23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, March 12, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Fahami Tabi’i Alam

Editor by Editor
22/04/2012
in Alam Semulajadi, Rencana
0 0
0


Oleh: Muhammad Izzuddin Syakir Ishak
http://misyakir.blogspot.com/

Lazimnya, apabila sesuatu projek pembangunan dicadangkan, fokus yang diberikan adalah terhadap prospek ekonomi yang mampu dijana oleh sesebuah industri. Walaupun isu-isu alam sekitar disentuh(kerana tuntutan perundangan seperti Penilain Impak Alam Sekitar (EIA)), namun masih sukar untuk menilai keberkesanan EIA (dan DEIA- Details Environmental Impact Assessment) ini terutamanya dari aspek perlaksanaan saranan EIA/DEIA.

Misalnya, isu tanah runtuh di Malaysia, ia bukanlah suatu isu yang baru. Sejak awal 90 an lagi negara telah mengalami tragedi sebegini. Antara yang paling menyayat hati ialah tragedi runtuhan blok kondominium Highland Towers yang terletak hanya 1.5km sahaja dari Bukit Antarabangsa- kawasan mewah yang telah dilanda bencana sama 11 tahun kemudiannya. Di sini, timbul isu tentang keberkesanan saranan kajian alam sekitar seperti yang disebutkan tadi.

Walaupun majoriti pakar dan para penyelidik telah menyarankan agar kawasan tanah tinggi serta kawasan tadahan air tidak dibangunkan atas apa jua alasan sekalipun, tetapi saranan ini seakan tidak diendahkan dan aktiviti pembangunan di tanah tinggi masih rancak diteruskan sehinggalah negara dikejutkan sekali lagi dengan tragedi runtuhan tanah pada awal Disember 2008 di Bukit Antarabangsa Hulu Kelang. Lagi, timbul persoalan sejauh manakah kita belajar dari pengalaman tragedi yang lepas?

Tragedi Bukit Antarabangsa telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Misalnya, seperti biasa pihak kerajaan telah mengarahkan agensi teknikal seperti Jabatan Kerja Raya untuk menyiasat punca kejadian. Begitu juga dengan respon di peringkat akar umbi, masyarakat yang tersentak dengan tragedi ini masing-masing menyatakan bantahan terhadap projek-projek yang melibatkan pembangunan di tanah tinggi. Media massa juga giat memaparkan dokumentari serta rencana dalam usaha membantu meningkatkan lagi kefahaman dan kesedaran masyarakat terhadap bahaya bencana alam ini.

Secara asasnya tragedi tanah runtuh sering berlaku pada cerun buatan manusia ditambah oleh kehadiran air yang berlebihan dalam struktur tanahnya tetapi walaupun kesimpulan ini telah diketahui umum, namun penyelesaian agar tragedi seumpama ini tidak berulang dilihat seakan sukar untuk dilakukan kerana sifat kejuruteraan batuan dan tanah pada cerun agak sukar diramal dengan tepat disebabkan faktor alam yang kompleks sekaligus menyulitkan usaha mengurus risiko pembangunan tanah tinggi. Justeru timbul persoalan bagaimana untuk berdepan dengan kesulitan yang sebegini?

Sejak 1400 tahun yang lalu, Islam telah mengajar konsep pengurusan pembangunan, misalnya pembangunan di tanah tinggi.

Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? (An Naba’: 7-8)

Jika melihat perkataan pasak secara tekstual, ia merujuk kepada proses memelihara sesuatu yang tabi’. Dalam konteks alam, gunung-ganang atau bukit-bukau (ringkasnya tanah tinggi) bertindak sebagai ’span’ di mana air hujan akan terkumpul di dalam lingkungan tanah tinggi. Jika ditinjau makna kawasan tadahan dari perspektif kejuruteraan, kawasan tadahan hujan adalah suatu lingkupan keluasan yang secara tabi’ dilingkungi oleh kawasan tanah tinggi. Tetapi apabila kawasan ini diganggu secara berleluasa tanpa perancangan dan kawalan, khususnya yang melibatkan aktiviti pembangunan di kawasan cerun ia akan menyebabkan penyerapan air yang berlebihan ke dalam tanah atau menerbitkan air larian ke permukaan cerun dalam kuantiti yang banyak seterusnya melemahkan kekuatan bahan tanah secara beransur-ansur. Proses ini akan menyumbang kepada risiko berlaku tanah runtuh.

