23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Corona Virus : Mengapa Mudah Menjangkit & Bagaimana Varian Virus Ini Terhasil ?

Info Covid-19

Saiful Bahari by Saiful Bahari
27/06/2021
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Onn Azli Bin Puade

MENGAPA ORGANISMA MEMBIAK?

Memastikan kemandirian sesuatu spesies itu merupakan salah satu fitrah kejadian organisma, dan ianya merupakan salah satu perkara yang penting untuk apa-apa jenis organisma sekalipun. Proses mengawan untuk pembiakan ini kadangkala merupakan satu proses yang terakhir untuk sesuatu organisma seperti labah-labah Black Widow jantan atau Praying Mantis yang akan dibunuh oleh pasangan betinanya seusai sahaja mereka mengawan.

Maka, secara primitif dan fitrahnya, konteks untuk memastikan kemandirian spesies itu bolehlah dikatakan sebagai satu cara untuk menghalang kepupusan sesuatu jenis organisma.

 

PERKAITAN PROSES PEMBIAKAN DAN JANGKITAN CORONA VIRUS

 

Virus merupakan satu jenis organisma yang kedua terkecil selepas prion untuk mana-mana jenis organisma yang boleh menjangkiti spesies lain.

Disebabkan itu, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk membiak. Disebabkan pembiakan ini merupakan satu perkara yang penting, maka, penyelesaiannya adalah dengan cara mempergunakan organisma lain untuk membiak, dan dalam konteks yang lebih luas, menjangkiti organisma lain.

Sesuatu organisma yang dijadikan tempat tumpangan untuk mereka membiak dinamakan sebagai hos. Perkataan hos ini boleh bermaksud manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Dalam membicarakan mengenai Corona virus, hos yang saya akan gunakan untuk penulisan kali ini adalah manusia.

Kekuatan virus ini bukan sahaja membolehkan mereka untuk mempergunakan hosnya untuk membiak, malah mereka mempunyai kebolehan untuk dipindahkan kepada hos yang lain. Hal ini adalah disebabkan apabila hos yang dijangkiti itu maut, mereka juga akan turut maut atau menjadi dorman.

Jika kita lihat virus lain seperti Human Immunodeficiency Virus (HIV), ianya boleh menjangkiti orang lain menerusi cecair badan seperti darah, air mani dan cecair yang dihasilkan menerusi vagina. Untuk Corona virus pula, cecair yang terhasil daripada sistem pernafasan merupakan caranya untuk berjangkit.

Satu lagi keupayaan yang perlu untuk sesuatu virus itu mempunyai kebolehanjangkitan (transmissable) adalah ketahanan terhadap elemen luar atau dengan bahasa yang mudah, tempoh masa untuk sesuatu virus itu hidup di luar hos.

Walaupun kenyataan ini mungkin bercanggah dengan pemahaman beberapa saintis terkemuka yang masih lagi membincangkan mengenai adakah virus ini boleh dikategorikan sebagai ‘hidup’ atau ‘mati’ (tidak kira virus apa sekalipun), namun, untuk pendapat saya, ianya boleh hidup dan mati. Hal ini adalah kerana mana-mana ‘benda’ di dunia ini yang mempunyai keupayaan untuk membiak dan memerlukan tenaga untuk mereka menjalankan fungsinya, maka, ianya hidup.

Untuk Corona virus pula, mengikut artikel yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) dalam artikelnya yang bertajuk Water, sanitation, hygiene and waste management for the COVID-19 virus, setakat ini, secara umumnya boleh dikatakan bahawa Corona Virus boleh hidup di luar hosnya di antara 2 hingga 9 hari. Semakin lama sesuatu virus itu boleh hidup di luar hosnya, semakin tinggi kadar kebolehjangkitannya. Hal ini dibuktikan dengan jumlah kes berdasarkan statistik yang dikeluarkan di seluruh dunia.

