23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Colistin: Antibiotik Dalam Makanan Haiwan

Info Kualiti & Keselamatan Makanan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
25/11/2020
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh:  Mohd Ferdaus Bin Mohd Azmi
Pejabat Kesihatan Daerah Baling, Kedah

 

Jumlah penduduk dunia telah berkembang dengan pesat sejak revolusi industri hingga mencapai hampir kepada 7.8 billion orang sekarang. Disebabkan itu, industri makanan daripada bahan mentah hingga juadah telah berkembang dengan pesat seiring bilangan penduduk untuk membekalkan keperluan makanan kepada manusia. Bekalan makanan dikeluarkan dipercayai lebih dari keperluan populasi melebihi sekali ganda. Antara faktor kepada pengeluaran makanan yang lebih adalah kerana kecanggihan teknologi moden dengan membantu proses pengeluaran sesuatu makanan lebih cepat berbanding biasa. Sebagai contoh, penggunaan antibiotik oleh sesetengah pengeluar makanan membantu mempercepatkan pembesaran haiwan dan mencegah daripada kematian akibat jangkitan bakteria. Antibiotik Colistin digunakan oleh pengeluar makanan sebagai penggalak tumbesaran dan kawalan kepada jangkitan penyakit dalam makanan haiwan.

Apakah itu Colistin? Colistin dikenali juga sebagai polymixin E adalah ubat yang digunakan dalam merawat penyakit disebabkan oleh bakteria yang kebal kepada pelbagai rawatan menggunakan antibiotik atau dikenali secara popularnya superbug. Superbug apabila masuk ke dalam pesakit akan membiak dengan begitu cepat sekali dan bertindak menyerang sel-sel yang sihat di dalam badan. Ini seterusnya dapat mengalahkan sistem imun badan dan menyebabkan jangkitan. Rawatan antibiotik selalunya digunakan dalam merawat jangkitan. Antibiotik seterusnya bertindak dengan memusnahkan bakteria bahaya di dalam badan akan tetapi hal ini tidak berlaku kepada superbug. Superbug dapat bertahan dalam menangani serangan pelbagai jenis antibiotik sehingga Antibiotik Colistin terpaksa digunakan untuk merawat jangkitan. Colistin jarang digunakan dalam rawatan kerana terdapat kesan sampingan seperti toksin kepada hati dan buah pinggang. Namun apakan daya, Colistin terpaksa digunakan kerana ianya adalah antibioktik terakhir yang berkesan dalam merawat jangkitan bakteria bahaya.

Namun begitu, bakteria perintang- colistin (Colistin – resistance bacteria) telah muncul yang menyebabkan rawatan pesakit menggunakan antibiotik tidak efektif lagi. Hal ini menyebabkan sukar untuk mengubati penyakit berpunca daripadanya. Bagaimana wujudnya bakteria perintang- colistin?

Colistin secara berdekad lamanya telah dicampurkan ke dalam makanan haiwan untuk mempercepatkan pembesaran dan mencegah jangkitan. Pada awalnya, kebanyakan bakteria akan mati. Namun begitu, setelah jangka masa tertentu terdapat bakteria dapat bertahan dan bermutasi untuk melindunginya daripada kematian disebabkan antibiotik. Bakteria ini digelar bakteria perintang- colistin terhasil daripada gen yang wujud di dalam plasmid dikenali MCR-1 (mobile colistin resistance). Perkara ini amat merisaukan kerana terdapat kajian yang dilakukan mendapati bahawa penggunaan Colistin di dalam makanan haiwan akan menggalakkan dan mempercepatkan penyebaran MCR-1 kepada haiwan dan manusia. Hal ini kerana, bahan kumuhan daripada haiwan ternakan yang ada MCR-1 akan dikumpulkan pada satu tempat atau dijadikan baja. Bakteria perintang- colistin ini seterusnya membiak dan dapat berkongsi gen dengan bakteria lain dalam tanah, anak sungai, kolam dan air dalam tanah untuk membentuk “takungan kekebalan”. Hasil daripada ini boleh menyebabkan penyebaran MCR-1 berlaku. MCR-1 dalam haiwan ternakan boleh merebak kepada pekerja ladang, pekerja kilang daging dan penduduk sekitarnya daripada “kolam takungan” ini. Pengguna boleh mendapat bakteria ini ketika memegang daging mentah dan daging yang tidak cukup masak. Kini, telah wujud mutasi MCR-3 yang dilaporkan beberapa negara dan memerlukan pemantauan segera dalam menangani isu ini.

