23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 2, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Forum MajalahSains dan Pusat Siswazah UKM; Keilmuan, Keperluan atau Keterpaksaan

Editor by Editor
21/11/2017
in Berita & Peristiwa
0 0
0

Laporan Oleh: Siti Hadibah Aqila Hamid

BANGI: Inisiatif MajalahSains.Com dengan kerjasama Pusat Siswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam menyokong usaha kerajaan dalam membudayakan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada orang ramai dan pelajar siswazah khususnya, satu forum khas telah dianjurkan pada 17 November lalu.

Bertemakan “Dunia Pascasiswazah: Keilmuan, Keperluan Atau Keterpaksaan” forum ini mengetengahkan ahli panel yang terdiri daripada penyelidik muda yang berpengaruh dan berperanan dalam memacu momentum sains dan teknologi dalam negara.

Ahli-ahli panel yang berkaliber dan berpengalaman dalam bidang STEM antaranya Dr. Wan Wardatul Amani Wan Salim (Penyelidik Bioteknologi UIA, Timbalan Pengarah Research Management Centre (RMC) UIA , Dr. Mohd Bakri Bakar (Penyelidik Kimia UTM, Pengerusi American Chemical Society (ACS) Malaysia Chapter dan Ahli National STEM Movement), Dr. Maryam Azlan (Penyelidik Imunologi USM & aktivis #MedTweetMy), Dr. Nur Adlyka (Pensyarah Astrofizik UKM) dan Encik Shahrin Ahmad (Pengasas Falak Online & penggiat astronomi) berkongsi pengalaman masing-masing dalam bidang STEM kepada audien seramai kira-kira 150 orang.

Forum yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Faizal Mohamed (Pengerusi, Pusat Fizik dan Bahan Novel, FST UKM) ini tertumpu kepada perkongsian pengalaman kerjaya seorang saintis; seawal dari peringkat pascasiswazah sehinggalah memulakan kerjaya sebagai penyelidik dan seterusnya berkongsi strategi serta pengalaman panel-panel dalam meningkatkan minat terhadap penyelidikan dalam bidang STEM. Ia kemudian diakhiri dengan strategi dan idea-idea bernas ahli panel dalam membugarkan kembali minat pelajar terhadap penyelidikan berasaskan STEM yang dilaporkan semakin merudum.

Mengetengahkan topik forum, Dr. Amani yang pernah dilantik sebagai ‘Principal Investigator’ dalam projek ‘SporeSat’ NASA di Amerika Syarikat berkata disiplin bidang kajian yang luas dan minat untuk sentiasa mencuba perkara yang bukan dalam bidang kepakarannya memberikan beliau peluang untuk mengikuti penerbangan graviti sifar melalui program FAST di bawah tajaan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dan seterusnya dilantik mengetuai projek NASA Small Satellite; SporeSat yang dilancarkan pada April 2014.

“Pengalaman ketika di NASA bukanlah mudah, ia memerlukan disiplin, fokus, keyakinan dan kekuatan dalaman yang tinggi untuk sentiasa terus ke depan dan kriteria ini perlu ada dalam setiap diri saintis supaya dapat terus menyumbang kepada sains dan negara khususnya. Minat sahaja tidak cukup untuk menempuh cabaran untuk menyambung pendidikan ke peringkat yang tinggi, keterpaksaan dan keperluan untuk menghabiskannya juga perlu seiring agar matlamat itu boleh dicapai dengan sempurna,” ujarnya.

Manakala menurut Dr. Maryam, peratus penyelidik yang rendah berbanding jumlah penduduk di Malaysia menunjukkan bahawa negara ini masih ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi berbanding negara maju lain.

“Melalui pengalaman saya, penglibatan secara lebih aktif dan mendalam dalam bidang ini berlaku secara kebetulan apabila saya berhijrah ke Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM Kubang Kerian dan ini telah menimbulkan minat saya untuk mengkaji ilmu dalam bidang ini. Tidak dinafikan bahawa keperluan dan keterpaksaan dalam hidup itu penting untuk kita terus memajukan diri sebagai manusia,” kata Dr. Maryam.

Tetamu khas jemputan yang turut menjadi ahli panel pada forum tersebut, Dr. Adlyka berkata, selain minatnya yang mendalam untuk menjadi pensyarah yang mendorong beliau untuk terus menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi, keperluan dan keterpaksaan juga wujud apabila untuk menghabiskan pengajian dan penyelidikannya ketika mengetuai penyelidikan penemuan Lohong Hitam Supermasif di galaksi yang tular baru-baru ini.

Seterusnya Dr. Bakri menjelaskan bahawa menjadi keperluan untuk beliau meneruskan ke pengajian yang lebih tinggi untuk melengkapkan syarat pekerjaannya sebagai ahli akademik serta dalam kepimpinan organisasi sains di peringkat antarabangsa dan kebangsaan seperti American Chemical Society (ACS) Malaysia dan National STEM Movement. Dalam konteks keilmuan, jelasnya bahawa minat yang tinggi turut didorong oleh keinginan menimba ilmu ke peringkat lebih tinggi seperti Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Ada juga segelintir mereka yang mengambil inisiatif menyambung pengajian untuk meningkatkan sosial status mereka.

“Tidak dinafikan bahawa kebimbangan yang sering diutarakan oleh kebanyakan calon pascasiswazah adalah untuk mengekalkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan. Namun begitu menurut statistik, kebanyakan calon pascasiswazah berpuas hati kerana dapat menyambung ke peringkat lebih tinggi meskipun perlu menghadapi pelbagai tekanan, masalah dan kesihatan,” katanya.

Pemilik portal astronomi terkenal tanahair Falak Online, En. Shahrin Ahmad berkata, pengalaman dalam bidang astronomi sejak tahun 1984 itu bermula daripada minat sejak kecil lagi untuk menjejaki keindahan alam semesta. Menurut beliau, saintis dan penyelidik haruslah turun padang untuk sama-sama membudayakan bidang ini dengan memberi pededahan dengan cara pendekatan yang mudah difahami dan berkait dengan sekeliling kepada pelajar sekolah dan orang awam untuk mencintai ilmu sains dan teknologi ini.

Kesemua panel bersetuju bahawa salah satu medium untuk mendekatkan orang awam dengan bidang STEM ini adalah menerusi media sosial seperti yang diperkenalkan oleh MajalahSains.com yang merupakan satu platform dan wadah komunikasi sains antara saintis dan orang awam.

Bersesuaian dengan topik forum tersebut, Pusat Siswazah UKM menurut pengarahnya Profesor Dr. Andanastuti Muchtar berkata, mereka sentiasa berusaha mengembang dan memper­kasakan program pengajian tinggi di peringkat Ijazah Sarjana dan PhD bagi menyediakan peluang pendidikan tinggi yang membolehkan Malaysia bersaing dalam ekonomi dunia selaras dengan saranan pem­belajaran sepanjang hayat.

Gambar-gambar sekitar forum di bawah.

Pengarah Pusat SIswazah UKM, Prof. Dr. Andanastuti Muchtar

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Nuklear Sebagai Sumber Tenaga di Malaysia: Manfaat atau Mudarat?

Next Post

Kongres Kebangsaan STEM, Majlis Profesor Negara 2017

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

4 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Kongres Kebangsaan STEM, Majlis Profesor Negara 2017

Kongres Kebangsaan STEM, Majlis Profesor Negara 2017

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In