23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, May 7, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Berita Baik, Nantikan April 2020, Vaksin Virus Korona Bakal Diuji!

Isu Semasa

Saiful Bahari by Saiful Bahari
05/02/2020
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Mohammad Nazri Zulkafli
Artikel ini merupakan perkongsian dari portal HelloDoktor

Tarikh Reviu: Januari 30, 2020 | Kali terakhir kemaskini: Februari 3, 2020

Berita Baik, Nantikan April 2020, Vaksin Virus Korona Bakal Diuji!

Sejak virus korona baharu menakluki dunia, pelbagai spekulasi tersebar berkenaan dengan cara penyebaran dan puncanya. Tidak banyak perbincangan mengenai potensi rawatan atau vaksin virus korona bagi membasmi jangkitan ini.

Terbaru, Johnson & Johnson dan beberapa syarikat lain mula menghasilkan vaksin yang berpotensi melindungi individu daripada jangkitan virus tersebut!

Menurut Dr Paul Stoffels, ini bukanlah satu perkara yang mudah dan pembuatannya boleh mengambil masa 1 tahun atau lebih bergantung kepada tahap kesukaran virus korona tersebut.

Saingan sengit hasilkan vaksin virus korona baharu

Setakat 29 Januari 2020, jumlah mereka yang disahkan positif dengan jangkitan virus korona baharu mencecah hampir 5,327 kes. Peningkatan mendadak pada jumlah tersebut diiringi dengan jumlah kematian sebanyak 132 orang.

Kebanyakan daripada kes kematian melibatkan golongan yang berisiko tinggi.

Adakah ini bermakna orang tua, ibu hamil atau mereka yang mempunyai masalah dengan sistem imuniti badan tidak selamat untuk keluar rumah?

Jawapannya, TIDAK sama sekali! Jika anda amalkan langkah pencegahan seperti memakai topeng muka, kerap basuh tangan dan tutup mulut ketika bersin atau batuk, ini akan mengurangkan potensi penularan.

Selain alternatif yang dinyatakan di atas, vaksin virus korona juga boleh menjadi langkah terbaik bagi menghindari jangkitan virus ini. Namun penghasilannya mungkin memakan masa memandangkan protokolnya melibatkan beberapa peringkat ujian.

Antara beberapa buah syarikat besar seperti Johnson & Johnson, Inovio, Novavax dan Moderna telah mula menghasilkan vaksin bagi membendung penularan wabak virus korona baharu.

Mereka disokong oleh beberapa pertubuhan swasta seperti The Coalition for Epidemic Preparedness and Innovations (CEPI) melalui sumbangan wang dan sumber lain.

Saingan sengit ini boleh memberikan kebaikan kepada pengguna, memandangkan setakat ini jangkitan virus korona tidak mempunyai protokol rawatan yang spesifik.

Teknologi canggih mempercepatkan penghasilan vaksin virus korona

vaksin virus korona

Pada tahun 2002, apabila wabak sindrom pernafasan akut teruk (SARS) menular, saintis mengambil masa 20 bulan bagi mendapatkan susunan genetik dan menghasilkan vaksin. Apabila vaksin tersebut sudah tersedia, wabak SARS berjaya dikawal.

Begitu juga dengan virus korona ini. Tanpa vaksin, jumlah mereka yang bakal dijangkiti akan meningkat diikuti dengan jumlah kematian.

Sasaran baru para pengkaji di seluruh dunia adalah bagi menguji sekurang-kurangnya satu potensi rawatan bagi virus korona baharu dalam masa terdekat ini.

Ini termasuklah vaksin virus korona yang boleh menjadi alternatif pencegah terbaik bagi mengelak peningkatan angka jangkitan.

Walaupun vaksin kebanyakannya menggunakan virus lemah atau mati bagi menggalakkan sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi, namun vaksin virus korona yang bakal dikeluarkan oleh salah satu agensi di Amerika Syarikat ini menggunakan pendekatan unik.

Ia mengeksploitasi penciptaan vaksin berteraskan “pengutus kimia” yang mempunyai maklumat penghasilan protein dipanggil sebagai asid ribonukleik (RNA).

Ini bermakna, vaksin tersebut mempunyai protein berasaskan virus korona, tapi ia bukan virus itu sendiri.

Konsep ini akan menyebabkan badan menghasilkan antibodi bagi membasmi protein tersebut, namun disebabkan ia bukan virus korona, ia merupakan alternatif yang selamat.

Kelak, apabila anda dijangkiti oleh virus korona baharu, badan anda boleh menghasilkan antibodi dengan kadar yang cepat.

Terdapat juga teknologi lain yang menggunakan konsep yang berbeza namun efektif dalam melawan jangkitan virus korona. Ujian makmal mengesahkan prosedur tersebut berkesan dalam melindungi badan terhadap virus berbahaya seperti virus Ebola, SARS-CoV dan MERS-CoV.

Potensi basmi virus korona baharu

Walaupun virus korona baharu hanya menyebabkan simptom dan komplikasi ringan di kalangan orang awam, tapi wabak ini tidak boleh dipandang ringan.

Ia berikutan jangkitan tersebut boleh mempengaruhi kualiti hidup individu dan boleh menyebabkan kematian jika ia berlaku pada golongan berisiko tinggi.

