23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Gelatin dan MSG: Pastikan HALAL !

Editor by Editor
20/12/2009
in Perubatan & Kesihatan
0 0
0

gelatin

Oleh : Samhani Ismail

samhanismail [at] yahoo.com

Kita perlu sentiasa mengambil pendekatan behati-hati dengan setiap suap makanan yang akan masuk ke dalam perut. Ini disebabkan oleh sumber zat yang dibekalkan oleh setiap kunyahan itu akan dicerna oleh sistem penghadaman, diserap oleh saluran darah, seterusnya dikatabolisma untuk pertumbuhan badan kita. Daripada protein, karbohidrat, lemak, vitamin, ferum, kalsium dan pelbagai jenis zat lagi, seseorang itu akan tumbuh membesar dari sehari ke sehari sehingga usia merangkak ke fasa pematangan tanpa kita sedari perjalanannya. Kita perlu sentiasa ingat akan sabda baginda junjungan besar Nabi Muhammad  s.a.w yang bermaksud '' Setiap daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka nerakalah lebih layak untuknya.'' Ulamak adalah segolongan manusia yang amat berhati-hati terhadap makanan yang diambil. Mereka tidak akan mengambil makanan melainkan setelah mereka benar-benar memerlukannya, dan mereka makan sekadar untuk  mengalas perut. Bahkan makanan itu benar-benar diyakini halal dan suci daripada segala bentuk keraguan. Telah  dibuktikan bahawa daya ingatan dan kekuatan menaakul mereka

