23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, September 22, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Eksplorasi Hidupan Liar & Kepelbagaian Tumbuhan Di Sumatera Barat

Info Alam Semulajadi

Saiful Bahari by Saiful Bahari
11/06/2019
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Muhammad Fakhrul Imran Bin Mohd Fizal & Atiyya Hazwani Binti Ramli
Pelajar Sains Sumber Asli Universiti Malaysia Kelantan

 

Negara Asia Tenggara tidak asing lagi sering diberi jolokan sebagai negara yang kaya serta unik dengan kepelbagaian biologi dari aspek tumbuhan sehinggalah haiwan. Tidak dinafikan selain negara Malaysia, Sumatera Barat juga merupakan salah sebuah negara yang mempunyai taburan haiwan dan juga tumbuhan yang sangat meluas. Prospek kepelbagaian biologi yang meluas ini lah membuatkan kami berdua dapat merasakan satu-satunya peluang keemasan untuk menjelajah hidupan liar dan kepelbagaian tumbuhan di Sumatera Barat dengan menyertai Summer camp “exploring exotic animals and plant diversities in West Sumatera” yang berlangsung selama dua minggu pada 5 Ogos 2018 sehingga 18 Ogos 2019 bertempat di Universitas Andalas, Padang dan di Universitas Bengkulu, Bengkulu dengan melibatkan mahasiswa dan mahasiswi dari beberapa buah negara iaitu Taiwan, China, Indonesia dan juga Amerika Syarikat.

 

 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang kekayaan biodiversiti yang terdapat di Sumatera Barat. Selain itu, program ini juga dijalankan untuk memberikan pengalaman antarabangsa kepada para peserta kerana mereka dapat berinteraksi dengan pelajar luar negara. Selama lima hari kami di Andalas dan lima hari di Bengkulu cukup untuk kami berdua menimba ilmu baru serta bertukar buah fikiran sesama mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dalam program ini. Kami berdua juga dapat menjalinkan hubungan persaudaraan antara universiti-universiti yang terlibat walaupun baru sahaja kenal tetapi keakraban itu seperti sudah bertahun lamanya berjumpa. Benarlah orang kata ‘tak kenal maka tak cinta’.

Lima hari kami di Universitas Andalas diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik terutama tentang teknik kerja lapangan dalam mengkaji haiwan kerana di Andalas kami lebih tertumpu kepada sesi pembelajaran haiwan eksotik di Sumatera. Aktiviti pertama kami ialah tentang pengenalan kepada Biology Education and Research Forest (HPPB) disampaikan oleh Dr Rizaldi. Pengenalan tentang HPPB ini amatlah penting kepada kami kerana ia adalah salah satu hutan simpan terbesar di Andalas dengan seluas 100 hektar dan terdapat lebih daripada 100 spesies hidupan liar dalam hutan tersebut. Kami juga telah diberi peluang untuk menimba ilmu tentang kepentingan monyet (Macaques) dalam penyebaran biji benih yang disampaikan oleh Dr Yamatsa Tsuji dari Japan dengan tajuk ceramah beliau iaitu Macaques as Seed Dispersal Agents in Asian Forest.

 

 

Setelah lebih fokus kepada sesi ceramah, aktiviti kami seterusnya lebih menfokuskan kepada teknik kerja lapangan tentang cara untuk memasang perangkap kamera, menjejak gibbons dan teknik melihat burung. Memasang perangkap kamera telah disampaikan oleh Dr Aadrean. Perangkap kamera ini kebiasaannya digunakan untuk mengambil gambar hidupan liar yang berkeliaran dengan menggunakan sensor pergerakan dan juga sensor infra merah. Lebih menarik lagi, kami telah didedahkan dengan cara untuk mengolah data yang terdapat di dalam kamera tersebut terutamanya hari, tarikh, fasa bulan dan jumlah individu beserta aktiviti mereka. Dr Aadrean telah memberi tunjuk ajar dengan penuh teliti tentang cara untuk memasang perangkap kamera di tempat yang paling sesuai dan efektif untuk dapatkan data yang sangat baik.

 

 

Seterusnya, kami juga telah didedahkan dengan teknik cara untuk menjejak gibbon (Hylobates agilis) di bawah penyeliaan Dr Rizaldi dalam sesi kelakuan haiwan primates. Kami telah berjaya menemui sekumpulan gibbon melompat dari satu pokok ke pokok yang lain dan kami juga berpeluang menyaksikan sendiri sahutan hidupan terancam itu yang tidak berhenti menyahut sesama sendiri bagaikan ada satu pertandingan menyanyi dalam hutan tersebut.

