23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, January 25, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Foreign Accent Syndrome (FAS): Penyakit tentang Loghat Asing

Editor by Editor
16/03/2018
in Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Nurfaizatul Aisyah Ab. Aziz
Universiti Sains Malaysia, Kampus Kelantan

Apakah perasaan anda apabila anda bangun tidur pada keesokan harinya dan tiba-tiba loghat anda bertukar menjadi loghat asing? Pertuturan seharian sudah tidak kedengaran seperti biasa tetapi seperti orang British yang cuba bertutur dalam bahasa Melayu. Adakah perasaan anda cemas atau gembira?

Keadaan ini mungkin kedengaran pelik tetapi itulah yang terjadi pada Michelle Myers seorang warga Amerika yang menetap di Arizona. Pada dua tahun lepas, wanita ini pada malamnya tidur dengan sakit kepala yang teruk dan apabila dia bangun keesokannya, secara tidak sedar dia sudah bercakap dalam loghat British. Michelle tidak pernah walaupun sekali menjejakkan kaki ke negara Britain dan loghat Britishnya itu kekal sehingga sekarang.

Foreign Accent Syndrome (FAS)

Apa yang sebenarnya terjadi pada Michelle ialah suatu penyakit ganjil yang hanya direkodkan terjadi sebanyak 100 kes di seluruh dunia iaitu Sindrom Aksen/Loghat Asing atau Foreign Accent Syndrome (FAS). Kes yang pertama direkodkan pada tahun 1907 oleh seorang pakar neurologi berbangsa Perancis. Pakar itu merekodkan seorang lelaki Paris mula bercakap dalam loghat Alsatian (loghat di Alsace, Perancis iaitu campuran antara Bahasa Jerman dan Perancis)) setelah mengalami pendarahan intracerebral (intracerebral haemorrhage).

FAS ialah satu keadaan yang mana terdapat perbezaan pertuturan dan artikulasi daripada pesakit yang menyebabkan mereka tidak mampu untuk membunyikan aksen/loghat seperti bahasa ibunda pesakit berkenaan. Pesakit yang mengalami FAS akan dinilai sebagai bukan penutur natif bahasa berkenaan oleh sesiapa yang mendengar. Seperti yang kita tahu, aksen atau loghat ialah cara percakapan seseorang yang dipengaruhi dengan tempat lahir dan tempat mereka menetap dan membesar. Setiap loghat orang berbeza mengikut tempat, dan oleh sebab itulah kita dapat mengagak dari manakah asal mereka berdasarkan loghat mereka.

FAS boleh dikategorikan kepada tiga jenis yang utama iaitu: neurogenik, psikogenik dan gabungan antara neurogenik dan psikogenik. FAS neurogenik pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu acquired dan developmental. Acquired FAS (AFAS) sering terjadi selepas berlaku kecederaan otak seperti strok dan kecederaan trauma otak (traumatic brain injury) yang berlaku akibat kemalangan.

Developmental FAS (DFAS) pula ialah kondisi yang paling jarang terjadi dan biasanya akan mula disedari ketika remaja atau apabila seseorang sudah fasih bercakap kerana aksen yang dituturkan itu berlainan daripada aksen natif.

Kelainan loghat juga dapat dikesan pada pesakit yang mengalami pelbagai masalah psikiatri seperti skizofrenia dan bipolar. Keadaan ini dipanggil sebagai Psikogenik FAS (PFAS).

Antara loghat-loghat asing yang direkodkan daripada pesakit ialah daripada loghat American English kepada British English, loghat Jepun kepada loghat China dan juga daripada loghat American English kepada loghat Jamaica.

Bahagian otak yang terlibat dalam pemprosesan aksen/loghat

Korteks motor terutamanya yang mengawal bahagian larinks adalah salah satu komponen dalam otak yang terlibat dalam pemprosesan loghat. Kecederaan pada bahagian ini menyebabkan pesakit tidak dapat mengeluarkan bunyi huruf dan perkataan dengan baik. Ada juga pesakit yang mengalami kecederaan pada bahagian ini akan mengalami kesukaran untuk bertutur dan akan berhenti dengan agak lama antara perkataan dengan satu perkataan yang lain. Bahagian supplementary motor area (SMA) dan pre-SMA juga berkait rapat dalam pemprosesan aksen. Pre-SMA berperanan dalam pemprosesan bahasa manakala SMA berfungsi sebagai satu bahagian otak yang mengawal koordinasi pertuturan.

