23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, January 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Burung Ciak Urasia Sebagai Biopenunjuk Kualiti Udara

Info Biodiversiti & Kelestarian Alam

Saiful Bahari by Saiful Bahari
07/08/2020
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Isu Semasa
0 0
0

 

Oleh : Dzulhelmi Nasir, Assyira Hasi dan Radzmin Ishak
Bahagian Penyelidikan Biologi & Kelestarian MPOB

Di kawasan bandar dan separa bandar, pencemaran udara boleh mengancam kesihatan manusia mahupun hidupan lain. Tumpuan populasi manusia yang padat di suatu kawasan mengundang kepada kemerosotan kualiti udara disebabkan aktiviti-aktiviti manusia. Di udara persekitaran, salah satu punca utama karbon monoksida (CO) adalah pembakaran tidak lengkap minyak petrol dan diesel daripada ekzos kenderaan manakala di udara dalaman pula adalah asap rokok. Pemprosesan produk daripada industri melalui pembakaran bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu bagi penjanaan sumber kuasa menghasilkan gas sulfur dioksida (SO2) dan nitrogen oksida (NOx). Kebanyakan elemen bahan pencemar udara hasil daripada pembakaran seperti gas hidrokarbon yang diperolehi, biosida dan logam berat adalah elemen yang sangat reaktif. Oleh itu, ianya amat toksik kepada kehidupan apabila melibatkan metabolisma dan tindak balas biokimia. Antara kesan utama pencemaran udara terhadap manusia adalah sistem pernafasan iaitu mengundang kepada pengurangan fungsi paru-paru, penyakit lelah, penyakit kardiovaskular, barah dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

 

Sulfur dioksida (SO2) dan nitrogen oksida (NOx) masing-masing bertindak balas di atmosfera dengan hidrogen menghasilkan asid sulfurilk dan asid nitrik. Asid-asid ini dibawa turun melalui hujan dan salji daripada atmosfera ke bumi menyebabkan kerosakan alam seperti flora dan fauna, tanah serta sumber air. Selain itu, karbon monoksida (CO) dan nitrogen oksida (NOx) merupakan antara fasa elemen membantu peningkatan gas rumah hijau yang boleh menipiskan lapisan ozon. Justeru, ini akan menyebabkan berlakunya perubahan iklim dengan peningkatan suhu bumi yang tidak terkawal. Oleh yang demikian, kualiti udara perlu diawasi dengan teliti dari masa ke semasa kerana ianya memainkan peranan yang sangat penting dalam memelihara alam sekitar.

 

Berdasarkan Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Indeks Pencemaran Udara (IPU) melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus berbahaya seperti karbon monoksida (CO), sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), ozon (O3), bahan zarahan (PM2.5) dan bahan zarahan (PM10). Indeks ini membahagikan tahap kualiti udara kepada lima kategori iaitu baik (0-50), sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300), merbahaya (301 dan keatas).

 

Tekanan oksidatif adalah ketidakseimbangan antara penghasilan radikal bebas dan keupayaan fungsi badan manusia untuk bertindak balas atau menyahtoksik kesan-kesan yang berbahaya melalui kaedah peneutralan oleh antioksidan. Tekanan oksidatif boleh diukur dengan pengiraan kuantiti hemoglobin (Hb) dan jumlah kapasiti antioksidan (TAC) yang berada di dalam badan organisma hidup seperti manusia dan haiwan. Antioksidan adalah bahan yang mengurangkan kerosakan kesan hasil daripada pengoksidaan. Pengoksidaan adalah suatu tindak balas kimia yang menghasilkan radikal bebas.

 

Burung merupakan antara spesies yang sangat mudah diserang oleh bahan pencemar udara yang merosakkan kesihatan. Sistem pernafasan burung dicirikan sebagai aliran udara satu arah dan aliran pertukaran gas semasa, ciri-ciri ini yang meningkatkan kecekapan pernafasan setiap burung. Oleh itu, burung lebih mudah terdedah terhadap ketinggian kepekatan bahan pencemar udara jika dibandingkan dengan spesies mamalia. Disebabkan itu, ianya bertindak sebagai biopenunjuk terhadap kualiti udara.