Kejadian tanah runtuh ialah proses penyesuaian semula jadi cerun untuk kembali kepada asalnya disebabkan gangguan daripada aktiviti pembangunan yang tidak bertanggungjawab. Sesungguhnya kita tidak boleh menghalang satu lagi kejadian tanah runtuh yang dipengaruhi faktor alam untuk berlaku tetapi apa yang terdaya dilakukan ialah mengelaknya dari bertukar menjadi mimpi ngeri yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Di sinilah asas pengurusan risiko pembangunan tanah tinggi boleh diadaptasi iaitu melalui perlaksanaan zon penampan dalam setiap perancangan pembangunan yang baru.Dengan memahami tabi’i alam, pembangunan dapat dilaksanakan secara lestari, iaitu tanpa menjejaskan keseimbangan ekosistem sesuatu kawasan yang ingin dibangunkan.

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Al Rum:41)


Hikmah di sebalik kerosakan yang telah berlaku di bumi ini ialah agar manusia kembali mencari perspektif pembangunan yang sebenar. Adakah tujuan pembangunan hanya untuk mengaut kekayaan di atas kenaifan masyarakat semata-mata? Jika materialisme yang menjadi matlamat pembangunan, maka tidak hairanlah pelbagai justifikasi yang dibuat hanyalah untuk menghalalkan cara walaupun jelas impaknya adalah malapetaka!

Justeru dalam mengurus apa jua bentuk pembangunan dan industri, pihak-pihak yang berkaitan tidak seharusnya bergantung hanya kepada kekuatan teknikal semata-mata. Aspek lain seperti dasar dan perancangan guna tanah, pandangan masyarakat serta keupayaan tindakan pemantauan seharusnya dikaji secara berkala agar maklumat yang diterima sentiasa terkini untuk membantu mewujudkan tadbir urus pembangunan yang proaktif.

Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Setiap pembangunan seharusnya dinilai dalam konteks ciri-ciri tabi’i alam di Malaysia. Tidak semestinya pembangunan yang berjaya di sesuatu tempat turut berjaya di Malaysia dan begitu juga sebaliknya.

Walau apa pun ikhtiar yang dilakukan, usaha mengurus risiko tragedi alam sekitar seperti pencemaran dan tanah runtuh daripada berulang akan menjadi sia-sia jika modal insan yang diamanahkan untuk menjaga serta memajukan alam secara lestari mengalami sindrom defisit nilai yang menghakis asas integriti sesebuah organisasi.

SELAMAT MENYAMBUT HARI BUMI!

Catatan :// Penulis merupakan seorang Felo Rancangan Latihan Kakitangan Akademik, Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian Ijazah Kedoktoran dalam bidang ‘Earth Science’ di University of Ottawa, Canada


Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Bencana alam di Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Prof Basyaruddin : Pakar Kimia Pemangkinan

Next Post

UKM : Usaha Mengeluarkan Jentera Sel Fuel Untuk Pasaran

Editor

Editor

Related Posts

Burung Pungguk Jelapang Membantu Mengawal Tikus Perosak
Alam Semulajadi

Burung Pungguk Jelapang Membantu Mengawal Tikus Perosak

1 day ago
Isu Padi Angin dan Kawalan Racun di Sawah Padi
Alam Semulajadi

Isu Padi Angin dan Kawalan Racun di Sawah Padi

6 days ago
Biofluoresens: Mekanisme, Kepelbagaian dan Kepentingannya dalam Ekologi
Alam Semulajadi

Biofluoresens: Mekanisme, Kepelbagaian dan Kepentingannya dalam Ekologi

2 weeks ago
Tanya Saintis: Kenali Nadhirah Syafiqah Suhaimi, Penyelidik Malaysia yang Mengharumkan Nama Negara di Peringkat Antarabangsa dalam Bidang Parasitologi Hidupan Akuatik
Alam Semulajadi

Tanya Saintis: Kenali Nadhirah Syafiqah Suhaimi, Penyelidik Malaysia yang Mengharumkan Nama Negara di Peringkat Antarabangsa dalam Bidang Parasitologi Hidupan Akuatik

2 weeks ago
Next Post
UKM : Usaha Mengeluarkan Jentera Sel Fuel Untuk Pasaran

UKM : Usaha Mengeluarkan Jentera Sel Fuel Untuk Pasaran

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In