Selain kecederaan pada korteks motor, SMA dan Pre-SMA, ada pesakit FAS yang turut mengalami kecederaan pada insula. Insula adalah salah satu komponen otak utama yang terlibat dalam pemprosesan aksen/loghat. Insula berperanan sebagai satu hub yang mengintegrasikan bahagian-bahagian otak yang terlibat dalam pemprosesan verbal dan bukan verbal. Namun begitu terdapat juga kes yang mana kecederaan pada insula tidak menyebabkan FAS tetapi menyebabkan sedikit perbezaan pada dialek seseorang apabila bercakap. Insula mempunyai hubungan yang kuat dengan bahagian otak yang terlibat dalam pemprosesan emosi iaitu bahagian limbik dan paralimbik. Oleh sebab itu, kecederaan pada insula juga boleh menyebabkan seseorang itu bercakap secara senada (monotonous), tanpa sebarang emosi.

Antara bahagian lain yang terlibat ialah putamen. Putamen merupakan bahagian otak yang menghubungkan antara Pre-SMA dengan korteks motor jadi kecederaan pada putamen akan menyebabkan gangguan dalam menjalankan proses pertuturan. Ada pesakit strok yang mula bercakap dengan dialek yang berbeza setelah mengalami kecederaan pada bahagian kiri putamen. Malah ada juga pesakit sudah tidak dapat mengajuk beberapa dialek setelah mengalami strok kerana mengalami kecederaan pada bahagian kanan putamen.

Namun, ada juga pesakit FAS terutamanya Psikogenik FAS (PFAS) tidak mempunyai kecederaan otak yang jelas dan tidak dapat dibuktikan menggunakan alatan pengimejan.

Kesimpulan

Penyakit FAS walaupun mungkin kedengaran tidak serius, namun sebab utama berlakunya FAS iaitu kecederaan otak daripada strok dan kemalangan itulah yang seharusnya dikurangkan. Hal ini demikian kerana, dari segi jangka panjang, mereka yang mengalami FAS akan merasa tersisih dan tertekan kerana perbezaan pertuturan antara mereka dan orang lain. Perasaan tersisih dan tertekan ini mungkin akan mengganggu psikologi dan kehidupan sosial pesakit.

 

Rujukan

Berthier, M. L., Dávila, G., Moreno-Torres, I., Beltrán-Corbellini, Á., Santana-Moreno, D., Roé-Vellvé, N., Thurnhofer-Hemsi, K., Torres-Prioris, M. J., Massone, M. I. & Ruiz-Cruces, R. (2015). Loss of regional accent after damage to the speech production network. Frontiers in Human Neuroscience, 9(610).

Berthier, M. L., Roé-Vellvé, N., Moreno-Torres, I., Falcon, C., Thurnhofer-Hemsi, K., Paredes-Pacheco, J., Torres-Prioris, M. J., De-Torres, I., Alfaro, F., Gutiérrez-Cardo, A. L., Baquero, M., Ruiz-Cruces, R. & Dávila, G. (2016). Mild Developmental Foreign Accent Syndrome and Psychiatric Comorbidity: Altered White Matter Integrity in Speech and Emotion Regulation Networks. Frontiers in Human Neuroscience, 10(399).

Keulen, S., Mariën, P., Wackenier, P., Jonkers, R., Bastiaanse, R. & Verhoeven, J. (2016). Developmental Foreign Accent Syndrome: Report of a New Case. Frontiers in Human Neuroscience, 10(65).

Keulen, S., Verhoeven, J., Witte, E. D., Page, L. D., Bastiaanse, R. & Mariën, P. (2016). Foreign Accent Syndrome As a Psychogenic Disorder: A Review. Frontiers in Human Neuroscience, 10(168).

Treviño, J. (14th February 2018). https://www.smithsonianmag.com/smart-news/arizona-woman-wakes-foreign-accent-180968165/

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Selamat Tinggal Stephen Hawking 1942-2018

Next Post

Iklan: Cegah Pembalakan Haram melalui Rainforest Connection

Editor

Editor

Related Posts

Transformasi Plastik Kepada Tenaga Dengan Teknologi Hijau
Berita & Peristiwa

Transformasi Plastik Kepada Tenaga Dengan Teknologi Hijau

3 hours ago
Kepelbagaian Spesies Pokok di Hutan Tanah Pamah
Alam Semulajadi

Kepelbagaian Spesies Pokok di Hutan Tanah Pamah

11 hours ago
Biojisim Hutan: Lebih Daripada Sekadar Pokok
Alam Semulajadi

Biojisim Hutan: Lebih Daripada Sekadar Pokok

11 hours ago
Kanser dalam Keluarga, Adakah Saya Juga Berisiko?
Berita & Peristiwa

Kanser dalam Keluarga, Adakah Saya Juga Berisiko?

13 hours ago
Next Post
Iklan: Cegah Pembalakan Haram melalui Rainforest Connection

Iklan: Cegah Pembalakan Haram melalui Rainforest Connection

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In