23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Geologi Di Dalam Aspek Kehidupan

Info Geologi

Saiful Bahari by Saiful Bahari
07/07/2021
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

 

Oleh: Nik Adib Yaaziz & Dr. Mohd Hariri Arifin
Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar,Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Pengenalan

Geologi ialah salah satu cabang Sains Bumi yang berkenaan dengan Bumi pejal, batu-batuan yang membentuknya dan juga proses-proses yang mengubahnya seiring dengan waktu. Geologi juga mengkaji tentang organisma-organisma yang telah mendiami planet kita pada zaman lalu. Bahkan, geologi turut melibatkan kajian sifat-sifat pejal mana-mana planet terrestrial atau satelit semula jadi seperti planet Marikh dan juga Bulan.

Tugas para ahli geologi ialah untuk merungkai dan memahami sejarah planet ini. Lagi dalam pemahaman ahli geologi tentang sejarah alam bumi, lagi mudah untuk mereka meramalkan bagaimana sesuatu fenomena dan proses-proses yang berlaku pada zaman dulu, yang berkemungkinan akan mempengaruhi masa hadapan. Dalam pada itu, sedar ataupun tidak, geologi sebenarnya merangkumi semua perkara di sekeliling kita pada setiap masa.

Di bawah adalah beberapa contoh berkaitan geologi yang diketahui oleh mereka yang berada diluar bidangnya:

Bahan Bumi

Terdapat jutaan jenis bahan bumi di dunia ini yang terdiri daripada batuan dan mineral. Setiap satu daripadanya adalah tidak sama dan berbeza di antara satu sama lain. Ahli geologi dapat mengenali dan membezakan bahan-bahan bumi ini berdasarkan bentuk, warna, kekilauan, dan saiznya. Bahkan, ahli geologi turut dapat menentukan asal usul bahan dan keadaan asal terbentuknya bahan tersebut. Ahli geologi telah menerbitkan carta kekerasan bahan bumi yang dinamakan sebagai skala Mohs. Intan merupakan bahan yang paling keras di dalam skala manakala talkum ialah yang paling lembut. Bidang geologi berguna dalam menentukan kegunaan satu-satu bahan di dalam penggunaannya yang spesifik. Sebagai contoh, penggunaan pasir di dalam pembuatan kaca, penggunaan marmar sebagai jubin, penggunaan batu pasir di dalam pembuatan konkrit dan sepertinya.

 

Skala Mohs Kekerasan Mineral. (Sumber: Blog Geofizik STPM)

 

Fenomena Alam

Pelbagai fenomena alam wujud di sekeliling dunia. Antara senarai fenomena alam adalah seperti pergerakan plat tektonik, geiser, air panas, gunung berapi, medan magnet bumi, hakisan, glasier salji, hujan, tahi bintang, pelangi, air pasang surut dan banyak lagi. Penyelidikan dan pemahaman terhadap fenomena-fenomena alam adalah asas kepada bidang geologi. Persoalan terhadap bagaimana terbentuknya segala fenomena ini adalah tugas para ahli geologi untuk merungkai jawapan dan misteri yang belum terungkai dengan sepenuhnya.

 

Fenomena alam serata dunia a) Gunung-ganang b) Aurora c) Siklon d) Air terjun e) Bulan dan bintang f) Petir g) Tasik h) Ombak laut. (Sumber: Galeri Conde Nast Traveller)

 

Bencana Alam

Bencana alam terjadi di seluruh dunia. Contoh-contoh bencana alam ialah seperti gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, lubang benam, letusan gunung berapi, taufan, puting beliung, ribut pasir, banjir, kemarau dan sebagainya. Sesetengah daripada bencana alam unik hanya kepada sesuatu kawasan di muka bumi. Sebagai contoh, avalanche hanya terjadi di kawasan pergunungan salji dan letusan gunung berapi hanya terjadi di gunung berapi sekitar Lingkaran Api Pasifik. Dalam erti kata lain, lain benua akan mengalami bencana alam yang berlainan. Ini disebabkan oleh struktur subpermukaan bumi yang terdiri daripada lapisan-lapisan yang mempunyai ciri-ciri dan struktur geologi yang tersendiri. Bidang geologi cuba untuk memahami mengapa sesuatu bencana alam terjadi supaya langkah-langkah pencegahan dapat diambil sebelum terjadinya bencana alam, langkah-langkah keselamatan dalam dilaksanakan semasa berlaku bencana alam dan langkah-langkah pemulihan dapat dijalankan selepas kejadian. Adalah menjadi tugas ahli geologi untuk menasihati bidang professional yang lain di dalam sesuatu yang berkait rapat dengan geologi.

 

Contoh bencana alam a) Gempa bumi b) Letusan gunung berapi c) Taufan d) Puting beliung. (Sumber: Majalah Facility Executive)

 

Artikel Berkaitan – Kegunaan Kaedah-Kaedah Geofizik Dalam Mengesan Lowong Subpermukaan

 

Struktur Binaan

Geologi juga penting di dalam sektor pembinaan. Geologi berguna dalam menentukan kesesuaian sesuatu tapak untuk pembinaan. Geologi dapat menentukan struktur bumi di bawah permukaan dan dapat mengelakkan dari membina binaan di atas lapisan yang tidak stabil seperti lowong bawah tanah atau lapisan lembut. Ahli geologi juga terlibat di dalam pembinaan bagi pencegahan geobencana dan memberi nasihat kepada pihak berkepentingan. Sebagai contoh, menasihati pihak kontraktor untuk menanam cerucuk di cerun bukit yang cenderung kepada tanah runtuh dan meletak penghadang di tempat yang cenderung kepada jatuhan batuan.

 

Contoh struktur binaan a) Penghadang jatuhan batuan b) Cerucuk cerun bukit. (Sumber: Google Image)

 

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, geologi sebenarnya telah dikenali oleh orang ramai tanpa disedari oleh mereka. Geologi telah sebati di dalam diri mereka di dalam bentuk pengetahuan umum. Sebenarnya banyak lagi bidang yang bercabang dari bidang geologi iaitu antaranya meteorologi, seismologi, volkanologi, geomorfologi, mineralogi, klimatologi, hidrogeologi dan banyak lagi. Namun begitu, secara asasnya semua bermula dari geologi.

 

Rujukan

http://tntigeofizik.blogspot.com/2018_10_08_archive.html

https://facilityexecutive.com/2018/05/natural-disasters-reducing-disaster-risk/

https://en.wikipedia.org/wiki/Tornado

https://www.cntraveller.com/gallery/natural-phenomena

http://www.advancedsheetpiles.com.my/advantage/

First dynamic rockfall barrier with energy absorption capacity of up to 8,600kJ is installed at Foglianise, Italy

 

Kredit Foto : Nik Adib Yaaziz & Dr. Mohd Hariri Arifin

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Mohd Hariri ArifinInfo GeologiJabatan Sains Bumi dan Alam SekitarNik Adib YaazizUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Bagaimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mempengaruhi Corak Pemakanan Kita?

Next Post

Batu Hempedu : Komplikasi & Rawatan

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)
Alam Semulajadi

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

4 days ago
‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023
Berita & Peristiwa

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

4 days ago
Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air
Berita & Peristiwa

Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air

7 days ago
Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

2 weeks ago
Next Post
Batu Hempedu : Komplikasi & Rawatan

Batu Hempedu : Komplikasi & Rawatan

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tanah Runtuh : Sejauh Manakah Kesedaran Masyarakat Terhadap Kesan Kejadian Ini?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In