23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, May 25, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

China dan Perlumbaan Teknologi Kenderaan Berautonomi

Adee by Adee
11/10/2017
in Bicara Saintis, Suara Saintis Muda
0 0
0
Artikel ke-12 kerjasama antara Majalah Sains dan Young Scientists Network (YSN)-Akademi Sains Malaysia (ASM)
_______________________________

Oleh: P.M. Ir. Dr. Rosdiadee Nordin, Ahli YSN-ASM
Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Di suatu pagi yang permai, pada tahun 2030, anda dalam perjalanan ke pejabat, tanpa perlu memegang stering sambil membalas email daripada rakan sekerja, diiringi alunan muzik merdu kegemaran anda yang bersambung melalui Internet oleh kereta berautonomi. Anak anda di sebelah pula sibuk mengikuti video melalui kelas alam maya sebelum tiba di sekolah, di mana lokasi GPS sudah di simpan di dalam memori awan kereta. Aliran trafik di jalan raya berjalan lancar sepanjang pagi itu oleh kerana kenderaan berautonomi boleh berkomunikasi sesama mereka untuk mengelakkan pelanggaran daripada berlaku di atas jalan raya.

Ianya seakan-akan adegan di dalam filem-filem sains fiksyen Hollywood dan juga wawasan Elon Musk, usahawan yang tampil dengan inovasi radikal, termasuklah Tesla, kenderaan elektrik beliau yang kini dalam fasa terakhir untuk mencapai autonomi sepenuhnya.  Realitinya, masih jauh lagi perjalanan kita sebelum kenderaan autonomi berada di pasaran dan mampu dimiliki.

Kenderaan berautonomi merupakan salah satu teknologi perencat (disruptive technologies) yang bakal merubah penggunaan kenderaan dalam kehidupan harian kita pada masa akan datang. Antara teknologi-teknologi perencat yang sudah mengambil tempat pada hari ini ialah aplikasi perkongsian kereta, seperti Uber & Grab yang sudah merencat sektor perkhidmatan teksi tempatan dan mencabar pemahaman pihak berkuasa tempatan mengenai perniagaan berasaskan perkongsian kenderaan.

Kenderaan berautonomi merupakan teknologi di bawah Kenderaan Berinternet (Internet of Vehicles; IoV), di mana kenderaan akan menggunakan penderia-penderia yang di pasang pada kereta untuk berkomunikasi sesama mereka ataupun pemandu melalui rangkaian Internet bagi pelbagai tujuan dan fungsi; samada hiburan di dalam kereta, navigasi kenderaan di atas jalanraya tanpa pemandu, keselamatan pemandu di atas jalan raya, perancangan perjalanan daripada satu tempat ke tempat lain dan pelbagai lagi perkhidmatan bakal mengambil tempat di masa akan datang.

Apabila kenderaan berautonomi sudah mengambil tempat, kereta dilihat sebagai sesuatu objek yang bukan sahaja membawa pengguna daripada Titik A ke Titik B sahaja, malahan menawarkan pelbagai fungsi dan perkhidmatan lain. Berdasarkan potensi ini, industri-industri dan kerajaan China, termasuklah China Academy of Science, selaku penganjur Simposium ke-Empat APEC Internet of Vehicles memberi tema “living with the joy, mobility as you wish” untuk simposium tahun ini yang mengambil tempat pada 14hb hingga 16hb September, 2017 di Shanghai.

Saya amat teruja kerana dipilih untuk mewakili Malaysia pada simposium ini di atas kapasiti sebagai ahli Young Scientists Network (YSN), di bawah Akademi Sains Malaysia (ASM) dan juga tumpuan penyelidikan saya pada masa kini yang tertumpu pada telekomunikasi di antara kenderaan dan infrastruktur rangkaian sekeliling, dikenali sebagai VANET (Vehicular Ad-Hoc Network).

Menantikan pelancaran simposium dan Deklarasi Jiading pada hari pertama simposium

Simposium ini merupakan hasil daripada kerjasama ahli-ahli APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation), termasuklah Malaysia. Simposium menyaksikan pengumuman deklarasi Kenderaan Berinternet, dinamakan Deklarasi Jiading untuk persetujuan kesemua negara-negara APEC, termasuk Malaysia. Deklarasi menyatakan sokongan negara-negara APEC kepada perdagangan dan perniagaan terbuka untuk perkembangan ekonomi mapan dikalangan ahli APEC berkaitan industri teknologi kenderaan berautonomi.

