23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 21, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Cuka Buluh; Agen Kawalan Serangga Perosak Mangga Harumanis

Cuka Buluh; Agen Kawalan Serangga Perosak Mangga Harumanis

Editor by Editor
10/10/2022
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Penulis: Nurul Fatihah Abd Latip¹, Nur Faezah Omar², Mohammad Azizi Abdullah³
Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis

PENGENALAN

Harumanis merupakan sejenis buah mangga yang terkenal di Malaysia dan banyak ditanam di utara Semenanjung Malaysia khususnya di Perlis. Hal ini kerana negeri Perlis mempunyai bentuk muka bumi yang baik serta beriklim panas dan kering yang panjang menjadikannya sesuai untuk menanam Harumanis. Cuaca panas akan mempengaruhi corak pembentukan bunga, pembentukan buah dan perkembangan buah (Uda et al., 2020).  Varieti mangga ini telah didaftarkan sebagai MA128 oleh Jabatan Pertanian Malaysia pada 28 Mei 1975 dan merupakan antara baka mangga yang terbaik di Malaysia. Varieti ini terkenal dengan rasa, tekstur serta bau yang wangi di kalangan pembeli dan popular di pasaran tempatan dan antarabangsa (Jha et al. 2013). Harumanis mempunyai kulit yang licin dengan isinya yang berwarna oren kekuningan dan berat sebiji Harumanis dianggarkan sebanyak 350 hingga 600 g/buah. Jabatan Pertanian Malaysia (2019) menyatakan bentuk buah Harumanis adalah bujur, mempunyai paruh yang menonjol, warna kulitnya hijau dan akan bertukar menjadi hijau kekuningan apabila masak. Harumanis juga merupakan tanaman bermusim yang mana akan menghasilkan buah sekali setahun dengan perancangan dan pengurusan yang betul.

Terdapat berbagai jenis perosak Harumanis yang menyebabkan kerosakan serta kerugian yang besar kepada pengusaha tanaman Harumanis. Menurut Veerash (1989), kira-kira 260 serangga telah dilaporkan sebagai perosak Harumanis dan ini termasuk bena perang, lalat buah dan koya. Selain itu, thrips juga menyumbang kepada populasi serangga perosak Harumanis. Serangga perosak ini telah menyebabkan kerugian yang besar dengan merosakkan kelopak, anter, debunga dan bunga Harumanis. Oleh itu, amalan pengurusan perosak yang baik perlu dilaksanakan serta pemilihan racun perosak organik juga perlu menjadi keutamaan dalam usaha menghasilkan buah Harumanis yang berkualiti tinggi dan selamat dimakan.

CUKA BULUH SEBAGAI AGEN PENGAWALAN SERANGGA PEROSAK

Pada masa kini, masyarakat dilihat telah mempunyai kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan diri. Oleh yang demikian, permintaan terhadap sumber makanan organik meningkat dengan mendadak. Hal ini boleh membuka ruang kepada para petani menghasilkan produk yang bebas daripada bahan kimia yang merbahaya seperti racun kulat, perosak dan rumpai yang telah tersedia di pasaran. Penggunaan bahan kimia yang berlebihan boleh menyebabkan kesan rintangan terhadap perosak dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada alam sekitar serta kesihatan manusia. Penggunaan racun perosak organik bagi menggantikan bahan kimia merupakan salah satu inisiatif bagi petani untuk meminimumkan penggunaan produk kimia dalam pengurusan pertanian. Kaedah ini dapat menghasilkan buah – buahan yang sihat tanpa sebarang bahan kimia dan dijamin selamat untuk dimakan serta dapat menyelamatkan alam sekitar.