begitu hebat. Kapsul ubat biasanya menggunakan gelatin Setiap makanan yang diambil memberi kesan kepada fizikal, peribadi, mental dan fisiologi kita. Ia juga menyumbang kepada khusyu' atau tidak kita di dalam solat dan ibadah. Menurut peraturan asas hukum Syariah ( Kanun Undang-undang yang bersumber daripada hadith dan al-Quran ), adalah haram bagi orang Islam mengambil makanan dan minuman yang boleh membawa mudarat samada cepat atau lambat, seperti racun atau sesuatu yang membahayakan termasuk makan dan minum secara berlebihan sehingga boleh menjejaskan kesihatan. Umat Islam perlu menitikberatkan persoalan mengenai makanan dan minuman samada ia berkhasiat atau membahayakan kesihatan tubuh badan, mental dan fizikal. Ini sebab Islam menuntut umatnya agar sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan sebagaimana ditegaskan oleh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi di dalam bukunya 'The Lawful and The Prohibited in Islam' bahawa memakan makanan yang boleh memudaratkan diri adalah haram. MSG Antara bahan yang diragui yang biasa digunakan di dalam produk makanan dan ubatan seharian adalah gelatin. Gelatin adalah sejenis protein tidak lengkap yang dihasilkan daripada sumber binatang iaitu daripada kulit dan bahagian-bahagian sendinya. Ia adalah bahan pemantap yang baik bagi industri pengeluar makanan seperti aiskrim, makanan pencuci mulut, agar-agar, sosej dan produk tenusu. Biasanya gelatin yang digunakan di dalam  industri tersebut adalah gelatin daripada terbitan kolagen iaitu protein daripada kulit, tulang dan tisu-tisu penghubung  haiwan. Gelatin dihasilkan melalui proses tindak-balas air atau hidrolisis ke atas kolagen. Kulit, urat dan tulang babi dan lembu biasanya menjadi bahan mentah utama dalam penghasilan gelatin. Gelatin mempunyai sifat yang luar biasa. Larutan yang mengandungi hanya 1 peratus gelatin akan menjadi gel yang agak pejal apabila disejukkan. Sifat-sifat inilah yang menyebabkan ia digunakan secara meluas di dalam industri makanan seperti aiskrim, dadih, jeli, gula-gula getah dan jem. Dalam industri kosmetik, ia merupakan bahan penting didalam krim pelindung matahari, krim kulit, losyen badan, krim pelembap, krim malam, produk dandanan kuku dan krim cukur. Kosmetik yang mengandungi gelatin membolehkan kulit menyerap lembapan yang optimum yang penting untuk memelihara kelembapan dan keanjalan kulit. dan ubat-ubatan teknologi plastik, perekat dan fotografi. halal Dalam pengeluaran ubat-ubatan dan produk perubatan, gelatin digunakan dengan meluas. Ia digunakan dalam ubat; sebagai pengikat untuk menghasilkan ubat tablet, sebagai pembalut ubat, sebagai medium dalam supositori, digunakan dalam span untuk menghentikan pendarahan dan banyak lagi. Selain daripada gelatin, banyak lagi produk makanan yang terdapat di pasaran dihasilkan daripada sumber yang diragui kehalalannya. Di antaranya adalah produk daripada MonoSodium Glutamate (MSG) yang digunakan secara meluas oleh para suri rumah dan restoran-restoran. MSG adalah hablur putih yang bertindak mengubah rasa pada makanan. Bagi tujuan perdagangan, ia dihasilkan daripada kanji melalui proses penapaian canggih. Apa yang menimbulkan keraguan  pada MSG adalah berkemungkinan proses penapaiannya menggunakan enzim Bactosoytone iaitu sejenis zat makanan bagi pembiakan bakteria untuk dijadikan bahan utama di dalam proses penapaian. Ini sebab Bactosoytone terhasil daripada pemecahan protein kacang soya dengan menggunakan enzim daripada ekstrak pankreas babi. MSG2 Produk-produk  MSG memang dijual di pasaran terbuka dan amat digemari oleh pemilik-pemilik restoran  dan kedai-kedai makanan. Boleh dikatakan bahawa setiap premis makanan menggunakan produk MSG di dalam masakan mereka supaya masakan menjadi lebih enak dan melariskan perniagaan . Malah mereka lebih gemar menggunakan MSG yang tidak berlabel lantaran harganya yang lebih murah berbanding MSG berjenama. MSG yang tidak berlabel ini kebanyakannya diimport dari Thailand. Di sini terdapat keraguan yang patut disedari oleh umat Islam. Adakah ia  halal  dimakan oleh umat Islam? Adakah anda yakin MSG yang dilabel tidak menggunakan katalis penting iaitu Bactosoytone, dan adakah anda sanggup menerima risiko mendapat banyak penyakit akibat pengambilan MSG atau produk-produk lain yang dijual secara komersial tanpa mengira aspek kesihatan dan kesuciannya. Firman Allah yang bermaksud '' Maka hendaklah manusia memerhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit) kemudian Kami telah membelah bumi dengan sebaik-baiknya, lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi ini, anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan pohon kurma, kebun-kebun yang lebat dan buah-buahan serta rumput-rumput untuk kesenanganmu dan untuk binatang ternakanmu.. [surah Abasa ; 24-32] Kesimpulannya, Allah telah mengurniakan pelbagai jenis makanan untuk hamba-hambaNya. Kita mempunyai pelbagai pilihan dalam hidup sebagaimana sebuah pepatah yang berbunyi, 'Life is all about choices' . Maka pilihlah yang terbaik untuk diri dan  keluarga. Janganlah memandang remeh setiap suap makanan dan setiap titis minuman pun yang masuk ke mulut kita. Ambillah yang jelas nyata halal, semoga kita menjadi hambaNya yang lebih bertaqwa kepada Yang Maha Pencipta dan hamba yang gerun kepada azab dan murkaNya.


Artikel ini pernah tersiar di dalam Dewan Agama Dan Falsafah 2007 dan diterbitkan semula di MajalahSains.Com dengan kebenaran penulis.

Catatan Editor //: Samhani Ismail merupakan Penulis Sains dan  seorang Penuntut Sarjana dalam bidang Neurosains di USM.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: BabiBiologibudaya saintifikMakanan Halalsaintis muslim
ShareTweetShare
Previous Post

Inisiatif Iklim Copenhagen Perlu Sokongan

Next Post

Pemanasan Global & Gas Rumah Hijau: Negara Maju Mesti Bertindak

Editor

Editor

Related Posts

Sistem Pertahanan Badan dan Kanser
Berita & Peristiwa

Sistem Pertahanan Badan dan Kanser

2 months ago
Kesan Sampingan dan Ketoksikan Radioterapi berkait dengan Faktor Genetik
Berita & Peristiwa

Kesan Sampingan dan Ketoksikan Radioterapi berkait dengan Faktor Genetik

5 months ago
Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk
Berita & Peristiwa

Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk

6 months ago
Ektoparasit pada Haiwan Peliharaan Anda
Alam Semulajadi

Ektoparasit pada Haiwan Peliharaan Anda

6 months ago
Next Post
Pemanasan Global & Gas Rumah Hijau: Negara Maju Mesti Bertindak

Pemanasan Global & Gas Rumah Hijau: Negara Maju Mesti Bertindak

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In