23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Cabaran Membentuk Imuniti Kelompok

Info COVID-19

Saiful Bahari by Saiful Bahari
25/05/2021
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Mohd Nurhadi Hamsar
Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia

 

Vaksinasi memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesihatan dan keselamatan sesuatu negara. Berdasarkan data dan kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), imunisasi dan bekalan air bersih adalah dua intervensi kesihatan awam yang memberi impak terbesar kepada kesihatan dunia secara keseluruhannya.

Sejak beberapa abad yang lalu, langkah yang diambil oleh banyak negara termasuk Malaysia dengan menyatukan program imunisasi bersama penjagaan kesihatan rutin berjaya mengawal beberapa penyakit yang boleh memberi kesan penderitaan dan membawa maut, khususnya kepada golongan bayi dan kanak-kanak.

Melalui imunisasi dengan pemberian vaksin, sistem pertahanan badan dapat dicetuskan secara tiruan sebelum jangkitan sebenar berlaku. Imunisasi adalah cara terbaik dan selamat untuk melindungi bayi dan anak-anak anda daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang berpunca daripada mikroorganisma patogenik. Bayi yang diberi suntikan vaksin akan mempunyai antibodi yang dapat melawan jangkitan penyakit.

Vaksin bukan sahaja melindungi anda dan anak-anak anda tetapi juga orang di sekeliling anda. Konsep imuniti kelompok/komuniti (herd immunity) ini juga mampu mencegah sebilangan kecil individu yang tidak menerima vaksin atau tidak boleh diberikan vaksin (disebabkan sebab-sebab tertentu seperti alahan atau pesakit AIDS) dan individu yang tidak dapat memberikan tindak balas kepada vaksin daripada jangkitan penyakit.

 

Gambar 2: Manusia dikelilingi oleh pelbagai jenis virus dan bakteria
(Sumber: www.violinet.org)

Penularan penyakit berjangkit dalam suatu komuniti manusia tidak akan berlaku secara terus apabila peratusan individu yang menerima imunisasi melalui suntikan vaksin berada di atas nilai ambang (threshold value) iaitu sekitar 70-80 %.

Maka, individu-individu dalam komuniti yang mudah mendapat penyakit dan tidak menerima vaksin ini hanya mampu mengharapkan perlindungan daripada orang sekeliling mereka yang telah mendapat imunisasi dan seterusnya tidak akan menyebarkan penyakit kepada mereka. Inilah sebabnya kenapa vaksin sangat penting kepada kejayaan kesihatan awam dalam menangani penyakit berjangkit.

 

ambar 2: Perbezaan komuniti yang divaksinasi dengan komuniti yang tidak mengambil vaksinasi. Inilah yang dinamakan konsep imuniti kelompok. (Sumber: www.cdc.gov)

 

Bekerjasama Membendung Wabak

Selain itu, imunisasi melalui suntikan vaksin adalah penting bagi menghalang epidemik daripada berlaku. Ketika ini, lambakan warga asing yang datang bekerja di Malaysia serta para ibu bapa yang enggan mendapatkan vaksinasi bakal meningkatkan kelompok-kelompok yang bakal menjadi punca epidemik terhadap jangkitan pelbagai jangkitan penyakit.

Dalam pada itu, sekiranya ramai individu dalam suatu komuniti tidak menerima vaksin, maka penyakit boleh muncul semula. Inilah yang berlaku pada tahun 1974, apabila kerajaan Jepun menghentikan pemberian vaksin melawan pertussis disebabkan kekhuatiran awam tentang keselamatan vaksin, walaupun tiada kematian yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Namun, lima tahun kemudian, epidemik pertussis di Jepun telah menyebabkan 13,000 orang sakit dan membunuh 41 orang.

Oleh itu, program imunisasi akan berjaya sekiranya semua pihak bekerjasama membendung penyakit berjangkit dengan mendapatkan imunisasi melalui suntikan vaksin. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga wajib mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam menangani isu keengganan ibu bapa mengambil vaksin untuk anak-anak mereka. Ini sebagai langkah bagi mengelakkan penularan epidemik di kalangan masyarakat.

Masyarakat awam juga seharusnya memupuk dalam diri masing-masing budaya bertanya dan rajin membaca khususnya tentang vaksin dan imunisasi yang diterima oleh anak-anak serta diri sendiri. Anda tidak hanya meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pekerja penjagaan kesihatan untuk memberi anda serta anak anda suntikan vaksin tanpa mengetahui fungsi dan mekanisma terhadap sistem badan.

Sekali lagi perlu diingatkan bahawa pemberian vaksinasi bukan sahaja melindungi anda dan anak anda tetapi juga ia merangkumi perlindungan kepada seluruh kelompok komuniti berdekatan anda. Apabila anda mengambil vaksinasi, maka ia juga dapat membantu mengurangkan penyakit berjangkit merebak dengan lebih meluas di kalangan komuniti setempat.

Tidakkah anda inginkan komuniti masyarakat setempat di kawasan anda sihat dan bebas daripada penyakit berjangkit? Kenapa anda memilih untuk mementingkan diri sendiri berbanding kesihatan dan keselamatan yang sudah pasti akan memelihara anda sekeluarga khususnya dan masyarakat anda amnya.

Semua jawapan di tangan anda.

 

Kredit Foto : medscape

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Imuniti KelompokInfo COVID-19Institut Penyelidikan Produk HalalMohd Nurhadi HamsarUniversiti Putra Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Pembedahan Rahang, Tetapi Bukan Untuk Kecantikan?

Next Post

Seramik Penghasil Tenaga

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

17 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Seramik Penghasil Tenaga

Seramik Penghasil Tenaga

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In