23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, February 5, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Dari UKM ke Harvard: Temubual bersama Dr Ahmad Rifqi Md Zain

Kenali Saintis Malaysia

Editor by Editor
21/10/2018
in Berita & Peristiwa, Bicara Saintis
0 0
0

Siri ke-7 temubual ringkas MajalahSains bersama saintis Malaysia kali ini, kami berpeluang menemuramah Dr Ahmad Rifqi Md Zain yang kini berkhidmat di Harvard University, Amerika Syarikat. Sebelum ke Harvard beliau merupakan felo penyelidik di Institut Kejuruteraan Mikro & Nanoelektronik (IMEN), di Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 2014. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Felo Penyelidik di Centre for Communication Research, di Bristol University UK pada tahun 2009-2013.

Dr. Ahmad Rifqi Md Zain mencatat sejarah sebagai anak Melayu pertama berkhidmat sebagai Felo penyelidik fizik gunaan dalam kumpulan penyelidikan Profesor Marko Loncar (Loncar Group) https://nano-optics.seas.harvard.edu/ di John Mc Kay Lab, John A.Paulson building, Harvard University.

*******

Apa tumpuan/latar belakang penyelidikan sekarang?

Penyelidikan saya kini boleh diringkaskan kepada beberapa bahagian berikut;
-Nanoteknologi
-Bahan 2 Dimensi (2D material)
-Fabrikasi peranti nano
-Sensors untuk perubatan dan sistem pertahanan
-Fotonik kristal nanocavity
-Lithium niobates based modulator
-Nano-probes


Bagaimana penyelidikan ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat/industri?

Penyelidikan bidang sensor banyak digunakan dalam bidang perubatan dan sistem pertahanan. Penyelidikan ini memanfaatkan teknologi pengecilan peranti (miniaturization devices) dari skala mikro ke skala nano. Kejayaan penyelidikan ini dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah kehidupan moden dalam bidang industri perubatan dan sistem pertahanan.

Prof Dato’ Dr Burhanuddin Yeop Majlis dan pelajar PhD IMEN saudara Nuriman

Di mana tempat bertugas sekarang? (Kumpulan penyelidikan, institusi, makmal, kolaborasi)

Saya kini bertugas sebagai felo penyelidik dalam bidang fizik gunaan di John Mc Kay Lab, John A.Paulson building, di Harvard University – https://nano-optics.seas.harvard.edu/people/ahmad-rifqi-md-zain. Di sini saya berada bersama kumpulan penyelidik Loncar’s group yang diketuai oleh Profesor Marko Loncar. Prof. Marko Loncar menjemput saya ke Harvard setelah meneliti jurnal yang pernah saya tulis berjudul (Ultra High Quality Factor One Dimensional Photonic Crystal/Photonic Wie Micro-Cavities in Silicon on Insulator -SOI) pada tahun 2008. Di sini juga, saya turut berkolaborasi dengan kumpulan penyelidikan Jing Kong’s Lab di Massachusset Institute of Technology (MIT) dalam penyelidikan bahan 2 Dimensi (2D material).

Di dalam bilik bersih
MIT Dome

Bagaimana mula terlibat dalam dunia akademik/penyelidikan?

Saya memulakan pengajian peringkat Sarjana Muda di Coventry, UK di dalam bidang kejuruteraan Elektronik. Setelah tamat pengajian sarjana muda saya mendapat tawaran bekerja sebagai jurutera perkakasan (hardware) dengan syarikat terkemuka Marconi Communication, UK yang merupakan pengasas kepada komunikasi tanpa wayar pertama di dunia.

Selepas itu saya membuat keputusan untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana (MSc) dalam bidang optoelectronics di University of Glasgow. Minat saya terhadap pengajian PhD bermula di sini. Walaupun ditawarkan bekerja dengan syarikat terkenal dunia seperti Intel Corporation tetapi saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang nanophotonics.

