23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Covid-19 : Semula jadi Atau Buatan Manusia

Info COVID-19

Saiful Bahari by Saiful Bahari
10/06/2020
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Prof. Madya Dr. Maizan Binti Mohamed
Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan

 

Latar belakang penyakit COVID-19

Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh novel coronavirus 2 sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS-CoV-2). Virus SARS-CoV-2 adalah coronavirus ketujuh yang diketahui menjangkiti manusia; SARS-CoV, MERS-CoV dan SARS-CoV-2 boleh menyebabkan penyakit teruk, sedangkan HKU1, NL63, OC43 dan 229E dikaitkan dengan gejala ringan. Ia pertama kali dikenal pasti pada bulan Disember 2019 di Wuhan, China, dan sejak itu tersebar ke seluruh dunia, mengakibatkan wabak yang terus berlanjutan sehingga  hari ini. Setakat 27 Mei 2020, lebih daripada 5.7 juta kes telah dilaporkan di 188 negara dan wilayah, mengakibatkan lebih dari 352, 000 kematian.  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak COVID ‑ 19 wabak pandemik pada 11 Mac 2020.  Peningkatan kes COVID-19 adalah kerana virus ini berjaya menular dari manusia ke manusia setelah virus  ini pertama kali berjaya memasuki populasi manusia.

 

Gejala biasa penyakit ini termasuk demam, batuk, keletihan, sesak nafas, dan kehilangan bau dan rasa. Walaupun sebahagian besar kes mengakibatkan gejala ringan, terdapat beberapa beberapa kes  menjadi sindrom gangguan pernafasan akut (ARDS) kemungkinan disebabkan oleh kejadian ribut sitokin, kegagalan pelbagai organ, kejutan septik, dan pembekuan darah. Tempoh inkubasi penyakit ini adalah  sekitar 5 hari tetapi boleh berkisar antara 2 hingga 14  hari. Penyebaran penyakit ini berlaku kepada orang semasa hubungan dekat, paling kerap melalui titisan kecil yang dihasilkan oleh batuk, bersin, dan bercakap. Dalam kes tertentu, orang mungkin dijangkiti virus ini dengan menyentuh permukaan yang tercemar dan kemudian menyentuh wajah mereka.  Ia paling mudah menular pada tiga hari pertama setelah bermulanya gejala, walaupun penyebarannya mungkin berlaku sebelum gejala muncul, dan dari orang yang tidak menunjukkan gejala.

Setakat ini, tidak ada vaksin yang tersedia atau rawatan antivirus spesifik untuk penyakit COVID-19 ini. Langkah-langkah yang disyorkan untuk mencegah jangkitan termasuk mencuci tangan dengan kerap menggunakan sabun atau pencuci tangan yang mengandungi 60-70% alkohol, menjaga jarak fizikal dari orang lain (terutama dari mereka yang mengalami gejala), kuarantin (terutama bagi mereka yang mengalami gejala), menutup batuk, dan mengelakkan tangan yang tidak disanitasi dari menyentuh bahagian muka.

 

Asal-usul COVID-19

Asal dan evolusi jangkitan COVID-19 adalah berkait-rapat dengan pasar makanan laut yang  juga menjual haiwan liar,  dengan itu diandaikan bahawa haiwan ini yang  terlibat dalam kemunculan novel SARS-CoV-2 sama seperti virus SARS-CoV sebelum ini. Penyiasatan awal mengenai asal-usul COVID-19 menunjukkan bahawa SARS-CoV-2 mungkin telah menjangkiti manusia dari kelawar melalui tenggiling sebagai spesies haiwan perantara. Ini dikenali sebagai loncatan perumah.  Analisis genomik SARS-CoV-2 menunjukkan 96 % jujukan nukleotida sama dengan coronavirus  yang diasingkan dari kelawar: BetaCoV / RaTG13 / 2013, menunjukkan ia muncul dari coronavirus bawaan kelawar.  Laporan sebelum ini menunjukkan bahawa spesies  kelawar Rhinolophusin selatan China adalah kumpulan yang kaya dengan ‘SARS-like-CoV’. Virus ini menunjukkan kepelbagaian genetik yang tinggi disebabkan oleh proses mutasi rekombinasi yang kerap dan berpotensi tinggi menyebabkan  penyebaran spesies silang (cross-species) dari satu spesis kepada spesis yang lain.

 

Gambarajah struktur SARS-CoV-2

Sumber : Wikipedia

 

 

Ciri mutasi khas genom SARS-CoV-2 yang menentukan loncatan spesis  dari haiwan kepada manusia

1 Mutasi pada domain pengikat reseptor (RBD) pada protin spike (S) SARS-CoV-2
 Domain pengikat reseptor pada protin spike ini merupakan bahagian yang paling banyak    berubah pada genome SARS-CoV-2.  Enam asid amino RBD pada protin ‘spike’ yang telah terbukti penting dalam mengikat reseptor enzim penukar angiotensin-2 (ACE2) pada sel manusia dalam menentukan pelbagai julat perumah SARS-CoV-2 ialah L455, F486, Q493, S494, N501 and Y505. Berdasarkan kajian struktur dan biokimia, RBD SARS-CoV-2 mempunyai afiniti tinggi untuk mengikat reseptor ACE2 pada sel paru-paru, usus, darah, hati dan ginjal manusia.

 

2 Tapak pembelahan polybasic furin glikan simpang S1 dan S2
Mutasi yang unik pada tapak pembelahan polibasik furin glikan-berkait pada simpang S1 dan S2 SARS-CoV-2 membolehkan pembelahan berkesan oleh furin dan protease lain yang berperanan dalam menentukan jangkitan virus dan julat hos.

 

Adakah SARS-CoV-2 wujud secara semulajadi atau buatan manusia?

