23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, March 3, 2021
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Cabaran Pemangsa dalam Industri Burung Walit

Info Industri

Saiful Bahari by Saiful Bahari
24/07/2019
in Berita & Peristiwa, Industri
0 0
0

Oleh : Nur Aina Nadzirah & Dr Chong Ju Lian
Pusat Pengajian Sains Marin & Sekitaran & Institut Biodiversiti Tropika Dan Pembangunan Lestari

Burung walit merupakan burung yang menghasilkan sarang daripada air liurnya. Di Malaysia, sarang dua spesies walit iaitu Aerodramus fuciphagus dan Aerodramus maximus banyak dieksport ke luar negara. Burung walit spesis Aerodramus fuciphagus menghasilkan sarang berwarna putih manakala Aerodramus maximus menghasilkan sarang berwarna hitam. Perbezaan antara kedua-dua sarang burung ini adalah berkaitan dengan kandungan air liur serta bendasing yang terdapat dalam sarang walit tersebut. Lebih kurang 90-99% air liur digunakan untuk membina sarang burung walit putih dan selebihnya merupakan bendasing seperti bulu. Berbeza pula dengan sarang burung walit yang berwarna hitam, 90-99% adalah bulu dan selebihnya adalah air liur.

 

 

Sarang burung walit mengandungi pelbagai jenis kandungan nutrien dan lazimnya dijadikan sebagai ubat tradisional terutamanya bagi kaum Tionghua telah menjadikan sarang burung ini menjadi bualan ramai dan kini merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Oleh kerana khasiat dan kebolehpasaran sarang burung ini, dianggarkan sebanyak 99% pengusaha sarang burung walit memacu ke arah penghasilan sarang burung walit.

Antara cabaran yang dihadapi dalam industri burung walit ini adalah dari segi pengurusan rumah burung walit itu sendiri. Selain daripada suhu, kelembapan, pencahayaan dan persekitaran rumah, kehadiran haiwan pemangsa serta haiwan perosak merupakan salah satu perkara yang harus dititikberatkan bagi menjamin produktiviti burung walit.

Pemangsa yang terdapat di dalam rumah burung walit kebiasaannya memakan anak burung serta burung dewasa manakala haiwan perosak kebiasaannya akan mengganggu sarang burung dengan memakan atau merosakkan struktur bentuk sarang tersebut. Apabila struktur bentuk sarang burung berubah, secara tidak langsung ia menyebabkan penurunan harga sarang burung walit tersebut.

Antara haiwan pemangsa dan haiwan perosak sarang burung walit yang telah dikenalpasti termasuk burung helang, burung hantu, kelawar, biawak, ular, tikus, lipas, semut dan lain-lagi. Secara tidak langsung kehadiran pemangsa di dalam burung walit akan menjejaskan tingkah laku burung walit untuk pulang ke sarang kerana burung tersebut akan menganggap tempat yang didiaminya kini tidak selamat untuk djadikan tempat tinggal dan akhirnya akan berpindah ke rumah burung walit yang lebih selamat. Hal ini seterusnya akan menjejaskan pendapatan pengusaha sarang burung walit.

Antara langkah pencegahan kemasukan haiwan pemangsa yang diamalkan oleh pengusaha sarang burung walit termasuk memasang ‘spotlight’ di pintu masuk utama burung walit untuk mencegah kemasukan burung hantu dan burung helang, memasang perangkap kecil untuk menangkap haiwan mamalia seperti tikus, menutup celah rekahan bangunan dan menyembur racun perosak untuk lipas serta bagi haiwan seperti biawak dan cicak, langkah pencegahan adalah dengan melekatkan zink, jubin atau aluminium di sekeliling bangunan agar binatang sedemikian tidak boleh memanjat masuk menggunakan dinding bangunan.

 

Kehadiran lipas di dalam rumah burung walit.

 

Pemasangan perangkap tikus untuk pencegahan haiwan perosak.

 

Penggunaan jubin sebagai langkah pencegahan haiwan perosak

 

Kesimpulannya, pengurusan dan pencegahan haiwan pemangsa dalam pengusahaan sarang burung walit yang berkesan mampu mengawal kualiti dan produktiviti sarang burung walit. Bak kata pepatah “mencegah lebih baik daripada merawat”.

 

Artikel Berkaitan :

  •  Khasiat Sarang Burung Walit

Rujukan :

Jong, C.H., Tay, K.M., & Lim, C.P. (2013) Application of the fuzzy Failure Mode and Effect Analysis methodology to edible bird nest processing. Computers and electronics in Agriculture, 96 (2013), 90-108

Lim, C. K., & Cranbrook E. O. (2002) Swiftlets of Borneo: builders of edible
nests. Kota Kinabalu: Natural History Publication (Borneo).

Looi, Q. H., & Omar, A. R. (2016) Swiftlets and Edible Bird’s Nest Industry in Asia. Pertanika Journal of Scholarly Research Reviews (2016), 2(1), 32-48.

Rahman, Munirah, Ghazali, P. L. & Chong, J. L. 2018. Environmental Parameters in Successful Edible Bird Nest Swiftlet Houses in Terengganu. Journal of Sustainability Science & Management, 13 (1): 125-129.

 

Kredit Foto : Shutterstock

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Aerodramus fuciphagusAerodramus maximusBurung WalitDr Chong Ju LianInstitut Biodiversiti Tropika Dan Pembangunan LestariNur Aina Nadzirahpusat pengajian sains marin & sekitaranUniversiti Malaysia Terengganu
ShareTweetShare
Previous Post

Kepelbagaian Fungsi Artropoda

Next Post

Bayam, Tambah Darah, Batu Karang?

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Proses Pemangkinan Metanasi Meningkatkan Kualiti Gas Asli di Malaysia
Alam Semulajadi

Proses Pemangkinan Metanasi Meningkatkan Kualiti Gas Asli di Malaysia

1 day ago
Luo Han Guo – Pengganti Gula Sihat Semula Jadi
Berita & Peristiwa

Luo Han Guo – Pengganti Gula Sihat Semula Jadi

2 days ago
Penukaran Warna Jarum Semasa Pemberian Vaksin
Berita & Peristiwa

Penukaran Warna Jarum Semasa Pemberian Vaksin

3 days ago
Adakah Penutupan Sekolah akan Memberi Impak  kepada Kenaikan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Adakah Penutupan Sekolah akan Memberi Impak kepada Kenaikan Berat Badan?

5 days ago
Next Post
Bayam, Tambah Darah, Batu Karang?

Bayam, Tambah Darah, Batu Karang?

  • Fungsi Satelit dalam Kehidupan

    Fungsi Satelit dalam Kehidupan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penggunaan Bahan Radioaktif dalam Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jenis-Jenis Plastik dan Penggunaannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

Majalah Sains © 2020

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Majalah Sains © 2020

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In