Aktiviti kerja lapangan kami yang terakhir ialah melihat burung disampaikan oleh Dr Wilson salah seorang pakar burung di Universitas Andalas. Beliau telah memberi tunjuk ajar tentang cara untuk identifikasi burung dengan lebih tepat iaitu dengan melihat struktur badan mereka termasuklah paruh, sayap dan warna badan. Selain itu, identifikasi burung juga dapat dibuat dengan mendengar kicauan burung itu sendiri kerana setiap burung mempunyai bunyi kicauan yang berbeza.

 

Selepas meninggalkan Universitas Andalas, kami meneruskan lagi aktiviti kami di Universitas Bengkulu selama lima hari di mana kami lebih fokus untuk mendalami tentang kepelbagaian tumbuhan yang terdapat di Bengkulu. Kami memulakan aktiviti kami di sini dengan mendengar ceramah tentang ‘Introduction to tropical rainforest ecosystem and education forest of University of Bengkulu’ yang disampaikan oleh Dr Yansen. kami diberi pendedahan tentang ekologi sekitar hutan di Bengkulu. Kemudian kami didedahkan pula dengan tumbuhan yang menjadi kebanggan warga Bengkulu iaitu Rafflesia arnoldii dan Amarphophallus sp. yang disampaikan oleh Dr Agus dengan tajuk ceramah beliau ‘Tropical Vegetation and Plant Diversity from Coastal to Highland’.

Pada keesokan hari, kami telah berangkat ke Kemumu Agramakmur yang terletak 71 kilometer dari Universitas Bengkulu. Kami bermalam di sini selama dua hari dengan tujuan untuk menjalankan ekspedisi ringkas untuk menjejak bunga-bunga yang menjadi kebanggaan rakyat Bengkulu. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi kami kerana kami hanya menemui Rafflesia arnoldii dan Amarphophallus sp. yang masih belum mekar sepenuhnya.

 

Rajah diatas menunjukkan bunga pakma Rafflessia arnoldii dan Amorphophallus sp. yang belum mekar

 

Seterusnya, kami ke hutan paya bakau yang terletak di Pulau Baai dengan menaiki bot selama lebih kurang 30 minit untuk mengkaji tentang ekosistem paya bakau yang terdapat di situ. Aktiviti terakhir kami ialah sesi pembentangan tentang dapatan kajian sepanjang berada di Bengkulu. Kami telah membentangkan tentang kepelbagaian bentuk daun yang terdapat di Kemumu Agramakmur sebelum kami berangkat pulang ke tanah air.

 

Sepanjang kami berada di Sumatera Barat, kami juga telah didedahkan dengan adat dan budaya mereka di sana terutama suku kaum Minang yang terkenal dengan adat resam pepatih mereka. Kami telah melawat pelbagai tempat-tempat bersejarah di sana terutamanya Muzium Adityawarman untuk mengenali tentang budaya suku kaum Minang, Pantai Air Manis dan juga Pantai Muaro Lasak untuk melihat tugu merpati yang menjadi simbol tugu perdamaian. Di Bengkulu, kami telah melawat salah satu pelabuhan bersejarah iaitu Benteng Marlborough yang dahulunya pernah dimiliki oleh penjajah British.

Sebagai konklusinya, program ini amatlah memberi satu pengalaman yang tidak ternilai buat kami berdua bukan sahaja kami dapat menimba ilmu pengetahuan yang baharu tetapi kami juga dapat bertukar pendapat dan buah fikiran dan juga dapat menjalinkan hubungan diplomatik antara university yang terlibat. Kami amat berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi kerana ia amat baik sebagai salah satu platform untuk kita berikan pendedahan pada generasi akan datang bahawa betapa pentingnya untuk kita sama-sama mengenali dan menjaga khazanah alam kita untuk jangka masa yang panjang.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Atiyya Hazwani Binti RamliBiodiversiti Sumatera BaratEksplorasi Hidupan LiarMuhammad Fakhrul Imran Bin Mohd FizalUniversiti Malaysia Kelantan
ShareTweetShare
Previous Post

Rama-Rama & Keunikannya

Next Post

Muzium Sumber Asli Universiti Malaysia Kelantan: Usaha Mencungkil Minat Cintai Alam

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Ulasan Buku:  Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel

3 days ago
Inovasi Teknologi Digital dan Minda Keusahawanan
Berita & Peristiwa

Inovasi Teknologi Digital dan Minda Keusahawanan

3 weeks ago
Ulasan Buku:  The Parrot’s Theorem
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: The Parrot’s Theorem

3 weeks ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Teknologi Nuklear Isotop Stabil Menjelaskan Proses Ekologi Lautan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Teknologi Nuklear Isotop Stabil Menjelaskan Proses Ekologi Lautan

3 weeks ago
Next Post
Muzium Sumber Asli Universiti Malaysia Kelantan: Usaha Mencungkil Minat Cintai Alam

Muzium Sumber Asli Universiti Malaysia Kelantan: Usaha Mencungkil Minat Cintai Alam

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Memahami Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Menangani isu Silibus sukar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In