Salah satu bahan yang boleh diketengahkan sebagai agen pengawalan serangga perosak adalah buluh. Buluh daripada spesies Gigantochloa albociliata yang dikenali sebagai “buluh madu” di Malaysia biasanya digunakan sebagai produk kraftangan, perabot, batang pengepit makanan, pencungkil gigi, dan sebagainya. Gigantochloa albociliata menjalani proses pirolisis untuk menghasilkan arang dan cuka buluh serta tar buluh. Pirolisis adalah termokimia penguraian bahan organik pada suhu tinggi dalam atmosfera lengai. Proses ini akan menghasilkan produk sampingan dan juga sejumlah besar sebatian kimia, yang mana beberapa bahan kimia tersebut boleh diaplikasikan dalam pengurusan pertanian (Zaman et al. 2017). Cuka buluh ialah sejenis cuka kayu yang mengandungi air (80–90%) dan sebahagian kecil lagi terdiri daripada 200 spesies sebatian organik (Theapparat et al. 2018).

Cuka buluh adalah produk organik dengan pelbagai manfaat yang dapat membantu pengusaha Harumanis mengawal serangga perosak dan boleh digunakan sebagai baja organik. Cuka buluh digunakan secara meluas dalam pertanian organik, perhutanan, hortikultur, penternakan dan juga boleh digunakan sebagai perubatan manusia. Cuka buluh ini sesuai digunakan untuk mengawal serangga perosak, menggalakkan pertumbuhan tanaman, merangsang pengeluaran kompos dan banyak lagi (Alias ​​et al., 2020). Cuka buluh terbukti sebagai racun serangga perosak organik yang baik melalui kajian yang telah dijalankan serta telah menghasilkan keputusan yang positif dalam mengawal serangga perosak di beberapa jenis tanaman. Hal ini kerana kandungan cuka buluh terdiri daripada sebatian fenolik yang mengandungi agen aktif dan sebatian tersebut telah bertindak balas sebagai racun serangga dalam arang buluh untuk mengawal serangga perosak (Wang et al. 2015). Menurut Zhang dan Sun (2017), kepekatan asid organik yang tinggi dalam cuka buluh menghasilkan aktiviti antimikrob yang tinggi dan ia boleh digunakan sebagai racun serangga. Justeru itu, racun serangga organik seperti cuka buluh boleh dijadikan sebagai racun perosak alternatif oleh pengusaha Harumanis kerana kandunganya yang lebih selamat kepada manusia, haiwan dan alam sekitar serta dapat membantu menghasilkan buah yang berkualiti. Selain itu juga, produk organik telah diketahui boleh meningkatkan kandungan vitamin dan mineral pada tanaman.

RUJUKAN

  • Alias, N. Z., Syafinas, A., Siti Shahirah, S., Jesmond, J.J., Mohd Lias, K., & Non Daina, M. (2020). The Potential of Bamboo Vinegar (Gigantochloa albociliata) as Insecticide. Charting the Sustainable Future of ASEAN in Science and Technology. 79 – 86.
  • Jabatan Pertanian Malaysia (2019). Manual Mangga Harumanis, Mangifera indica L. (MA128)
  • Jha S N, Narsaiah K, Sharma A D, Singh M, Bansal S & Kumar R. (2010). Quality parameters of mango and potential of non-destructive techniques for their measurement: A review. Journal of Food Science and Technology 47(1): 1–14.
  • Theapparat Y, Chandumpai A, Faroongsarng D (2018) Physicochemistry and utilization of wood vinegar from carbonization of tropical biomass waste. In: Sudarshana P, Nageswara-Rao M, Soneji JR (eds) Tropical forests-new edition. IntechOpen
  • Uda, M.N.A., Gopinath, S.C.B., Hashim, U., Hakimi, A., Afnan Uda, M.N., Anuar, A., Bakar, M.A.A., Sulaiman, M.K., Parmin, N.A., (2020). Harumanis Mango: Perspectives in Disease Management and Advancement using Interdigitated Electrodes (IDE) Nano-Biosensor. IOP Conference Series: Materials Science and Engineering, 864(1).
  • Veerash, G. K. (1989). Pest Problem in Mango-World Situation. International Society for Horticultural Science. 231: 551 – 565.
  • Wang P, Maliang H, Wang C, Ma J (2015) Bamboo charcoal by-products as sources of new insecticide and acaricide. Ind Crops Prod 77:575–581
  • Zaman CZ, Pal K, Yehye WA, Sagadevan S, Shah ST, Adebisi GA, Marliana E, Rafique RF, Johan R (2017) Pyrolysis: a sustainable way to generate energy from waste, pyrolysis. In: Samer M (ed). IntechOpen
  • Zhang, L. & Sun, X. 2017. Coir Fiber and Bamboo Vinegar Improve the Quality of Composted Green
  • Waste as a Growing Medium for Peacock Arrowroot. American Society for Horticulture Science. 27(3): 325-336.

