23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Erwin Schrodinger (1887-1961)

Editor by Editor
20/05/2015
in Tokoh
0 0
0
Erwin Schrodinger merupakan seorang ahli fizik teori berasal dari Austria. Beliau telah mentafsirkan kelakuan elektron dalam atom dalam sebutan gelombang dan bukannya zarah. Beliau juga telah mengasaskan teori mekanik gelombang. Penerbitan teori beliau pada tahun 1926 telah menggantikan sistem matematik mekanik matriks yang diperkenalkan oleh Max Born dan Werner Heisenberg pada tahun sebelumnya, dan mendorong kepada perkembangan mekanik kuantum. Walau bagaimanapun, kedua-dua sistem tersebut akhirnya telah diterima sepenuhnya kerana terdapat persamaan dari segi matematik. Schrodinger telah menerima Hadiah Nobel pada tahun 1933 hasil dari kajiannya. Pada tahun berikutnya, beliau semakin berminat dalam bidang falsafah, terutamanya yang berkaitan dengan teori kuantum yang kelihatan bersifat paradoks.

 

Kehidupan dan Kerjaya

Erwin Schrodinger telah dilahirkan di Vienna, Austria pada 12 Ogos 1887 dan mendapat ijazah doktor falsafah dari universiti Vienna pada tahun 1910. Pada tahun berikutnya, dia dilantik menjadi pembantu penyelidik di Institut Fizik di universiti berkenaan. Setelah terlibat dalam Perang Dunia Pertama sebagai seorang pegawai menjaga meriam, dia kembali ke Vienna. Pada tahun 1920, dia meninggalkan Vienna untuk menyandang beberapa jawatan akademik di Jerman. Pada tahun 1921, dia telah dilantik sebagai profesor fizik di univeristi Zurich, Switzerland, di mana dia menjalankan banyak kerja-kerja yang penting dalam bidang mekanik gelombang. Schrodinger telah ditawarkan jawatan profesor fizik teori di universiti di Berlin menggantikan Max Planck. Kedatangan Nazi telah memaksanya untuk meninggalkan tempat itu pada tahun 1933.Schrodinger telah berhijrah ke Universiti Oxford, England da menjadi felo di kolej Magdelen. Beliau kembali ke tanah airnya di Austria pada tahun 1936 apabila ditawarkan jawatan di daerah Graz. Penyatuan Austria dan Jerman Nazi pada tahun 1938 memaksanya untuk meninggalkan negaranya sekali lagi, dan kali ini beliau memilih Institute of Advanced Studies di Dublin, Ireland. Schrodinger menetap di sana sehingga tahun 1958. Kemudian beliau kembali memegang jawatan sebagai profesor di Universiti Vienna. Pada tahun berikutnya, beliau jatuh sakit dan meninggal dunia di Vienna pada 4 Januari 1961.
Persamaan Schrodinger

Schrodinger menyelidik struktur atom yang berasaskan kerja-kerja Louis Victor de Broglie pada tahun 1924 yang mencadangkan bahawa elektron bersifat kedualan zarah-gelombang. Dalam konsep ini, elektron digambarkan sebagai zarah yang menduduki suatu medan gelombang pegun di sekitar nukleus atom.

Pada tahun 1926, Schrodinger telah menerbitkan suatu persamaan matematik gelombang yang dikenali sebagai Persamaan Schrodinger. Persamaan ini merupakan persamaan asas dalam mekanik kuantum. Ia menerangkan kebarangkalian bentuk gelombang atau fungsi gelombang yang mentadbirkan gerakan zarah-zarah kecil. Persamaan ini juga menentukan bagaimana gelombang berubah apabila terdapat pengaruh dari luar.

Schrodinger telah mengesahkan kebenaran persamaan tersebut dengan menggunakan atom hidrogen dan meramalkan banyak sifat-sifat atom itu dengan kejituan yang luar biasa. Persamaan Schrodinger digunakan dengan meluas dalam fizik atom, fizik nukleus dan fizik keadaan pepejal. Mekanik gelombang Schrodinger telah menggantikan mekanik matriks abstraks yang diperkenalkan oleh Werner Heisenberg pada tahun sebelumnya.


Penggunaan persamaan Schrodinger kepada atom-atom lain selain hidrogen (atom paling ringkas) didapati agak sukar. Pada tahun 1929, seorang ahli fizik Norway, Egil Hyleraas telah menggunakan persamaan tersebut kepada atom helium dengan dua elektron. Beliau hanya memperolehi suatu penyelesaian penghampiran sahaja, tetapi pengiraan tenaganya agak tepat. Dengan penjelasan Hyleraas mengenai atom dua elektron, ahli-ahli fizik menyedari bahawa Persamaan Schrodinger dapat menerangkan alam semulajadi di peringkat atom dengan penjelasan melalui matematik. Oleh itu, mekaik gelombang telah memberi sumbangan yang besar ertinya dalam bidang mekanik kuantum. Schrodinger menganggap bahawa persamaannya akan terbukti muktamad, tetapi ternyata meleset apabila muncul Prinsip Ketakpastian Heisenberg.Rujukan : Ensiklopedia Sains dan Teknologi, Fizik UTM-DBP

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Penyakit Cacar : Sejarah, Penemuan dan Program Pemvaksinan Dunia

Next Post

Sains di Sebalik Reaktor Nuklear

Editor

Editor

Related Posts

Ulasan Buku: Einstein di Malaya
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Einstein di Malaya

1 year ago
Srinivasa Ramanujan- Ahli Matematik Terbilang India (1887-1920)
Berita & Peristiwa

Srinivasa Ramanujan- Ahli Matematik Terbilang India (1887-1920)

3 years ago
7 Fakta Menarik Mengenai Terence Tao
Berita & Peristiwa

7 Fakta Menarik Mengenai Terence Tao

3 years ago
Abdus Salam: Genius Fizik yang diabaikan di Negara Sendiri
Berita & Peristiwa

Abdus Salam: Genius Fizik yang diabaikan di Negara Sendiri

3 years ago
Next Post
Sains di Sebalik Reaktor Nuklear

Sains di Sebalik Reaktor Nuklear

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In