23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Forum Sains: Membentuk Inventor Masa Hadapan Negara

Editor by Editor
21/10/2016
in Bicara Saintis
0 0
0
Majalah Sains (MS) dijemput oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) untuk berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai masa hadapan pencipta (inventor) negara di Forum Inovasi Belia, bersempena Minggu Inovasi Negeri Sembilan pada 18 Oktober, 2016 di Seremban. Majalah Sains diwakili oleh penasihat, Prof. Madya Ir. Dr. Rosdiadee Nordin sebagai salah seorang panel bagi forum tersebut, yang diberi tema ‘Ideate Create Innovate : It’s in Youth’.
img_5711
Prof Madya Ir. Dr. Rosdiadee Nordin
Ikuti beberapa pilihan sesi soal jawab antara moderator, peserta dengan wakil Majalah Sains:
Soalan: Apakah motivasi di belakang Majalah Sains?
Jawapan: Majalah Sains (MS) didorong oleh semangat ingin memupuk minat umum terhadap topik berkaitan sains. Di Malaysia, topik sains sering disalahgunakan oleh pihak tertentu dan kadangkala istilah sains menjadi sesuatu yang asing bagi masyarakat umum.
Idea MS ialah untuk mendekatkan sains kepada pembaca melalui penyampaian artikel dalam bentuk santai, menarik dan kreatif agar mudah difahami pembaca. Budaya pop-science masih belum matang di Malaysia. MS dimulakan oleh rakan sematrikulasi saya, En. Mohd Faizal sekitar tahun 2009. Ketika itu, saya sedang bertempur dengan pengajian Ph.D. saya di Bristol, UK, manakala beliau pula berada di Montreal, Kanada dan kami sentiasa berhubung melalui Google Chat. Pada waktu itu, saya perlukan sesuatu aktiviti yang dapat melepaskan tekanan saya daripada aktiviti makmal dan penulisan akademik, yang saya anggap agak serius. Lantas timbul minat untuk menulis artikel penulisan popular dan semenjak hari itu, kami bergerak secara berkumpulan.  Sehingga hari  ini, terdapat lima ahli dibelakang tabir MS dan kami disokong hampir 15 ribu pengikut di laman Facebook.
Statistik Kementerian Pendidikan pada 2014 menunjukkan penurunan drastik pengambilan pelajar berasaskan STEM di peringkat menengah, iaitu 21% sahaja, berbanding bukan STEM (79%). Ini jauh daripada sasaran asal, iaitu 60% (STEM) dan 40% (bukan STEM). Selain daripada itu, penghijrahan 20% tenaga kerja berkemahiran tinggi keluar daripada Malaysia seakan memburukkan keadaan. Dua cabaran utama MS ialah bagaimana untuk meningkatkan minat topik STEM di kalangan generasi muda dan mewujudkan masyarakat celik sains.

 