Satu lagi perkara yang penting mengenai virus ini adalah kadar mortalitinya yang amat tinggi. Sebenarnya, apabila hos yang dijangkiti oleh virus itu maut dengan mudah, hal ini jika kita fikirkan adalah merupakan satu kelemahan untuk virus itu sendiri. Hal ini adalah kerana seperti yang kita ketahui, virus ini memerlukan hos untuk ianya kekal membiak dan memastikan mereka tidak pupus. Apabila hosnya maut, virus ini terpaksa mencari hos yang lain pula.

Respon badan manusia terhadap virus itu sendiri iaitu keradangan merupakan salah satu mekanisma bagaimana ianya boleh membunuh hosnya dalam masa yang singkat. Respon yang saya maksudkan di sini adalah dalam bentuk keradangan. Keradangan di dalam saluran pernafasan manusia yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan kegagalan dalam sistem pernafasan atau respiratory failure. Lain-lain mekanisma seperti sumbatan saluran darah yang kecil juga merupakan sesuatu yang memburukkan lagi keadaan untuk hosnya.

Namun, seperti yang kita lihat di laporan perubatan, muncul juga beberapa orang pesakit yang tidak mempunyai gejala walaupun mereka telah dijangkiti dengan virus ini. Inilah yang jauh lebih berbahaya kerana kita tahu bahawa virus ini boleh menjangkiti orang lain dan boleh hidup lama di luar hos, namun, hos yang tidak mempunyai gejala ini ibarat kita sedang berperang dengan musuh dalam selimut.

Untuk mereka yang dijangkiti virus ini dan mempunyai gejala, sekurang-kurangnya, langkah pencegahan seperti kuarantin boleh dilaksanakan sebelum ianya tersebar ke mangsa yang seterusnya. Namun, tanpa gejala, pesakit-pesakit ini tidak dikuarantin dan tinggal bersama orang lain. Jangkitan kepada orang lain mungkin boleh jadi bergejala (symptomatic) kerana perbezaan daripada segi reaksi terhadap virus tersebut bergantung kepada individu.

 

GELOMBANG KEDUA JANGKITAN CORONA VIRUS DAN SALAH SATU SEBABNYA

 

Sekiranya anda lihat statistik yang dikeluarkan mengenai jumlah kes jangkitan Corona virus baru di Malaysia, anda akan dapati bahawa terdapat dua puncak (peak) iaitu 5,728 pada 30 januari 2021 dan 9,020 pada 29 Mei 2021. Kenaikan dalam jumlah kes ini mengakibatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan semula.

Dalam membicarakan tentang sebab kenaikan semula kes ini, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan hal ini seperti kedegilan sesetengah pihak dalam mematuhi PKP yang ditetapkan, baik rakyat mahupun golongan atasan, pemakaian Personal Protective Equipment (PPE) yang tidak mematuhi SOP yang disediakan baik di rumah mahupun di pusat-pusat rawatan dan yang terakhir adalah salah satu sebab yang saya ingin kongsi kepada anda semua iaitu mutasi untuk virus ini.

 

ASAS PEMBAHAGIAN SEL, PERKAITANNYA DENGAN MUTASI DAN KANSER SERTA KEMUNCULAN VARIAN CORONA VIRUS

Untuk memahami bagaimanakah hal itu berlaku, mari kita kembali semula kepada asas iaitu proses pembahagian sel. Seperti yang kita ketahui, sel-sel di dalam tubuh badan kita akan jadi berganda mengikut kepada proses mitosis dan meiosis. Pembahagian sel ini amat penting untuk membaiki sel yang rosak mahupun menggantikan sel yang telah mati.

Pembahagian sel ini sangat tinggi kadarnya, iaitu boleh mencapai sehingga 2 trillion sel sehari. Setiap sel juga mempunyai had limit pembahagiannya, dan hal inilah yang menyebabkan kita menjadi tua dan hujungnya akan maut walaupun kita tidak mempunyai apa-apa penyakit sekalipun.