 

PENULIS

Dr. Nurul Fatihah Abd Latip¹ merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Kampus Arau, Malaysia. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi (Zoologi) daripada Universiti Sains Malaysia kemudian meneruskan pengajiannya di peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Entomologi. Pada tahun 2019, beliau menamatkan pengajian Doktor Falsafah daripada universiti yang sama dalam bidang Zoologi. Bidang kepakaran beliau ialah ekologi dan kelimpahan serangga terutamanya serangga pendebunga kelapa sawit. Kini, beliau giat menjalankan pelbagai kajian mengenai serangga perosak di tanaman hortikultur. Dalam bidang penulisan, beliau aktif menerbit makalah dalam laporan, prosiding dan jurnal.

Dr. Nur Faezah binti Omar² merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Kampus Arau, Malaysia. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi dari Universiti Malaysia Terengganu dan kemudian meneruskan pengajiannya ke peringkat Sarjana di Universiti Putra Malaysia (UPM) di dalam bidang Agronomi. Beliau menerima Ijazah Doktor Falsafah dari UPM di dalam bidang Pengeluaran Tanaman. Bidang kepakaran beliau ialah agronomi dan pengeluaran tanaman terutamanya tanaman hortikultur. Kini, beliau giat menjalankan pelbagai kajian berkaitan pembuatan baja kompos, pengeluaran tanaman serta penanaman tanpa tanah. Dalam bidang penulisan, beliau aktif menerbit makalah dalam laporan, prosiding dan jurnal.

Dr. Mohammad Azizi bin Abdullah³ merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Kampus Arau, Malaysia. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perladangan dan Teknologi daripada Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor dan kemudian meneruskan pengajiannya di peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor dalam bidang Entomologi. Kini, beliau sedang menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Zoologi (Entomologi) di universiti yang sama. Bidang kepakaran beliau ialah kejuruteraan ekologi dan sedang giat menjalankan kajian berkenaan serangga perosak koya nanas pada tanaman nanas. Beliau juga aktif dalam penyelidikan dan telah menghasilkan kertas kerja, menghadiri prosiding dan menyertai inovasi di peringkat universiti.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: bamboo vinegarcuka buluhharumanispenyelidikanpertanian
ShareTweetShare
Previous Post

Sains dan Kelapa Sawit

Next Post

Intervensi Mikroorganisma Tingkatkan Potensi Komersil Produk Berasaskan Sisa Pertanian

Editor

Editor

Related Posts

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

1 week ago
Vaksin Tifoid diwajibkan kepada Semua Pengendali Gerai Bazar Ramadan
Berita & Peristiwa

Vaksin Tifoid diwajibkan kepada Semua Pengendali Gerai Bazar Ramadan

3 weeks ago
Potensi Propolis Lebah Kelulut Dalam Perawatan Alternatif Kesakitan
Alam Semulajadi

Potensi Propolis Lebah Kelulut Dalam Perawatan Alternatif Kesakitan

3 weeks ago
Plastik Oksodegradasi: Mitos Industri Plastik yang Mengaburi Realiti
Alam Semulajadi

Plastik Oksodegradasi: Mitos Industri Plastik yang Mengaburi Realiti

3 weeks ago
Next Post
Intervensi Mikroorganisma Tingkatkan Potensi Komersil Produk Berasaskan Sisa Pertanian

Intervensi Mikroorganisma Tingkatkan Potensi Komersil Produk Berasaskan Sisa Pertanian

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keindahan Nombor Fibonacci di Alam Semulajadi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In