Semasa dalam pengajian inilah saya diberi peluang mengajar tutorial dan seminar untuk pelajar-pelajar sarjana oleh penyelia saya pada ketika itu iaitu Profesor Richard De La Rue. Dari situ minat saya terhadap bidang akademik dan penyelidikan mula subur. Bagi saya ilmu pengetahuan yang tidak di sampaikan akan menjadi sia-sia. Dengan itu saya mengambil keputusan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan-pengetahuan yang saya kutip sepanjang pengajian.

Prof Dato’ Burhanuddin Yeop Majlis dan Prof Marko Loncar


Siapa tokoh sains/saintis idola? Dan kenapa?

Individu atau saintis yang paling saya hormati tidak lain iaitu penyelia saya di peringkat PhD, Prof Richard De La Rue. Beliau merupakan pengasas kepada penemuan ‘sistem 1 dimensi fotonik kristal (PhC)‘. Penemuan ini adalah berasaskan kepada fenomena alam di mana terdapat struktur fotonik kristal juga terdapat di bahagian tertentu serangga atau ikan.

Sebagai contoh warna ikan di dalam air adalah merupakan hasil daripada proses refleksi yang disebabkan oleh cahaya dari permukaan air. Begitu juga haiwan seperti burung merak jantan yang mempunyai warna-warna yang terang dan cantik. Terlalu banyak fenomena alam yang boleh di kaitkan dengan kesan pencahayaan pada haiwan dan serangga disebabkan terdapat struktur fotonik kristal di atas tubuh badan mereka yang memberi kesan kepada cahaya. Struktur tersebut adalah terlalu kecil untuk di lihat dengan mata kasar yang sekarang ini dinamakan struktur bersaiz nano.

Di UKM, penyelidikan dan sumbangan Prof. Dato. Dr Burhanuddin Yeop Majlis, mantan pengarah dan pengasas Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) juga menarik minat saya untuk ke UKM. Saya sebelum ini tidak pernah membayangkan wujudnya bilik bersih (cleanroom) dan makmal yang agak lengkap dalam penyelidikan semikonduktor disebuah universiti seperti yang wujud di IMEN. Itu antara faktor saya tertarik ke UKM.

Bersama Prof Dato’ Dr Burhanuddin Yeop Majlis ketika melawat MIT.
Bersama pengurusan tertinggi UKM yang melawat Harvard University baru-baru ini
Lawatan pengurusan tertinggi UKM


Ringkaskan satu pengalaman paling mencabar dalam kerjaya sebagai penyelidik?

Pengalaman saya yang paling mencabar ialah ketika melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di mana ia merupakan asas latihan untuk kita memulakan karier sebagai penyelidik. Di situ saya memperolehi pengalaman dan belajar kaedah-kaedah yang sepatutnya digunakan oleh semua penyelidik dalam melakukan penyelidikan serta mencapai objektif dalam penyelidikan. Dalam erti kata lain, PhD merupakan anak tangga pertama mendidik setiap penyelidik dalam kerjaya sebagai ahli akademik. Ibarat seseorang yang ingin memandu kereta yang wajib memiliki lesen memandu. Untuk mendapatkan lesen memandu tersebut kita harus belajar cara-cara memandu yang betul mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Setelah mempunyai lesen tersebut pasti pemandu akan lebih yakin memandu dan bertambah cekap dalam pemanduan. Pengajaran yang saya ambil dari tempoh 3 tahun di peringkat PhD ialah kesabaran yang merupakan kunci utama dalam latihan sepanjang waktu tersebut sebelum benar-benar berjaya menjadi penyelidik yang baik.

 

Apa menyebabkan anda masih bertahan dalam penyelidikan saintifik dan akademik?

Minat merupakan asas utama dalam dalam apa jua yang kita ceburi. Tanpa minat yang mendalam kita tidak akan berjaya dalam apa bidang sekalipun. Untuk menjadi penyelidik berjaya kita harus memiliki minat mendalam dalam bidang tersebut untuk mencapai objektif yang kita tetapkan. Selain itu, jangan letakkan tekanan melampau ke atas diri kita sendiri. Perlu sentiasa ceria dan tenang dalam menghadapi apa jua masalah sepanjang menjadi penyelidik.