Sedikit fakta tambahan untuk anda semua, mengikut kepada statistik yang dilaporkan dalam akhbar Malay Mail pada 23 Julai 2020, jangka hayat seseorang di Malaysia ini mencapai umur 74.9 tahun dan kenaikan jangka hayat ini banyak disumbangkan oleh wanita Cina. Mungkin kita boleh dapatkan tips daripada mereka untuk kekal sihat dan panjang umur.

 

Sumber : Online Science

 

Baik, berbalik semula kepada topik asal, pembahagian sel ini bermaksud menduplikasikan satu sel kepada dua, dan proses ini memerlukan duplikasi sebanyak 3 billion pasangan protein atau DNA sequence yang melibatkan 4 jenis base yang memerlukan cantuman yang tepat iaitu adenine (A), cytosine (C), guanine (G), and thymine (T).

Cuba anda bayangkan ketika anda sedang membaca artikel ini, sebanyak 2 trillion sel anda sedang membahagi dan menduplikasikan 3 billion pasangan protein. Apabila kita membincangkan mengenai nombor setinggi itu, sudah tentu ada ralat dan kesilapan dalam proses berkenaan. Secara umumnya, kadar kesilapan dalam DNA sequencing semasa pembahagian sel adalah sangat rendah iaitu di antara satu dalam sejuta atau satu dalam sebillion. Hal ini menjadikan proses duplikasi bertukar kepada replikasi memandangkan ianya gagal menghasilkan sesuatu yang sama, dan dalam kes ini, DNA.

Selalunya, sel-sel yang mempunyai DNA yang rosak ini akan mengalami proses ‘membunuh diri’ atau terma sainsnya, apoptosis. Hal ini adalah kerana sel yang mempunyai DNA yang lain daripada yang asal berpotensi untuk menyebabkan masalah kepada tubuh badan kita. Sel yang lain daripada yang lain ini digelar sebagai dysplasia sekiranya sel tersebut dikesan dan boleh dihapuskan dengan apoptosis mahupun serangan oleh ‘penjaga’ dalam saluran darah kita iaitu sel darah putih.

Namun, apabila sel yang mempunyai kerosakan DNA ini gagal dihapuskan, ianya akan menjadi neoplasia. Neoplasia, atau pertumbuhan sel (-plasia) yang baru (neo-) merupakan satu kondisi yang digelar sebagai tumor. Tumor yang boleh membahagi sel tanpa kawalan dan mengelakkan dirinya daripada sel darah putih pada peringkat awal dikenali sebagai kanser.

Senang cerita, kanser ini merupakan sel yang ‘buat macam rumah sendiri’. Ianya mempunyai kebolehan untuk membina salur darah sendiri, mencuri nutrien, membahagi dan juga merebak ke mana-mana bahagian dalam badan manusia (metastasis). Secara amnya, inilah yang kita kenal sebagai mutasi.

Jadi, apakah perkaitan pembahagian sel ini dengan kes Corona Virus? Apabila sel kita dijangkiti oleh Corona Virus, ianya akan mulai membahagi. Walaupun setakat ini, kadar pembahagian itu masih lagi tidak dapat dipastikan, namun, berdasarkan jumlah kenaikan kes baru, bolehlah kita katakan ianya amat tinggi, walaupun tidak setinggi 3 trillion sehari.

Apabila sel ini membahagi, maka, kadar kesilapannya, atau mutasinya juga ada. Walaupun kebanyakan masanya mutasi ini tidak signifikan kerana ianya menjadikan virus tersebut ‘rosak’ dan tidak ‘efektif’ seperti yang asal, namun, ada juga yang berubah menjadi kepada virus yang lebih kuat dan tebih tinggi kadar jangkitannya. Virus yang berubah daripada yang asal kita namakan sebagai varian (variant).

