23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

COVID 19: Potensi Rawatan Farmakologi

Info Covid-19

Saiful Bahari by Saiful Bahari
14/08/2020
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

 

Oleh: Dr. Syed Alhafiz Syed Hashim
Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

 

 

Dunia digemparkan dengan serangan wabak COVID-19 pada penghujung tahun 2019 yang tiba-tiba muncul di Wuhan, Wilayah Hubei, China.  Sejak itu, wabak yang diakibatkan oleh jangkitan virus SARS-CoV-2 ini terus tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Menurut papan pemuka COVID-19 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sehingga tarikh 12 Ogos 2020 terdapat 19,936,210 kes telah dilaporkan dengan kumulatif kematian sebanyak 732,499 kes iaitu 3.67 % kadar kematian bagi setiap kes. Di Malaysia pula, kes kumulatif yang dicatatkan sehingga tarikh 12 Ogos 2020 adalah sebanyak 9,094 kes dengan kadar kematian yang lebih rendah berbanding global iaitu 1.37 %.

Malangnya, sehingga saat ini belum ada bukti konklusif daripada ujian klinikal ‘randomized control trial’ berkenaan rawatan khusus yang boleh digunakan untuk merawat COVID-19. Namun, terdapat beberapa jenis ubatan yang telah diberikan secara ‘off-label’ (ubat yang tidak dilesenkan untuk penggunaan tersebut) kepada pesakit COVID-19 berdasarkan tahap klinikal dan potensi ubatan tersebut dalam membantu proses penyembuhan serta mengurangkan komplikasi jangkitan terhadap pesakit.

 

Ubat Anti-malaria

Ubat chloroquine dan hydroxychloroquine selalunya digunakan dalam rawatan sakit malaria, sistemic lupus eritematosus dan reumatoid artritis. Ubat ini dikenal pasti berpotensi untuk menghalang virus SARS-CoV-2 masuk ke dalam sel melalui pintu reseptor enzim perubah angiotensin (ACE). Ia juga didapati dapat mengurangkan penghasilan sitokin yang menyebabkan keradangan teruk pada sistem pernafasan pesakit kesan daripada ribut sitokin (cytokine storm). Negara China pada awalnya melaporkan penggunaan chloroquine dalam 100 pesakit memberikan impak positif melalui pemerhatian pada keputusan x-ray dada dan pengurangan kadar komplikasi jangkitan. Namun begitu, pada Jun 2020 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan keputusan bagi menghentikan penggunaan ubat ini sejajar dengan keputusan WHO dan Badan Pentadbiran Makanan Dan Dadah (FDA) setelah mendapati ia tidak mengurangkan kadar kematian menerusi ujian klinikal terhadap 500 kes COVID-19.

 

Ubat Anti-HIV

Lopinavir dan ritonavir adalah ubat yang digunakan dalam rawatan jangkitan virus HIV. Gabungan ubat ini dikesan melalui ujian sel in-vitro berpotensi menghambat proses replikasi coronavirus jenis lain dengan menghalang tindakan enzim 3-kimotripsin-bak protease (3-CLP). Ujian klinikal dalam pesakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) mendapati gabungan ubat ini berjaya mengurangkan kadar kematian dan kadar intubasi pesakit. Terdapat juga beberapa laporan kes yang diterbitkan mengenai keberkesanan gabungan ubat ini dalam pesakit COVID-19. Walau bagaimanapun, kajian klinikal LOTUS (Lopinavir Trial for Suppression of SAR-CoV-2 in China) mendapati rawatan gabungan ubat ini tidak mempunyai perbezaan berbanding rawatan piawai sedia ada dalam pesakit COVID-19 dewasa tahap sederhana.

 

Ubat anti-viral

Remdesivir pada awalnya diuji bagi rawatan jangkitan virus Ebola. Malangnya ia hanya mempunyai kesan yang terhad terhadap Ebola. Sebaliknya, Remdesivir menunjukkan potensi yang besar dalam menghambat replikasi virus SARS-COV dan virus MERS-CoV dalam ujian in-vitro sel menjadikan ia calon yang sesuai untuk rawatan COVID-19. Kajian klinikal dalam 1063 pesakit COVID-19 mendapati ubat ini berjaya menyingkatkan tempoh pemulihan dan mengurangkan jangkaan kadar kematian berbanding kumpulan placebo.

Satu lagi anti-viral yang turut dikaji dan digunakan adalah Favipiravir. Ubat ini turut dikesan berpotensi untuk menghalang replikasi virus SARS-COV dan virus MERS-CoV. Kajian klinikal melihat perbandingan antara pesakit COVID-19 yang menerima rawatan gabungan lopinavir, ritonavir dan interferon terhadap pesakit yang menerima gabungan favipiravir dan interferon menunjukkan favipiravir mempunyai kesan yang lebih baik dalam mengurangkan beban virus, komplikasi jangkitan dan kesan samping rawatan.

 

Ubat Anti-radang

Antara ubat anti-radang yang digunakan adalah ubat jenis steroid iaitu deksametason dan prednisolon. Rasional pemberian ubat ini adalah untuk mengurangkan tahap tindak balas keradangan terutamanya pada sistem pernafasan yang mengakibatkan Sindrom Distress Pernafasan Akut (ARDS). Kajian oleh Universiti Oxford mendapati deksametason pada pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan berpotensi mengurangkan kadar kematian. Walau bagaimanapun pengambilan ubat ini tidak membantu dalam mengurangkan gejala COVID-19 dalam pesakit yang tidak memerlukan bantuan pernafasan.

 

Ubat lain-lain

Selain daripada ubat yang dinyatakan di atas, terdapat juga ubatan lain yang turut digunakan seperti  ribavarin iaitu anti-viral untuk merawat jangkitan virus hepatitis C, ubat modulasi immuno seperti tocilizumab dan juga terapi immunoglobulin.

 

Kesimpulan

Perlu diingatkan bahawa tidak semua pesakit COVID-19 memerlukan rawatan ubatan yang khusus. Kebanyakan pesakit hanya memerlukan pemerhatian dan rawatan sokongan sahaja. Oleh kerana belum ada bukti konklusif untuk ubatan bagi jangkitan virus SARS-CoV-2, kaedah terbaik adalah dengan melindungi diri dari risiko terdedah kepada bahaya jangkitan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Penulis adalah Pensyarah di Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Kredit Foto : news.cgtn

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Syed Alhafiz Syed HashimFakulti PerubatanInfo COVID-19Rawatan FarmakologiUbat Anti-HIVUbat Anti-malariaUbat Anti-radangUbat anti-viralUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Sambal Pijat : Makanan Eksotik Penduduk Jeli, Kelantan

Next Post

Perjalanan Klorokuin & Hidrosiklorokuin Untuk Rawatan Covid-19

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

17 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Perjalanan Klorokuin & Hidrosiklorokuin Untuk Rawatan Covid-19

Perjalanan Klorokuin & Hidrosiklorokuin Untuk Rawatan Covid-19

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In