Dunia penyelidikan begitu mencabar dengan tekanan-tekanan dari dalam dan luar, terutamanya dari pihak pemberi dana. Walaubagaimanapun, ia merupakan suatu keseronokan dan kepuasan yang tidak dapat digambarkan, terutamanya apabila hasil penyelidikan kita dirujuk oleh penyelidik lain. Dengan ini ilmu pengetahuan terus berkembang secara berterusan. Penyelidik yang berjaya adalah penyelidik yang komited, bersabar dan sentiasa tenang dalam menyelesaikan sebarang masalah.

Ketika lawatan ke UCLA Nanoelectronics Research Facility


Pengalaman paling menarik?

Pengalaman yang paling menarik dalam hidup saya sewaktu belajar ialah sewaktu terlibat dengan persatuan pelajar di peringkat sarjana dan PhD. Waktu saya gunakan untuk menghilangkan tekanan sewaktu belajar adalah dengan aktiviti bersosial dengan komuniti dan membantu komuniti. Melalui program bersama persatuan pelajar saya selalu berkongsi pengalaman bersama komuniti dalam hal-hal bukan akademik.

Pengalaman paling menarik yang memberi kepuasan tidak terhingga dalam penyelidikan adalah sewaktu kali pertama berjaya menyelesaikan masalah penyelidikan selama 20 tahun yang belum pernah diselesaikan oleh mana-mana penyelidik seluruh dunia dalam bidang ini. Sehingga sekarang hasil karya jurnal saya tersebut masih lagi dirujuk oleh penyelidik-penyelidik seluruh dunia. Antaranya mereka yang merujuk hasil kajian saya ialah ketua penyelidik saya sekarang di Harvard iaitu Prof Marko Loncar.


Nasihat untuk golongan yang berminat dalam bidang sains dan penyelidikan saintifik?

Bagi remaja yang berminat dalam bidang sains ceburkanlah diri dengan bersungguh-sungguh supaya setiap ilmu sains yang kita pelajari dapat dikongsi dengan semua. Jangan berputus asa dalam mempelajari sains walaupun sains itu dimomokkan sebagai satu bidang yang sukar. Sains adalah sebahagian dari kehidupan samada kita sedar atau tidak. Itulah besarnya ciptaan ALLAH. Kita sentiasa kagum dengan ilmuan-ilmuan silam yang menjadi contoh sepanjang zaman. Bacalah kisah-kisah hidup mereka sebagai motivasi. Tidak dilupakan saintis-saintis moden yang mencorakkan dunia pada hari ini.

Bersama Mohd Faizal Ketua Editor portal MajalahSains.com yang menemuramah ketika persidangan International Conference on Semiconductor Electronics (ICSE) 2018 di Kuala Lumpur.


Aktiviti/hobi kegemaran selain ‘bekerja’?

Hobi saya ketika waktu lapang ialah memasak. Hidup di UK selama 15 tahun mengajar saya erti sebenar berdikari. Dari situ saya belajar memasak sendiri sehingga ia menjadi hobi. Memasak juga dapat menghilangkan tekanan belajar dan juga idea-idea menyelesaikan masalah saintifik kadangkala diperolehi ketika aktiviti memasak. Agak lucu bukan? . Memasak untuk rakan-rakan dan jiran adalah aktiviti kegemaran saya. Selain memasak saya juga gemar bersukan seperti bolasepak dan berenang kerana aktiviti tersebut menjadikan badan kita lebih segar dan otak kita lebih cerdas untuk menerima sesuatu ilmu baru.

@MajalahSains

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Slipped Disc: Pastikan Postur Badan Anda Betul

Next Post

Program International Innovation, Invention and Creation Exhibition (IIICE) 2018 tarik lebih 600 peserta

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

7 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Program International Innovation, Invention and Creation Exhibition (IIICE) 2018 tarik lebih 600 peserta

Program International Innovation, Invention and Creation Exhibition (IIICE) 2018 tarik lebih 600 peserta

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mitos Telur Berdiri Sewaktu Gerhana: Sains Menjelaskan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In