksual
ShareTweetShare
Previous Post

Tuberkulosis: Ringkasan Sejarah Serta Penelitian Risiko Kini

Next Post

Pakar Perubatan UKM, Wanita Pertama di Malaysia Terima Anugerah Fellow of the American College of Endocrinology

Amryl

Amryl

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

21 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

5 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

5 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

5 days ago
Next Post
Pakar Perubatan UKM, Wanita Pertama di Malaysia Terima Anugerah Fellow of the American College of Endocrinology

Pakar Perubatan UKM, Wanita Pertama di Malaysia Terima Anugerah Fellow of the American College of Endocrinology

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In