Novavax, salah satu daripada syarikat yang berjaya menghasilkan vaksin MERS-CoV pada tahun 2012 kini giat berusaha untuk menghasilkan vaksin virus korona baharu.

Persamaan di antara struktur virus korona baharu dengan MERS-CoV dan SARS-CoV memberi harapan pada para saintis untuk menghasilkan vaksin virus korona yang berkesan bagi merawat ketiga-tiga virus tersebut.

vaksin virus korona

Menurut Ketua Pegawai Saintifik di Vir Biotechnology, syarikat tersebut mempunyai rekod antibodi yang mampu membasmi virus SARS-CoV dan MERS-CoV dalam ujian makmal.

Antibodi tersebut mempunyai potensi membunuh virus korona baharu, sekiranya ia memberi tindak balas yang sama seperti dua virus korona tersebut.

Penghasilan vaksin yang berupaya untuk menghindari dan membasmi virus korona baharu mungkin mengambil masa yang lama. Namun, fahaman mendalam terhadap virus korona, saingan sengit dan kemajuan teknologi sains masa kini boleh membantu mempercepatkan proses penghasilan vaksin tersebut.

Banyak pertubuhan atau syarikat swasta yang menawarkan sumbangan wang bagi memastikan proses penghasilan vaksin virus korona berjaya.

Situasi kini

Jumlah mereka yang dijangkiti oleh virus korona kini telah meningkat sebanyak 1,500 kes (lebih daripada 30%) dalam tempoh masa sehari. Setakat ini 6,062 kes positif telah disahkan dengan jumlah kematian sebanyak 132 kes.

Angka tersebut melebihi jumlah kes semasa wabak pandemik SARS pada tahun 2002 (5,327 kes).

Apa yang lebih membimbangkan adalah, ketiadaan protokol rawatan dan pemeriksaan kesihatan yang spesifik menyebabkan jumlah sebenar mereka yang terjangkit adalah jauh lebih tinggi.

Konklusi

Penghasilan vaksin virus korona baharu ini boleh membantu mengurangkan insiden jangkitan global. Jika ia dapat dihasilkan dalam masa terdekat, jangkitan ini dapat dibendung dan kadar kematian global terkawal.

Jika anda mengalami simptom selesema atau baru pulang daripada melancong di China, dapatkan khidmat nasihat dan rawatan susulan doktor.

 

Rujukan

  1. Researchers will likely start testing in April for the first of a number of potential experimental vaccines against the SARS-like coronavirus that is spreading in China and beyond. (https://www.dailymail.co.uk/news/article-7931425/Research-group-start-testing-three-months-experimental-vaccines-against-coronavirus.html). Diakses pada 29 Januari 2020.
  2. Johnson & Johnson is ‘pretty confident’ it can make a coronavirus vaccine that gives ‘long-term’ protection – but it may take a year to develop. (https://www.dailymail.co.uk/health/article-7935559/Johnson-Johnson-pretty-confident-make-coronavirus-vaccine.html). Diakses pada 29 Januari 2020.
  3. Here’s The Science on How Serious The Wuhan Coronavirus Outbreak Actually Is. (https://www.sciencealert.com/how-worried-should-we-be-about-the-wuhan-coronavirus-outbreak). Diakses pada 29 Januari 2020.
  4. Number of Wuhan coronavirus cases inside mainland China overtakes SARS, as virus spreads worldwide. (https://edition.cnn.com/2020/01/28/asia/wuhan-coronavirus-update-jan-29-intl-hnk/index.html). Diakses pada 29 Januari 2020.
  5. China coronavirus: Malaysia confirms 3 new infections, taking total cases to 7. (https://www.scmp.com/news/asia/southeast-asia/article/3047981/china-coronavirus-malaysia-confirms-3-new-infections). Diakses pada 29 Januari 2020.

 

Kredit Foto : Bioworld, HelloDoktor

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: HelloDoktorInfo KesihatanIsu SemasaMohammad Nazri ZulkaflivaksinVirus Korona
ShareTweetShare
Previous Post

Keperluan Pembersih Tangan 'Hand Sanitiser' Untuk Nyahjangkitan Kuman

Next Post

Topeng Muka N95 atau Topeng Muka Pembedahan – Mana Satu Boleh Lindungi Anda Dari Virus Korona?

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Hidrogen daripada Garam Kimia: Penyelidikan Malaysia Menuju Tenaga Bersih Mudah Alih
Alam Semulajadi

Hidrogen daripada Garam Kimia: Penyelidikan Malaysia Menuju Tenaga Bersih Mudah Alih

17 hours ago
Sains Tanpa Buku : Murid Terokai Dunia Air Secara Praktikal
Alam Semulajadi

Sains Tanpa Buku : Murid Terokai Dunia Air Secara Praktikal

17 hours ago
Ramalan Satelit Tentang Masa Depan Terumbu Karang
Alam Semulajadi

Ramalan Satelit Tentang Masa Depan Terumbu Karang

3 days ago
Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden
Berita & Peristiwa

Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden

6 days ago
Next Post
Topeng Muka N95 atau Topeng Muka Pembedahan – Mana Satu Boleh Lindungi Anda Dari Virus Korona?

Topeng Muka N95 atau Topeng Muka Pembedahan – Mana Satu Boleh Lindungi Anda Dari Virus Korona?

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In