23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ekstrak Awan-Perkataan & Sentimen Lirik Lagu Wayang P Ramlee

Info Statistik

Saiful Bahari by Saiful Bahari
25/02/2021
in Berita & Peristiwa, Matematik
0 0
0

Oleh : Prof. Madya. Dr. Mohd Bakri Bin Adam & Rashdan Shafawi Ramli
Institut Penyelidikan Matematik & Jabatan Matematik, Universiti Putra Malaysia

 

Kebanyakan di antara kita, lebih menfokuskan data berbentuk numerikal, kerana ianya lebih senang diuruskan dan terdapat banyak alatan statistik yang boleh digunakan dalam membantu menganalisis data numerikal. Namun pada hakikatnya yang sebenar, data adalah tidak terhad hanya kepada yang berbentuk numerikal, terdapat banyak lagi bentuk data yang lain yang terdapat di sekeliling kita seperti data kualitatif, warna, kata-kata, gambaran statik atau bergerak dan seumpamanya. Kewujudan manuskrip-manuskrip semenjak sekian lama dalam sejarah manusia, yang mana pada mulanya hanya untuk catatan kemudian dibaca dan dimentelaah tetapi pada hakikatnya ianya juga sejenis data yang banyak mengandungi maklumat yang tersirat di sebaliknya.

Data diperkayakan dengan bentuk perkataan yang ditulis pada manuskrip dan catatan batu bermula sejak era kuno. Pada zaman moden ini, penulisan buku dan buku elektronik termasuk penulisan pada laman sesawang telah memperkayakan data dalam bentuk perkataan. Manusia mula menyedari bahawa perkataan juga merupakan bentuk data yang sangat bernilai untuk diselidiki bagi menadapatkan maklumat berguna di dalamnya.

Penulisan akademik seperti tesis yang ditulis oleh sarjana pelajar akan disemak keasliannya dengan membandingkan perkataan yang menjadi sebaris ayat, kemudian perenggan yang kemudian menjadi seksyen, seterusnya menjadi bab, dan akhirnya gabungan beberapa bab serta beberapa bahagian lagi menjadi tesis. Sekiranya peratusan pembandingan persamaan dengan artikel-artikel atau rujukan akademik sesama adalah tinggi melebihi 30 peratus maka tesis tersebut mungkin telah melakukan kesalahan plagiat, iaitu peniruan penulisan dari sumber lain adalah sangat ketara. Ini adalah jenayah akademik yang perlu dihindari. Tesis itu sendiri akan ditolak untuk diberikan sebarang merit dalam penganugerahan sebarang ijazah bahkan penulisnya akan diragui kesarjanaannya.

Salah satu teknik yang mula mendapat tempat di kalangan pengkaji perkataan ialah wordcloud atau awan-perkataan.  Awan-perkataan merupakan salah satu hasilan daripada teknik figurasi yang dapat menganalisis dan seterusnya memberikan maklumat tersirat daripada data yang berbentuk perkataan. Bagi menyediakan satu awan-perkataan, proses penggundalan bagi mendapatkan kekerapan bagi setiap perkataan yang digunakan dalam penghasilan penulisan tersebut perlu dilakukan. Perkataan yang kerap digunakan akan dituliskan kembali dalam satu rajah dengan saiz yang berkadaran dengan jumlah gundalannya.

Awan-perkataan ini mula menjadi popular ketika pilihanraya memilih presiden Amerika Syarikat di antara dua tokoh calon demokrat dan republikan iaitu Romney dan Obama pada tahun 2012. Penggunaan awan-perkataan telah berjaya menonjolkan isu yang diutarakan daripada analisis ucapan oleh kedua calon presiden itu, elemen lain yang berjaya dikenalpasti adalah sama ada bahasa percakapan mereka adalah berbentuk santai atau secara formal. Dalam penulisan ini, lirik lagu-lagu di dalam wayang yang dibintangi oleh seniman P Ramlee dalam era 50an dan 60an akan digunakan.

 

Perwira – Wayang Masam Masam Manis (1965)

Perwira
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi
Perwira
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi
Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati
Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku

 

Sebagai contoh seperti di dalam lirik lagu Perwira dari wayang Masam-masam Manis (1965) pula awan-perkataan berikut diperoleh.

Bagaimana dua perkataan ini timbul? Ini adalah kerana perkataan “berbakti” dan “kekanda” digunakan tiga kali dalam lirik tersebut. Perkataan yang digunakan sebanyak dua kali ialah “di”, “hati”, “perwira”, “untuk”, “kau”, “medan” dan “sama-sama”. Manakala perkataan lain hanya digunakan sekali tidak dipilih dalam ilustrasi awan-perkataan. Setelah gundalan diperoleh, kekerapan perkataan yang paling tinggi akan diperkadarkan dengan saiz yang lebih besar berbanding yang lain. Saiz yang digunakan dalam awan-perkataan akan cuba menonjolkan kelebihan dan kepentingan perkataan tersebut dalam lirik yang digunakan.