“Deklarasi Jiading menggalakkan perkembangan teknologi Kenderaan Berinternet pada peringkat industri, penyelidikan, sains & teknologi dan aplikasi di peringkat APEC”, ujar Yang Jianrong, sebagai pengarah daripada Lembaga Promosi Perdagangan Antarabangsa China (Shanghai)

Selain daripada deklarasi, forum, anugerah industri dan ucaptama daripada pakar-pakar antarabangsa dan setempat, simposium ini turut digunakan oleh industri permotoran di China untuk mempamerkan kemajuan mereka di dalam teknologi kenderaan berautonomi. Sejumlah 46 syarikat berkaitan Kenderaan Berinternet terlibat di dalam pameran ini.

Antaranya ialah NIO, pengeluar model kereta elektrik, dikenali sebagai EP9 yang memegang rekod kereta elektrik terlaju di dunia (pada kelajuan 313 km/jam), syarikat EVCard yang tertumpu kepada teknologi berasaskan perkongsian kenderaan elektrik dan iDriverPlus, syarikat yang menghasilkan kenderaan berautonomi untuk tujuan penghantaran dokumen ataupun barangan seperi makanan ataupun bungkusan dan syarikat pengendali rangkaian.

NIO EP9, kereta elektrik terpantas dunia dan memegang rekod kedua terpantas di litar Nurburgring, Jerman
iDriverPlus dengan kenderaan autonomi untuk tujuan penghantaran objek bersaiz kecil

China Mobile yang mempamerkan AndLink, sebuah perisian yang digunakan oleh industri pemotoran untuk pemantauan kenderaan, bermula daripada pengeluaran hinggalah kepada penyelengaraan.

“Kenderaan Berinternet mengubah pendekatan perniagaan kami, daripada berasaskan pelanggan kepada berasaskan kenderaan pada masa akan datang”, ulas Jade Guan, Pengarah, Jabatan Penyelesaian Pengangkutan, China Mobile Communications Corporation.

China Mobile mengetengahkan idea pemantauan kitar hayat kereta kepada pengeluar kereta

“Sebanyak 300 ribu kenderaan elektrik telah dijual sepanjang tahun lepas di China. Dijangka komuniti di bandar-bandar besar China akan berhubung melalui infrastruktur untuk kenderaan berautonomi sebelum tahun 2020”, ulas Rong Wenwei, Pengerusi & Pengurus Besar Shanghai International Automobile City (Group) Co. Ltd.

Masih terdapat beberapa cabaran lagi sebelum kenderaan berautonomi selamat digunakan di atas jalan raya. Menurut Prof. Gao Wen, Ahli Akademik daripada China Academy of Engineering (CAE), penyelidik perlu meneliti pelbagai perilaku kompleks sewaktu pemanduan dan meramalkan keadaan yang tidak dijangka di atas jalan raya, seperti kesan cuaca ataupun kesibukan trafik.

“Masih belum ada penyelesaian teknologi di antara jarak penglihatan kamera kenderaan berautonomi dalam keadaan kenderaan laju mahupun dalam kecemasan”.

Menurut beliau, kenderaan berautonomi perlu bertindakbalas kurang daripada 2 saat di dalam keadaan kecemasan pada tahap penglihatan kurang daripada 50 meter pada kelajuan 120 km/jam.  Dan ini masih merupakan cabaran utama di dalam penyelidikan kenderaan berautonomi. Oleh kerana itu, teknologi kenderaan berautonomi masih perlu melalui beberapa fasa penambahbaikan lagi. Sebagai contoh, Tesla sudah mencapai Tahap 5 Autonomi (ataupun autonomi sepenuhnya), namun disebabkan beberapa kes kemalangan terdahulu, Tesla sedang memperbaiki kebolehramalan dalam membuat keputusan oleh kenderaan di atas jalan raya.

“Untuk bergerak kehadapan, industri automatif perlu bersetuju dengan piawaian berkaitan teknologi Kenderaan Berinternet”, kesimpulan dibuat oleh Fabrice Labeau, Timbalan Presiden IEEE Vehicular Technology Society, badan yang bertanggungjawab di dalam pembangunan teknikal dan piawaian berkaitan kenderaan berautonomi.

Peranan IEEE di dalam teknologi berkaitan Kenderaan Berinternet

Apabila teknologi kenderaan berautonomi ini mencapai kematangan, ianya akan mengurangkan penggunaan lampu trafik di atas jalan raya oleh kerana kenderaan mampu untuk berkomunikasi dengan lampu trafik. Kenderaan berautonomi juga boleh berkomunikasi sesama mereka untuk tujuan melancarkan trafik dan keselamatan.

Saya amat menghargai lawatan ini oleh kerana dapat menyaksikan di hadapan mata sendiri bagaimana teknologi rangkaian telekomunikasi digunapakai pada Kenderaan Berinternet dalam dunia sebenar. Sebelum ini, pendedahan saya mengenai telekomunikasi kenderaan cuma terhad pada simulasi di dalam makmal dan juga penerbitan makalah di jurnal penyelidikan.