Institut Virologi Wuhan, agensi penyelidikan virus utama di China, telah menjadi sasaran khabar angin/rumor dan kontroversi sejak wabak COVID-19. Rumor termasuk virus SARS-CoV-2 adalah:  (1). Virus buatan manusia secara manipulasi genetik dan (2). Virus bocor dari makmal biokeselamatan  aras 4 institut ini, yang juga merupakan pusat kajian patogen paling patogenik seperti virus Ebola dan Marburg. Terdapat juga spekulasi  mendakwa virus itu adalah sebahagian daripada program senjata biologi China yang berpusat di Institut ini.Virus ini juga di kelaskan sebagai virus cina Wuhan oleh presiden Amerika, Donald Trump.

 

Rumor 1: Virus COVID-19 direkacipta secara kejuruteraan genetic di makmal Institut Virologi Wuhan.

Fakta yang boleh menghakis rumor ini:

  1. Trevor Bedford, dari Pusat Penyelidikan Kanser Fred Hutchinson, dalam pertemuan ilmuan di Seattle menjelaskan bahawa proses mutasi virus ini sangat konsisten dengan evolusi semulajadi,” (Financial Times).

 

  1. Hasil penelitian profesor imunologi dan mikrobiologi di Pusat penyelidikan Scripps dan penulis jurnal Kristian Andersen, berdasarkan analisa perbandingan urutan genom virus SARS-CoV-2 dengan lain-lain coronavirus dari bank gen, beliau menegaskan bahawa SARS-CoV-2 adalah berasal dari proses semulajadi (Science Daily).Dengan ini Andersen dan kolaboratornya menyimpulkan bahwa ada dua kemungkinan asalnya SARS-CoV-2 ini: (1). Virus ini berevolusi atau bermutasi menjadi patogen melalui seleksi semulajadi didalam haiwan sehingga berupaya melompat kepada perumah manusia, (2). Virus tidak patogenik haiwan menjangkiti manusia secara tidak disedari, kemudian menjalani proses evolusi dan menjadi patogenik kepada manusia.Kenyataan ini disokong oleh Josie Golding, Ketua epidemiologi UK-based Wellcome Trust yang menyimpulkan bahawa virus ini adalah produk evolusi semula jadi.

 

  1. Berdasarkan analisis genetik protin ‘spike’ SARS-CoV-2, para saintis menemukan bahawa bahagian pengikat reseptor (RBD) dari spike protein Covid-19 telah berevolusi secara efektif untuk mengikat reseptor ACE2 pada sel manusia dan mendakwa proses ini terjadi hasil seleksi semulajadi dan bukan produk kejuruteraan genetik.

 

  1. Bukti evolusi semula jadi ini juga disokong oleh data mengenai tulang belakang SARS-CoV-2 dimana sekiranya seseorang ingin merekacipta coronavirus baru sebagai patogen, mereka akan membuatnya dari asas tulang belakang virus yang diketahui menyebabkan penyakit. Tetapi para saintis mendapati bahawa tulang belakang SARS-CoV-2 jauh berbeza dengan coronavirus yang sudah diketahui dan kebanyakannya menyerupai virus berkaitan yang terdapat pada kelawar dan tenggiling.
  2. Peter Forster, ahli genetik di Cambridge, membandingkan urutan genom virus yang dikumpulkan pada awal wabak Chines dan kemudian di peringkat global. Beliau telah mengenal pasti 3 jenis varian dominan SARS-CoV-2, Varian A yang paling berkait rapat dengan coronavirus dari kelawar, varian B dan varian C yang  berasal dari B. Hasil penemuan beliau: pada awal wabak, varian A dan B nampaknya telah beredar pada masa yang sama. Varian B lebih dominan di China dan Varian A dan C di Amerika Syarikat dan Eropah .

 

Rumor 2:  SARS-CoV-2 dilepaskan akibat kemalangan makmal di Institut Virologi Wuhan.

Fakta yang boleh menghakis rumor ini:

1. Yuan Zhiming, seorang penyelidik di Institut Virologi Wuhan, dalam wawancara dengan CGTN pada 18 April mengatakan bahawa tidak mungkin virus ini virus bocor dari institusi ini kerana sebelum menerima kumpulan sampel untuk ujian COVID-19 pertama pada 30 Disember, virus ini tidak pernah terdapat di makmal ini.

 

2. Pengerusi EcoHealth Alliance, Peter Daszak yang bertanggungjawab mengkaji  kemunculan penyakit berjangkit di seluruh dunia dan telah bekerjasama dengan Institut Virologi Wuhan selama 15 tahun menyangkal dakwaan bahawa novel coronavirus ini tidak mungkin virus yang terlepas dari Makmal Virologi Wuhan kerana tiada virus coronavirus baru yang dikaji atau dipropagasi di makmal ini sebelum berlaku wabak COVID-19.

 

Kesimpulan

Berdasarkan fakta-fakta diatas, dapat disimpulkan bahawa SARS-CoV-2 ini adalah berasal dari haiwan liar yang muncul hasil dari evolusi semulajadi dan bukan merupakan virus buatan manusia melalui kejuruteraan genetik.

 

Kredit Foto : PharmaceuticalTechnology

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakulti Perubatan VeterinarInfo COVID-19PatogenProf. Madya Dr. Maizan Binti MohamedUniversiti Malaysia Kelantan
ShareTweetShare
Previous Post

Penderiaan Jauh & Aplikasi Dalam Kehidupan

Next Post

Coronavirus & Pensanitasi Tangan (hand sanitizer)

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam

18 hours ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

2 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara

3 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

4 days ago
Next Post
Coronavirus & Pensanitasi Tangan (hand sanitizer)

Coronavirus & Pensanitasi Tangan (hand sanitizer)

Kategori Produk

  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In