Untuk pengetahuan anda juga, Corona Virus mempunyai protein di atas permukaannya yang dinamakan sebagai spike protein. Spike protein inilah yang digunakan untuk virus tersebut masuk ke dalam sel pernafasan manusia. Untuk Novel Corona Virus, bentuk dan aturan spike protein tersebut tidak begitu efektif untuknya mengikat kepada sel hos yang dijangkitinya. Namun, proses mutasi yang terjadi mengubah struktur protein tersebut. Varian yang pertama wujud yang pada asalnya bernama B117 kini lebih dikenali sebagai Varian Alpha.

Mengikut kepada temubual di antara Dr Alex Greninger, pakar Patologi dan Clinical Virology Laboratory dari University of Washington dengan Vox, beliau menjelaskan bahawa terdapat beberapa proses mutasi yang berlaku kepada Varian Alpha yang mengubah bentuk spike protein yang berada di permukaan virus ini untuk menjadikannya lebih mudah untuk mengikat kepada sel-sel yang berada di saluran pernafasan  Hal ini juga meningkatkan lagi keupayaannya untuk berjangkit hos yang lain serta secara tidak langsung, meningkatkan lagi kadar kematian seseorang itu.

 

 

VARIAN ALPHA, BETA, GAMMA, DELTA DAN EPSILON

Adakah anda berasa risau mengenai Varian Alpha dan adakah kerisauan ini patut? Jawapannya, sudah tentu ya. Hal ini adalah kerana sejak bermulanya wabak Corona Virus, terdapat 4 varian yang wujud iaitu Alpha, Beta, Gamma dan Delta, setiap satu varian ini semakin kuat, semakin tinggi kadar jangkitannya dan semakin berbahaya. Juga, proses mutasi Corona virus Varian Delta kini menunjukkan tanda-tanda bahawa ianya sedang bermutasi kepada varian yang baru, iaitu Varian Epsilon.

 

LANGKAH PENYELESAIANNYA

Jadi, apakah yang boleh saintis lakukan kerana ianya kelihatan semakin tidak terkawal? Untuk itu, kita harus lihat kepada satu faktor utama iaitu kepada punca yang menyebabkan mutasi tersebut berlaku? Jawapannya adalah tempoh dan masa pandemik ini berlaku.

Semakin lama pandemik untuk sesuatu virus itu berlaku, semakin tinggi kadar mutasi boleh juga berlaku dan jika dibiarkan, ianya akan berubah kepada sesuatu yang lebih berbahaya. Tiada cara lain  yang boleh kita lakukan untuk memendekkan durasi wabak ini selain daripada melaksanakan langkah-langkah pencegahan. Penjarakan sosial, kuarantin dan yang paling utama, pengambilan vaksin harus dilakukan dengan terus menerus supaya rantaian jangkitan ini dapat diputuskan. Apabila terputusnya rantaian tersebut, maka, tempoh pandemik dapat dikurangkan dengan lebih efektif.

Satu lagi soalan yang penting yang seringkali saya dapat adalah mengenai keberkesanan vaksin terhadap varian Delta yang kali pertama muncul di India. Mengikut kepada sumber yang berjaya saya jumpa, keberkesanan vaksin memang kelihatan sedikit rendah untuk varian Delta jika dibandingkan dengan Alpha, namun, ianya masih lagi tinggi.

 

ADAKAH VAKSINASI BERKESAN UNTUK VARIAN CORONA VIRUS YANG BARU DAN USAHA UNTUK MEMENDEKKAN TEMPOH WABAK INI DARI BERTERUSAN

Contohnya adalah untuk vaksin yang dikeluarkan oleh Pfizer iaitu Pfizer-BioNTech, keberkesanannya terhadap Varian Delta adalah setinggi 88 peratus, kurang 5 peratus berbanding dengan keberkesanannya terhadap Varian Alpha.

Walaupun ianya masih lagi kelihatan berkesan terhadap pencegahan daripada seseorang itu dijangkiti oleh Varian Delta, namun, kita boleh lihat bahawa peratusannya menjadi semakin rendah terhadap varian yang akan mendatang. Apa pun, peratusan tersebut tidak berguna sekiranya kita masih lagi berdegil dalam mematuhi undang-undang yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mereka bersengkang mata untuk memastikan keselamatan dan kesihatan kita, dan merawat mana-mana individu yang kurang bernasib baik.

