23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, June 17, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Fenomena Ayunan Madden-Julian Punca Hujan Berlebihan Di Lembah Klang

Editor by Editor
19/06/2016
in Alam Semulajadi
0 0
0

KUALA LUMPUR: Keadaan hujan berlebihan yang dialami sejak kebelakangan ini khususnya di Lembah Klang adalah disebabkan oleh kesan fenomena Ayunan Madden-Julian a.k.a Madden-Julian Oscillation (MJO), kata pakar.

Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Fredolin Tangang berkata negara kini berada dalam musim Monsun Barat Daya dan sepatutnya cuaca sepanjang bulan ini adalah panas dan kering.

“Fenomena MJO adalah sebahagian dari keragaman iklim antara musim di kawasan tropika yang berayun dengan kekerapan sekali dalam 20 hingga 60 hari yang berlaku dalam lapan fasa.

“MJO berlaku akibat interaksi lautan dan atmosfera menyebabkan kemunculan sistem perolakan atmosfera berskala besar di bahagian barat Lautan Hindi yang bergerak ke timur Lautan Pasifik merentasi kawasan Malaysia dan Indonesia,” katanya.

 

Prof Fredolin Tangang
Prof Fredolin Tangang – Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung keadaan hujan berlebihan yang dialami kawasan sekitar Lembah Klang pada lewat petang termasuk fenomena ribut petir luar biasa.

Dalam pada itu, Fredolin berkata melalui kajian yang dilakukan, musim Monsun Barat Daya antara bulan Jun hingga Ogos akan meningkatkan curahan hujan di kawasan pantai barat Semenanjung berbanding di kawasan pantai timur.

[Baca – Misteri Bau Hujan, Sains Menjelaskan]

Beliau berkata berdasarkan laporan Pusat Ramalan Iklim Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) Amerika Syarikat, MJO muncul di Lautan Hindi dengan peningkatan perolakan atmosfera berskala besar pada minggu pertama bulan ini dan kini berada dalam Fasa 3.

“Keadaan ini menyebabkan curahan kadar hujan tinggi yang dialami ketika ini adalah menyamai keadaan pada April hingga Mei dengan kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia biasanya mengalami hujan pada sebelah petang hingga lewat malam.

“Bagaimanapun keadaan ini hanya akan bertahan dalam masa satu hingga dua minggu lagi apabila fenomena ini bergerak ke arah timur dan pusat perolakan melepasi kawasan kita,” katanya.

Beliau menambah negara dijangka akan alami cuaca yang lebih panas dan kering apabila fenomena MJO beralih ke arah timur dan berada dalam fasa-fasa 4 hingga 7. 

SUMBER –MStar

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

UM, UPM Tersenarai Dalam ’50 Universiti Terbaik Asia’

Next Post

50 Dalil Kenapa LTE Bukan Rangkaian 4G

Editor

Editor

Related Posts

Gabungan Sensor IoT dan Kod QR Mampu Menguruskan Ladang Tanaman Cili dengan Lebih Cekap
Alam Semulajadi

Gabungan Sensor IoT dan Kod QR Mampu Menguruskan Ladang Tanaman Cili dengan Lebih Cekap

1 day ago
Keladi Gajah: Sumber Makanan yang Terpinggir
Alam Semulajadi

Keladi Gajah: Sumber Makanan yang Terpinggir

2 days ago
Edu Tourism EdAS: Membina Jambatan Ilmu Bersama Murid Orang Asli SK Tekir
Alam Semulajadi

Edu Tourism EdAS: Membina Jambatan Ilmu Bersama Murid Orang Asli SK Tekir

2 days ago
Kemunculan 7-Hidroksimitraginin (7-OH) sebagai Ancaman Baharu Dadah Sintetik Berasaskan Ketum: Potensi Risiko kepada Malaysia
Alam Semulajadi

Kemunculan 7-Hidroksimitraginin (7-OH) sebagai Ancaman Baharu Dadah Sintetik Berasaskan Ketum: Potensi Risiko kepada Malaysia

6 days ago
Next Post
50 Dalil Kenapa LTE Bukan Rangkaian 4G

50 Dalil Kenapa LTE Bukan Rangkaian 4G

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In