23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, May 30, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Chandrasekhara Venkata Raman (1888–1970)

Editor by Editor
26/06/2015
in Tokoh
0 0
0
India walaupun relatifnya sebuah negara yang agak terkebelakang dari kemajuan suatu waktu dahulu merupakan sebuah negara pengeluar penerima Hadiah Nobel. Walaupun kemajuan fizikal belum dapat dilihat secara menyeluruh di segenap pelusuk tanah air mereka, komuniti ilmiahnya sangat memberansangkan dan tidak boleh dipandang remeh. Negara tersebut merupakan negara Asia pertama yang menempa sejarah apabila berjaya menghasilkan penerima Hadiah Nobel Fizik pada tahun 1930. Di samping nama-nama agung dalam bidang fizik seperi Max Plancx, A. Einstein, Neils Bohr, Arthur H. Compton dan Werner Heisenberg, terselit nama Chandrasekhara Venkata Raman (C.V. Raman) sebagai penerima paling berprestij hadiah nobel untuk karya ilmiah bidang fizik.



Raman dilahirkan pada 1888 di Trichinopoly, sebuah daerah pemerintahan Madras India. Ia mengikuti pengajian tinggi Hindu Vishkapatam, tempat di mana bapanya menjadi tenaga pengajar dalam bidang matematik dan fizik. Bakatnya melakukan penyelidikan sudah mulai terserlah sejak bersekolah dan bidang fizik yang diminatinya ialah berkaitan dengan optik dan akustik. Ketika berusia 18 tahun, Raman sudah mula menerbitkan makalah pertamanya di dalam majalah falsafah mengenai fizik.

Kemampuan luarbiasanya tidak dapat dikembangkan dengan pantas kerana di India pada waktu itu tidak mempunyai persekitaran yang memberansangkan untuk pengembangan bidang penyelidikan sains. Raman terpaksa menghabiskan masanya selama 10 tahun untuk bekerja dalam bidang kewangan di India. Di sebalik kerjayanya yang tidak sepadan dengan kebolehannya dalam bidang sains, Raman tidak pernah berhenti dalam melakukan penyelidikan. Di samping kesibukannya bekerja dalam sektor kewangan, Raman masih berjaya menerbitkan lebih dari 30 kertas kerja dan karya ilmiah bidang fizik di pelbagai jurnal. Dalam pada itu, beliau mendapat tawaran bekerja di Universiti Calcutta sebagai tenaga pendidik dan mendapat pulangan yang agak lumayan. Beliau tidak melepaskan peluang tersebut dan sempat menghabiskan masanya dalam penyelidikannya dalam bidang fizik selama 16 tahun di sana. Bersama-sama rakan sejawatnya Satyendra .Nath Bose (yang terkenal dengan rumus Bose-Einstein) dan M. Saha, Raman mendirikan pusat penyelidikan sains di Calcutta. Hasilnya beliau telah berjaya menghasilkan beberapa sumbangan penting dalam bidan getaran dan bunyi, konsep getaran alat muzik, pembelauan cahaya dari gelombang akustik yang terhasil dari supersonik atau ultrasonik, pembelauan sinar-X dan yang paling menonjol ialah Spektroskopi Raman yang digunakan sehingga kini.

Pada tahun 1925, penemuan Kesan Compton (Compton Effect) untuk Sinar-X,  saintis Jerman, Werner Heisenberg menganggarkan adanya kesan yang sama untuk cahaya nampak (visible light). Pada masa yang sama, Raman sedang menjalankan kajiannya tentang serakan cahaya dan mendapat kesimpulan daripada apa yang diutarakan oleh Heisenberg. Beliau mendapati bahawa, apabila satu cahaya monokromatik dilalukan ke atas kristal, sebahagian cahayanya akan terserak. Tenagar sinaran yang terserak itu lebih kecil berbanding dengan tenaga asal sebelum itu. Penyebab utama perubahan tenaga tersebut ialah kerana sebahagian tenaga sinaran itu digunakan untuk mengubah tenaga mekanik getaran molekul-molekul kristal.