img_5706
PM Dr Rosdiadee dua dari kiri bersama penganjur
Soalan: Perlukah kelulusan sains dan kejuruteraan untuk menjadi seorang inventor?
Jawapan: Tiga inventor terhebat dunia moden kini, iaitu Steve Jobs, Bill Gates dan Mark Zuckerberg telah membuktikan mereka tidak memerlukan pendidikan formal untuk menjadi inventor berjaya.
Dalam senario Malaysia, ada banyak contoh boleh dijejaki daripada mereka yang bukan berlatarbelakang sains & kejuruteraan. Siapa pernah terfikir alat pendandang telur (egg boiler) dicipta oleh seorang pemandu lori di tapak binaan di Kelantan sekitar 1970-an? Sebelum memulakan rutin pagi, beliau akan mendidihkan telur terlebih dahulu. Setelah memulakan rutin seperti isi minyak diesel, memeriksa enjin dan pelbagai perkara, beliau mula terlupa dengan telur yang dididihkan. Menjelang tiba masa sarapan, telur tersebut sudah masak sepenuhnya dan ini begitu mendukacitakan beliau yang berhajat untuk menikmati telur separuh masak! Lantas timbul ujikaji dengan memaku dasar tin dengan beberapa lubang kecil, kemudian tin tersebut diisi dengan telur dan air panas – lantas terciptalah pendandang telur automatik pertama di dunia!
Aplikasi Grab, atau dahulu dikenali sebagai MyTeksi dicipta oleh dua pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian perniagaan di Harvard. Idea timbul apabila mereka sakit telinga mendengar rintihan rakan sekuliah mereka mengenai kesukaran mendapatkan perkhidmatan teksi di Malaysia. MyTeksi kini berjaya melebarkan sayap di serata Asia Tenggara, seperti Malaysia, Thailand, Singapura, Filipina dan Indonesia. Terkini, mereka sudah mewujudkan pusat penyelidikan di Singapura.
Terdapat juga beberapa inventor berjaya berlatarbelakang sains & kejuruteraan. Antaranya ialah Elon Musk, yang begitu futuristic di dalam inovasi beliau. Elon Musk mempunyai ijazah dalam Fizik dan merupakan pengasas kepada beberapa syarikat berasaskan teknologi, seperti Tesla (kereta elektrik), SolarCity (tenaga suria), SpaceX (automasi penjelajahan angkasa) dan pencetus kepada idea pengangkutan Hyperloop. Baru-baru ini, Majalah Sains melaporkan mengenai usaha pencipta muda negara, Izmir Yamin yang terlibat dalam pertandingan perlumbaan angkasa anjuran Google bernilai USD 30 juta. Izmir mempunyai latar belakang dalam kejuruteraan mekanikal.
Berdasarkan contoh-contoh terdahulu, dapat disimpulkan, seorang inventor itu tidak ekslusif kepada mereka berlatarbelakang sains & teknologi sahaja.
Soalan: Bagaimana inventor boleh menanam rasa cinta kepada negara?
Jawapan: Di Afrika, isu bekalan elektrik terhad merupakan perkara yang biasa. Seperti kita tahu, penduduk dunia masa kini begitu asyik dengan peranti pintar, dan ini termasuklah penduduk di benua Afrika. Kesukaran mendapatkan bekalan elektrik mendorong seorang pemuda Afrika untuk membangunkan sebuah sistem solar panel bergerak. Dengan sistem solar panel bergerak tersebut, beliau boleh bergerak ke kampung yang mengalami masalah elektrik agar penduduk dapat gunakan perkhidmatan beliau. Ini dapat meningkatkan ekonomi beliau, selain memastikan aktiviti harian penduduk kampung tersebut yang bergantung kepada peranti pintar dapat diteruskan. 
Inventor juga tidak perlu berorientasikan keuntungan. Baru-baru ini, saya diberi peluang untuk mendemontrastikan rangkaian penderia tanpa wayar (wireless sensor network) yang saya bangunkan bersama dua pelajar Ph.D. saya di hadapan Perdana Menteri Malaysia. Rangkaian penderia tanpa wayar tersebut bertujuan untuk memantau kualiti air di sekitar Tasik Chini, Pahang. Komuniti orang asli sekitar bergantung kepada Tasik Chini sebagai sumber urusan harian mereka, seperti minum, makan dan mandi. Ini kerana mereka masih belum menikmati bekalan air sistematik (berpaip). Tanpa rangkaian penderia tersebut, penyelidik UKM dan komuniti Orang Asli tiada maklumat mengenai tahap kualiti air yang mampu mengugat kesihatan komuniti dan menganggu keseimbangan ekosistem hidupan lain, seperti ikan dan tumbuhan di sekitar Tasik Chini.
Kesimpulannya, seorang inventor didorong oleh semangat untuk menyelesaikan masalah harian ataupun memperbaiki taraf hidup komuniti. Dengan ini, secara semulajadinya, seorang inventor dapat membentuk jati diri tinggi dalam menanamkan rasa cinta kepada negara.  
Tamat.
Para pembaca ada idea anda untuk membentuk inventor muda negara? Ayuh, kongsi pendapat anda  dengan kami. ®MajalahSains

 

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Tips umum : Bagaimana Menyelesaikan Pengajian PhD

Next Post

Buku: Siapa Askar Dalam Badan Kita

Editor

Editor

Related Posts

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam

18 hours ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

2 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Ekspedisi Ahli Biologi Marin UMT ke Hujung Dunia
Berita & Peristiwa

HARI LAUTAN SEDUNIA: Ekspedisi Ahli Biologi Marin UMT ke Hujung Dunia

5 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Antara Manfaat dan Risiko Kerang-kerangan dalam Diet Rakyat Malaysia
Berita & Peristiwa

HARI LAUTAN SEDUNIA: Antara Manfaat dan Risiko Kerang-kerangan dalam Diet Rakyat Malaysia

7 days ago
Next Post
Buku: Siapa Askar Dalam Badan Kita

Buku: Siapa Askar Dalam Badan Kita

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In