 

KESIMPULAN

Juga, selagi undang-undang yang dikeluarkan itu nampak ‘harus dipatuhi’ oleh golongan rakyat ‘working-class’ sahaja, dan tampak tidak lut untuk mereka yang berada di atas sehingga ke tahap bentuk muka bumi dan sempadan negeri pun boleh berubah, atau kewujudan kenderaan-kenderaan berlesen daripada Kementerian Perlancongan yang dikatakan kalis Covid-19 walaupun disumbat dengan 40 orang penumpang menuju ke Genting Highland (pautan di bawah), pengorbanan staf KKM yang bekerja sehingga ada yang jadi sakit dan burnout akan jadi sia-sia.

Saya harap perkongsian ini, walaupun panjang dapat memberikan anda semua pengetahuan terutama sekali dalam memahami kewujudan varian sesuatu virus dan sebab di sebalik apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini.

 

Rujukan & Pautan Artikel Berkaitan

 

ISU PELANCONGAN KE GENTING HIGHLAND SEMASA PANDEMIK
https://www.facebook.com/drshark88/posts/506744420373810

KEBERKESANAN VAKSIN TERHADAP VARIAN DELTA CORONAVIRUS
https://www.aljazeera.com/news/2021/6/16/how-covid-vaccines-work-against-delta-varian

KADAR MUTASI SESUATU ORGANISMA
https://www.nature.com/scitable/topicpage/dna-replication-and-causes-of-mutation-409/#:~:text=Scientists%20have%20reported%20mutation%20rates,et%20al.%2C%202000).

PEMAHAMAN ASAS TERHADAP SPIKE PROTEIN
https://theconversation.com/covid-vaccines-focus-on-the-spike-protein-but-heres-another-target-150315

JANGKA HAYAT PURATA UNTUK RAKYAT MALAYSIA
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/07/23/malaysians-life-expectancy-at-birth-increases-to-74.9-years-longevity-highe/1887299

WATER, SANITATION, HYGIENE AND WASTE MANAGEMENT FOR COVID 19 VIRUS
https://apps.who.int/iris/rest/bitstreams/1271257/retrieve#:~:text=It%20is%20not%20certain%20how,strain%20of%20the%20virus.

 

 

Kredit Foto : theconversation

 

Artikel Berkaitan – Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan
Artikel Berkaitan – Penukaran Warna Jarum Semasa Pemberian Vaksin
Artikel Berkaitan – Pembedahan Bariatrik : Weight Loss Surgery
Artikel Berkaitan – Sejarah & Pemahaman Asas Wabak Novel Coronavirus 2019
Artikel Berkaitan – Pendermaan Darah & Prosedur Bloodletting
Artikel Berkaitan – Perbezaan Sistem Peredaran Darah Sebelum dan Selepas Dilahirkan
Artikel Berkaitan – Bahan Kimia Yang Dibuang Di Dalam Sungai Kim Kim

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi MajalahSains.com.  

*Alfatihah & iringan Doa kepada mereka yang telah meninggal dunia akibat virus covid-19

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Info COVID-19Onn Azli Bin PuadeVarian Virus Covid-19
ShareTweetShare
Previous Post

Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

Next Post

Masalah Bau Nafas Ketika Pandemik COVID-19 : Apa Puncanya?

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)
Alam Semulajadi

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

4 days ago
‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023
Berita & Peristiwa

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

4 days ago
Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air
Berita & Peristiwa

Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air

7 days ago
Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

2 weeks ago
Next Post
Masalah Bau Nafas Ketika Pandemik COVID-19 : Apa Puncanya?

Masalah Bau Nafas Ketika Pandemik COVID-19 : Apa Puncanya?

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tanah Runtuh : Sejauh Manakah Kesedaran Masyarakat Terhadap Kesan Kejadian Ini?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In