Hasil kajiannya itu diterbitkan dalam Indian Journal Physics pada tahun 1928 dan perubahan tenaga yang terserak dikenali sebagai Kesan Raman (Raman Effect). Dari hasil kajian tersebut, ia merupakan sumbangan penting untuk lanjutan kajian tentang aras tenaga getaran molekul. Dengan penemuan tersebut, Royal Swedish Academy of Sciences di Stockholm, Sweden telah menganugerahkan Hadiah Nobel Fizik kepada C.V Raman. Dengan hadiah yang paling berprestij yang diterimanya, reputasi Raman sebagai saintis memuncak naik. Pada tahun 1930 beliau dilantik menjadi penasihat sains untuk menghasilkan pelapis-pelapis baru dalm dunia sains dan teknologi di India. Dalam pada itu, beliau terus menumpukan usaha keras untuk memajukan penyelidikannya dalam bidang kristalografi yang menurutnya akan memberikan dampak yang besar dalam dunia sains. Sebahagian hadiah berupa wang yang diterimanya dalam Anugerah Nobel Fizik, Raman menggunakannya untuk membeli peralatan-peralatan penting untuk kegunaan makmal penyelidikannya.

Pada tahun 1933, Raman dilantik sebagai pengarah Indian Institute od Science di Bangalore. Di sana Raman menumpukan usahanya menekuni penyelidikan bidang pembelauan cahaya dan gelombang ultrasonik. Pada tahun 1947, Raman mendirikan institusi penyelidikannya sendiri berhampiran pejabat Akademi Sains India yang sebelumnya didirikan pada tahun 1935. Melalui pengabdiannya dalam bidang sains, Raman dihormati dan disegani sebagai tokoh nasional di negara kelahirannya. Rakan-rakan seangkatan dengan Raman mempunyai rasa hormat yang tinggi kepadanya sebagai seorang yang sangat tekun tanpa menyerah kalah dalam memperjuangkan sesuatu yang diyakini benar. Selain serius sebagai seorang saintis, Raman juga mempunyai sikap humor yang mampu mengundang gelak ketawa rakan-rakannya terutamanya ketika berbahasa Inggeris menggunakan slanga Amerika. Selain bidang fizik, Raman sangat meminati bunga mawar. Diberitakan menjelang saat-saat akhir kehidupannya, Raman memiliki sebuah taman bunga mawar yang besar di sekitar rumahnya. Sebelum meninggal di usia 82 tahun, beliau berpesan supaya mayatnya dibakar di kawasan taman bunga mawar miliknya tersebut.@MajalahSains.Com

Berikan Komen Anda Di Sini
Tags: HAdiah NobelHadiah nobel Indiapenerima nobel fizik India
ShareTweetShare
Previous Post

Benarkah Puasa Bermanfaat untuk Kesihatan - Sains menjelaskan!

Next Post

Barcode vs Kod QR: Apa bezanya?

Editor

Editor

Related Posts

Ulasan Buku: Einstein di Malaya
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Einstein di Malaya

2 years ago
Srinivasa Ramanujan- Ahli Matematik Terbilang India (1887-1920)
Berita & Peristiwa

Srinivasa Ramanujan- Ahli Matematik Terbilang India (1887-1920)

3 years ago
7 Fakta Menarik Mengenai Terence Tao
Berita & Peristiwa

7 Fakta Menarik Mengenai Terence Tao

3 years ago
Abdus Salam: Genius Fizik yang diabaikan di Negara Sendiri
Berita & Peristiwa

Abdus Salam: Genius Fizik yang diabaikan di Negara Sendiri

4 years ago
Next Post
Barcode vs Kod QR: Apa bezanya?

Barcode vs Kod QR: Apa bezanya?

  • Teori dan Falsafah Teknologi

    Teori dan Falsafah Teknologi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiada Bukti Pokok ‘Duit-Duit’ Penyebab Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In