 

 

Burung Ciak urasia (Passer montanus) dalam famili Passeridae merupakan burung kecil yang boleh dijumpai hampir di seluruh dunia. Saiz badannya adalah sepanjang 16 sentimeter dan beratnya antara 24 – 39.5 gram. Dengan jumlah populasi Ciak urasia yang banyak pada suatu kawasan, burung ini sering dikaitkan dengan kawasan yang didiami manusia, termasuklah di kawasan bandar dan luar bandar. Makanannya terdiri daripada benih bijian, rumpai, serangga dan lain-lain. Dengan keupayaan burung ini untuk beradaptasi pada pelbagai situasi dan jenis habitat, maka ia telah dicadangkan sebagai biopenunjuk kepada kualiti udara.

 

Kajian mengenai burung Ciak urasia perlu diperluaskan lagi kerana burung ini mempunyai potensi untuk menjadi biopenunjuk yang berharga akibat toksik pencemaran udara. Ini sangat sesuai untuk mengukur bagaimana pencemaran udara boleh menjejaskan haiwan. Malahan burung-burung ini mudah ditemui kerana tinggal di kawasan bandar dan pada umumnya akan bermastautin tetap di satu kawasan tertentu sepanjang hidup mereka. Kaedah persampelan darah yang digunakan boleh dilakukan dengan mudah tanpa membahayakan burung.

 

Kepadatan burung ciak urasia yang tinggal di kawasan sekitar bandar menjadikannya sebagai biopenunjuk kepada kualiti udara. Burung ciak urasia ini lazimnya tinggal dikawasan yang mudah untuk mereka mencari makanan asasi. Burung ini lebih banyak bersarang di rumah-rumah dan bangunan berhampiran manusia. Ia hidup dalam kelompok yang banyak. Di dalam satu kelompok kebiasaannya mempunyai beberapa jenis spesies burung ciak yang berbeza bergantung kepada lokasi dan musim. Pembiakannya biasanya menghasilkan 4 hingga 6 ekor dalam sekali penetasan. Burung dewasa akan keluar untuk mencari makanan.  Burung ciak urasia merupakan pengguna primer yang akan memakan tumbuhan dan bijian dalam rantaian makanan.

 

Burung ciak urasia yang tinggal di kawasan pencemaran udara tinggi mengandungi kepekatan haemoglobin (Hb) dan jumlah kapasiti antioksidan (TAC) yang rendah. Burung-burung yang terdedah kepada kepekatan bahan kimia toksik yang lebih tinggi, berkemungkinan besar akibat daripada pencemaran udara yang serius di kawasan tersebut. Semakin tinggi kepekatan bahan kimia dalam haiwan, semakin tinggi pencemaran udara di suatu kawasan.

 

Pelbagai usaha untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar telah dijalankan sama ada oleh pihak kerajaan, swasta, masyarakat dan ibu bapa. Antaranya ialah menghijaukan kawasan. Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan, sayur-sayuran dan pokok bunga di sekitar perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu. Kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan manakala kandungan oksigen pula meningkat melalui proses fotosintesis. Langkah seterusnya ialah penguatkuasaan undang-undang. Pihak berwajib akan menghukum individu atau organisasi yang didapati bersalah membuat pencemaran alam sekitar dan hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan pesalah. Selain itu, kempen alam sekitar dapat meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan alam sekitar yang bersih. Disamping itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak dari kecil akan pentingnya kebersihan diri dan alam sekitar. Pihak kerajaan, swasta, masyarakat dan ibu bapa perlu berganding bahu dalam memikul tanggugjawab dalam memelihara alam sekitar. Akhir sekali, kelestarian alam sekitar amat penting bagi generasi akan datang.

 

Kredit Foto : Syadan Ginu

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: AntioksidanBahagian Penyelidikan Biologi & KelestarianBiopenunjuk Kualiti UdaraBurung Ciak UrasiaIndeks Pencemaran Udara (IPU)Info Biodiversiti & Kelestarian AlamMPOBNitrogen OksidaSulfur Dioksida
ShareTweetShare
Previous Post

Hutan Bakau: Simbol Jati Diri Masyarakat Pinggir Pantai Tropika

Next Post

Mutasi D614G COVID-19 – Rakyat Malaysia Perlu Lebih Berwaspada & Mematuhi SOP

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

3 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

3 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

2 weeks ago
Next Post
Mutasi D614G COVID-19 – Rakyat Malaysia Perlu Lebih Berwaspada & Mematuhi SOP

Mutasi D614G COVID-19 – Rakyat Malaysia Perlu Lebih Berwaspada & Mematuhi SOP

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In