23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 2, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Fibonacci Dalam Aljabar Islam

Editor by Editor
12/12/2017
in Matematik
0 0
0

Penulis: Mohd Luqman Hakim bin Rosli

Beberapa hari yang lepas, seorang sahabat saya dari sebuah IPTA meminta untuk menyelesaikan satu soalan tugasan yang diberikan oleh pensyarah beliau. Soalan tersebut adalah berkaitan Algebra (Aljabar) yang pernah saya pelajari sewaktu di peringkat ijazah dahulu. Semasa menyelesaikan soalan itu, terkenang saya betapa besarnya sumbangan peradaban Islam dalam ilmu aljabar. Seringkali kita hanya mendengar nama-nama ahli matematik dari barat sahaja. Nama Leonardo Fibonacci bukanlah asing dalam matematik sehingga terdapat angka yang dikenali sebagai angka Fibonacci. Penulisan ini sedikit sebanyak ingin berkongsi bagaimana Fibonacci membantu dalam penyebaran Aljabar Islam.

Leonardo Pisano Bigollo Fibonacci (1175-1250)

Fibonacci dilahirkan di Pisa, Itali pada tahun 1170 M. Beliau digelar sebagai Ahli Aritmetik Agung pertama daripada Barat Kristian. Pentingnya beliau dalam sejarah Matematik Islam adalah kerana penglibatannya mengembangkan Matematik Islam ke barat. Beliau telah mengembara ke beberapa wilayah Islam seperti Algeria, Mesir, Syria dan beberapa wilayah lagi. Pada mulanya, pengembaraan beliau hanyalah untuk mempelajari ilmu matematik sebagai persiapan bagi menjadi seorang ahli perniagaan.

Ketika itu, Matematik Islam khususnya aljabar yang dikembangkan oleh beberapa Ilmuwan Islam seperti al-Khawarizmi, Abu Kamil, al-Karaji dan beberapa ilmuwan lagi telahpun tersebar luas ke pusat-pusat pengajian utama di seluruh wilayah. Sekembalinya Fibonacci ke Itali, beliau telah menghasilkan karya-karya penting dalam bidang Aljabar dan Geometri Euclid. Antara karya beliau yang terkenal adalah Liber Abacci dan Practica Geometriae.

Saya sempat menelaah karya teragung beliau iaitu Liber Abacci yang mempunyai 15 bab kesemuanya. Dalam penulisannya, saya mendapati Fibonacci sangat terikat dengan karya-karya Matematik Islam terdahulu. Ini dapat dipastikan apabila banyak tulisan Arab dikekalkan seperti aliebra (al-jabr), almuchabala (al-muqabalah), elcatayn (al-khata’ain) dan seumpanya. Di samping itu, beliau juga menterjemahkan secara harfiah beberapa istilah lain seperti abacci (al-takht), pars (al-qasm), qaudratus (mal) dan cubus (al-ka’b). Tajuk-tajuk perbincangan beliau juga jelas mengikut tradisi perbincangan Matematik Islam.

Kandungan karya ini juga dapat dilihat secara khusus pengaruh karya Abu Kamil. Masalah surd Abu Kamil dibincangkan semula oleh Fibonacci dengan penambahan beberapa hasil baru. Masalah-masalah Abu Kamil disalin semula seperti asal dan ada juga dengan sedikit perubahan kecil. Masalah seperti pembelian 100 ekor burung dengan 100 dirham yang merupakan intisari kitab Taraif al-Hisab karya Abu Kamil disalin semula oleh beliau dalam Liber Abacci. Begitu juga dengan enam masalah piawai al-Khawarizmi (Fibonacci menggelarkannya “Maumeht” iaitu Muhammad al-Khawarizmi) yang disyarahkan oleh Abu Kamil juga terdapat dalam Liber Abacci.

Ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa perkembangan Matematik Eropah yang dikembangkan oleh Fibonacci melalui karya-karya beliau mempunyai hubungkait yang mendalam dengan perkembangan Matematik Islam abad pertengahan, khasnya karya Aljabar Abu Kamil. Hakikatnya, Leonardo Fibonacci menolong mengembangkan Aljabar Islam khususnya karya Aljabar al-Khawarizmi dan Abu Kamil ke Eropah.

Nota:// Penulis merupakan seorang guru matematik dan pelajar sarjana dalam bidang Ethnomatematik. Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi pentingnya Leonardo Fibonacci dalam sejarah Matematik Islam.

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Suami Isteri Penerima Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Edinburgh

Next Post

Cahaya Matahari Atasi Masalah Kemurungan

Editor

Editor

Related Posts

Matematik Di Sebalik Corak Lantai Gereja
Berita & Peristiwa

Matematik Di Sebalik Corak Lantai Gereja

4 months ago
Pengvisualan dan Penceritaan Membawa Makna kepada Data
Berita & Peristiwa

Pengvisualan dan Penceritaan Membawa Makna kepada Data

6 months ago
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)  Di Sebalik Pandemik COVID-19
Berita & Peristiwa

Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Di Sebalik Pandemik COVID-19

11 months ago
Keindahan Nombor Fibonacci di Alam Semulajadi
Berita & Peristiwa

Keindahan Nombor Fibonacci di Alam Semulajadi

11 months ago
Next Post
Cahaya Matahari Atasi Masalah Kemurungan

Cahaya Matahari Atasi Masalah Kemurungan

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In