WHO telah memberi amaran kepada dunia mengenai bahaya MCR-1 dan variasinya kerana jika berlaku jangkitan kepada manusia maka tiada rawatan antibiotik dapat merawatnya lagi. Seruan ini telah disahut oleh pelbagai negara seperti China, Malaysia, Jepun, EU dan sebagainya dengan mengharamkan penggunaan Colistin di dalam makanan haiwan. Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan memastikan bekalan makanan yang diimport selamat demi melindungi kesihatan orang awam dari isu keselamatan makanan. Oleh itu, sampel yang diimport mahu pun di dalam Malaysia telah diambil untuk diuji parameter Colistin oleh makmal makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Pelbagai jenis makanan seperti susu, hati, dan daging haiwan diuji di makmal dengan menggunakan alatan High Performance Liquid Chromatography-Tandem Mass Spectrometry (HPLC-MS/MS) untuk mengesan kehadiran Colistin. Keputusan secara cepat, tepat, spesifik dan sesuai dalam analisis rutin dapat mengesan kewujudan Colistin dalam makanan diuji.

 

Videografik High Performance Liquid Chromatography

 

Pemantauan secara berterusan dilakukan oleh Bahagian Keselamatan dan kualiti makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan isu keselamatan makanan di Malaysia ditangani dengan baik. Ini amatlah penting dalam menguatkuasakan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 supaya semua pihak mematuhi perundangan dan memastikan bekalan makanan di Malaysia bebas daripada Colistin.

 

Rujukan

  1. Fu Q., Li X., Ke Y., Wang L., Yu F., & Xia X. (2018) Determination of colistin in animal tissues, egg, milk and feed by ultra-high performance liquid chromatography-tandem mass spectrometry. Journal of Food chemistry, 248, 166-172.
  2. https://www.mims.com/malaysia/drug/info/colistin?mtype=generic
  3. Mobasseri G., Teh C.S.J., Ooi P.T., & Thong K.L. (2019) The emergence of colistin-resistance Klebsiella pneumonia strains from swine in Malaysia. Journal of Global Antimicrobial Resistance, Volume 17, pg. 227 – 232.
  4. https://asian-agribiz.com/2018/09/07/malaysia-to-ban-colistin-in-animal-production/
  5. https://www.poultryworld.net/Health/Articles/2018/12/Malaysia-to-ban-Colistin-in-animal-feed-369570E
  6. https://www.cidrap.umn.edu/news-perspective/2017/06/new-colistin-resistance-gene-identified-china

 

Kredit Foto : anvetpharma

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: AntibiotikColistinColistin – resistance bacteriaHigh Performance Liquid ChromatographyInfo Kualiti & Keselamatan MakananKedahKementerian Kesihatan MalaysiaMCR-1 (mobile colistin resistance)Mohd Ferdaus Bin Mohd AzmiPejabat Kesihatan Daerah Balingpolymixin ESuperbug
ShareTweetShare
Previous Post

Virtual National Science Challenge 2020 Mengasah Bakat STEM Generasi Muda

Next Post

Hilangkan Pijar Cili : Petua VS Sains

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Potensi Nematod Sebagai Kawalan Serangan Kumbang Palma Merah
Alam Semulajadi

Potensi Nematod Sebagai Kawalan Serangan Kumbang Palma Merah

12 hours ago
Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

1 day ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

2 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Next Post
Hilangkan Pijar Cili : Petua VS Sains

Hilangkan Pijar Cili : Petua VS Sains

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In