Pada hari terakhir simposium, saya diberi peluang untuk melawat Zon Ujian Tertutup, kawasan terbuka seluas 2 km persegi terletak di dalam kawasan National Intelligent Connected Vehicle (NICE) di Shanghai. ‘Makmal’ terbuka ini untuk ujikaji berkaitan teknologi kenderaan berautonomi, seperti pemanduan automatik, pengesanan pelanggaran dan juga ujian prestasi rangkaian telekomunikasi. Sebanyak 50 senario berbeza berkaitan keselamatan, kecekapan pemanduan dan maklumat berkaitan kenderaan berautonomi telah melalui ujian di sini. Bilangan senario yang perlu diuji ini akan meningkat sehingga kenderaan tersebut mencapai status autonomi sepenuhnya.

Sekitar lokasi Zon Ujian Tertutup di NICE, Shanghai. Dapat dilihat menara pemancar digunakan untuk tujuan ujian prestasi rangkaian telekomunikasi pada kenderaan
Demonstrasi komunikasi antara kenderaan di zon ujian

Kereta Tesla berautonomi penuh (Tahap 5) dijangka sedia untuk pasaran pengguna seawal 2019, manakala pesaing daripada Jepun, didahului oleh Toyota dan Nissan seawal 2020. China melalui kerjasama dengan industri permotoran daripada Amerika, seperti General Motor turut tidak ketinggalan dalam perlumbaan dengan memperkenalkan model Cadillac berautonomi penuh seawal tahun 2020. Tidak hairan juga jika kenderaan berautonomi keluaran China akan dipasarkan di Malaysia terlebih dahulu berbanding pesaing lain, mengambil kira hubungan ekonomi Malaysia-China pada masa kini, kemajuan teknologi & ekonomi dan kesungguhan China di dalam penyelidikan yang mereka lakukan di sini.

Penulis (tengah) bersama delegasi APEC lain selepas mengikuti demonstrasi ujian lapangan. Turut bersama ialah P.M. Ir. Dr. Aduwati Sali (dua dari kanan), ahli YSN-ASM

Berbalik di Malaysia, rakan saya daripada YSN, Umaiyal mengadu mengenai tekanan yang beliau perlu lalui dalam menempuh trafik harian di Malaysia. Beliau tertanya-tanya, bilakah kenderaan berautonomi ini akan mula dijual di pasaran Malaysia?

Daripada pemerhatian saya, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun untuk mengguna pakai teknologi terkini. Namun dalam kes kenderaan berautonomi, ia bakal mengambil tempoh lebih lama daripada itu. Pelbagai infastruktur lain perlu diwujudkan, seperti stesen pengecasan dan liputan rangkaian telekomunikasi yang boleh dipercayai sebelum kenderaan berautonomi boleh digunakan sepenuhnya. Selain daripada itu, infastruktur dan polisi sedia perlu dinaiktaraf untuk sedia menerima teknologi ini.

Kepada Umaiyal, bertabahlah dalam menempuhi pemanduan harian anda untuk beberapa tahun akan datang, sehinggalah penyelidikan di dalam kenderaan berautonomi sudah mampu mencapai autonomi sepenuhnya dan juga infrastruktur di Malaysia sudah bersedia di dalam menyambut ketibaan kenderaan berautonomi.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Dalami Maklumat Berkaitan Industri 4.0 di NICE2017

Next Post

Perasmian 'National Innovation And Creative Economy Expo (NICE’17)

Adee

Adee

Related Posts

Merungkai Matematik di Sebalik Doktrin Rukun Islam
Berita & Peristiwa

Merungkai Matematik di Sebalik Doktrin Rukun Islam

4 months ago
Kebebasan Rekreasi juga Hak Kanak-kanak: Persekitaran Sihat dan Selamat Faktornya!
Alam Semulajadi

Kebebasan Rekreasi juga Hak Kanak-kanak: Persekitaran Sihat dan Selamat Faktornya!

1 year ago
Memoir Pendek Seorang Pensyarah Matematik
Berita & Peristiwa

Memoir Pendek Seorang Pensyarah Matematik

2 years ago
Hymenoptera Si Pendebunga Hutan: Penyumbang Kelestarian Makanan Hidupan Liar Herbivor
Alam Semulajadi

Hymenoptera Si Pendebunga Hutan: Penyumbang Kelestarian Makanan Hidupan Liar Herbivor

2 years ago
Next Post
Perasmian ‘National Innovation And Creative Economy Expo (NICE’17)

Perasmian 'National Innovation And Creative Economy Expo (NICE’17)

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In