23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, April 11, 2021
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Fahami Tugas Saintis

Editor by Editor
01/08/2010
in Bicara Saintis
0 0
0

 

 

Oleh : PROF DR. RAUZAH HASHIM Jabatan Kimia, Universiti Malaya [ http://www.kimia.um.edu.my/]

 


Selepas kemunculan satu artikel yang ditulis oleh Zalina Yahaya yang berjudul Saintis Perlu Tampil, ramai saintis kini diberi peluang menulis di media.

Saya berpandangan lebih optimistik. Banyak persamaan di antara dunia sains dan media atau saintis dan wartawan. Kedua-duanya mempunyai naluri ingin tahu yang sangat tinggi.

Tugas saintis dan wartawan adalah mencari kebenaran (hingga sanggup berkorban nyawa kalau perlu). Perbezaannya hanya kepada sistem yang dikaji, metodologi dan cara penyampaiannya. Saintis mengkaji kejadian alam semesta secara rasional berlandaskan pemerhatian mutlak. Sedangkan wartawan banyak bersandar kepada persepsi mereka dan kadangkala dengar cakap.

Hal tersebut lumrah bagi wartawan yang terpaksa membuat laporan setiap hari dan mencari berita lain untuk keesokan harinya. Saintis tidak mempunyai jangka masa terhad. Rutin harian saintis lebih menyamai kehidupan seorang yang tertib, kajian sains tidak perlu tergopoh gapah.

Seperkara yang saya tidak puas hati adalah apabila saintis dituntut supaya menghasilkan sesuatu yang berguna. Seruan Awang Sulung (Mingguan Malaysia 28 April 2002), supaya saintis keluar dari bilik makmal mereka dengan kejayaan menghasilkan sesuatu untuk masyarakat, bagi saya (saintis yang sering menghasilkan benda-benda yang tidak berguna) merupakan satu provokasi.

Saya faham niat Awang Sulung baik, tetapi inilah persepsi wartawan yang hendak saya perbetulkan tentang tugas saintis. Tugas saintis adalah mencari kebenaran bukan kegunaan. Bila saintis terdesak mengeluarkan sesuatu yang berguna dan komersial, ada kalanya usaha mencari kebenaran terpaksa dipesongkan dan mungkin juga terpaksa dikompromikan.

Hal sebegini menggerunkan saintis kerana mungkin akan bercanggah daripada etika profesional mereka. Kejayaan menghasilkan tulang dari batu karang adalah teknologi, bukan sains. Ia menggunakan asas sains yang diketahui sekian lama. Kebolehan menghasilkan sesuatu berguna sangat membanggakan. Tetapi saya harap ia tidak dijadikan keperluan dan kemestian kerana banyak perkara asas sains yang sama pentingnya yang perlu dikaji. Ini yang harus difahami oleh media dan selanjutnya massa. Walaupun tidak mempertikaikan apa yang ditulis oleh wartawan, kerana saya sendiri pernah mengalami kesulitan berhadapan dengan media dan komplikasi selepasnya, namun saya berharap kedua-dua pihak dapat saling memahami di antara satu dengan yang lain.

Bila saya ditemu bual oleh wartawan, beliau merasakan penerangan tentang penyelidikan saya terlalu mudah dan bodoh kerana ia tidak menunjukkan hasil yang boleh dikomersialkan. Di pihak saya pula, soalan demi soalan yang diajukan tidak relevan langsung.

Bila menggunakan TV dan radio, saya merasa kekurangan masa untuk menerangkan aspek-aspek penting sains. Masa yang terhad selama 10-15 minit tidak memuaskan bagi saintis yang biasa memberi kuliah dan seminar berjam-jam. Alangkah baik sekiranya saintis diberi ruang lebih dalam media massa, seperti yang berlaku di Barat yang berjaya mengeluarkan siri-siri sains yang dikelolakan oleh saintis seperti John Bronowski, David Attenborough dan Carl Sagan.

 Penah satu artikel saya disiarkan di dalam akhbar utama. Pada perenggan pertamanya terdapat satu kesilapan. Saya memetik kata-kata Paul Dirac (1929), salah seorang saintis bidang fizik yang mengasas Teori Kuantum dan beliau bukan seorang ahli kimia seperti disiarkan di dalam rencana itu. Kesilapan tipografi atau editorial yang kadangkala berlaku dalam media seperti itu menggerunkan saintis untuk tampil, kerana dikhuatiri massa tersalah sangka. Kesilapan seperti ini walaupun kecil, tetapi bagi saintis, ia dirasakan begitu besar.

Namun begitu kita tidak perlu gusar. Sains perlu memahami media. Begitu juga sebaliknya. Sekiranya terjalin hubungan kerja di antara saintis dan media, banyak yang boleh dimanfaatkan terutamanya dalam memperkayakan massa dengan maklumat dan ilmu.

Catatan:// Tulisan ini pernah muncul di Utusan Malaysia. MajalahSains.Com mengambil inisiatif untuk memuatkan semula rencana ini dengan persetujuan penulis.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: budaya saintifikSaintis Melayu
ShareTweetShare
Previous Post

Tiada lagi Google di China

Next Post

Teknologi Nuklear dan Malapetaka Bom Atom

Editor

Editor

Related Posts

Detik-Detik Kegagalan Dalam Sains
Berita & Peristiwa

Detik-Detik Kegagalan Dalam Sains

1 month ago
Serangga : Teman Sejati Si Bunga
Alam Semulajadi

Serangga : Teman Sejati Si Bunga

2 months ago
10 Soalan Untuk Saintis: Dr. Izwandy Idris
Berita & Peristiwa

10 Soalan Untuk Saintis: Dr. Izwandy Idris

2 months ago
Pencapaian TIMSS 2019 Malaysia; Adakah Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 Berupaya Sambut Warga Intelek Negara?
Berita & Peristiwa

Pencapaian TIMSS 2019 Malaysia; Adakah Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 Berupaya Sambut Warga Intelek Negara?

4 months ago
Next Post
Teknologi Nuklear dan Malapetaka Bom Atom

Teknologi Nuklear dan Malapetaka Bom Atom

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rumah Tradisional Melayu: Antara Seni, Sains & Realiti

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kebaikan Aktiviti Berbasikal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

Majalah Sains © 2020

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Majalah Sains © 2020

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In