Wayang lain yang dianalisis adalah ialah Penarik Becha (1955), Anakku Sazali (1956), Bujang Lapork (1957), Sarjan Hassan (1958), Sumpah Orang minyak (1958), Nujum Pak Belalang (1959), Pendekar Bujang Lapok (1959), Antara Dua Darjat (1960), Ali Baba Bujang Lapok (1961), Seniman Bujang Lapok (1961), Ibu Mertuaku (1962), Labu Labi (1962), Nasib Labu Labi (1963), Madu Tiga (1964), Tiga Abdul (1964), Do Re Mi (1966) dan Nasib Do Re Mi (1966) mengandungi banyak lagu yang dinyanyikan oleh Seniman Agung P Ramlee.

 

 

 

 

 

 

Awan-perkataan yang diperolehi memaparkan intipati lagu yang dinyanyikan. Paling kerap nama perkataan yang timbul menunjukkan kepentingannya dalam lirik lagu. Bila lagu itu dinyanyikan, pendengar dapat menangkap perkataan yang paling kerap disebut oleh penyanyi. Awan-perkataan yang diperolehi daripada lirik lagu memaparkan antara gundalan perkataan yang mempunyai kekerapan tinggi yang hendak diketengahkan di dalam sesuatu lagu. Perbuatan mengulang-ulang perkataan menunjukkan kepentingan perkataan tersebut samada ianya adalah satu kebetulan, kebiasaan atau sudah menjadi tabiat mungkin norma.

Selain daripada awan-perkataan berasaskan kekerapan gundalan, sentimen juga boleh diperoleh daripada perkataan yang digunakan. Sentimen seperti gembira, marah, takut, jijik, sedih ataupun lagu tersebut tiada unsur emosi di dalamnya. Perkataan yang membentuk sentimen adalah seperti berikut hina, benci, hina, minat, puja, takut dan sebagainya. Terdapat lebih daripada 820 perkataan melayu setakat kajian yang dibuat yang boleh memberikan gambaran emosi yang boleh dikategorikan dalam lima sentimen tadi. Jumlah perkataan ini masih boleh diperhalusi sama ada ditambah atau dikurangkan. Hasilan berikut memberikan contoh analisis lagu Perwira dalam wayang Masam Masam Manis pada tahun 1965. Dalam lagu tersebut terdapat mempunyai unsur yang lebih kepada kesedihan. Lagu lain juga dianalisis dan kajian terhadap lagu wayang oleh seniman P Ramlee boleh dirumuskan seperti berikut.

 

 

Merujuk kepada jadual yang diberikan, kebanyakan lagu yang dinyanyikan di dalam wayang adalah lebih kepada unsur yang membawa kepada kegembiraan iaitu emosi yang ria dan girang. Manakala unsur sedih juga kadang-kadang kala dimainkan di dalam wayang tetapi tidak sebanyak unsur gembira tadi. Terdapat dua lagu yang mempunyai unsur kemarahan dan juga dua lagu yang memberikan unsur ketakutan. Dua sentimen lain iaitu unsur terkejut dan jijik tidak ada dalam lagu yang dimainkan dalam wayang yang dilakonkan oleh Seniman P Ramlee.

Di dalam wayang, Anakku Sazali terdapat empat lagu adalah gembira dan terdapat satu lagu yang mempunyai sentimen ketakutan. Terdapat lima buah lagu di dalam wayang ini iaitu “Anakku Sazali”, “Istana Cinta”, “Itulah Sayang”, “Joget Si Pinang Muda” dan “Tiada Kata Secantik Bahasa”.  Hanya lagu “Istana Cinta” memberikan sentimen “kesedihan”.  Melihat kepada wayang “Ibu Mertuaku”, lagu  “Jangan Tinggal Daku” memberikan sentimen gembira manakala lagu “Di Manakan Ku Cari Ganti” dan “Jeritan Batinku” menjuruskan kepada elemen sentimen kesedihan.

Perkataan wujud melalui pelbagai medium. Ianya terhasil melalui tutur kata perbualan, terhasil daripada warkah-warkah pengutus antara dua tamadun, ada perkataan yang terungkap daripada lakaran Lagu, puisi, sajak dan gurindam yang dicetuskan. Selama ini ianya disedari sebagai khazanah ketamadunan manusia. Kini rupanya perkataan juga mempunyai peribadi dan karakter tersembuyi di dalamnya.  Samada ianya merupakan intipati kandungannya, sentimen dan formaliti. Awan-perkataan dengan kaedah teradun penggundalan mendapatkan kekerapan menjadi satu alatan yang ringkas tetapi mengagumkan dalam era moden ini. Perkataan-perkataan ini yang selama ini wujud telah ada penapisnya yang boleh mengestrak maklumat tersirat di dalamnya.

 

 

Kredit Foto : wikipedia

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Awan-PerkataanInfo StatistikInstitut Penyelidikan Matematik & Jabatan MatematikKaedah Teradun PenggundalanKekerapanProf Madya Dr Mohd Bakri Bin AdamRashdan Shafawi RamliSeniman P RamleeUniversiti Putra Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

ELECTRICO : Aplikasi Gaya Pengajaran Dan Pembelajaran Aktif dalam Pendidikan Abad Ke-21

Next Post

Adakah Penutupan Sekolah akan Memberi Impak kepada Kenaikan Berat Badan?

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Adakah Penutupan Sekolah akan Memberi Impak  kepada Kenaikan Berat Badan?

Adakah Penutupan Sekolah akan Memberi Impak kepada Kenaikan Berat Badan?

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In